Anda di halaman 1dari 2

Perkembangan (Aktiviti Menolak)

Fokus Pembelajaran & Pelajaran:


1. Langkah-langkah Pengenalan Aktiviti
i. Berdiri dengan satu kaki di hadapan dan sebelah kaki di belakang.
ii. Kedua-dua belah siku tangan dalam bentuk bengkok dan tapak tangan
dalam bentuk terbuka.
iii. Mulakan aktiviti menolak dengan menolak perlahan-lahan kedua-dua
belah tangan dari dalam ke luar.
iv. Apabila aktiviti menolak bermula, lutut kaki hadapan dibengkokkan.
v. Manakala kaki belakang pula dalam bentuk lurus apabila aktiviti menolak
bermula.
vi. Buat langkah yang sama dengan menukar kaki sebelah.

2. Langkah-langkah Penguasaan Kemahiran
(Buat secara individu dalam keadaan berdiri secara lurus)
- Menolak perlahan dengan tangan ke bawah
- Menolak sederhana dengan tangan ke depan
- Menolak cepat dengan tangan ke atas
- Menolak dengan tangan 2 kali ke atas, 1 kali ke depan dan 2 kali ke bawah.
- Aktiviti mempercayai kawan.

Perkembangan (Aktiviti Menarik)
Fokus Pembelajaran & Pelajaran:
1. Langkah-langkah Pengenalan Aktiviti
i. Berdiri dengan satu kaki di hadapan dan sebelah kaki di belakang
(kekuda).
ii. Lutut kaki di hadapan dibengkokan.
iii. Kedua-dua tangan dalam keadaan yang lurus dan tapak tangan dalam
keadaan menggenggam .
iv. Mulakan aktiviti menarik dengan keadaan siku bengkok 90 darjah
serentak dengan lutut kaki hadapan diluruskan.
v. Manakala kaki belakang pula diluruskan.
vi. Buat langkah yang sama dengan menukar kaki sebelah.

2. Langkah-langkah Penguasaan Kemahiran
(Buat secara individu dalam keadaan berdiri secara lurus)
i. Tangan diluruskan ke bawah dan ditarik hingga ke paras dada dalam
kadar yang perlahan.
ii. Tangan diluruskan ke hadapan dan ditarik hingga ke paras dada dalam
kadar yang sederhana.
iii. Tangan diluruskan ke atas dan ditarik hingga ke paras dada dalam kadar
yang laju.
iv. Secara berpasangan, seorang dalam keadaan baring dan seorang lagi
akan menariknya ke atas menggunakan kemahiran menarik yang telah
dipelajari.

Kemuncak
Aktiviti : Permainan Mata Harimau
i. Letakkan kon di tengah sebagai mata harimau
ii. Bentukkan satu bulatan di sekeliling kon tersebut dengan tangan saling
bersambung
iii. Peserta saling menarik atau menolak untuk mengelakkan diri daripada
mata harimau
iv. Sesiapa yang menyentuh mata harimau akan tersingkir daripada
permainan tersebut
v. Peserta yang terakhir adalah pemenang

Anda mungkin juga menyukai