Anda di halaman 1dari 5

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 1 1




KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR


BAND


1


PERNYATAAN
STANDARD


Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis.


DESKRIPTOR

B1 DL1
Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah

EVIDENS

B1 DL1 E1
Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan
kehidupan harian



AKTIVITI
PENTAKSIRAN



1. Murid berbual-bual dengan rakan-rakannya tentang hari
pertama mereka di sekolah menengah.
2. Murid-murid memberikan respons kepada isi perbualan.
3. Empat orang murid dipilih untuk berbual tentang Hari Pertama
di Sekolah Menengah di hadapan kelas.

Contoh Perbualan :
Khairi : Saya Khairi, kenalkan rakan saya, Mohan.

Syafiq : Saya Syafiq. Apa khabar Khairi, Mohan? Ini rakan dan
jiran saya, Kevin. Kevin berasal dari Sarawak dan baru
berpindah ke Semenanjung.

Kevin : Apa khabar semua? Saya Kevin. Saya baru di sini.
Banyak yang perlu saya pelajari. Saya berharap rakan-
rakan dapat membantu saya.

Mohan: Jangan bimbang, Kevin. Kami sedia membantu. Saya
dan Khairi dalam Tingkatan 1 Pahlawan. Awak dalam
tingkatan mana?

Syafiq : Saya dan Kevin pun Tingkatan 1 Pahlawan. Kalau
begitu, kita boleh menubuhkan kumpulan belajar dan
menjadi rakan karib, bagai isi dengan kuku.

Kevin : Kita juga boleh menjadi rakan bola sepak.

Khairi : Baguslah kalau begitu. Kita boleh belajar dan bermain
bersama-sama.
BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 1 2


KEMAHIRAN

MEMBACA


BAND

1


PERNYATAAN
STANDARD


Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis


DESKRIPTOR

B1 DB1
Membaca ayat daripada sesuatu sumber


EVIDENS

B1 DB1 E1
Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan
bimbingan



AKTIVITI
PENTAKSIRAN





1. Murid membaca petikan yang mengandungi beberapa ayat
secara senyap.
2. Murid membuat bacaan nyaring.
3. Murid-murid yang kurang lancar bacaannya dibimbing oleh
guru atau rakan sebaya.
4. Ketika murid membaca, guru mengisi Borang Inventori
Bacaan.


















BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 1 3


Contoh Bahan Bacaan :

Hari itu Cikgu Harun menerima lagi sebuah
bungkusan. Ketika balik daru surau malam itu,
bungkusan itu sudah ada. Nama pada bungkusan itu
sememangnya nama Cikgu Harun walaupun tidak
bersetem atau tanda dihantar dengan pos. Cikgu Harun
tahu benar pengirim bungkusan itu. Bukan pertama kali
dia menerimanya, malah setahun dua kali sudah pasti,
semenjak beberapa tahun yang lalu. Terutamanya ketika
tibanya tarikh 16 Mei, bungkusan hadiah itu akan sampai
seperti selalunya. Dia telah pun menduga.


Contoh Kad Inventori Bacaan :



BIL Soalan / X
1 Adakah murid itu menyebut perkataan
dengan betul?

2 Adakah murid itu menggantikan
perkataan dengan perkataannya sendiri?

3 Adakah murid itu enggan menyebut
sesuatu perkataan?

4 Adakah murid itu meninggalkan mana-
mana perkataan?

5 Adakah murid itu mengulang-ulang
perkataan atau frasa?

6 Adakah murid (lemah/kurang lancar)
dapat membaca dengan lancar setelah
diberikan bimbingan oleh guru?








BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 1 4


KEMAHIRAN

MENULIS


BAND

1


PERNYATAAN
STANDARD


Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis


DESKRIPTOR

B1 DT1
Menulis ayat mudah.


EVIDENS

B1 DT1 E1
Menulis ayat mudah dengan bimbingan (FN + FN, FN + FK, FN + FA ,
FN + FS)



AKTIVITI
PENTAKSIRAN




1. Murid melengkapkan pola ayat inti yang disediakan dengan frasa
yang sesuai.
2. Murid membina ayat sendiri menggunakan pola ayat inti dengan
bimbingan atau tanpa bimbingan.


Arahan:
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan frasa yang berkaitan.


+


1. ____________________________________ guru.



+


2. ____________________________________ bermain badminton.





FN FN
FN FK
BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 1 5


+


3. ____________________________________ besar.



+


4. Ganesh ____________________________________.
































FN FA
FN FS

Anda mungkin juga menyukai