Anda di halaman 1dari 1

Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah Akmal, Sekolah Rendah Woodland telah
mengadakan suatu lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Woodland. Seramai tiga puluh
orang murid telah menyertai lawatan ini dengan iringan dua orang guru pengiring,
Enik Tan dan Puan Siti.
Awal pagi pada hari itu, Akmal dan peserta-peserta lain berkumpul di depan
dewan sekolah. Selepas menandakan kedatangan, Akmal dan peserta-peserta bertolak
ke destinasi mereka dengan menaiki bas sekolah. !ereka menu"u ke rumah orang-
orang tua dengan perasaan gembira.
#ua puluh minit kemudian, mereka tiba di Rumah Orang-orang Tua Woodland.
$etibaan mereka disambut dan dialu-alukan oleh pengurus rumah orang-orang tua
dengan tangan terbuka. Pengurus itu, Enik %im telah menyediakan "amuan ringan
untuk mereka. !ereka men"amu selera sambil berbual-bual.
Selepas itu, Akmal dan kawan-kawannya turut mempersembahkan beberapa
akti&iti yang menarik untuk menghiburkan orang-orang tua. !ereka menari bersama-
sama dengan iringan lagu yang merdu. Orang-orang tua di sana "uga menepuk tangan
selepas persembahan mereka.
$ira-kira pada pukul dua petang, Akmal dan peserta-peserta lain beker"asama
membersihkan kawasan rumah orang-orang tua. Sesetengah murid membantu
menyapu lantai manakala beberapa orang lelaki ditugaskan untuk mengelap tingkap.
'ukan itu saha"a, sebahagian daripada peserta lawatan ini menghulurkan bantuan
mereka dengan mengemop lantai dan memotong pokok-pokok bunga. Semua tugasan
dilakukan dalam suasana gembira dan harmoni.
Sebelum pulang ke rumah, murid-murid telah menyampaikan hadiah yang
disediakan kepada orang-orang tua. !ereka "uga berbual-bual mesra dengan orang-
orang tua di sana. Orang-orang tua berasa sungguh gembira dan mereka menguapkan
ribuan terima kasih kepada Akmal dan peserta-peserta lain.
Pada pukul lima petang, Akmal dan rakan-rakannya telah bertolak pulang ke
sekolah. Walaupun mereka berasa letih kerana per"alanan yang "auh, mereka tetap
berasa gembira. !ereka berharap bahawa mereka akan berpeluang untuk menyertai
lawatan ke rumah orang-orang tua lain pada masa yang akan datang.
$arangan ditulis dan disediakan,
(g 'oon Pin )'(*+,-,