Anda di halaman 1dari 27

PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 1



KANDUNGAN
Muka Surat
Halaman pengakuan 1
Penghargaan 2
Kandungan 3
Pendahuluan 4-5
Peta konsep 6
Isi :
1.0 Definisi Aqidah Islamiyyah 7-10
2.0 Sumber Aqidah Islamiyyah 11-12
3.0 Asas-asas Aqidah Islamiyyah 12-20
4.0 Kepentingan Aqidah Islamiyyah 20-22
5.0 Amalan-amalan memperkukuhkan aqidah 23
6.0 Faktor-faktor kelemahan aqidah 24
7.0 Bagaimana aqidah yang mantap mampu menjana
kejayaan dunia dan akhirat. 25-26
Rumusan 27
Refleksi 28
Bibiliografi 29-30
Lampiran 31






PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 2

PENDAHULUAN
Naluri setiap insan memerlukan suatu pegangan yang benar dan betul sebagai panduan
hidup mereka dan melalui pegangan ini seseorang tersebut akan merasa tenang dan yakin
terhadap apa yang dipegangnya sebagai panduan hidup.Hanya Aqidah Islamiyyah dapat
menepati ciri-ciri kerana ia sememangnya telah ditentukan Allah SWT untuk umat manusia
khususnya umat muslimin dan muslimat.Aqidah Islamiyyah juga berteraskan dua sumber yang
utama iaitu kitab suci Al-Quran dan As-Sunnah iaitu hadith Rasulullah SAW.
Atas dasar aqidah yang kukuh inilah,ikatan itu tidak akan terurai seperti ikatan
manawi() iaitu ikatan yang lebih kukuh dan kuat berbanding dengan ikatan hissi().Ia
adalah satu ikatan yang abstrak,benar serta yakin yang terjalin antara makhluk dengan
PenciptaNya.Andainya ikatan itu bercampur aduk dengan keraguan dan syak atau bersifat zann
ia bukanlah aqidah Islamiyyah.Antara dalil Al-Quran yang menerangkan situasi di atas ialah:
Firman Allah swt:



MAKSUDNYA: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang
percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan
mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah
orang-orang yang benar.
(SURAH AL-HUJURAT AYAT 15)
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 3






MAKSUDNYA: Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang
yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-
ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 15)

Daripada ayat-ayat di atas ia menunjukkan bahawa faktor keyakinan merupakan ciri
utama aqidah Islam.Keyakinan mestilah bersemi di hati bukan sekadar ucapan lidah.Keimanan
yang sebenar tidak akan dicemari oleh unsur keraguan tentang kebesaran Allah dan sifat-sifat-
Nya.






PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 4

PETA KONSEP AQIDAH ISLAMIYYAH
























KONSEP
AQIDAH
DEFINISI AQIDAH
ISLAMIYYAH
KEPENTINGAN
AQIDAH
ISLAMIYYAH
AMALAN-AMALAN
MEMPERKUKUH
AQIDAH
FAKTOR-FAKTOR
MEMBAWA KELEMAHAN
AQIDAH
BAHASA ISTILAH
AL-ILLAHIYYAT

AN-
NUBUWWAT
PERKARA-PERKARA
GHAIB(GHAIBIYYAT
AL-QURAN
AS-SUNNAH
ASAS-ASAS AQIDAH
ISLAMIYYAH
SUMBER AQIDAH
ISLAMIYYAH
TAUHID ULUHIYYAT
TAUHID AL-ASMAWA AL-SIFAAT
TAUHID RUBUBIYYAT
SYURGA
NERAKA
AKHIRAT
TITIAN SIRAT
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 5

1.0 DEFINISI AQIDAH ISLAMIYYAH
DARI SEGI BAHASA (ETIMOLOGIS)
Perkataan aqidah( ) berasal daripada perkataan Arab iaitu aqada( ) yang
membawa maksud ikatan atau simpulan.Aqada juga boleh disama ertikan dengan al-
habl(),al-bai()dan al-ahd( ) yang bermaksud tali,jual beli dan perjanjian.Al-Quran
kerap menggunakan perkataan ini dengan maksud-maksud di atas,seperti firman Allah swt
dalam surah al-Nisa ayat 33 yang bermaksud;



MAKSUDNYA: Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapa dan
kaum kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya . Dan (jika ada) orang-orang yang kamu
telah bersumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bahagiannya.
Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.
(Surah al-Nisa, ayat 33)
Biasanya simpulan dan ikatan berlaku terhadap perkara yang boleh dirasai seperti simpulan
atau ikatan tali.Walau bagaimanapun perkataan ini boleh digunakan pada sesuatu yang
manawi iaitu sesuatu yang tidak jelas dan boleh dirasai dengan pancaindera seperti mata kasar
manusia tetapi ianya dapat dirasai dengan mata hati.Secara kesimpulannya,aqidah dari segi
bahasa bermaksud ikatan dan simpulan tali yang kuat.


PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 6








DARI SEGI ISTILAH(TERMINOLOGIS)
Manakala dari sudut istilah,aqidah boleh ditakrifkan dengan perkara-perkara yang di
benarkan oleh jiwa,melahirkan ketenangan di dalam hati tanpa ada syak dan ragu.Aqidah juga
boleh difahami sebagai kepercayaan yang pasti tanpa ada sebarang keraguan terhadap
sesuatu perkara di dalam hati seseorang.Walaubagaimanapun,terdapat banyak perbezaan
pendapat para ulama dan para sahabat tentang takrif aqidah ini dari segi istilah.Berikut
merupakan beberapa pengertian istilah tentang aqidah Islamiyyah mengikut beberapa orang
para ulama dan para sahabat:
a)Menurut Ibn Taimiyah-Perkara yang dibenarkan oleh jiwa,hati menjadi tenang
kepadanya,beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang
keraguan.Maksudnya,aqidah bukan perkara yang praktik tetapi amalan hati yang berbentuk
yakin serta bersifat ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim mempercayainya.
b)Menurut al-Firuz Abadi(1329-1415M)-Sesuatu yang diikat dan disimpul di dalam hati dan jiwa
serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan bebas
daripada sebarang keraguan.Maksudnya,aqidah satu pegangan yang berbentuk keagamaan
yang benar dan tidak menyeleweng serta sebati dalam hati seseorang.
c)Menurut Imam Al-Ghazali(1058-1111M)-Berpegang dan membenarkan di dalam hati secara
yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.Maksudnya,aqidah bersumberkan dalil iaitu
Al-Quran dan As-Sunnah yang pasti dan yakin kepada Allah,Rasul-rasul,Kitab-kitab,para
malaikat,hari akhirat serta Qada dan Qadar.

AQIDAH
AQADA-
IKATAN/SIMPULAN
AL-HABL-TALI
AL-BAI-JUAL BELI
AL-AHD-PERJANJIAN
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 7

d)Menurut Al-Murtada al-Zabidi(1732-1791M)-Apa yang dipegang seseorang dengan yakin
sebagai pegangan agama dan ianya bersemi di dalam hati dan jiwa.Maksudnya,aqidah itu
adalah sesuatu yang bersemadi di dalam jiwa dengan penuh keyakinan dan kepastian kepada
Allah Tuhan pencipta makhluk.
Secara rumusannya aqidah boleh didefinisikan sebagai sesuatu kepercayaan dan
keyakinan yang teguh terhadap sesuatu perkara tanpa ada sebarang keraguan terhadap
perkara tersebut di dalam hati seseorang individu manakala aqidah Islamiyyah menurut
Al-Quran boleh didefinisikan sebagai keimanan dan kepercayaan yang teguh terhadap
Allah swt,Malaikat-malaikatNya,para RasulNya,kitab-kitabNya,hari akhirat dan Qada dan
QadarNya tanpa ada sebarang keraguan terhadap pegangan tersebut(seperti yang
dikandung dalam rukun iman).Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah dalam ayat 177:







PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 8

MAKSUDNYA:"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka pihak timur
dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan
segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian nabi dan mendermanya seseorang akan
hartanya - sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-
orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang meminta,
dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang
serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila
mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan,
dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.
(Orang-orang yang demikian sifatnya), maka itulah orang-orang yang benar (beriman dan
mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."
(SURAH AL-BAQARAH AYAT 177)


MAKSUDNYA: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah
ditentukan).Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara
sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
Ayat-ayat Al-Quran(Surah Al-Qamar ayat 49-50) di atas menerangkan tentang
kekuasaan Allah ke atas makhlukNya mengikut kehendakNya.Sebagai seorang muslim kita
wajiblah mempercayai dan meyakini kebesaran Allah SWT tanpa sebarang rasa keraguan.





PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 9

2.0 SUMBER AQIDAH ISLAMIYYAH
Aqidah Islamiyyah merupakan aqidah sebenar dalam kehidupan manusia.Dalam ajaran
islam,aqidah ialah iman atau kepercayaan yang kuat di antara manusia dengan penciptaNya
iaitu Allah SWT tanpa ada sebarang keraguan mahupun syak dalam hati setiap individu
Islam.Aqidah Islamiyyah merupakan sesuatu yang bersifat Taufiki iaitu asas-asasnya telah pun
ditetapkan oleh Allah SWT dan di wahyukan kepada Rasulullah SAW kepada umat
manusia.Sumber aqidah islamiyyah ialah kitab suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah
SAW(hadith).Al-Quran adalah dalil yang paling nyata dan kuat.Antara firman Allah SWT:



( : )
Maksudnya:Rasul Allah telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadanya dari
Tuhannya,dan juga orang-orang yang beriman,semuanya beriman kepada Allah,dan malaikat-
malaikatNya,dan kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya.Mereka berkata:Kami tidak membezakan
antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya.Mereka berkata lagi:kami dengar dan
kami taat.(Kami pohonkan) keampunan-MU wahai Tuhan kami!Dan kepadaMu jualah tempat
kembali.



SUMBER AQIDAH
ISLAMIYYAH
AL-QURAN AS-SUNNAH
(hadith Rasulullah)
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 10





Kitab suci Al-Quran sebagai sumber aqidah Islamiyyah yang pertama.

3.0 ASAS-ASAS AQIDAH ISLAMIYYAH






A)BAHAGIAN AL-ILLAHIYYAT
Dalam aqidah Islamiyyah asas-asas aqidah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
bahagian Al-Illahiyyat,bahagian Nubuwwat dan perkara-perkara ghaib(ghaibiyyat).Dalam
bahagian Al-Ilahiyat,ianya membawa maksud ketuhanan iaitu keimanan terhadap Tuhan yang
Esa(satu) yakni ALLAH SWT serta beriman kepada perkara yang berkaitan
ASAS-ASAS AQIDAH ISLAMIYYAH
o AL-ILLAHIYAT(KETUHANAN) o AN-NUBUWWAT(KENABIAN)
o PERKARA-PERKARA
GHAIB(GHAIBIYYAT)
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 11

denganNYA.Contohnya,kepercayaan terhadap Allah sebagai Pemilik dan Pencipta sekalian
yang ada di bumi dan langit serta bersifat dengan segala kesempurnaan dan suci daripada
kekurangan.Terdapat tiga bentuk keimanan terhadap Allah yang Esa iaitu Tauhid
Rububiyyat,Tauhid Ulihiyyat dan Tauhid Al-Asmawa Al-Sifaat.Perkataan tauhid berasal
daripada perkataan Ahad yang bermaksud satu dan Esa.








TAUHID RUBUBIYAT(Keesaan Allah sebagai Tuhan Pencipta)
Tauhid Rububiyyat ialah mentauhidkan Allah SWT pada AfalNya,seperti
, , , , , .Ianya juga boleh didefinisikan sebagai
pengakuan bahawa Allah taala adalah Tuhan sekalian alam,Pencipta,pemberi rezeki kepada
makhlukNya.Dia yang menghidupkan dan mematikan segala sesuatu,memberi manfaat dan
mudarat(musibah) menerima dan memakbulkan segala doa bagi semua perkara,segala
kebaikan adalah di sisiNYA,berkuasa ke atas semua perkara,tidak ada persekutuan dan
persamaan bagiNya dengan segala perkara serta tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan
Allah dalam menyusun dan mentadbir semua urusan-urusan tersebut.Sebagaimana firman
Allah SWT:

TIGA BENTUK KEIMANAN
TERHADAP ALLAH DALAM
BAHAGIAN AL-IILAHIYAT
TAUHID RUBUBIYYAT
TAUHID ULUHIYYAT
TAUHID AL-ASMAWA AL-SIFAAT
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 12

( : )
MAKSUDNYA:Dan jika Allah mengenakan(menimpa) engkau dengan bahaya bencana,ma-ka
tidak ada sesiapapun yang dapat menghapuskannya melainkan DIA sendiri,dan jika IA
mengenakan(melimpahkan) engkau dengan kebaikan,maka IA adalah amat berkuasa atas tiap-
tiap sesuatu.
(Surah Al-Anam ayat 17)
Firman Allah swt lagi:

( : )
MAKSUDNYA:Dan demi sesungguhnya!Jika engkau(wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka(yang musyrik)itu:Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?Sudah tentu mereka
akan menjawab:Yana menciptakannya ialah Allah Yang Mha Kuasa Lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Zukhruf Ayat 9)


PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 13

MAKSUDNYA:(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya,maka) Wahai umat manusia!
Kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah(dalam segala perkara) sedang Allah dialah
sahaja yang Maha Kaya lagi amat Terpuji.
(Surah Fathir ayat 15)
TAUHID ULUHIYYAT(Mengesakan Allah dalam Ibadat)
Tauhid Uluhiyyat bermaksud mengesakan Allah Taala dalam ibadat sama ada ibadat
zahir mahupun ibadat batin.Ibadat zahir bermaksud ibadat yang melibatkan anggota luaran
yang boleh di lihat melalui pancaindera seperti mata dan di dengar melalui telinga.Sebagai
contoh ibadat zahir ialah ibadat solat,haji,jihad dan amalan-amalan sunat seperti bersedekah
dan seumpamanya.Mnakala ibadat batin boleh di ertikan sebagai ibadat yang melibatkan hati
yakni tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirasai dan dialami dengan mata
hati.Sebagai contoh ibadat batin ialah sabar menghadapi sebarang dugaan Allah,takut kepada
Allah Taala dan sentiasa meletakkan Allah Taala sebagai niat utama dalam apa-apa ibadat
dalam hati setiap individu.Ibadat kepada Allah merangkumi semua perkara yang disukai dan
diredhai olehNya sama ada ibadat zahir mahupun ibadat batin dan semua ibadat ini hendaklah
dilakukan dengan sepenuh keikhlasan keranaNya bukan atas desakan perkara-perkara
lain.Sesiapa yang tidak sempurna dalam tauhid ini di anggap syirik dan menyekukutukan
ALLAH SWT meskipun tauhid rububiyyahnya sempurna.
Sebagaimana Firman Allah SWT:

MAKSUDNYA:Katakanlah:Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Surah al-Anam ayat 162)

PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 14



Maksudnya:Dan sesungguhnya telah di wahikan kepadamu(wahai muhammad) dan kepada
nabi-nabi yang terdahulu daripadamu:Demi sesungguhnya!Jika engkau (dan pengikut-
pengikutmu) mempersekutukan(sesutu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur
amalmu,dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi.
(Surah al-Zumar ayat 65)

TAUHID AL-ASMAWA AL-SIFAAT(Mengesakan Allah Taala pada Nama-nama dan
Sifat-sifatNya)
Tauhid Al-AsmaWa Al-Sifaat atau mengesakan Allah Taala pada nama-nama dan sifat-
sifatNya bermaksud percaya dan yakin dengan sepenuhnya serta berpegang teguh bahawa
Allah Taala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan tanpa sebarang kekurangan.Secara
ringkasannya,setiap individu wajib mempercayai dan beriman dengan semua sifat-sifat dan
nama-nama Allah sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran serta diriwayatkan dalam As-
Sunnah(hadith Rasulullah saw) tanpa memesongkan pengertian dan lafaznya,menggambarkan
atau menentukan bentuk kejadian dan keadaannya serta tidak menyekutukannya dengan sifat-
sifat makhlukNYA.



PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 15

Sebagaimana firman Allah swt yang berikut:


MAKSUDNYA:Katakanlah(wahai Muhammad):Serulah nama Allah atau nama Al-
Rahman,yang mana sahaja kamu serukan(dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka);
Kerana Allah mempunyai banyak nama baik serta mulia...
(Surah al-Isra ayat 110)



Maksudnya:Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik(yang mulia),oleh itu serukanlah (dan
berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama itu..
(Surah al-Araf ayat 180)
BAHAGIAN AN-NUBUWWAT
Dalam bahagian yang kedua yakni nubuwwat yang membawa maksud kenabian dari
segi bahasa.Dari segi istilah pula,ianya bermaksud mengetahui dan meyakini hak yang wajib
dan harus bagi seseorang Rasul.Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah
telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukkan jalan ke
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 16

arah kebenaran dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Firman Allah swt dalam Surah Fatir ayat
24:



MAKSUDNYA: Sesungguhnya kami mengutusnya dengan agama yang benar,sebagai
pembawa berita gembira kepada orang yang beriman dan pemberi amaran kepada orang yang
ingkar dan tidak ada sesuatu umat punmelainkan telah di utuskan seorang rasul bagi memberi
peringatan dan amaran kepada mereka.
(Surah Al-Fatir ayat 24)


MAKSUDNYA: Dan kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa
kaumnya supaya dia dapat menjelaskan hukum-hukum Allah kepada mereka.Maka Allah
menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya(menurut undang-undang peraturan-Nya) juga
memberi petunjuk hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dialah yang Maha Berkuasa
lagi maha Bijaksana.
(Surah Ibrahim ayat 4)
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 17

Antara sifat-sifat wajib bagi seorang rasul ialah siddiq(benar dalam pertuturan dan
tingkah laku),amanah(tidak bersifat khianat),tabligh(menyampaikan wahyu kepada umatnya)
dan fatanah(cerdik).Rasul juga bersifat jaiz yakni harus seperti manusia biasa seperti
kita.Mereka memiliki sifat kemanusiaan seperti makan,minum,tidur dan seumpamanya.Fir-man
Allah swt dalam surah al-Maidah ayat ke-67 membuktikan para rasul bersifat tabligh yakni
menyampaikan.Firman Allah yang berbunyi:


MAKSUDNYA:Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan
jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan
amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia . Sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
BAHAGIAN GHAIBIYYAT(PERKARA-PERKARA GHAIB)
Asas aqidah Islamiyyah yang ketiga ialah perkara-perkara ghaib(ghaibiyyat) yang
bermaksud mempercayai perkara-perkara yang tidak diketahui melainkan melalui sumber-
sumber aqidah seperti kitab Al-Quran dan As-Sunnah.Sebagai contoh perkara-perkara ghaib
yang terkandung dalam kedua-dua sumber tersebut ialah hari akhir
zaman(qiamat),syurga,neraka,padang masyar,titian sirat dan seumpamanya.
Sebagai contoh,hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
..Jika demikian maka berilah tahu kepadaku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat..Nabi
saw bersabda: Tanda-tanda itu engkau akan dapati adanya hamba perempuan yang
melahirkan anak yang menjadi tuannya,dan engkau akan melihat penduduk desa yang miskin
menderita,yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu
sama lain membina bangunan-bangunan yang mewah dan tinggi.
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 18

Hadis di atas menceritakan bahawa tanda-tanda kecil hari qiamat seperti yang
termaktub di dalam kitab suci Al-Quran dan disampaikan utusan Allah iaitu Rasullulah kepa-da
umatnya.Sebagai seorang individu muslim,kita haruslah meyakini perkara seperti hari akhirat
sebagai perkara yang ghaib kerana kejadian hari qiamat tidak dapat dijangka oleh sesiapa jika
tidak berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.Dalil lain yang membuktikan wujudnya perkara
ghaib ialah melalui sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Tidak beriman seseorang daripada kamu,sehingga dia beriman dan mengaku bahawa tiada
tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah dan dia beriman dengan hari
akhirat,dan dia beriman dengan qadar Allah,sama ada baik atau buruk,manis atau pahit.

4.0 KEPENTINGAN AQIDAH ISLAMIYYAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Aqidah Islamiyyah memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia
lebih-lebih lagi bagi umat Islam seantero dunia dan ianya merupakan aqidah yang sebenar
dalam agama Islam.Aqidah Islamiyyah juga merupakan tunjang dan akar dalam agama
Islam.Berikut merupakan antara kepentingan utama aqidah Islamiyyah dalam kehidupan
muslim:


Aqidah Islamiyyah merupakan asas kepada agama Islam.
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 19

-Aqidah yang sebenar dalam kehidupan muslim dan tertegaknya daulah
Islamiyyah adalah melalui aqidah yang benar dan mantap.
-Aqidah yang benar mampu memelihara pemikiran seorang muslim dari
sebarang kesesatan dan penyimpangan aqidah.
Aqidah Islamiyyah menjadi pegangan para Rasul dan Nabi Allah swt.
-Utusan Allah SWT iaitu para Rasul dan Nabi mengajak dan menyeru umatnya
menyembah Allah swt,Tuhan yang Esa,seperti yang disyariatkan oleh Allah swt
dalam aqidah Islamiyyah.
Aqidah Islamiyyah menjadi kayu ukur kedudukan iman seseorang muslim.
-Melalui aqidah seseorang individu Islam kita dapat melihat sejauh mana
keimanannya terhadap Allah swt serta mengenali diri individu tersebut sama ada
dia seorang yang kufur,fasik,musyrik dan seumpamanya.




Aqidah Islamiyyah merupakan kewajipan yang paling besar dalm hidup
setiap individu muslim.
-Semua individu muslim wajib berpegang pada aqidah Islamiyyah kerana aqidah
inilah yang telah menjadi tuntutan dan syariat oleh Allah SWT melalui kitab suci
Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw sehingga akhir zaman.
Aqidah Islamiyyah mampu mewujudkan keamanan dan kebahagiaan dalam
masyarakat Islam khususnya.
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 20

-Semua masyarakat Islam yang berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah
akan sentiasa hidup dalam keadaan aman kerana aqidah Islamiyyah merupakan
asas persaudaraan atau ukhwah umat Islam.
Kebahagiaan,kesenangan dan kenikmatan hidup di dunia mahupun di
akhirat mampu diperolehi melalui aqidah yang sebenar iaitu aqidah
Islamiyyah.
-Aqidah Islamiyyah amat menitikberatkan amal ibadat terhadap Allah
SWT.Melalui ibadat ini umat islam memperoleh ketenteraman hati dan jiwa.


Berikut merupakan kepentingan sampingan aqidah Islamiyyah kepada kehidupan
individu muslim:










Membebaskan diri muslim daripada belenggu hawa nafsu.
Mengukuhkan perjuangan hidup manusia
Bagi melahirkan umat Islam yang patuh dan tunduk kepada Allah
swt.
Memberi kekuatan kepada jiwa.
Membebaskan diri daripada ubudiyah(penghambaan kepada sesu-
atu selain Allah swt seperti perbuatan syirik dan khurafat)
Membentuk peribadi muslim yang mulia di sisi Allah.
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 21

5.0 AMALAN-AMALAN MEMPERKUKUHKAN AQIDAH ISLAMIYYAH
Semua individu muslim wajiblah memperkukuhkan aqidah masing-masing agar sentiasa
terpelihara daripada terpesongnya aqidah dalam diri.Justeru itu,pelbagai taktik mahupun cara
yang boleh di ambil bagi memantapkan aqidah islamiyyah dalam diri kita.Amalan-amalan
memperkukuhkan aqidah boleh dikatogerikan kepada tiga iaitu perkataan(lisan),anggota tubuh
badan dan hati.Gambar rajah di bawah merupakan antara amalan-amalan secara ringkas yang
boleh mengukuhkan aqidah Islamiyyah seseorang muslim.




















AMALAN-AMALAN MEMPERKUKUH
AQIDAH
PERKATAAN(LISAN)
ANGGOTA BADAN
HATI
-Membaca dan memahami ayat-ayat
suci Al-Quran serta hadith
Rasulullah di samping mengha-yati
maksudnya.
-Istiqamah melakukan amal ibadat
tidak kira ibadat sunat mahupun
sunat serta ikhlas dalam
mengerjakannya semata-mata
kerana Allah Taala.
-Bertasbih,bertahlil,berzikir dan
berselawat kepada Allah dan
Rasulullah SAW.
-Bercakap benar dan meng-amalkan
sunnah Rasulullah SAW.
-Saling menasihati antara satu
sama lain demi ke arah kebaikkan.
-Sentiasa berdoa ke atas Allah SWT.

-Menunaikan ibadat wajib dan
sunat seperti solat 5 waktu
dan bersedekah.
-Menuntut ilmu pengetahuan
yang memberi faedah kepada
diri.
-Beradab sopan dalam
pergaulan sosial.
-Sentiasa menutup aurat
dalam rutin seharian.
-Mendapatkan sumber rezeki
yang halal.

-Sentiasa mengingati Allah
S.W.T.
-Yakin dengan pertolongan Allah
S.W.T.
-Ikhlas melakukan ibadat atau
amal kebajikan.
-Sangka baik terhadap Allah
S.W.T.
-Bercita-cita tinggi dan
bertawakal kepada Allah
- Meletakkan Allah sebagai yang
utama dalam nawaitu ibadat
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 22

6.0 FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN AQIDAH
Grafik di bawah merujuk kepada faktor-faktor kelemahan iman secara ringkas seperti yang
diterangkan di atas.

























FAKTOR-FAKTOR
KELEMAHAN IMAN
Mengamalkan sifat mazmumah dalam kehidupan
seperti bongkak,hasad dengki dan takbur.
Penyimpangan Pemikiran dari Manhaj Berfikir yang
Benar


Tidak berpegang teguh dengan sumber-sumber aqidah
seperti Al-Quran dan As-Sunnah.
Tidak meletakkan Allah sebagai yang utama dalam
nawaitu dalam melakukan khususnya ibadat solat.
Memparlekehkan suruhan Allah swt dan memandang
ringan sunnah Rasulullah SAW.
Tidak berusaha dalam menuntut ilmu dan mempersen-
da hukum Allah SWT.
PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 23

7.0 AQIDAH YANG MANTAP MENJANA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Aqidah Islamiyyah merupakan aqidah yang benar dalam pegangan agama
Islam.Seluruh umat Islam wajib berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah kerana aqidah
yang teguh inilah mampu melahirkan muslimin serta muslimah yang berjaya di dunia dan juga
akhirat.Hal ini boleh di buktikan melalui pegangan aqidah yang kukuh,manusia tidak akan
terjerumus dengan perkara-perkara yang bersanggahan dengan hukum syarak.Sebagai
contoh,sekiranya kita berpegang teguh dengan asas aqidah dalam bahagian Al-Illahiyat iaitu
dalam tauhid Rububiyyat,kita akan sentiasa meyakini dan beriman kepada Allah SWT tanpa
mensyirikkan-Nya(menyekutukan) dengan apa-apa makhluk sepertimana ajaran sesat yang
kian menular masa sekarang.Pegangan aqidah Islamiyyah yang kuat mampu menjadikan diri
kita berani menghadapi apa jua dugaan serta cabaran yang Allah turunkan ke atas diri kita
kerana kita sentiasa yakin,dalam setiap kejadian di muka bumi ini ada hikmah disebaliknya.
Keimanan yang teguh dengan tauhid Ulluhiyyat pula,akan menjadikan kita sentiasa
ikhlas dalam mengerjakan ibadat yang di perintah oleh Allah SWT sama ada ibadat wajib
mahupun ibadat sunat.Hal ini kerana dalam tauhid Ulluhiyyat,kita sentiasa meletakkan Allah
sebagai yang utama dalam apa jua bentuk ibadat serta ikhlas mengerjakannya tanpa sebarang
rasa terdesak dan terpaksa.Aqidah Islamiyyah juga merangkumi semua perkara di dunia
mahupun di akhirat;perkara yang nyata mahupun ghaib dan seumpamanya mampu membentuk
peribadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.Hal ini kerana aqidah islamiyyah tidak hanya
mementingkan dunia bahkan mementingkan hari pembalasan.Hal ini akan menjadikan kaum
muslimin yang berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah sentiasa seimbang di dunia dan
akhirat.
Aqidah Islamiyyah juga mampu membentuk keperibadian yang mulia dalam diri setiap
individu,sebagai contoh,individu yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama dan
sentiasa mempraktikkan sunnah Rasulullah terdiri daripada insan yang berdisiplin terpuji.Hal ini
kerana dalam ajaran Islam,orang yang sentiasa mematuhi perintah Allah tidak akan
mengingkariNya sama sekali.Secara tidak di sengaja,individu seperti ini akan terus mematuhi
apa jua yang bergelar peraturan sama ada di sekolah bagi pelajar dan organisasi pekerjaan
bagi seorang yang bekerja.Hal ini mampu menjamin kejayaan di dunia bahkan di akhirat juga.


PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 24

Umat Islam yang sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah sentiasa bersatu
padu dalam apa-apa jua perkara.Hal ini kerana aqidah turut menggalakkan ukhwah dalam
masyarakat Islam dan ajaran Islam tidak pernah menggalakkan persengketaan dalam kalangan
umatnya.Secara tidak langsung,perpaduan yang wujud dalam kalangan umat Islam ini akan
mencetuskan kejayaan walau berdepan dengan pelbagai kekangan.Kita sedia maklum bahawa
aqidah islamiyyah berteraskan dua sumber utama iaitu kitab suci Al-Quran dan Sunnah
rasulullah.Kedua-dua sumber ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT dan sekiranya dalam
kehidupan muslim sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah,ini bermakna ia turut
berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.Kita sedia maklum bahawa golongan yang
sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW tidak akan menyimpang
dari ajaran agama yang sebenarnya dan Allah menjanjikan kejayaan di dunia dan akhirat bagi
golongan ini.
Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah
menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah SWT. Ayat-ayat yang terawal
yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada
pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas
maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya
tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin
Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah
padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman
mereka walau berhadapan dengan ancaman maut.
Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa
setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di
zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet
dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.





PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 25

RUMUSAN
Secara keseluruhannya,Kerja Kursus Pendek Pendidikan Islam telah
memberikan info yang padat mengenai konsep aqidah,kepentingan aqidah,malan-
amalan memperkukukuh aqidah,faktor-faktor kelamahan aqidah dan bagaimnan agidah
yang mantap mampu menjana kejayaan dunia dan akhirat.
Sebagai seorang umat islam yang hidup berteraskan kepada pegangan Al-
Quran dan As-Sunnah,kita sewajarnya perlu memahami dan menguasai konsep aqidah
dengan mantap. Secara rumusannya aqidah boleh didefinisikan sebagai sesuatu kepercayaan
dan keyakinan yang teguh terhadap sesuatu perkara tanpa ada sebarang keraguan terhadap
perkara tersebut di dalam hati seseorang individu.
Seseorang individu dan masyarakat wajar menitikberatkan kepentingan aqidah
Islamiyyah dalam setiap aspek kehidupan mereka supaya kehidupan mereka akan sentiasa
berteraskan Islam yang sebenar dan tidak terpesong.Untuk memperkukuhkan aqidah,terdapat
pelbagai amalan yang harus dilakukan oleh setiap umat Islam.Amalan fardhu jangan
ditinggalkan manakala amalan nawafil perlu sentiasa dilakukan.
Hal ini secara tidak langsung akan memantapkan aqidah seseorang dan seterusnya
menghindarkan diri mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan
aqidah.Aqidah seseorang juga akan sentiasa dikecam dengan pelbagai anasir luar yang mana
boleh melemahkan aqidah seseorang.Terdapat pelbagai faktor yang boleh merosakkan aqidah
seseorang.Kita seharusnya sentiasa berdoa agar aqidah kita akan sentiasa berada di landasan
yang betul di sepanjang kehidupan kita ini.
Aqidah yang mantap sememangnya mampu menjana kejayaan dunia dan akhirat
seseorang individu.Oleh itu,kita haruslah sentiasa menanamkan semangat untuk memperbaiki
aqidah dan seterusnya ke arah pemantapan aqidah yang sempurna.









PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 26

BIBILIOGRAFI
Ab. Latif B. Muda dan Rosmawati Bt. Ali (1998),Pengantar Ilmu Tauhid,Pustaka Salam Sdn.
Bhd.
Apendi Sahi dan Zulhazmi Omar,SPM Pendidikan Islam,Sasbadi Sdn. Bhd.
Hussein Muhammad Al-Jasra Al-Tarbusi(1977),Benteng Akidah Islam,Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia(2006), Unit Peperiksaan Dan Penilaian Bahagian
Pendidikan Guru,Buku Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Kerja Kursus
Berasakan Ilmu Edisi Pelajar.
Marzelah Makhsin (2003),Pendidikan Islam 1,PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd
Mohd Sulaiman Hj. Yasin (1984),Pengantar Akidah,Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhamad Zaini B. Yahya dan Afandi B. Sani (2003),Pendidikan Islam Tingkatan 5,Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Abu Zahrah (1989),Akidah Islam Menurut Al-Quran Al-Karim,Pustaka Nasional
Pte Ltd Singapura 0718.
Prof. Dr. Hamka(1982),Studi Islam,Pustaka Nasional Pte Ltd. Singapura.
Razali B Sharif dan Hasini B Osman(2004),Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1,Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Syed Ismail b.Syed Mustapa dan Ahmad Subki b Miskon(2010),Siri Kemahiran Generik
Kemahiran Belajar,Multimedia Sdn Bhd.
Ustaz Sulaiman Endut (2006),Asas-asas Fardu Ain,Pustaka Haji Abdul Majid.




PENDIDIKAN ISLAM AKIDAH ISLAMIYYAH

INSTITUT PERGURUAN PERLIS 27



http://anakkusoleh.wordpress.com/2009/04/17/asas-asas-pembinaan-aqidah-anak/#respond
http://cahayamuslim.blogspot.com/2007/08/peranan-aqidah-dalam-kehidupan-manusia.html
http://dimtiyaz.blogspot.com/2007/09/akidah-asas-asas-akidah-islamiah.html
http://drmaza.com/home/?p=114
http://hasan98.tripod.com/asas.htm
http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=120&mnu=120
http://khabar-ahad.blogspot.com/2009/04/aqidah-definisi-aqidah.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Aqidah
http://muslim.or.id/aqidah/tauhid-akidah-dalam-kehidupan-insan.html
http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id92.html
http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id92.html
http://www.al-shia.org/html/id/books/Peran%20Akidah/07.htm
http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.html
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=21&t=5440#p106484
http://www.facebook.com/notes/jilbab/definisi-aqidah/398299074631
http://www.facebook.com/topic.php?uid=199923349850&topic=14024
http://www.maqdis.s5.com.Dirujuk pada 15 Ogos 2010.
http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/index.php?option=com_content&task=view&id=135&Ited
286
http://www.radiniz.com/blog/?page_id=136