Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN


SK KULAI BESAR 2013


OLEH;
AZMAN BIN SAFII
PENOLONG KANAN PENTABIRAN
KHAMIS, 23 JUN 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMIN
WASSALATU WASSALAMU ALA ASHRAFIL AMBIA IWALMURSALIN
WAALA ALIHI WASAHBIHI AJMAIN,
SELAMAT PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA
Yang berusaha, EN KAMARUL BIN AYUB, Penolong PPD Sains & Matematik
(Rendah), selaku wakil rasmi PPD Kulaijaya.
Yang Dihormati, En Syamsul Kamal bin Mohd Nasir, YDP Persatuan Ibu Bapa dan
Guru.
Yang Dihormati, En Mohd Tahir bin Hj Ismail, GPK Kokurikulum, En Masaud bin
Baharom GPK HEM, Pn Norazzah binti Misban GPK Petang, GKMP, Rakan-
rakan Guru, AJK PIBG, Tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi
sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita
bersama-sama berkumpul untuk menjayakan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga
SK Kulai Besar kali Ke-23, 2013.

Sidang hadirin yang berbahagia.
Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita.
Dengan memberi latihan yang bersepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf,
emosi dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk
seorang murid yang patuh dengan peraturan dan secara tidak langsung mendidik
seorang atlet untuk lebih berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan
membina jati diri ke arah kepimpinan.

Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar-
pelajar lain. Dalam sukan, pelbagai perkara dapat dipelajari bermula dari patuh
kepada arahan jurulatih sehinggalah membina kesepaduan pasukan menerusi
kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya. Oleh itu,
sukan mampu membentuk peribadi seseorang murid itu untuk menjadi lebih baik.

Saudara dan saudari sekalian,
Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap
keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang
berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan.

Dalam hal yang lain, sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah,
bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan pelaburan terhadap
kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan.

Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek
rumput tetapi pada satu hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat
yang ada murid tadi akan belari di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera
negara.

Dalam kejohanan sedemikian rupa kejayaan selalu menjadi pengukuran yang jitu.
Selalunya juara menjadi kebanggaan semua pihak sama ada menerusi sanjungan,
pujian dan pemberian insentif. Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat
lebih tinggi perlu disemat di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama
sekolah terlebih dahulu sebagai peringkat permulaan dan pendorong kepada
mereka untuk melakar nama di peringkat yang lebih tinggi kelak.

Untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada
latihan yang sepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan
sentiasa memberi pelbagai imbuhan dan kemudahan.Dalam konteks sekolah pula,
semua murid amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi galakan
dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada
murid untuk bergiat aktif dalam bidang sukan.
Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga
cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris
nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan
kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama
dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali
silaturahim dan muhibah.

Tuntasnya, aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha
kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan
melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil kesempatan
pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada EN KAMARUL BIN AYUB , EN SYAMSUL KAMAL BIN MOHD
NASIR - YDP PIBG serta para tetamu yang telah sudi menerima undangan kami
pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-23, SK
Kulai Besar tahun 2013.


Sekian.