Anda di halaman 1dari 7

1

Bunga tanjung di tengah pekan,


Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang berusaha Encik Lim Leong Chye, Guru Besar SK La Salle
Yang dihormati Puan Hajah Siti Zabedah binti Aman, Guru Penolong Kanan Kurikulum
Puan Selvarani a/p S Nalliah, Guru Penolong Kanan HEM
Encik Yaakob bin Tahir, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Para Guru dan Murid-murid sekalian

Aturacara majlis pada pagi ini dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan
lagu tersebut, dipersilakan
2

Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk
Hadirin yang budiman.
Pada pagi yang ceria ini kita bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk turut sama meraikan hari yang bertuah
dan gemilang bagi insan yang bergelar warga pendidik. Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai
penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar
Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Antara lain bertujuan:
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan
negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
dan
3. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan
sebagainya yang diadakan pada Hari Guru

Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul
untuk menjayakan Hari Guru 2014 dengan tema Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
3

Hadirin yang budiman.
Acara diteruskan dengan menjemput ......................................................................................................................
..................................................................... untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Berikut diteruskan dengan menjemput ...........................................................................................................................
............................................................................................. untuk membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia. Majlis mempersilakan.


Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh ..........................................................................................................
Terima kasih diucapkan.
Seterusnya majlis menjemput ........................................................................................................................................
............................................................................................. untuk membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi.
4


Mekar melati diapit kejora,
Kuntuman tersemat jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,

Hadirin sekalian.
Berikut kita akan mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Lim Leong Chye,
Guru Besar SK La Salle. Majlis dengan sukacitanya dipersilakan.











5

Tumbuh selirat bunga melati,
Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majlis menjadi kenangan.

Terima kasih atas ucapan itu tadi.
Semoga para guru akan terus berjuang mendidik kami dengan tekun dan sabar menghadapi karenah kami. Terimalah kami
seadanya dan bimbinglah dan didiklah kami agar menjadi murid yang bertaraf dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan
nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi
melafazkan Ikrar seterusnya menyanyikan lagu Guru Malaysia, Biarku menjadi lilin dan lagu tema Hari Guru 2014,
dipersilakan.







6

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Guru,
Hadirmu sentiasa dinanti,
Sejak kecil kami diajar ABC,
Pelbagai ilmu kami pelajari,
Pelbagai bahasa kami kuasai,
Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,
Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari
Bidang teknikal tidak ketinggalan,
ICT pula melengkap pengetahuan
Disusul oleh pelbagai kemahiran
Melukis mewarna indah lakaran,
Agama dan akhlak paling ditutamakan,
Kami mengenal adab dan sopan,
Buat bekalan di masa depan.

Bagi menghargai jasa para guru sekalian, majlis berbesar hati menjemput
............................................................................................................................................................................... untuk
menyampaikan cenderamata kepada guru-guru, dipersilakan.
7

Indah selendang kebaya nyonya,
Sekali imbas puteri kayangan,
Usah dipandang pada harganya,
Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Terima kasih diucapkan atas penyampaian itu tadi.
Hadirin sekalian, atur cara akan diserikan dengan beberapa buah persembahan antaranya
................................................................................................................ yang bakal disajikan oleh murid-murid berbakat SK
La Salle. Tanpa melengahkan masa dijemput ..........................................................................................
......................................................................................, dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai