Anda di halaman 1dari 78

BAB 2 PENGURUSAN SUKAN

2.1 Fungsi Pengurusan


BAB 2 PENGURUSAN SUKAN
2.6 Pengurusan Pertandingan Sukan
2.5 Sistem Pertandingan
2.4 Inventori
2.3 Pengurusan Prasarana dan alatan
Sukan
2.2 Peranan dan Kemahiran Pengurus
Sukan
2.1 FUNGSI
PENGURUSAN SUKAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mentakrifkan pengurusan sukan.
b) Memerihalkan fungsi pengurusan:
perancangan, pengorganisasian,
pengambilan staf, pengarahan,
penyelarasan, pelaporan, pengawalan dan
bajet;
c) Memerihalkan organisasi sukan sekolah
dan bidang tugas personel yang terlibat.
2.1 FUNGSI PENGURUSAN
Mohd Saleh Aman, 2005
Pengurusan merupakan,
Proses bekerja bersama orang lain dengan
menggunakan sumber optimum dalam
persekitaran yang sentiasa berubah. Secara
operasinya, pengurusan bermaksud mencari
cara atau menyelesaikan kerja
Menurut William, Charlie dan Warren (1972)
Pengurusan ialah proses menggunapakai
peralatan dan sumber manusia untuk mencapai
sesuatu objektif yang ditentukan.
EMPAT FUNGSI PENGURUSAN
Perancangan
Pengorganisasian
Kepimpinan
Pengawalan
1. PERANCANGAN
Melibatkan prosas menetapkan matlamat, mengenal
pasti strategi dan membina perancangan untuk
menyelaraskan aktiviti.
Memberikan hala tuju organisasi.
Menyelaras dan mengorganisasi semua sumber
yang perlu digunakan.
Membantu bagi memfokuskan segala usaha dalam
organisasi.
Membantu pengurusan dalam pembuatan
keputusan.
Mengawal dan menilai prestasi organisasi.
2. PENGORGANISASIAN
Proses penyusunan dan pengagihan sumber
manusia dan sumber lain untuk melaksanakan
tugas agar dapat mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
Pengorganisasian akan dapat :-
a) Menjelaskan tugas tugas setiap individu
dalam organisasi.
b) Mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab
terhadap sesuatu tugas.
c) Membentuk saluran komunikasi yang formal.
Contoh :- Carta Organisasi
3. KEPIMPINAN
Merupakan satu proses dimana seorang pemimpin
cuba mempengaruhi pekerjanya dengan cara
berkomunikasi, memberikan motivasi dan
menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan tingkah
laku perkerja untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada
bagaimana dia boleh menyelesaikan sesuatu
tugasan dengan baik tanpa mendatangkan konflik
dikalangan pekerja pekerjanya.
Kegagalan pekerja merupakan juga kegagalan
pemimpin juga.
4. PENGAWALAN
Matlamat organisasi melibatkan proses pemantauan
prestasi dan aktiviti, menilai pencapaian,
membandingkannya dengan tahap standard dan
mengambil tindakan jika perlu.
Kawalan boleh wujud dalam dua situasi:-
Kawalan dalaman wujud dari dalam individu
tersebut bagaimana beliau mengawal dan
menentukan prestasi diri sendiri.
Kawalan luaran wujud apabila seseorang
memberikan tekanan kepada prestasi dan
tugasan seseorang.
Menurut Mull et all (1997) Sukan ditakrifkan
sebagai aktiviti yang dimainkan secara
koperatif @ kompetitif dalam bentuk
permainan.
Koperatif dan kompetitif merujuk kepada
gaya dan tindakan dalam sukan. Ia juga
merupakan tingkah laku asas manusia yang
biasanya timbul semasa berinteraksi
KETEGORI SUKAN
Dasar Sukan Negara Malaysia (1998)
mengketegorikan sukan kepada 4 kategori :-
SUKAN UNTUK SEMUA
1. Sukan dengan pendidikan
2. Sukan Rekreasi
SUKAN PRESTASI TINGGI
1. Sukan Amatur
2. Sukan Profesional
Sukan yang menitik beratkan pengajaran
kemahiran, strategi dan pengetahuan tantang sukan
untuk mendidik para pelajar melalui kursus-kursus
akademik.
Sukan ini dijalankan di sekolah-sekolah
kerajaan,swasta, kolej dan universiti.
SUKAN DENGAN PENDIDIKAN
SUKAN REKREASI
Aktiviti sukan yang diprogramkan untuk
menggalakkan penyertaan dan mendatangkan rasa
gembira dikalangan peserta.
Sukan rekreasi terbahagi kepada 5 jenis :-
1. Sukan instruksional permainan kecil berstruktur
2. Sukan informal permainan kanak-kanak, kampung
3. Sukan intramural sukan bukan pertandingan,
contoh perlawanan persahabatan antara sekolah.
4. Sukan extramural sukan intramural yang
dipertandingkan secara suka-suka dan pengiktirafan.
5. Sukan di peringkat kelab permainan antara kelab
bertujuan untuk mengeratkan silaturahim.
SUKAN AMATUR
Membimbing individu dalam sukan ke arah
kejayaan dan kecemerlangan
Sukan amatur mendapat sokongan daripada
kerajaan dan memperolehi sumber kewangan
melalui agensi sukan kerajaan.
Contoh:-
MABA Malaysian Amateur Basketball Association
KOAM Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.
SUKAN PROFESIONAL
Acara sukan komersial
yang memberikan
penekanan kepada unsur
hiburan dan menyediakan
ganjaran kewangan
kepada perserta yang
tinggi kemahirannya.
Contoh:- Pemain dalam Liga
Inggeris, Sepanyol dsb.
DEFINISI PENGURUSAN SUKAN
Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk :-
i. Pengurusan sukan adalah satu bidang usaha
profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan
yang berkaitan dengan sukan
ii. Pengurusan sukan merupakan satu program
persediaan akademik, profesional yang ditawarkan di
institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang yang
wajib.
Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola,
mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan
campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan.
Mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang
gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan,
pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam
konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana
produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.
KELLY, BLANTON DAN BERTEL (1990)
Pengurusan sukan adalah satu proses menggunapakai
peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu
objektif yang ditentukan.
WILLIAM, CHARLIE DAN WARREN (1972)
Pengurusan Sukan sebagai satu proses mencari
cara menentukan tanggungjawab dan
mengendalikan sumber fizikal dan manusia dengan
merancang dan mengawal perjalanan sukan bagi
mencapai objektif organisasi.
MOHD. SALLEH AMAN, (2005)
MOHD. KHAIRI DAN BORHANUDDIN, (2005)
Mendefinisikan pengurusan sukan sebagai satu
proses menyeluruh yang bertujuan
menstrukturkan segala aktiviti yang dikehendaki
oleh sesuatu badan sukan.
PENGAWALAN
PENGARAHAN
KEPIMPINAN
PERANCANGAN
PENILAIAN
PENGELOLAAN
PENYEDIAAN BELANJAWAN
PENGURUSAN
SUKAN
Masa yang
diperuntukkan
Jadual latihan, pra
pertandingan dan
pertandingan
Bilangan peserta
Belanjawan yang diberi
Menetapkan tempat
latihan, pra pertandingan
dan keperluan atlit atau
badan sukan.
Masa yang
diperuntukkan
Masa latihan,
prapertandingan dan
pertandingan
Bilangan peserta
Jenis pertandingan
Belanjawan yang diberi
Menyenarai pegawai
Kemudahan tersedia
Kemudahan alatan yang
tersedia
Maklumat perancangan
dan bentuk latihan atau
pertandingan
Mengarahkan komponen
kemahiran yang lain
menjalankan tugas
mereka
Pemantauan dan
pemerhatian ke atas
perjalanan komponen
kemahiran yang lain
Maklumat komponen lain
dalam pengurusan
sukan
Mengawal selia bidang tugas
komponen kemahiran
pengurusan yang lain
Bersedia memberi bantu
mula dan bantuan terapi
kepada atlit yang mengalami
kecederaan semasa latihan
atau pertandingan dengan
menyediakan fisioterapi dan
pegawai perubatan
Kertas kerja program yang dirancangkan
Meneliti kertas kerja
Mendapatkan belanjawan daripada sektor/bahagian
tertentu seperti KBS
Mendapat tajaan daripada badan-badan korporat dan
individu.
Merangka dan menjangkakan perbelanjaan
perbelanjaan yang bakal timbul dan mencari sumber
untuk pembiayaan perbelanjaan tersebut.
Maklumat daripada
komponen perancangan
dan pengelolaan
Merangka rancangan
latihan
Mengaplikasi prinsip-
prinsip dan kaedah latihan
Menetapkan ujian dan
mendapatkan skor
Mengurus persediaan dan
kebajikan peserta/atlit
Pemakanan atlit
Maklumat daripada semua
komponen kemahiran yang lain
Menilai :
Perancangan
Kemajuan atlet
Interpretasi
Kemudahan
perubatan/fisioterapi/bantu mula
Kemampuan kepimpinan
jurulatih,pengurus pasukan dan
pakar pemakanan mengurus
atlet
Sama ada kesemua komponen
kemahiran bergerak di landasan
yang betul dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan
pada setiap yang dirancang.
2.2 PERANAN DAN
KEMAHIRAN
PENGURUSAN SUKAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan kemahiran pengurus, seperti komunikasi
(lisan dan bukan lisan), teknikal (bajet, program,
pertandingan, dan latihan), dan konseptual (idea, visi,
dan misi).
b) Menyatakan peranan utama pengurus dalam organisasi
sukan: pengantara antara pasukan dengan pihak
pengurusan, wakil pihak pengurusan dalam mesyuarat
pengurus, pengurus bajet dan penajaan pasukan,
penjaga kebajikan pasukan, penyampai maklumat,
penyelesai masalah, pembuat keputusan, pengurus
prasarana latihan dan pertandingan, dan pelapor.
2.2 PERANAN DAN KEMAHIRAN
PENGURUS SUKAN
PERANAN PENGURUS
Menguruskan kakitangan (Interpersonal)
Menyampaikan maklumat (Informational)
Membuat keputusan (Decisional)
PENGURUSAN YANG BERJAYA
Diukur daripada operasi pengurusan yang produktif.
Boleh dibuktikan dengan pencapaian yang positif
serta memberikan perubahan positif kepada
organisasi yang dipimpin.
Kecekapan adalah usaha memperoleh sejumlah hasil
yang maksimum daripada penggunaan sumber paling
minimum.
(Melakukan kerja dengan betul / Doing things right)
Keberkesanan pula ialah kejayaan pengurus
menyelesaikan kerja dan mencapai objektif organisasi.
( Melakukan kerja yang sepatutnya/ Doing the right
things)
KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN
a) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Mempunyai kemahiran untuk menghantar dan
menerima maklumat secara verbal dan bukan
verbal serta bagaimana seseorang pengurus
dapat mempengaruhi kakitangan.
KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN
SUKAN
b) KEMAHIRAN TEKNIKAL
Menyediakan belanjawan.
Merancang jadual pertandingan.
Merancang dan menyelia latihan.
Mengurus pejabat.
Menilai program dan aspek keselamatan.
c) KEMAHIRAN KONSEPTUAL
Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea
dan memahami organisasi secara keseluruhan.
Berupaya untuk memandang sesuatu itu sebelum
perkara itu bakal berlaku.
KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN
SUKAN
a) PERANCANGAN
Berkemampuan memandang ke
hadapan, mempunyai pemikiran logik dan
berkeupayaan dengan baik.
b) PENGENDALIAN
Pembahagian bidang kuasa, tugas dan
penyediaan struktur.
c) KAKITANGAN
Pengambilan pekerja mengikut
keperluan.
TANGGUNGJAWAB DALAM
PENGURUSAN SUKAN
d) PENGARAHAN
Bimbingan yang disediakan dan proses membuat
keputusan
e) KOORDINASI
Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam
penyelesaian masalah.
f) PELAPORAN
Proses menyediakan dan melaporkan kepada orang
yang bertanggungjawab.
g) BELANJAWAN
Pengawalan sumber kewangan dalam aktiviti
organisasi.
TANGGUNGJAWAB DALAM
PENGURUSAN SUKAN
A. AUTORITI
Sesuatu yang diberi kepada seseorang untuk bertindak
B. KUASA
Keupayaan untuk mengarah dan mengawal
C. KARISMA
Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar
kemampuan
D. PENURUNAN KUASA (DELEGATION)
Memberi autoriti kepada orang lain
E. TANGGUNGJAWAB
Kesanggupan untuk menjalankan tugas
F. AKAUNTABILITI
Akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan jayanya.
KONSEP UTAMA PENGURUSAN
SUKAN
DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan yang melibatkan penglibatan semua
ahli.
Proses pembuatan keputusan akan melibatkan semua.
AUTOKRATIK
Pengurus membuat keputusan dan bertindak atas
keputusan yang telah dibuat secara berseorangan.
Pengikut biasanya tidak diberi peluang untuk bersuara.
LAISSEZ-FAIRE
Gaya kepimpinan bebas, organisasi berjalan dengan
sendirinya kerana pengikut diberi kuasa autoriti untuk
membuat keputusan mengikut bidang masing-masing.
GAYA DALAM PENGURUSAN SUKAN
GAYA DALAM PENGURUSAN SUKAN
TERTUTUP (CLOSE)
Gaya kepimpinan sukar memberikan kepercayaan
kepada ahli untuk melaksanakan tugas tugas tertentu.
Proses pembuatan keputusan hanya oleh ketua.
Pemimpin sentiasa memeriksa keadaan ahli.
PERMISIF
Pengurus membuat keputusan untuk menjaga ahli
dengan keutamaan.
Hasil kerja biasanya kurang pasti dan rendah kualiti.
UMUM ( GENERAL )
Gaya kepimpinan yang mementingkan hubungan
kemanusiaan.
Gaya kepimpinan cara matang.
Struktur Formal
Ahli jawatankuasa yang telah ditetapkan dalam
mesyuarat
Struktur Tidak Formal
Ahli-ahli sedia membantu di dalam melaksanakan
sesuatu tugasan.
Menunjukkan sumber kuasa organisasi
Siapa yang bertanggung jawab dan kepada siapa dia
harus melaporkan situasi.
Carta Organisasi Sukan Sekolah ( contoh )
STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI
SUKAN
CONTOH ORGANISASI SUKAN SEKOLAH
Pengetua
GPK Kokurikum
Setiausaha
Sukan
Guru
Penasihat Guru Penasihat
Guru
Penasihat
2.3 PENGURUSAN
PRASARANA DAN
PERALATAN SUKAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Menjelaskan penyelenggaraan berkala dan
penyelenggaraan tidak berkala prasarana;
b) Menjelaskan aktiviti penyelenggaraan
prasarana di padang, stor, gelanggang, dan
tiang gol;
c) Menjelaskan kaedah penyelenggaraan
peralatan seperti pembersihan,
pencegahan, dan baik pulih.
2.3 PENGURUSAN PRASARANA
DAN PERALATAN SUKAN
1. PENGURUSAN PRASARANA
Penempatan dan penyimpanan peralatan sukan perlu
perhatian yang serius.
Mengelakkan kemalangan berlaku serta menjimatkan
penggunaan ruang yang optimum.
Bilik-bilik mandi perlu, almari, pejabat dan
sebagainya.
2. PERALATAN PEMBELIAN DAN
PENGENDALIAN
Tanggungjawab pentadbir sukan untuk menyediakan
peralatan sukan yang diperlukan dan mencukupi.
3. PENYIMPANAN
Bilik yang sesuai untuk menyimpan peralatan sukan
agar jangka hayat peralatan itu panjang.
Digalakkan pembinaan rak-rak yang sesuai.
4. PENJAGAAN
Diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.
Selamat kepada pengguna dan orang ramai termasuk
atlet yang menggunakannya.
5. PEMBAIKPULIHAN
Kenalpasti keperluan, kemudahan dan peralatan
sebenar yang masih boleh digunakan.
Membentuk kerjasama dari persatuan sukan atau
mendapat sokongan dari sektor korperat untuk
membeli peralatan sukan yang diperlukan.
6. KEKEMASAN REKOD
Peralatan yang digunakan harus direkod dengan baik
dan teratur.
Rekod Pembelian, Rekod Penggunaan, Rekod Hapus
Kira, Rekod Penyelenggaraan dan sebagainya.
7. PEMILIHAN PEMAIN MELALUI UJI BAKAT
Dilaksanakan untuk mendapatkan bakat-bakat baharu
dalam sukan yang diurus.
Dilaksanakan untuk penentuan psikobiologikal.
8. JADUAL LATIHAN
Penjadualan latihan perlu direkodkan dan dipaparkan
kepada atlet dan orang ramai.
Mengelakkan berlaku perebutan masa dan tempat
latihan.
9. PENYEDIAAN LATIHAN
Sesuai dengan kebolehan dan keperluan atlet.
Tempat latihan yang selamat dan selesa.
10.PEMILIHAN STAF
Memilih kakitangan yang bersesuaian dengan tugas dan
kepakaran yang diperlukan.
Latarbelakang calon dalam pengurusan sukan akan
diambil kira.
11.PENGHARGAAN ATAU KEBAJIKAN
Setiap kakitangan dinilai pencapaian dan prestasi
kerja.
Pekerja yang tidak baik, boleh menerima teguran dan
bimbingan manakala pekerja yang terbaik bolehlah
dipertimbangkan untuk anugerah dan pangkat.
2.4 INVENTORI
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mentakrifkan inventori;
b) Memerihalkan kepentingan inventori dalam
pengurusan stor sukan.
2.4 - INVENTORI
DEFINISI
Inventori merupakan item untuk membolehkan mana
mana pengurusan atau pentadbiran itu tidak terjejas
operasinya.
Kepentingan dan faedah pengurusan inventori:-
Menjimatkan kos operasi persatuan
Memastikan operasi persatuan seperti latihan berjalan secara
berterusan dan optimum.
Memenuhi keperluan organisasi apabila diperlukan
Mengurangkan risiko kerosakan peralatan jika pengurusan
inventori dibuat secara sistematik.
2.4 - INVENTORI
1. INVENTORI PERALATAN
Berupa peralatan yang disimpan untuk kegunaan operasi
organisasi.
Terdapat 2 jenis inventori Inventori operasi sukan dan
inventori habis guna.
Inventori sukan adalah seperti peralatan, kelengkapan stadium
dan sebagainya.
Inventori habis guna adalah seperti pemakanan tambahan,
vitamin, peralatan kecemasan dan sebagainya.
2. INVENTORI MANUSIA
Individu dalam organisasi yang membantu perjalanan
organisasi.
Contoh adalah seperti kakitangan pengurusan, Atlet dan
sebagainya.
2.5 SISTEM
PERTANDINGAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Menjelaskan sistem pertandingan seperti
kejohanan, liga satu hingga liga empat
kumpulan, kalah mati sekali dan kalah mati
dua kali, dan cabar mencabar;
b) Membandingkan sistem liga dengan kalah
mati;
c) Menyediakan satu jadual pertandingan
mengikut sistem liga satu hingga liga empat
kumpulan dan kalah mati sekali dan kalah
mati dua kali.
2.5 SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan merupakan bentuk atau
struktur sesuatu pertandingan itu dilaksanakan.
PERTANDINGAN BERBENTUK KEJOHANAN
Kejohanan berkelompok yang boleh menentukan
kedudukan juara secara keseluruhan.
Terdapat 2 kaedah perlaksanaan
1. Kaedah Temasya kelompok sukan dipertandingkan.
Contoh, Sukan Olimpik, Sukan SEA dan sebagainya.
2. Kaedah Berlapis mengikut kategori umur.
Contohnya MSSM, Lelaki B18, Perempuan B15 dsb.
1 SISTEM LIGA
Sistem Liga merupakan satu sistem pertandingan yang
mengumpulkan beberapa pasukan untuk bertandingan
dalam beberapa kumpulan.
1. LIGA SATU KUMPULAN Semua pasukan berada dalam
1 kumpulan sahaja dan akan menemui semua pasukan
dalam kumpulan tersebut.
2. LIGA DUA KUMPULAN Dua kumpulan, 2 pasukan
terbaik akan berada dalam kumpulan yang berlainan.
3. LIGA TIGA KUMPULAN 2 pasukan dalam setiap
kumpulan akan bersaing dalam pusingan seterusnya.
4. LIGA EMPAT KUMPULAN 2 pasukan setiap kumpulan
akan bersaing dalam suku akhir sistem kalah mati.
1 SISTEM LIGA
Pengiraan untuk menentukan bilangan perlawanan dalam
suatu liga atau kumpulan liga adalah :-
Bilangan Perlawanan = N ( N 1 )
2
Dimana N = bilangan pasukan.
KELEBIHAN SISTEM LIGA
Pasukan pilihan diletakkan dalam kumpulan berbeza dan
hanya akan bertemu di peringkat akhir.
Pasukan lawan sudah ditentukan.
Pasukan boleh merancang strategi pasukan masing masing.
KELEMAHAN SISTEM LIGA
Bilangan perlawanan yang banyak
Memerlukan masa, gelanggang dan petugas yang banyak.
Kos yang tinggi untuk menganjurkan kejohanan.
2 SISTEM KALAH MATI
Merupakan sistem perlawanan tertua dan paling
lama dipraktikkan.
Sistem ini dijalankan secara pertandingan
berterusan sehingga juara dapat dikenalpasti.
Terdapat 2 kaedah dalam sistem ini:-
Sistem Kalah Mati Sekali ( Knock-out System )
Sistem Kalah Mati Dua Kali ( Double Knock-out System )
Menggunakan lingkungan ( bracket ) dalam kiraan
2, 4, 8, 16, 32, 64 dan seterusnya.
Jika bilangan pasukan yang bertanding tidak
menyamaai bilangan bracket, teknik bye
diperkenalkan untuk mengimbangkan keadaan.
( Knock-out System )
32 Pasukan = 31 perlawanan
( Knock-out System )
64 Pasukan = 63 perlawanan
( Double Knock-out System )
16 Pasukan = 31 atau 32 perlawanan
( Double Knock-out System )
12 Pasukan = 23 atau 24 perlawanan
( Triple Knock-out System )
8 Pasukan = 20 hingga 22 perlawanan
3 SISTEM CABAR MENCABAR
Sistem ini merupakan satu sistem dimana
peserta boleh mencabar pemain yang berada di
kedudukan atas dan mengekalkan kedudukan itu
sehingga tamat kejohanan.
Peserta yang menduduki tempat pertama akan
diistiharkan johan, kedua dan seterusnya.
Tiga format pertandingan dalam sistem ini :-
Sistem Tangga
Sistem Piramid
Sistem Corong
SISTEM CABAR MENCABAR ( Sistem Tangga )
Firdaus
Harry
Abdul Halim
Chin
Betty
Abdul Aziz
Imelda
Siva
Susanna
Terdapat 3 kaedah
1. Sistem Satu Tangga
Peserta hanya boleh mencabar peserta
yang berada 1 tingkat sahaja.
2. SistemDua Tangga
Peserta boleh mencabar peserta yang
berada sehingga 2 tingkat daripadanya.
3. SistemTiga Tangga
Peserta boleh mencabar peserta yang
berada sehingga 3 tingkat daripadanya.
2.6 PENGURUSAN
PERTANDINGAN
SUKAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan prosedur pertandingan sukan;
b) Menyatakan fungsi setiap ahli jawatankuasa
dalam menganjurkan sesuatu pertandingan
sukan;
c) Menjelaskan faktor seperti kewangan,
penyertaan, kalendar pertandingan, jangka masa
pertandingan, prasarana, personel, dan
keselamatan dalam menganjurkan sesuatu
pertandingan sukan;
d) Merancang dan melaksanakan satu pertandingan
sukan. ( Latihan Amali 1, STPM )
2.6 PENGURUSAN PERTANDINGAN
SUKAN.
Prosedur perlaksanaan sesuatu Kejohanan Sukan.
1) Menyediakan Kertas Kerja
2) Penubuhan Jawatankuasa Induk, Kerja dan Pengelola
3) Mengadakan mesyuarat-mesyuarat:-
a. Jawatankuasa Pengelola
b. Petugas-petugas Kejohanan
c. Jawatan kuasa Teknikal Kejohanan
4) Surat-menyurat
5) Melaksanakan Pertandingan
6) Mengadakan mesyuarat Post-Mortem
BEBERAPA PERKARA PERLU DIBINCANGKAN
DALAM SESUATU KERTAS KERJA YANG
BERKAITAN DENGAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Pendahuluan
Objektif
Tema
Tarikh dan tempoh
pelaksanaan
Tempat
Dif perasmian
Bilangan penyertaan
dan kategori
Bayaran
Syarat-syarat
penyertaan
Jawatankuasa Kerja
Jawatankuasa Kecil
Pelaksanaan
Perbelanjaan
Pendapatan
Penutup
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
PENGERUSI
Mempengerusikan semua mesyuarat dan tanggungjawab
terhadap kesempurnaan pengendalian mesyuarat.
Menyelaraskan dan menguruskan semua perkara yang
berkaitan dengan aktiviti, peserta dan jawatankuasa yang
terlibat.
Memastikan segala keputusan mesyuarat diambil tindakan
sewajarnya.
PENOLONG
PENGERUSI
Membantu pengerusi untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberikan.
SETIAUSAHA
Menguruskan perihal surat menyurat.
Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan.
Memaklumkan keputusan AJK Pelaksana kepada AJK Kecil.
Memaklumkan segala keperluan AJK Kecil kepada AJK
Pelaksana.
BENDAHARI
Menyelaraskan semua hal berkaitan kewangan kejohanan.
Menyediakan penyata kewangan.
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
AJK PERTANDINGAN
Menyediakan jadual perlawanan
Memberi taklimat kepada pengurus sukan.
Mengedarkan borang pertandingan.
Menyelaraskan peserta pertandingan.
AJK TEKNIKAL
Menguruskan dan menyediakan semua alatan
pertandingan.
Memastikan alatan, gelanggang, dan padang untuk
pertandingan mengikut spesifikasi standard.
Menyediakan dan mengedarkan alatan yang diperlukan
dalam pertandingan.
Menyediakan boring-borang pertandingan.
Memberi taklimat kepada pembantu-pembantu teknikal.
AJK KEPENGADILAN
Menyediakan Jadual Pengadil untuk setiap perlawanan.
Mamastikan pengadil sedia ada untuk perlawanan.
Membuat taklimat Kepengadilan.
AJK PROTOKOL &
UNDANGAN
Menyelaraskan aspek protokol perasmian pembukaan dan
penutupan
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
AJK KESELAMATAN
Merangka pelan tindakan keselamatan untuk peserta, penonton,
kawasan pertandingan dan lalu lintas.
Membuat pemantauan di tempat pertandingan.
AJK KECEMASAN
Menyediakan pegawai-pegawai perubatan sepanjang kejohanan.
Mendapatkan kerjasama ahli PBSM atau ahli ST. John Ambulance
dan bertugas sepanjang kejohanan.
Menyediakan kenderaan kecemasan.
AJK HADIAH
Menyenaraikan jumlah hadiah atau sijil acara dan jumlah
pemenang atau peserta.
Memastikan hadiah dan sijil mencukupi.
Menyelaraskan majlis penyampaian hadiah dengan juruacara
majlis.
Memberikan taklimat kepada penerimaan hadiah sebelum
upacara dijalankan.
AJK MINUMAN &
MAKANAN
Menguruskan makanan, minuman pegawai, peseta dan para
undangan sepanjang kejohanan.
Menguruskan jamuan majlis pembukaan dan penutupan bagi
peserta, para undangan dan AJK.
MENGENDALIKAN SEMUA SURAT
MENYURAT
Surat Siaran/ Surat Tawaran
Surat kebenaran ibu-bapa
Permit pihak tertentu seperti polis
(perkhemahan, pengembaraan)
Jabatan Pengangkutan Jalan, Persuruhjaya
Daerah, Pengawai Penjaga (OC), Pengerusi
Daerah dan sebagainya.
Kebenaran Ibu Bapa.
Peraturan Keselamatan
ANGGARAN PEMBELANJAAN
1. Jenis aktiviti dan pertandingan.
2. Bilangan hadiah dan pemenang.
3. Kos bagi setiap hadiah.
4. Makan minum pegawai, dif, peserta dan
sebagainya.
5. Kos tambang.
6. Sewa tapak dan penginapan (jika
berkhemah, melawat).
7. Cenderahati
8. Kain rentang, poster dan sebagainya
9. Sewa khemah dan sebagainya.
10. Bayaran pengadil
PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN
Apabila menganjurkan sesuatu pertandingan
di sekolah, pihak penganjur perlu mengambil
kira peraturan dan langkah-langkah
keselamatan.
Ia dibahagikan kepada 3 bahagian
1) Peserta
2) Penonton
3) Jurulatih dan Pegawai Sukan
PESERTA PERLU:
Mematuhi semua peraturan dan undang-undang
permainan.
Menghormati keputusan pengadil.
Mematuhi arahan jurulatih.
Menjaga disiplin dan maruah diri semasa
perlawanan.
Menjaga imej dan nama baik keluarga dan
sekolah.
Menghormati pasukan lawan.
AMALI 1 PENGURUSAN
PERTANDINGAN SUKAN
Bilangan Waktu Amali = 10 Waktu
1. Menentukan satu kejohanan sukan.
2. Membentuk AJK pelaksana dan
mengadakan mesyuarat.
3. Menentukan belanjawan
kejohanan dan mencari sumber.
4. Menulis laporan untuk bahan bukti
perlaksanaan
1. Latihan Amali, Sains Sukan ( 966 / 4 )
STPM
2014
BAB 2 PENGURUSAN SUKAN
SEKIAN DAN SELAMAT MAJU JAYA