Anda di halaman 1dari 4

Klasifikasi Fonem

Dalam kajian fonologi, fonem dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu;
(i) fonem segmental dan
(ii) fonem suprasegmental.

(i) Fonem segmental
Maksud fonem segmental adalah vokal dan konsonan dalam fonologi ataupun fonem-fonem
yang berupa bunyi yang didapati sebagai hasil segmentasi terhadap arus ujaran. Maksud
segmen pula adalah satuan bahasa yang diabstraksikan dari suatu teks, misalnya fon atau
fonem sebagai suatu bunyi, morf atau morfem sebagai satuan gramatikal.

(ii) Fonem Supramental
Suprasegmental pula bermaksud, jalinan atau susunan bunyi yang dapat membezakan erti
suatu kata dengan kata yang lain. Di antara cirinya ialah sifat bunyi yang menindih atau
menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama
fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental.

Terdapat lima jenis ciri-ciri suprasegmental iaitu :
a) Tekanan
b) Nada
c) Jeda
d) Intonasi
e) Panjang-pendek







Ciri-ciri suprasegmental sesuatu bahasa Melayu dan kepentingan dalam pengajaran
kemahiran lisan bahasa Melayu

Ciri-ciri suprasegmental sesuatu bahasa Melayu

Suprasegmental atau suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindihi sesuatu segmen bunyi
saran ada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi urutan
yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika seharusnya dilengkapkan dengan ciri-ciri
yang bukan segmental seperti kepanjangan, tekanan, jeda dan intonasi maka barulah makna
kata itu menjadi pasti dan jelas.

Fonem-fonem suprasegmental dalam bahasa Melayu bukan bersifat fonemik, tetapi
sesetengah bahasa fonem-fonem suprasegmental adalah bersifat fonemik kerana fonem-fonem
tersebut boleh membezakan makna Ciri-ciri inilah yang biasanya dipanggil dalam fonetik
sebagai ciri-ciri suprasegmental atau ciri-ciri prosodi. Ciri-ciri suprasegmental ada lima jenis,
iaitu;
i.kepanjangan,
ii.tekanan,
iii.intonasi,
iv.jeda,
v.nada

Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang
terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang pendek.



a. Tekanan / /
Menunjukkan kelantangan sesuatu kata yang menandakan kearas
atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut.
Dilambangkan oleh tanda / / dan diletakkan di atas suku kata yang
menerima tekanan. Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak
membezakan makna perkataan. Contohnya, /buda?/
b. Nada
Kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan . Ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 ( biasa), 3
(tinggi) dan 4 (tinggi sekali). Contohnya; 2 3
Saya hendak balik,
Dalam Bahasa Melayu nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi
seperti penghasilan sesuatu fonem
c.Jeda #
Juga disebut persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan
antara unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.
dilambangkan oleh # dan boleh membezakan makna, contohnya:-
(#saya makan nasi ema?#) adalah berbeza maknanya dengan (#saya
makan nasi ema?)
d Panjang pendek [:]
Kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi yang diucapkan
dilambangkan oleh [:] yang dinamakan mora [:], bererti panjang
sesuatu perkataan itu satu mora. [: :] menunjukkan dua mora dan [.]
adalah setengah mora. Dalam Bahasa Melayu, unsur ini tidak
membezakan makna.


Kepentingan Suprasegmental Bahasa Melayu Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran

Penggunaan intonasi ini akan dapat membantu dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ini
akan dapat menarik minat murid untuk memberikan fokus kepada pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Suara yang tidak mempunyai perbezaan antara marah, geram,
lucu, gembira, sedih dan tegas akan membuat murid-murid itu seperti tidak mempunyai
sebarang reaksi. Inilah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu dalam pengajarannya.

Memang tidak dinafikan bahawa pembelajaran dan pengajaran yang baik dapat membantu
murid-murid untuk lebih cepat menguasai apa yang diajarkan kepada mereka. Di dalam kelas,
bukan semua murid akan mempunyai tahap kemahiran yang sama dan tahap kecerdasan yang
sama. Bukan mudah untuk mengubah sikap seseorang tetapi adalah mudah untuk menarik
perhatian mereka agar dapat memberikan fokus kepada apa yang disampaikan. Nada-nada
yang dapat memberikan murid-murid sedar bahawa guru itu sedang tidak puas hati dengan
apa maklum balas mereka. Melalui tingkah laku mereka yang memperlihatkan tidak ada
penguasaan yang jitu terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seorang guru