Anda di halaman 1dari 48

Lompat Jauh

Ahli kumpulan:
Tan Yong Ling, Teoh Saw Ean
Kumpulan:
PISMP IP5A

Sejarah permulaan acara lompat jauh dikesan
pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan
Olimpik Kuno di Greece.
Menurut catatan, lompatan pertama yang
dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh
Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta.
Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan
adalah berbeza daripada lompatan yang
dilakukan pada masa kini.
Lukisan yang terdapat pada tembikar pada
zaman dahulu, lompatan di buat secara
berkali-kali dalam bentuk multiple, double
triple atau quintriple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada
tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan
dalam acara olahraga.
Lompat jauh dianggap acara yang mudah
untuk dipelajari berbanding acara lompatan
yang lain.
Digunakan untuk mengukur jarak lompatan.
Jarak lompatan diukur dari hujung yang
terdekat dengan papan pelepas ke hujung
terdekat tempat pendaratan dalam kawasan
pendaratan.
Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah
digantikan dengan alat pengukur elektronik
dan menjadikan pengukuran lebih mudah
serta cepat dilakukan.

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian
dan sebagai perlindungan.
Kasut yang berpaku dan bertumit plastik
sesuai digunakan dalam lompat jauh.

Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah
untuk mengawasi lompatan.
Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera
putih dan merah.
Bendera putih untuk lompatan yang sah dan
bendera merah untuk lompatan yang batal.

Lorong larian yang sesuai adalah penting
untuk melakukan pecutan, larian dan
lompatan.
Jarak standard lorong larian adalah 45 meter x
1.22 meter.

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan
permulaan lompatan.
Papan pelepas yang standard adalah bersaiz
1.22 meter panjang dan 20 meter lebar.
Papan ini diletakkan satu meter dari hujung
yang terdekat dengan kawasan pendaratan
dan biasanya diwarnakan dengan warna putih.

Ia digunakan untuk mendarat dalam satu-satu
lompatan.
Kawasan ini penting dan merupakan peralatan
utama dalam acara lompat jauh.
Ia disikan dengan pasir halus dan
dilembapkan.
Saiz standard kawasan pendaratan adalah 9
meter panjang dan 2.75 meter lebar.

Alat ini digunakan untuk mengukur halaju
angin ketika lompatan dilakukan.
Ia penting untuk menentukan sama ada
lompatan tersebut dibantu oleh angin atau
tidak.
Alat pengukur ini tidak digunakan dalam
kejohanan peringkat sekolah atau kelab.

Rajah 1.1: Ruang dan kelengkapan acara lompat jauh

Empat aspek penting:
kelajuan larian, pelepasan lompatan,
lompatan di udara dan pendaratan.

Penting untuk menghasilkan daya lompatan yang
kuat dan jauh.
Kelajuan larian secara mendatar yang stabil
membantu pergerakan menegak yang kuat
semasa lompatan di lakukan.
Dalam menghasilkan larian mendatar dan
menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah
penting.
Pelompat melakukan larian yang mempunyai 18
hingga 22 langkah atau jarak di antara 25 hingga
40 meter.

Bagi mendapatkan ketepatan, check mark
dilakukan sebelum membuat lompatan bagi
memudahkan pelompat untuk membuat larian
mula dengan papan pelepas.
Terdapat dua kaedah untuk melakukan check
mark iaitu kaedah pertama pelompat perlu
mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-
ulang dan menandakan titik yang paling sesuai.
Manakala kaedah kedua ialah mencari
konsentrasi melalui larian dari papan pelepas
tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin yang
terlalu kuat.

Rajah 1.2: Teknik membuat check mark

Penting dalam menentukan pencapaian
momentum menegak maksimum dan dalam
melakukan lompatan yang berkesan.
Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai
membantu menghasilkan pelepasan yang baik
dalam lompatan.
Dianggarkan pelompat hanya berada selama 0.11
saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia
penting dalam menentukan daya lompatan yang
baik atau lompatan yang batal.
Teknik Pelepasan Lompatan
Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi
pada tahap pelepasan lompatan.
Teknik ini dilakukan dengan mengangkat
kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah
dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.
Bahu dan dada di angkat keatas untuk
membantu dalam membuat pelepasan.

Rajah 1.3: Membuat pelepasan lompatan

Semasa pelepasan lompatan dilakukan,
momentum menegak mula mengambil
tempat pada pelompat.
Daya pergerakan menegak ini dikurangkan
akibat daripada sudut hentian yang berlaku di
awal pelepasan.
Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh
daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara
adalah pada badan pelompat.
Jenis Pergerakan Lompatan di Udara
Pergerakan berlayar





Rajah 1.4: Pergerakan berlayar
Jenis Pergerakan Lompatan di Udara
Pergerakan mengayuh





Rajah 1.5: Pergerakan mengayuh 112 kali di udara
Jenis Pergerakan Lompatan di Udara
Pergerakan ayunan punggung





Rajah 1.6: Pergerakan ayunan punggung
Aspek pendaratan memainkan peranan penting
alam penentuan jarak pencapaian yang
maksimum.
Pergerakan yang sesuai menghasilkan jarak yang
maksimum dan dapat mengelakkan gangguan
pada momentum menegak.
Teknik pendaratan yang sesuai digunakan adalah
jack-knifing.
Teknik ini mengimbangkan pergerakan ke
hadapan dengan pendaratan yang dilakukan.

Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki
dan tangan ke bahagian hadapan.
Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada
badan pelompat akan dipindahkan ke
bahagian kaki dan tangan.





Rajah 1.7: Mendarat

Fasa-fasa
Fasa larian
Larian pantas dan terkawal menuju ke papan
lonjak (papan pelepasan).
Fasa lonjakan
Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki
diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua
belah tangan hendaklah diayunkan ke atas
bertujuan untuk membantu lonjakan




Fasa Melayang
Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke
hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan
badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk
mendarat.

Fasa mendarat
Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak
terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan
ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan
semasa tumit mula mencecah pasir.

Tujuan utama dalam lompat jauh adalah untuk
mencapai jarak lompatan maksimum mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
Jarak ini dapat dicapai dengan melalukan larian
pantas serta lonjakan yang kuat dan tinggi.
Selain itu, kelenturan badan serta daya
koordinasi yang baik perlu untuk menghasilkan
lompatan yang baik dan berkesan.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat dapat
mempengaruhi jangka masa pelompat semasa
berada di udara.
Kedua-dua fasa lompatan ini dapat
mengakibatkan pelompat bergerak mengikut
ketentuan lompatan yang dikehendaki.
Gaya badan semasa di fasa layangan adalah untuk
mengimbangi badan serta membolehkan
pelompat membuat persediaan untuk mendarat
dengan baik.
Bagi yang baru mempelajari lompat jauh, gaya
layar adalah sesuai digunakan untuk
melakukan jarak lompatan yang dekat dan
fasa layangan yang singkat.
Gaya layar adalah mudah dipelajari tetapi
lompatan gaya ini tidak mampu menghasilkan
lompatan yang jauh.

I. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga
atau enam lompatan sahaja berdasarkan
keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika
bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan
perlu di buat.
II. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling
jauh akan dikira sebagai pencapaian terbaik dan
pemenang.
III. Peserta perlu membuat lompatan pada papan
pelepas yang disediakan dan peserta tidak
dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki
sampai ke papan pelepasan.
IV. Lompatan dikira batak jika peserta melakukan
perkara-perkara seperti berikut;
Memijak atau menyentuh kawasan hadapan
papan pelepasan melepasi tanda yang
dibenarkan.
Semasa mendarat, seluruh badan peserta
berada di luar kawasan mendarat.
V. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak
dihadkan dan kebiasaannya jarak yang
digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.


V. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang
terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dilakukan
antara dari hujung papan pelepasan dengan
hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak
daripada tempat paling hampir yang disentuh
oleh peserta.
VI. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan
dalah dilarang.
VII. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau
pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan
iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat
mendarat dan sebagai pencatat.
MEMANASKAN BADAN

Setiap acara akan mempunyai beberapa latih tubi kemahiran yang harus
dibentuk menjadi sebahagian daripada aktiviti memanaskan badan. Setiap
atlet harus menyesuaikan aktiviti warm up kepada keperluan-keperluan
spesifik dalam acara yang disertai.
Jumlah tempoh masa yang digunakan untuk memanaskan badan adalah di
antara 20 minit hingga 30 minit. Usaha dalam memanaskan badan harus
bertambah secara beransur-ansur dan berprogresif.
Setiap sesi latihan harus mempunyai satu aktiviti memanaskan badan yang
akan melibatkan berjoging sekurang-kurangnya selama lima minit. Ini akan
diikuti dengan latihan-latihan regangan. Kemudian latih tubi akan
dilakukan, diikuti dengan acara yang sebenar. Sesi latihan harus diakhiri
dengan cooling down.
Antara faedah-faedah yang didapati dari satu warm up yang sempurna
adalah seperti berikut :
Lebih kelajuan
Kemungkinan bergerak lebih pantas. Semua acara balapan dan
padang memerlukan kelajuan.
Kurang kecederaan
Kurang kemungkinan untuk tercedera jika anda telah memanaskan
dan meregangkan otot-otot dengan sempurna.
Usaha yang lebih baik
Sekiranya sistem itu disediakan sepenuhnya untuk usaha tersebut.
Kekuatan dan keterlaluan
Sekiranya ia mengandungi elemen-elemen bagi kekuatan dan
ketahanan.
Dapat mempraktikkan kekuatan yang diperlukan
sepenuhnya.Kecederaan otot-otot dan sendi-sendi boleh dielakkan
atau dikurangkan melalui aktiviti memanaskan badan yang betul.
Regangan otot spesifik
Contoh-contoh senaman regangan
Regangan tengkuk
Tangan di bawah dagu menolak ke atas. Kedua-dua tangan di
atas kepala menekan ke bawah. Ketiga tangan di kiri dagu
menolak ke kanan. Akhir sekali tangan ke kanan dagu menolak
ke kiri.

Regangan bahu
Tangan dibengkokkan di depan dada. Tolak siku ke
dalam dengan sebelah tangan lain berselang.
Tangan capai tulang belakang. Tarik siku dengan
tangan bebas. Tukar tangan.
Regangan peha
Tarik kaki ke punggung. Tukar posisi untuk
meregangkan paha lain.
Regangan hadapan
Duduk seperti dalam rajah di bawah.
Memegang pergelangan kaki yang lurus.
Turunkan bahagian kaki hingga ke lutut.
Regangan Groin
Duduk seperti dalam rajah di bawah. Tolak
salah satu lutut ke bawah, kemudian tolak
lutut yang satu lagi.
Regangan belakang (bahagian bawah).
Ambil posisi badan seperti dalam rajah di
bawah. Letakkan kedua belah tangan ke
bahagian pergelangan kaki kanan. Tukar
dengan kaki kiri pula.
Regangan lengan
Memegang tangan di atas kepala dan
meregang ke atas.
Regangan lengan dan sisi badan
Tangan dibengkokkan di depan dada. Tolak
siku ke dalam dengan sebelah tangan lain
berselang. Tangan capai tulang belakang.
Tarik siku dengan tangan bebas. Tukar
tangan.
1. Regangan belakang (bahagian pinggang,
pinggul lutut dan paha).

1. Regangan pinggul dan kaki.

Regangan tunduk.
Regangan otot belakang, bahu dan
abdomen.
Pusingkan tubuh badan dan bahu.
Berdiri seperti rajah di bawah. Pusingkan
badan ke kiri dan tahan selama tiga kiraan
dan pusing ke kanan sebanyak empat kali.
Lunge .
Meregangkan otot-otot betis.