Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah,bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat


dan kurnianya,saya akhirnya dapat laksanakan Kerja Kursus pendek [KKP]
bagi subjek Kemahiran Belajar ini dengan jayanya.Pada tanggal 27
September 2010,satu taklimat mengenai [KKP] Kemahiran Belajar telah
diberikan oleh pensyarah bertugas yang dihadiri oleh saya dan beberapa
buah kelas yang terlibat.Kami telah diberi taklimat yang lengkap mengenai
tugasan yang diberikan.

Dalam usaha untuk melaksanakan [KKP] ini,saya telah diuji dengan 1001
macam kesulitan disamping manfaat-manfaat yang diperoleh
melaluinya.Antara manfaat yang diperoleh ialah saya dapat mengenali
dengan lebih dekat mengenai tokoh perbahasan saya ini iaitu Allahyarham
Tan Sri Murad.Proses menghasilkan [KKP] ini membawa saya mendekati
tokoh mantan KKPM ini.Beliau adalah bekas KPPM yang disegani dan
dihormati semua.Di samping itu,saya juga dapat membentuk diri berdisiplin
dengan masa melalui tugasan yang diberikan ini kerana tempoh masa yang
diberikan amat singkat dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam
diri.Seterusnya,saya dapat melatih diri bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tugasan ini agar ianya lebih lengkap dan sempurna.

Kurangnya sumber rujukan antara kesulitan yang terpaksa saya hadapi.Tidak
semua pusat sumber menyediakan sumber yang dikehendaki dan oleh sebab
itulah pelbagai alternatif lain diperlukan dalam memperoleh sumber rujukan
sebagai fakta kepada saya mengenai tokoh yang diperbahaskan.Oleh kerana
kesusahan yang dihadapi,saya terpaksa mencari sumber lain seperti internet
dan jurnal mengenai kehidupan Tan Sri Murad.



Di samping itu,pertindihan tarikh penghantaran [KKP] ini bersama tugasan
lain menambahkan lagi kesulitan dalam diri saya kerana terpaksa menghantar
kedua-duanya serentak pada tarikh yang sama.Oleh sebab itu,perancangan
yang berkesan dalam membahagi waktu bagi menyiapkan [KKP] ini dan
tugasan lain amatlah dititikberatkan oleh saya untuk mengelakkan dari
berlakunya permasalahan.


Akhir sekali,[KKP] yang diberikan ini membantu saya berusaha dalam
menghasilkan satu tugasan yang sempurna.Ianya juga adalah langkah awal
kepada saya dalam mengasilkan [KKP] lain yang lebih mencabar minda kelak