Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI ALAM SEKITAR.

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut environment membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka
perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang
melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang
berkait dengan iklim dan cuaca.

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman environmentalisme.
Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan
penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan
aktiviti manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam
sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu
organisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam
diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitar
yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya
dipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada
Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang
timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan
pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedah
atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan
berkesan.

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM.
Menurut Islam, environmentalisme berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan
yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras
hubungan antara manusia, alam dan tuhan.Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau
pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam
dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak
Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu,
alam ini merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan
Allah.

PENGENALAN.

Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan
projek -projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi
secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar
yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber
ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas
alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti
manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan
alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin
berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma
lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai
bentuk pencemaran:

PENCEMARAN UDARA.

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,cecair atau zarah yang terkandung
dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-
bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negatif kepada manusia,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling.Ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan
masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam
salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma,
kekejangan dan anemia.Selain daripada itu,bahan-bahan seperti habuk,kabus,wap atau bahan-bahan
yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk pencemaran udara.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun
2001

Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan
setahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen
jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan
pembakaran terbuka(4.9%).

Klasifikasi Pencemaran Udara.

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

Pencemaran Udara Primer.
-Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak
lengkap adalah punca pencemaran udara primer.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus
terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.Kebanyakan
pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan
dapur arang atau kayu.

Pencemaran Udara Sekunder.
-Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan
membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas
yang terdapat pada pencemaran udara primer seperti karbon monoksida dan sufur monoksida untuk
membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air
akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di
atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat yang boleh mendatang kemudaratan kepada alam
sekeliling.

Jenis-jenis Bahan Pencemar.

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

Sulfur dioksida
Karbon monoksida
Nitrogen dioksida dan ozon
Alergen
Plumbum dan logam-logam lain
Floroklorokarbon (CFC).

Asap-asap dan gas-gas tercemar yang terampai di atmosfera boleh mendatangkan kemudaratan
kepada alam sekeliling tambahan pula kawasan yang dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan dan
bangunan-bangunan konkrit yang besar serta padat boleh mengundang bahaya terutamanya di
kawasan kota yang paling akrab dan jelas dari pencemaran udara.Hal ini kerana gas-gas tidak dapat
bebas bergerak dan akan terampai di atmosfera dan mengambil masa yang lama untuk
terungkai.Umumnya bahan apapun yang diperkenal kepada seseorang yang mempunyai kesan
merosakkan makhluk hidup dan persekitaran dianggap pencemaran udara.

Gas karbon dioksida,gas rumah hijau adalah pencemaran utama yang merupakan pemanasan bumi.
Meskipun makhluk hidup seperti manusia dan haiwan mengeluarkan karbon dioksida ketika
bernafas, karbon dioksida secara meluas dianggap sebagai pencemaran yang berkaitrapat dengan
kereta,pesawat, penjanaan kuasa, dan aktiviti manusia lain yang melibatkan pembakaran bahan
bakar fosil seperti petrol dan gas alam.Gas rumah hijau lainnya termasuk metana yang digunakan
dalam bahan penyejuk dianggap penting pada masa sekarang walaupon ia boleh menipiskan lapisan
ozon.

Selain itu,pencemar lain yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah belerang dioksida.Sulfur
dioksida dan kimia yang berkaitan dengan pencemaran udara biasanya berkaitrapat dengan
fenomena penyebab hujan asid. Tapi gas tersebut juga memantulkan cahaya ketika dilancarkan di
atmosfera yang membuat sinar matahari dan menyebabkan bumi menjadi sejuk.Letusan gunung
berapi boleh memuntahkan sejumlah besar belerang dioksida ke atmosfera yang boleh menyebabkan
pendinginan yang berlangsung selama bertahun-tahun.Negara-negara industri telah bekerja untuk
mengurangkan kadar belerang dioksida dan gas tercemar dalam rangka meningkatkan kesihatan
masyarakat. Namun hasilnya, tidak dapat dijangka sampai saat ini,tahap suhu belerang dioksida lebih
rendah benar-benar boleh membuat keadaan bumi lebih buruk akibat daripada pemanasan
global.Sama seperti belerang dioksida dari gunung berapi boleh mendinginkan bumi dengan
menghalang sinar matahari dan memotong jumlah sebatian di atmosfera serta membolehkan cahaya
matahari masuk dan meningkatkan tahap kepanasan suhu bumi.

Kebanyakan orang bersetuju untuk menghentikan pemanasan global.Pelbagai langkah diambil untuk
mengurangkan kepanasan suhu bumi.Pada peringkat peribadinya,individu sudah boleh menerima
cara pengambilan perkhidmatan awam untuk melakukan aktiviti seharian,mengitar semula bahan-
bahan seperti plastik,botol ,kaca dan surat khabar lama serta bahan-bahan lain bagi mengurangkan
pencemaran alam sekitar.Pada skala yang lebih besar pula, kerajaan mengambil langkah-langkah
untuk menyekat pembebasan karbon dioksida dan gas rumah hijau.Salah satu cara seperti Perjanjian
Protokol Kyoto iaitu sebuah perjanjian antara negara-negara ahli untuk mengurangkan pembebasan
karbon dioksida.Cara lain adalah untuk menetapkan cukai kepada negara yang membebaskan karbon
atau cukai lebih tinggi pada petrol sehingga orang-orang dan syarikat-syarikat akan mempunyai
insentif yang lebih besar untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan pencemaran.

Selain itu juga,Kerajaan Malaysia dengan bersungguh-sungguh membendung pencemaran udara ini
terbukti pada tahun 2002 dengan termenterainya satu perjanjian dengan anggota ASEAN mengenai
Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan.Hal ini disebabkan oleh jerebu yang melanda negara akibat
pembakaran hutan di Sumatra dan Kalimantan,Indonesia pada tahun 1997.Selain itu juga,pada Ogos
2005,Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga dilanda masalah yang sama akibat pembakaran hutan
dan mengakibatkan dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Pelabuahan Klang dan Kuala Selangor
setelah indek pencemaran udara (IPU) dikawasan itu melebihi 500.