Anda di halaman 1dari 6

1.

Bagaimana
Menerapkan budaya sihat dalam rakyat
Seni dan kebudayaan merupakan satu medium riadah yang penting bagai masyarakat
Malaysia. .Masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai
pelbagai ritual yang amatkompleks dan tersendiri berdasarkan budaya sesuatu kaum.
Aktiviti seni dan kebudayaan telahmembentuk suatu identiti bangsa Malaysia yang amat
unik. Identiti ini seharusnya menjadi pegangan danamalan hidup seharian masyarakat
kini. Namun dengan kesibukan dan pertembungan budaya baratmenyebabkan seni dan
kebudayaan semakin dilupakan.Dalam zaman teknologi yang semakin canggih kini
menyebabkan generasi muda lupa dan tidak terdedah dengan kebudayaan asal mereka
terutamanya dari segi seni tari, seni rupa iaitu kraftangantradisional dan permainan
tradisonal seperti congkak, gasing dan layang-layang. Permainan tradisional inilebih
dipelopori oleh generasi lama, manakala generasi era kini lebih terdorong untuk
bermain dengan permainan interaktif yang hanya duduk di hadapan komputer. Jika
bermainan tradisonal mampumengeluarkan peluh dan berlakunya pergerakan namun
dengan teknologi kini kanak-kanak tidak suka beriadah dengan bermain dengan rakan-
rakan diluar dan hanya memerap di dalam rumah. Inimenyebabkan identiti budaya
permainan tradisional semakin pupus dalam jiwa masyarakat Malaysia.

Memahami budaya masing-masing dengan lebih baik
Menjana pendapatan negara-kukuh ekonomi
Memupuk perpaduan negara
Menunjukkan budi pekerti rakyat

iii.Memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam masyarakat
PSV sangat penting bagi memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam
masyarakat.Masyarakat kita memang kaya dengan warisan budaya.Sebut sahaja
keperluan harian yang digunakan di rumah kita.Pinggan mangkuk,peralatan
memasak,ukiran kayu,seni batik dan tenunan atau tekstil,hamparan tikar mengkuang
atau pandan,anyaman kelarai,seni rumah binaan kayu atau kampung ,seterusnya seni
budaya sopan santun dan adat istiadat.Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir
dan hampir dilupakan.Tidak ada lagi orang yang akan menghulurkan tepak sirih apabila
menyambut tetamu atau hamparan tikar mengkuang di ruang tamu.Kehidupan moden
yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan ini.Justeru,melalui PSV adalah
diharapkan agar perasaan sayang akan seni dan warisan ini akan terus dipupuk dan
tidak hilang ditelan zaman.

v.Melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri

Akhir sekali,PSV juga amat penting dalam sistem pendidikan kita khususnya bagi
melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri.Budaya menunjukkan bangsa.Kata bidalan
ini jelas menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu perlu meletakkan kepentingan
budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya.Mengekalkan
kebudayaan supaya dikenali
Dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah.Kita boleh mengesan sessuatu bangsa
melalui perkembangan budayanya.Masyarakat yang mempunyai jati diri yang kuat akan
berusaha untuk mengekalkan seni,budaya dan warisannya.Kita mestilah meletakkan
tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika.Kefahaman
dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi.Sekolah dan institusi
pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar.Peranan murid,. guru, atau
pensyarah dan pihak Kementerian Pendidikan amat penting untuk merealisasikan
perkara ini.Semua ahli masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau
individu yang adak kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan
sumbangan ke arah cita-cita yang murni.

















2. Pendapat
























3. Kepentingan
Penyakit sedentari atau penyakit hipokinetik disebabkan oleh kurang melibatkan diri
dalamaktiviti fizikal, mengamalkan corak pemakanan yang tidak seimbang serta amalan gaya
hidup yang tidak sihat seperti merokok, menghidap dadah, minum minuman keras dan
sebagainya. Obesiti ialahkegemukan akibat tisu-tisu lemak yang berlebihan.Oleh yang demikian,
murid-murid harus digalakkan untuk melakukan aktiviti kecergasan seperti berjogging, turun
naik bangku, melakukan senamrobik yang dapat membantu mereka menghindari penyakit
sedentari dan obesiti. Melalui aktiviti kecergasan, komposisi lemak badan terutamanya kadar
peratusan lemak badan dapat dikawal dan dikurangkan dan seterusnya dapat mengelakkan
obesiti.Murid-murid harus melakukan aktiviti fizikal secara berkala bagi meningkatkan taraf
kesihatandiri murid.Kesannya meliputi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan
emosi.Antarafaedahnya ialah dapat meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan
memperbaiki sistem peredarandarah dengan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
sekaligus meningkatkan peredaran darahdi seluruh badan.Sehubungan itu,aktiviti kecergasan
ternyata dapat menghindarkan murid-murid daripadamenghidap penyakit sedentari dan obesiti.























4. Rumusan
5. Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional
mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah
pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa
selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus
dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
6. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai
kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da
pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan
mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap
orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas
mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling
mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti
Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
7. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya
dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan
adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling
mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan
Selamat Hari Raya, Gong Xi Fa Cai dan Selamat Deepavali keluar dari jiwa yang
penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya
memupuk perpaduan.
8. Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai,
landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di
Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya
persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda
kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati
corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk
merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka
mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.
9. Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya
tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.
Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita
akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan
Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan
kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan
benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada
pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal
usul sendiri.
10. Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada
kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah,
wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita
akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada
bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan
bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat
kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan
bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti
dan dilihat sepanjang masa.
11. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan
Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai
aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan
mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang
berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang.
Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat.
Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana tak kenaI maka tak cinta.
12. Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di
Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya
tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu
menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan
tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media
massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang
merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua
kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam
rancangan khas televisyen seperti Malaysia Hari lni dan Selamat Pagi Malaysia.
13. Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak
pepatah yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu, usaha memupuk dan
memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama
memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk
dek hujan.