Anda di halaman 1dari 2

Disebalik lagu Tanya Sama Itu Hud Hud - Datuk Nik Hua IV

Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir



Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan,
dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan
(jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh
dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
(kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan
masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu
dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut
sunnah baginda tak?


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din
Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh.
Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan
mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut
kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah
perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut
mengenai perjalanan tersebut, boleh KLIK SINI!.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang
yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar,
yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu
menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,
with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah
tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada?
Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah
mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem
yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna
pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak
kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan
masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana
kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak
bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar
Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?


Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang

Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan
kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang
timbul dalam lirik ini. Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan
hantu.

Musykil lagi?

Tanya sama itu Hud-hud!

*Lang mensilang, Kui mengsikui bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu.

Anda mungkin juga menyukai