Anda di halaman 1dari 7

1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cemerlang
Bilangan Murid : 30 Orang
Tema : Benda
Tajuk : Benda-benda yang ada di sekeliling
Tarikh : 25 Ogos 2014
Masa : 60 Minit
Hasil Pembelajaran:
Fokus utama :
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Aras 1 (i) Membaca dan mencari fakta yang relevan.
Fokus sampingan :
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 1 (i) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
Fokus Sampingan :
9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan
Aras 1 (i) Mengeja dan menulis perkataan dan rangkai kata yang dibacakan.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
I. Murid dapat melaporkan perkataan-perkataan penjodoh bilangan
yang diperolehi daripada slaid powerpoint.
II. Membaca petikan dan mencari perkataan-perkataan atau frasa
penjodoh bilangan.
III. Mengimlak dan menyemak dalam kumpulan.


2

Kemahiran Bahasa : Kemahiran lisan, membaca dan menulis
Sistem Bahasa : Tatabahasa, sebutan dan intonasi
Ilmu : Bahasa Melayu
Nilai : Bekerjasama, keyakinan, menghormati dan
Menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan
Kecerdasan pelbagai : Intrepersonal, interpersonal dan verbal-linguistik
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan penjodoh bilangan.
BBM : Lembaran kerja, teks petikan, buku latihan dan alat tulis, kad gambar, kad
perkataan, kad manila, bunga, buah pisang, payung, sapu tangan dan sekotak pensel.
Strategi : Berpusatkan murid dan bahan
Kaedah/teknik : Koperatif

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Murid akan melihat
sekuntum bunga, sejambak
bunga dan beberapa
benda lain.


Soalan guru:
1. Apakah nama bagi
setiap benda/barang yang
cikgu tunjukkan?
Set induksi (5 minit)
- Guru akan menunjukkan sekuntum
bunga dan sejambak bunga kepada
murid-murid.
- Kemudian, murid diminta
menyatakan nama bagi setiap satu item
yang ditunjukkan.
- Guru menyatakan kepada murid
bahawa terdapat penjodoh bilangan bagi
setiap jumlah bilangan item yang ada.

BCB :
Mendengar dan
menjawab secara aktif

BBM : Bunga (sebenar
atau plastik), sekotak
pensel, kain sapu
tangan (3 helai),
payung (2 kaki), buku
(sebuah), pisang (satu
sikat).
3


2. Berapakah bilangan
benda/barang yang cikgu
pegang dan tunjukkan ini?

- Guru akan menjelaskan tujuan
aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan
dipelajari pada hari ini ialah penjodoh
bilangan.


2.2 Aras 1
(i) Mengemukakan data
yang diperoleh tentang
sesuatu perkara

Slaid Powerpoint (Ppt):
Mari belajar penjodoh
bilangan
Langkah 1 (15 minit)
- Guru akan membahagikan murid-
murid kepada 5 kumpulan di mana
setiap kumpulan mempunyai 5 orang (1
kumpulan akan mempunyai 6 orang
ahli).
- Guru akan menayangkan Slaid
Powerpoint Mari belajar penjodoh
bilangan dengan menggunakan LCD
Projector mengenai penjodoh bilangan.
- Murid akan mengenalpasti
penjodoh bilangan di dalam slaid Ppt
tersebut.
- Kemudian, setiap kumpulan akan
membentangkan penjodoh bilangan
yang mereka dapati berdasarkan
tayangan slaid Ppt tersebut dalam kad
manila.
- Kumpulan yang mendapat jumlah
penjodoh bilangan yang paling
banyak/betul akan dinyatakan sebagai
kumpulan terbaik.


KB :
menghubungkaitkan,
menjana idea

BCB : memproses
maklumat dan
melaporkan
maklumat.

KP : verbal linguistik,
naturalis,
intrapersonal,
interpersonal
Nilai : kerjasama,
hormat menghormati
BBB : Slaid Ppt mari
belajar penjodoh
bilangan
6.5 Aras 1
(i) Membaca dan mencari
fakta yang relevan.

Petikan teks
Langkah 2 (20 minit)
- Guru akan mengedarkan petikan
kepada setiap kumpulan.
- Setiap kumpulan akan membaca
petikan tersebut
- Murid akan mengenal pasti
penjodoh bilangan dan menandakannya
BCB :
i) Membaca secara
bacaan imbasan

ii) Mendengar dengan
aktif.
4

dengan cara menggariskan atau
membulatkan perkataan tersebut.
- Wakil setiap kumpulan akan
membacakan hasil dapatan yang telah
dibincangkan dalam kumpulan. Dan guru
membimbing murid menyemak jawapan.

BBB : Petikan
9.1 Aras 1
(i) Mengeja dan menulis
perkataan dan rangkai kata
yang dibacakan

Kad perkataan berkaitan
benda :
Roti
Cincin
Payung
Rantai
Pokok kelapa
Jagung
Baju
Rumah
Sungai
Ikan

Lembaran kerja 1


Gambar-gambar item dan
kad perkataan

Langkah 3 (15 minit)
- Guru akan mengarahkan murid
untuk mengeluarkan alat tulis (pen dan
buku latihan)
Penilaian :
- Guru menunjukkan 10 kad
perkataan berkaitan benda dan meminta
murid memberi penjodoh bilangan yang
sesuai bagi setiap benda tersebut.
- Murid akan menyalin perkataan-
perkataan atau frasa-frasa dan menulis
penjodoh bilangan yang sesuai bagi
setiap benda tersebut.
- Selepas selesai menyalin, guru
akan meminta murid untuk menukar
buku sesama rakan untuk tujuan
penyemakan bagi mengesan murid yang
tidak dapat menguasai topik penjodoh
bilangan selain daripada pemerhatian
yang dilakukan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pengukuhan
- Guru akan mengedarkan lembaran
kerja kepada murid (kategori sederhana
dan cemerlang) dan lembaran kerja ini
akan dilakukan secara berkumpulan.
Pemulihan
- Murid-murid pemulihan akan
disediakan dengan beberapa item
(kasut, buku, gula-gula yang bertangkai,
KB:
menjana idea,
menghubungkaitkan

BCB:
memproses, mencatat
dan melaporkan
maklumat, mendengar
secara aktif


KP :
intrapersonal, audio

Nilai :
bekerjasama dan
menghargai.

BBB : Buku latihan,
alat tulis dan senarai
penjodoh bilangan,
lembaran kerja,
gambar item dengan
kad perkataan,
senarai penjodoh
bilangan.
5




Senarai 5 penjodoh
bilangan
1) sebentuk
2) sekaki
3) sehelai
4) sebuah
5) segugus
bunga, maker pen dan tali).
- Murid-murid ini dikehendaki untuk
melabel item tersebut dengan
menggunakan kad perkataan yang telah
disediakan.
Pengayaan
- Murid-murid pengayaan akan
diberikan lima penjodoh bilangan.
- Mereka dikehendaki untuk
membina ayat berdasarkan penjodoh
bilangan tersebut di dalam buku latihan
masing-masing.





Penutup
(3 Minit)
- Guru akan bersoal jawab dengan
murid mengenai penjodoh bilangan
berdasarkan contoh-contoh yang ada
disekeliling. Misalnya botol air, pen dan
buku.
- Guru merumus pembelajaran pada
hari ini iaitu mengenai penjodoh
bilangan.

Nilai-nilai murni:
Bekerjasama,
keyakinan,
menghormati dan
menghargai

Ulasan :
Aktiviti penilaian dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, sama ada
melalui kaedah soal-jawab, latihan bertulis dan pemerhatian. Aktiviti pengukuhan
berbentuk lembaran kerja, diberikan kepada murid yang dikategorikan pandai selepas
penilaian dibuat. Manakala murid yang lemah diberi aktiviti pemulihan dan dibimbing
secara berkumpulan. Seterusnya murid-murid yang telah menguasai kemahiran dan
dikategorikan cemerlang diberi aktiviti pengayaan iaitu membina ayat.

6

Baca petikan di bawah dan senaraikan beberapa penjodoh bilangan
yang terdapat di dalam petikan:

Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan
sebuah iPad ,seutas rantai emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira
kelihatan begitu cantik apabila memakai sepasang baju kurung biru lembut dan juga
sehelai tudung jenama Ariani.
Ramai kenalan rapat,serta jiran tetangga Amira datang untuk bersama-sama
meraikan majlis hari lahirnya itu. Ibu Amira menyediakan pelbagai menu seperti laksa
asam, nasi ayam, mi goreng, lima puluh biji karipap, 200 cucuk sate dan tiga biji kek.
Pelbagai hadiah yang telah diperoleh oleh Amira pemberian rakan-rakannya
seperti beberapa jambak bunga, lima helai baju-T Boboi boy, lima kotak coklat, sepuluh
naskhah buku cerita serta sebentuk cincin emas istimewa daripada kakaknya dan
sebatang pen jenama Parker daripada abangnya.
Amira mengucapkan terima kasih kepada kenalan serta tetamu yang sudi datang
ke majlis sambutan hari jadinya itu.Dia memberikan sekuntum bunga ros segar sebagai
cenderahati kepada semua yang hadir.

Nota : Pastikan anda memperolehi 12 penjodoh bilangan daripada petikan di atas.










7

LEMBARAN KERJA 1
Tuliskan penjodoh bilangan yang sesuai bagi objek yang disenaraikan.

1. cincin - __________
2. anggur - __________
3. kasut - __________
4. bola - __________
5. meja - __________
6. kerusi - __________
7. buku - __________
8. baju - __________
9. cawan - __________
10. pensel - __________
11. kertas - __________
12. pokok - __________
13. bunga - __________, __________
14. kipas - __________
15. nasi - __________

Anda mungkin juga menyukai