Anda di halaman 1dari 6

KUPASAN BUKU:

APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM? KARYA AL-FADHIL DR. FATHI YAKAN
Prepared by: NASRUL HADI BIN JOHARI
1.0 Pendahuluan
Buku yang dipilih untuk dikupas dalam tugasan ini adalah sebuah karya agung Al-Fadhil Dr. Fathi Yakan
yang berjudul Apa Erti Saya Menganut Islam (Gambar 1). Buku yang sangat menarik ini telah diulang
cetak banyak kali oleh beberapa syarikat penerbitan tanah air memandangkan sambutannya yang sentiasa
segar. Buku ini juga telah di terjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu untuk
dijadikan tatapan dan rujukan umat Islam di seluruh dunia sejak 1980an lagi. Buku ini sangat sesuai dan
telah dijadikan bahan tarbiyyah untuk dibicangkan dalam halaqah-halaqah ilmu seperti usrah, ceramah,
diskusi dan sebagainya.
Kitab ini telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama membicarakan persoalan Apa
ertinya saya menganut Islam, dengan menghuraikan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap orang Muslim.
Sifat-sifat ini adalah sifat asas yang perlu difahami oleh setiap umat Islam agar benar-benar menjadi
seorang Muslim. Manakala bahagian yang kedua pula membincangkan perihal Apa ertinya saya
menggabungkan diri dengan harakah islamiyah. Dalam bahagian ini, Dr. Fathi Yakan telah
membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam supaya
penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar. Gabungan kedua bahagian ini telah
melengkapi antara satu sama lain untuk memberi panduan dan garisan yang sangat sesuai dan pratikal
kepada para da`e (pendakwah) dalam memantapkan lagi kefahaman dan usaha untuk memurnikan Islam.
Membaca dan memahami buku ini membuatkan pembaca menjadi lebih focus dan faham mengenai
muslim dan tuntutannya, tidak lagi hanya tahu mengaku muslim dengan lafaz, tetapi telah tidak disertakan
dengan perbuatan dan keseluruhan anggota tubuh dan akal. Mengaku muslim menuntut kita untuk
menjadi umat yang terbaik. Umat yang sentiasa faham dan menyerah diri sepenuhnya kepada Islam
seperti yang dituntu oleh Allah SWT.

Gambar 1: Kitab Apa erti saya menganut Islam oleh Dr. Fathi Yakan, terjemahan oleh Pustaka Salam.
2.0 Biografi Penulis
Dr Fathi Yakan dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli Lubnan. Beliau memperolehi PhD dalam bidang
pengajian Islam walaupun pada peringkat BA dan MA beliau belajar dalam bidang kejuruteraan. Beliau
berkahwin dengan Dr Mona Haddad Yakan dan dikurniakan lima cahaya mata. Beliau adalah pelopor
gerakan Islam di Lubnan dan dunia Islam bahkan antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di
Lubnan bersama-sama dengan 50 saudaranya yang lain selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Sibaie
di Syria. Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dunia Arab dan
telah menyebarkan risalah-risalah dakwah yang berbentuk ideologi untuk menjadi panduan generasi
kebangkitan Islam. Kebanyakan tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Beliau
pernah memenangi kerusi dalam pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Walaupun suatu ketika beliau tidak
bersetuju dengan pilihanraya kerana tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah.
Apa Ertinya saya menganut Islam ditulis dengan kupasan yang amat ringkas dan mudah difahami. Beliau
berbuat demikian kerana, mahu menyedarkan khususnya umat Islam Lubnan untuk kembali berpegang
kepada Islam. Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tidak mempunyai akhlak,
yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim,
disusun oleh parti kufur dan zalim, pemuda pondan yang tidak ada kebaikan pada mereka, tetapi
keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya. (Dr Fathi Yakan)
3.0 Ringkasan muqaddimah
Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan
penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan
dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta
menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk
memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar. Firman Allah
Subhanahu Wata'ala yang bermaksud:

Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah
(Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaranperbuatan kamu dan supaya kamu pula layak
menjadi orang-orang yang member keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang
salah).
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).
4.0 Bahagian Satu Apa ertinya saya menganut Islam
Bahagian yang pertama ini mengandungi 6 bab semuanya. Bab-bab tersebut adalah:
1- Saya mestilah Muslim di sudut Akidah
2- Saya mestilah Muslim di sudut Ibadat
3- Saya mestilah Muslim di sudut Akhlak
4- Saya mestilah Muslim di sudut Berkeluarga
5- Saya mestilah mampu mengawal diri
6- Saya mestilah yakin bahawa masa depan di tangan Islam.

Ke enam-enam bab ini mengupas cirri-ciri atau sifat-sfat seorang muslim yang perlu dimiliki. Dalam bab
yang pertama, ianya sangat bersesuaian dengan pendekatan baginda Rasulullah SAW dalam uslub dakwah
dan juga pendekatannya. Seorang muslim itu mestilah selesai pemahaman hatinya terhadap Allah dan
rasul serta Islam. Akidah yang jelas dan mantap akan melahirkan perbuatan, pemikiran dan percakapan
yang islami, iaitu perbuatan ibadah. Ia juga seterusnya akan menjadi asas dalam perbuatan ibadah seorang
muslim. Melakukan ibadah tanpa ada kefahaman akidah yang jelas ibarat perbuatan yang sia-sia dan tiada
manfaatnya.
Seterusnya apabila kita telah selesai bab akidah yang jelas dan ibadah yang sahih, maka pastinya seorang
muslim itu akan berakhlak dengan akhlak Islam. Ini kerana akhlak yang baik hanya akan di zahirkan melalui
hikmah dan manfaat ibadah yang baik. Di dala Islam, akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil daripada
pelbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, ibadat-ibadat yang kita lakukan ibarat satu upacara gerak
geri ritual kosong, yang tidak membawa apa-apa nilai dan faedah.

Kemudian, apabila kita telah menganut agama Islam, kewajipan telah jatuh ke atas diri kita untuk menjadi
pendakwah segenap kehidupan kita. Maka, langkah pertama yang mesti kita lakukan ialah menjadikan
rumah tangga saya sebagai sebuah rumah tangga muslim. Kita wajib menyampaikan ajaran Islam terhadap
keluarga dan masyarakat disekeliling kita. Selain itu, dalam bab keempat dan kelima ini juga engajar kita
untuk sentiasa dapat menguasai diri. Jangan sesekali kecundang kepada hawa nafsu diri sendiri yang
pastinya akan memusnahkan diri.

Manakala di dalam bab yang keenam pula, kita mesti meyakini bahawa keimanan kita dengan Islam
sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Agama Islam adalah
satu-satunya manjah kehidupan yang sangat sesuai dan selaras dengan kehidupan manusia.



5.0 Bahagian Dua Apa ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah Islamiyyah

Seterusnya, di dalam bahagian kedua, telah dinukilkan oleh Dr.Fathi beberapa bab iaitu:

1. Saya mesti hidup untuk Islam
2. Saya mesti beriman bahawa beramal untuk Islam itu adalah wajib
3. Tanggungjawab, cirri-ciri dan persediaan harakah islamiyah
4. Saya mesti memahami cara-cara beramal untuk Islam
5. Saya mesti memahami sejauh mana penggabungan denagn harakah islamiyyah
6. Saya mesti mememahami makna pemutusan amal islami
7. Saya mestilah memahami syarat-syarat baiah dan keanggotaannya.

Bahagian kedua buku ini yang bertemakan apa ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah
Islamiyyah membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam supaya
penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar.

Asas bagi penggabungan seseorang dengan harakah Islamiyyah ialah dengan wujudnya ciri-ciri dan sifat-
sifat penggabunagn seseorang dengan agama Islam itu sendiri. Inilah yang menjadikan harakah Islamiyyah
mengambil berat ke atas persiapan peribadi Muslim yang sebenarnya sebelum memulakan usaha
membentuknya sebagai seorang anggota harakah Islamiyyah.

Langkah ini perlu kerana penggabungan diri seseorang dengan ajaran Islam adalah asas, manakala
penggabungan ke dalam harakah pula adalah sebahagian yang tidak boleh diceraikan dari hakikat
penggabungan seseorang dengan agama ini.

Sehingga hari ini telah berlaku pelbagai peristiwa dalam dunia Islam umumnya yang merupakan satu bukti
bagaimana sebenarnya umat Islam hidup dalam keadaan kekosongan yang melampau dalam pelbagai
lapangan kehidupan. Dalam peristiwa-peristiwa berdarah dan sekatan dunia, telah banyak system
peraturan hidup dan prinsip-prinsip Islam telah gugur dan lenyap. Telah banyak gerakan-gerakan Islami
dan pemimpin-pemimpinnya yang syahid gugur di medan perjuangan. Sistem-sistem Islam dan
pengaruhnya sudah langsung tiada taring. Hilang begitu sahaja.

Justeru, kesemua ini menuntu kepada perlunya sebuah Harakah, yang akan berhadapan dengan satu
tanggungjawab terhadap sejarah masa depan umat Islam, memurnikan kembali iman dan iradah yang
telah tercemar. Maka, buku ini tiada lain, menyeru pembacanya untuk berubah. Melengkapi diri dengan
cirri-ciri Islam untuk menggabungkan jasad dan roh kepada harakah islamiyyah.


6.0 Penutup
Benarlah buku ini tersangat mengkagumkan sebagai hasil nukilan seorang manusia biasa yang bukan Rasul
bukan pula Nabi. Titipan semangat dalam panduannya mampu mengubah dunia, hasil daripada didikan-
didikan tarbiyyah yang sarat didalamnya. Sangat dicadangkan kepada semua untuk membaca dan
mentadabburnya.
7.0 Rujukan

Kitab Apa Erti Saya Menganut Islam, Dr.Fathi Yakan.
Inilah Jalanku, Prof Dr Sayyid Alawi Maliki, Terjemahan Sheikh Fuad Kamaluddin
1923
Kerajaan Uthmaniah yang terjebak di dalam Perang Dunia Pertama tidak mendapat faedah yang besar dari
peperangan tersebut. Mustafa Kamal Attaturk[1] mengumpul kekuatan dan pengaruh untuk melancarkan
pemberontakan dengan batuan tentera British. Republic Turki ditubuhkan.[2]

1925
Reza Khan mengasaskan Dinasti Pahlavi di Iran.

1928
Ikhwanul Muslimin [3] memulakan usaha mengembalikan Khilafa Islamiyyah.

1932
Saud secara rasmi mendirikan kerajaan yang diberi nama Arab Saudi.

1934
Perang antara Arab Saudi dengan Yaman yang dipimpin oleh Imam Yahya.

1939
Perang Dunia ke Dua bermula.

1945
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi dengan objektif menggalakan kerjasama
antarabangsa dan mencapai keamanan dan keselamatan. [4]

1948
Pengisytiharan Israel sebagai sebuah Negara di atas bumi Palestine. Berlaku perang Arab Israel pertama.
Petikan sejarah Israel dari World Almanac 2004:

After 4 centuries of Ottoman rule, during which the population declined to a low of 350,000 (1785), the land was taken in 1917 by Britain,
which pledged in the Balfour Declaration to support a Jewish national homeland there. In 1920 a British Palestine Mandate was
recognized; in 1922 the land east of the Jordan was detached.

Jewish immigration, begun in the late 19th century, swelled in the 1930s with refugees from the Nazis; heavy Arab immigration from Syria
and Lebanon also occurred. Arab opposition to Jewish immigration turned violent in 1920, 1921, 1929, and 1936. The UN General
Assembly voted in 1947 to partition Palestine into an Arab and a Jewish state. Britain withdrew in May 1948.

Israel was declared an independent state May 14, 1948; the Arabs rejected partition. Egypt, Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, and Saudi
Arabia invaded, but failed to destroy the Jewish state, which gained territory. Separate armistices with the Arab nations were signed in
1949. [5]


1948 (samb.)
Oleh kerana pengaruhnya yang begitu hebat sehingga boleh mengirim askar berperang di Palestine, kerajaan
secular Mesir diberi tekanan supaya mengharamkan Ikhwanul Muslimin.

1949
Pengasas Ikhwanul Muslimin, As Syahidd Hassan al Banna dibunuh. Petikan saat saat pembunuhan Hassan
al Banna yang dipetik dari buku bertajuk Pendakwah bukan Pelampau:

Hassan al Banna ditembak di tengah jalan raya di depan bangunan Persatuan Pemuda Islam. Tetapi beliau tidak mati dengan pelury
peluru itu. Dia dapat berjalan mencari telefon (awam) untuk mendapatkan ambulans dan membawanya ke Hospital Al Qasru Al Aini. Habis
tersembur darah keluar dari hamba Allah itu, kerana dia dibiarkan kekeringan darah (atas perintah) sejat sampai titik terakhir.
Menitiklah darah pemimpin Islam itu. Titik demi titik sampai nafasnya yang terakhir, dia mengadu kepada Tuhannya tentang kekejaman,
kedayusan dan pengkhianatan. [6]


1954
Ikhwanul Muslimin diharamkan. Ramai Ikhwan yang terbunuh dan dipenjarakan.

1956
Maghribi dan Tunisia merdeka

1962
Algeria mendapat kemerdekaan

1968
Parti Baath menguasai Iraq. Saddam Hussien kemudiannya dilantik sebagai pemerintah pada 16 July 1979 [7]

1969
Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan di Rabat, Maghribi. Objektif utama OIC ialah untuk
membebaskan Jerusalem dan Masjid al Aqsa di Palestine dari pencerobohan Zionism.

1979
Revolusi Iran berlaku. Petikan World Almanac 2004 mengenai peristiwa itu:

Violent protests in 1978 eventually forced the shah to depart, Jan. 16, 1979. He appointed Prime Min. Shahpur Bakhtiar to head a regency
council in his absence. Shiite leader Ayatollah Ruhollah Khomeini, exiled by the shah in 1963, returned to Tehran, Feb. 1, and by Feb. 11
pro-Khomeini forces had defeated gov. troops. Khomeini then established an Islamic theocracy. [8]


1980
Perang Iran Iraq yan g mengorbankan ramai ummat islam selama 10 tahun. Menurut Ummu Talhah dalam
artikelnya bertajuk Kronologi Ummat islam setelah kejatuhan Khilafah.

perang Iran Iraq pada tahun 1980. Ia sengaja dilaga lagakan supaya Negara Negara Islam sibuk dengan urusan sendiri sehingga
tiada masa memikirkan permasalahan sejagat. [9]


1988
Intifadhah yang diberkati dilancarkan


1989
Dianggarkan seramai 115,000 askar Soviet berundur dari tanah Afghanistan setelah kehilangan 15,000 nyawa
selepas 10 tahun.

1990 1991
Perang Teluk

Anda mungkin juga menyukai