Anda di halaman 1dari 1

Faktor-faktor yang Menyumbang Ke Arah Pengukuhan Perpaduan Kaum

Peristiwa 13 Mei
Insiden berdarah 13 Mei - jelas menunjukkan tanpa elemen muafakat dalam masyarakat - negara
akan jadi porak-peranda dan berantakan - kesedaran telah timbul untuk menyatupadukan kaum-kaum
di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota
masyarakat.

Dasar Ekonomi Baru (1970) - cuba mengatasi kekurangan orang Melayu dalam bidang
ekonomi.
MAGERAN pada (1969)- mengembalikan keamanan, menentukan pentadbiran yang lebih
licin dan sempurna dan mengembalikan keharmonian dan saling percaya antara kaum.
Jabatan Perpaduan Negara(JPN) (1969) - membantu kerajaan menggerakkan dan
membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.
Majlis Muhibah Negara(MMN) (1969) - memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum,
mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan
menyusun kerja-kerja sukarela.
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Gabungan JPN dan MMN) -
mengelolakan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum

Sistem Pendidikan Penjajah & Dasar Pendidikan Kebangsaan
Sistem pendidikan penjajah - sistem pendidikan yang berasingan - halatuju berbeza - menyebabkan
interaksi para pelajar yang berbeza kaum sangat terhad - kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan
Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu - melalui Penyata Razak
1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957 dilaksanakan untuk mengganti sistem pendidikan
penjajah. Elemen ini dikaji dan disemak semula pada tahun 1960 - menghasilkan Laporan Rahman
Talib dan dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.

Penambahbaikan telah dilakukan dalam kurikulum. Antara usaha telah dilaksanakan antaranya
adalah:

Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya - menyediakan pendidikan yangg
menyeluruh, seimbang & bersepadu;
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dengan mengagihkan peruntukan
secara adil & memberi perhatian khas kepada golongan yang kurang bernasib baik & kawasan luar
bandar atau pedalaman.

Penubuhan parti politik
Penubuhan parti politik di negara kita bermula sekitar 1940 - wujudnya kesedaran politik rentetan
pengenalan Malayan Union - UMNO , MCA dan MIC ditubuhkan dengan objektif awal untuk membela
kedudukan kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Terbentuknya Parti
Perikatan hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC - merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina
dan India dalam bidang politik yang bermuafakat dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah
mencapai kemerdekaan - perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan
damai - rakyat dapat bekerjasama antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai