Anda di halaman 1dari 13

Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

1







UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW.


1. GELANGGANG

1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m
tinggi dari permukaan lantai gelanggang. ( Gelanggang pasir atau rumput tidak
dibenarkan )

1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru
ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari
garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.


1.3 Garisan Tengah

Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian
yang sama besar.



1.4 Garisan Suku Bulatan

Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran
jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan
selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.



1.5 Bulatan Sepak Mula

Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan
kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang
gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.
Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.


2. TIANG

2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di ukur dari permukaan
gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya
tidak melebihi 0.04 m.

2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris
dengan garisan tengah gelanggang.
Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

2



3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m
hingga 0.08 m.

3.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan
garisan tengah gelanggang.

3.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah
dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.

3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di
perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di
atas paras tiang.

3.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk
wanita ), manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita ) dari
permukaan gelanggang.


4. BOLA TAKRAW

4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya
diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.

4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

4.2.1 Mempunyai 12 lubang.

4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain
lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.

4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain
lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita.

4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang
tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan
lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh
mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan
daripada ISTAF sebelum dimainkan di mana - mana kejohanan antarabangsa.



Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

3



4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik,
Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah
menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.


5. PEMAIN-PEMAIN

5.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang
pemain.

5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan
Tekong (server).

5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan
seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri
manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan Apit Kanan. Kedua-dua pemain
dinamakan Apit.


5.4 Kejohanan Berpasukan

5.4.1 Pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain
minimum sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang.

Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam
perlawanan.

Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.

Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja.
5.4.2 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.

5.4.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan
bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.


5.5 Kejohanan Antara Regu

5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5
orang pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan )
yang kesemua mesti didaftarkan.

5.5.2 3 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.

5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan
bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

4



6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan
sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau
mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama
sekali.

6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi
yang berlainan.

6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang
berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai
warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari
pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam
pendaftaran hendaklah menukar jersi.

6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan
bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian
daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.

6.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap
pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang sama untuk
keseluruhan kejohanan.

Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran
tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ).

Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana
bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen.

Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain
dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan.

Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.

6.6 Ketua regu hendaklah memakai Arm Band di lengan kiri.

6.7 Mana - mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di
dalam Undang Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak
Teknikal ISTAF terlebih dahulu.





Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

5



7. GANTIAN PEMAIN


7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan
dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam
pertandingan yang sama.

7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan
Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam
permainan.

7.3 Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain
simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu
dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.

Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (1) seorang
pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap
Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.

Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi
dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas
nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan
apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.

Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi
acara regu sahaja )

J ika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya,
maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.

7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan.
Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. J ika
kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan, maka perlawanan dihentikan dan regu
ini dianggap kalah.

7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan
meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.

7.6 J ika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut
dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih
belum dilakukan di dalam set tersebut. J ika kedua-dua pertukaran telah dilakukan
dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang
dikenakan kad merah dianggap kalah.



Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

6



8. UNDIAN DAN WARM-UP


8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran
kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada
(i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah
memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah
mematuhi keputusan Pengadil.

8.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan Warm-Up selama 2 minit dan diikuti
oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam
gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.


9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA


9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak
gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.

9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi
kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.

9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku
bulatan masing-masing.

9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya.


10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.


10.1 Perlawanan ikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu hujung
J aring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ),
seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), seorang Pengadil Garisan
dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi
Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu
Pengadil.
Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar
gelanggang.

Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-
turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.



Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

7




Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang
mendapat mata.
Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servis akan bertukar pada
setiap mata.
Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya.
Tukar petak sebelum memulakan setiap set.

10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata.
Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka
campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi olek
Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama
maka campakan itu dianggap batal.

10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di
dalam gelanggang masing-masing.

10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau
pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan
lawan.

10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan
telah diperolehi.

10.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga - tiga regu dalam pasukan hendaklah
bermain.


11. PERKARA-PERKARA BATAL


11.1 Pihak Sepak Mula

11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain - mainkan bola ( menghempas,
mencampak dan lain - lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

11.1.2 Mana mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau
melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.

11.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak
garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.

11.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.
Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

8




11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang
lawan.

11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa melakukan
sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi
membantu melakukannya.

11.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil
mengumumkan mata buat kali kedua.


11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau
menengking pihak lawan.


11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan

11.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan
sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow through.

11.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

11.3.4 Bola menyentuh tangan.

11.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua
- dua paha / kaki atau badan.

11.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan
lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan
gelanggang lawan.

11.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.

11.3.8 Mana - mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu
melakukan sepakan.

Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

9



12. SISTEM KIRAAN MATA

12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak
mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan.

12.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan
minimum dua (2) mata.

Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu
mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas
(17) ( yang mana dahulu ).

Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman
lanjutan mata 17

12.3 Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5-set ) dua
minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5
set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua
ketiga, keempat dan kelima.

Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan
2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu
daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama,
kedua dan ketiga.

12.4 Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar
petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.


13. REHAT (TIME-OUT)

13.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.

Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau J urulatih semasa bola tidak berada
dalam permainan.

Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan
gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara
Regu dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan.

Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik

13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada
pemain.

Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

10



14. PERMAINAN TERGENDALA

14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain
tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.

14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit.
Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka gantian pemain mestilah
dibuat. Jika regu ini telah membuat kedua-dua pertukaran pemain seperti di peraturan
No. 7, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.

14.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh memberhentikan perlawanan apabila berlaku
gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.

14.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan, semua pemain tidak dibenarkan keluar
dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.


15. TATATERTIB ( DISIPLIN)


15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.

15.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang
pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil
hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.

15.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai dilarang membantah keputusan Pengadil
semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan.
Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai berkenaan.


16. HUKUMAN

16.1 KAD KUNING

Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-

16.1.1 Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara-
perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan
keseluruhan pertandingan.

16.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata - kata kesat.

16.1.3 Berulang kali melakukan melanggar Undang - Undang Permainan dan
Peraturan pertandingan.

16.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.

Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

11



16.1.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan
Pengadil.


16.2 KAD MERAH


Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi kad merah jika
melakukan kesalahan berikut:-

16.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.

16.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.

16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.

16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.

16.3 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan sama ada di dalam atau di luar
gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana
orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang
perlu diterima oleh semua pihak:

16.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman :
Amaran Biasa

16.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain
tetapi didalam kejohanan yang sama.

Hukuman :
Digantung satu perlawanan

16.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan
di kejohanan yang sama.

Hukuman :
(i) Digantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat )


Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

12



16.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan
di kejohanan yang sama.

Hukuman :
Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya
sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.

16.3.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.

Hukuman :
(i) Digantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga dalam
mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.


16.4 Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada
Kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan,
Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah
akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:-

16.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah

Hukuman :
Di gantung serta - merta daripada bermain dalam mana
mana perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.



17. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN


17.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk
atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan sama ada di dalam atau di
luar gelanggang.

17.2 Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran
pertandingan akan diiringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang
perlawanan. Pengadil akan memberhentikan pertandingan serta - merta sehingga
Pegawai Pertandingan atau Lembaga Disiplin Persatuan Sepaktakraw memberi
isyarat meneruskan pertandingan.





Undang-Undang Permainan Sepaktakraw

13



18. UMUM

18.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam
Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.



PINDAAN DILULUSKAN

Pindaan Undang-undang Permainan ini telah diluluskan semasa Kongres ISTAF pada
17 hb Januari 2011 di Bangkok, Thailand.

Anda mungkin juga menyukai