Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2

JALAN HAJI ABDULLAH, 84100 MUAR, JOHOR



KERTAS KERJA

MAJLIS IFTAR PERDANA DAN CERAMAH MOTIVASI

ANJURAN:

GURU PELATIH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 8
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TEMPAT:

SK BAKRI BATU 2, MUAR

TARIKH:

10 JULAI 2014
(Khamis)

MASA:

5.30 petang 9.30 malam




1.0 PENGENALAN

Ramadhan adalah bulan yang dijanjikan oleh ALLAH swt kepada seluruh umatnya
bagi mendapatkan pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang
dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan ALLAH swt
sempena bulan penuh keberkatan ini dan memohon agar murid-murid Tahun 6
dapat menghadapi peperiksaan percubaan UPSR yang bakal tiba dengan
cemerlang. Oleh itu, guru pelatih mengambil kesempatan untuk mengadakan
program Iftar Perdana dan Ceramah Motivasi agar semua yang terlibat dalam
program ini beroleh ganjaran sebagaimana yang dijanjikan ALLAH swt dan
mencapai keredhaan dan rahmatNya. InsyaALLAH.


2.0 RASIONAL

Majlis Iftar Perdana dan Ceramah Motivasi bersama murid-murid Tahun 6 ini adalah
salah satu usaha kami di pihak guru pelatih dengan kerjasama pihak sekolah untuk
menaikkan semangat murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.
Aktiviti kerohanian yang dijalankan juga diharapkan dapat membina semangat
Taqarrub dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, majlis ini juga merupakan
salah satu platform bagi mengeratkan ukhwah antara guru-guru dan murid-murid
Tahun 6 dan melahirkan murid yang sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH swt.


3.0 MATLAMAT

Majlis Iftar Perdana dan Ceramah Motivasi ini bertujuan untuk melahirkan murid-
murid yang beriman dan beramal soleh. Selain itu, majlis ini juga turut bertujuan
untuk memberi dorongan, semangat dan kesedaran kepada murid-murid Tahun 6
yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.




4.0 OBJEKTIF
1) Meningkatkan kerjasama ibu bapa/ penjaga murid Tahun 6 bagi
menghadapi peperiksaan UPSR
2) Mewujudkan suasana kekeluargaan antara guru-guru dan murid-murid
Tahun Enam
3) Mendedahkan murid dengan aktiviti kerohanian dan seterusnya
mengamalkannya
4) Memanfaatkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan malamnya
dengan bertarawikh
5) Memperkukuhkan keimanan murid dengan sentiasa berdoa dalam
keadaan apa sekali pun


5.0 TARIKH PROGRAM
10 Julai 2014 (Khamis)

6.0 LOKASI PROGRAM
Bilik Motivasi SK Bakri Batu 2, Laman Tradisional SK Bakri Batu 2 dan Surau SK
Bakri Batu 2

7.0 KUMPULAN SASARAN
119 orang murid Tahun 6 dan 20 orang guru

8.0 ANJURAN
Guru pelatih PISMP Sains Semester 8 IPG Kampus Perempuan Melayu


9.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Bil. Keperluan Kuantiti
1. Dulang 35 biji
2. Bekas air 6 biji
3. PA system 1 set
4. Tikar 2 gulung
5. Cerek 10 biji
6. Kendi 2 biji
7. Jag air 2 set


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Jumlah (RM)
1. Makanan RM 5 X 140 orang = RM 700.00
2. Runcit RM 100.00
3. Bayaran penceramah RM 200.00
JUMLAH
RM 1000.00


11.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan guru-guru, kedai sekolah, ibu bapa dan individu.





12.0 JAWATANKUASA PENGENDALI PROGRAM

Penaung : Puan Jamilah Binti Abdullah (Guru Besar)
Penasihat 1 : Puan Mastura Binti Rahmat (GPK 1)
Penasihat 2 : Puan Aida Binti Abdullah (GPK HEM)
Penasihat 3 : Encik Hamidi Bin Mohd Jadi (GPK KOKO)
Pengerusi : Encik Ahmad Azril Bin Salehon
Setiausaha : Cik Siti Nur Zulaikha Binti Draman@Zulkifli
Bendahari : Cik Suriati Binti Johari


Pendaftaran
Puan Salmah Binti Urip
Cik Siti Nur Zulaikha Bniti Draman@Zulkifli

Pengacara
Encik Muhammad Zaim Bin Shuhaimi

Penceramah
Ustaz Fauzi Bin Idris

Imam
Encik Muhammad Zaim Bin Shuhaimi
Encik Hafizullah Bin Daud

Fotografi
Encik Wan Muhammad Izuddin Bin Wan Shuhaimi

Siaraya
Encik Syed Ahmad Syahir Bin Syed Mohamad



Kawalan Murid
Puan Radziah Binti Ali
Cik Sayyidatulnurulhuda Binti Ismail
Encik Hamdan Bin Mohd Sufi
Encik Masri Bin Melan

Persiapan Tempat
Puan Noor Qisna Binti Alias
Encik Kamaruzaman Bin Parlin
Encik Munzir Bin Man

Jamuan Makanan
Cik Suriati Binti Johari
Puan Hasanita Binti Hassan
Puan Azalina Binti Ruslan

Jamuan Minuman
Encik Mohd Ismadi Bin Sudin
Encik Muhammad Nizam Bin Zami
13.0 TENTATIF PROGRAM
14.0 PENUTUP
Kesimpulannya, diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Kalungan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksanakan dan
menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.


Disediakan oleh:

___________________________
(CIK SITI NUR ZULAIKHA BINTI
DRAMAN@ZULKIFLI
Setiausaha,
Majlis Iftar Perdana dan Ceramah
Motivasi 2014
Diluluskan oleh:

____________________________
(PN. JAMILAH BINTI ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Bakri Batu 2, Muar

Tarikh Masa Aktiviti




10 Julai 2014
(Khamis)
5.15 petang Pendaftaran murid-murid Tahun 6
5.30 petang Ceramah motivasi oleh Ustaz Fauzi
Bin Idris (Bilik Motivasi)
7.10 malam Berkumpul di Laman Tradisional
7.20 malam Majlis berbuka
8.00 malam Solat Maghrib berjemaah
8.15 malam

Solat Hajat berjemaah
Solat Isyak berjemaah
Solat Tarawikh berjemaah
9.30 malam Jamuan ringan dan bersurai

Anda mungkin juga menyukai