Anda di halaman 1dari 15

KERJA KURSUS PENDEK

KAJIAN KES LAMPIRAN 9 THE PHANTOM PREGNANCY



SINOPSIS THE PHANTOM PREGNANCY
Kisah The Phantom Pregnancy mengisahkan tentang seorang guru yang bernama
Barbara Thompson sedang berasa bimbang tentang anak muridnya yang
bermasalah iaitu Teri Leigh. Teri Leigh merupakan seorang murid berpendidikan
khas. Teri Leigh juga merupakan seorang murid yang menjadi mangsa rogol teman
lelaki ibunya. Teman lelaki ibunya telah dipenjarakan akibat perbuatan tidak
bermoralnya terhadap Teri Leigh. Namum, ibu Teri Leigh telah berkahwin dengan
lelaki tersebut dengan meninggalkan Teri Leigh berserta dua orang adiknya di
rumah ibu angkat yang berlainan. Teri Leigh telah dipisahkan daripada kedua dua
orang adiknya.
Teri Leigh ini merupakan seorang murid pendidikan khas yang tidak dapat
mengawal emosi dan tingkah lakunya. Dia juga mempunyai masalah learning
diabiliti yang membuatkannya tidak dapat belajar seperti kanak kanak lain. Selain
itu, Teri Leigh juga mempunyai rekod mahkamah yang mengatakan bahawa dia
mendengar suara halus disekelilingnya. Namum, Barbara merasakan bahawa Teri
Leigh cuma memberitahu perkara perkara yang diimaginasi olehnya dan bukan
mendengar suara halus seperti yang dikatakan oleh mahkamah. Teri Leigh pada
ketika itu berumur 12 tahun namun dia tidak kelihatan begitu serta tidak matang
seperti seorang murid berusia 12 tahun. Selain itu, Barbara juga mendapati bahawa
Teri Leigh seorang murid yang berkelakuan dan berdisplin baik semasa berada di
kelasnya. Barbara mengajar matapelajaran sex education. Di samping itu, Barbara
juga mendapati bahawa matapelajaran sex education ini tidak dapat diajar secara
normal serta memerlukan kaedah pengajaran yang berbeza untuk Teri Leigh yang
pernah menjadi mangsa rogol teman lelaki ibunya. Namun, cadangan yang
dikemukakan kepada pihak pentadbir serta guru pendidikan khas Teri Leigh iaitu
Kay Middleton tidak dipersetujui.
Pada suatu hari, Barbara telah mengajar anak muridnya tentang asas mengandung
serta kelahiran seorang bayi. Dua hari selepas pengajarannya di kelas, seramai tiga
orang murid perempuan telah memberitahunya bahawa Teri Leigh pernah
memberitahu mereka yang dia ingin mengandung. Barbara berasa terkejut semasa
mendengar cerita yang diberitahu oleh tiga orang anak muridnya tetapi dia tidak
menunjukkan perasaannya kepada mereka. Barbara juga bercadang untuk tidak
memperbesarkan perkara itu kerana Teri Leigh tidak pernah berjumpa dengannya
secara bersendirian untuk berbincang tentang hal ini.
Selain itu, Barbara juga mendapati bahawa Teri Leigh mula membawa pakaian bayi
ke sekolah dan mula bercakap secara berahsia dengan murid murid perempuan
dikelasnya. Pada suatu hari semasa waktu rehat, akhirnya Teri Leigh memberitahu
Barbara yang dia yakin yang dia mengandung. Barbara pun menanyakan kepada
Teri Leigh sebab yang membuatkannya berasa begitu. Teri Leigh dengan
bersungguh sungguh memberitahu Barbara bahawa dia mengandung atas
perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan oleh teman lelaki ibunya beberapa tahun
lepas. Barbara pun beberapa kali memberitahu Teri Leigh bahawa kejadian itu
sudah lama berlaku dan ia tidak mungkin membuatkannya mengandung tetapi Teri
Leigh tetap yakin yang dia sedang mengandung. Barbara juga sedar bahawa
perkara perlu diselesaikan dengan segera namum dia tidak dapat menguruskan
masalah itu seorang diri. Malangnya, Barbara juga tidak boleh berhenti setakat itu
malah dia perlu bergerak mencari jalan menyelesaikan masalah itu.
Selepas dua minggu kejadian itu, Teri Leigh telah memberikan gambar bogelnya
yang diambil oleh kakak angkatnya kepada dua orang budak lelaki sekolah
menengah. Kedua dua orang budak lelaki tersebut telah memberikan gambar
tersebut kepada pemandu bas lalu pemandu bas membawa kedua dua mereka
iaitu Teri Leigh dan kakak angkatnya kepada pengetua sekolah mereka iaitu Bob
Farris. Bob Farris pun terus memanggil ibu angkat Teri Leigh untuk memberitahu
masalah itu. Ibu angkat Teri Leigh memberitahu Bob Farris bahawa dia telah
memberikan amaran kepada mereka untuk mengoyakkan gambar tersebut namun
mereka ingkar. Di samping itu, ibu angkat Teri Leigh juga memberitahu bahawa dia
tidak berminat untuk berbincang tentang masalah itu dengan Teri Leigh.
Pengetua sekolah itu, Bob Farris merasakan bahawa kes itu perlu diselesaikan
dengan segera dan Barbara merupakan orang yang paling sesuai untuk
menyelesaikan masalah itu. Hal ini disebabkan oleh Barbara mengajar
matapelajaran Family Life Curriculum yang merangkumi sex education.
Kemudian, Barbara telah dipanggil ke pejabat dan diberitahu tentang masalah itu.
Barbara juga telah diberikan beberapa risalah yang berkaitan dengan sesi
kaunseling yang bakal diadakan dengan Teri Leigh. Barbara juga merasakan masa
selepas waktu persekolahan merupakan waktu yang paling sesuai untuk berbincang
dengan Teri Leigh tanpa sebarang gangguan. Barbara mula membimbing Teri Leigh
ke jalan yang betul tanpa sebarang pesongan. Selain menggunakan nasihat dan
risalah, Barbara juga menggunakan suara hatinya sendiri untuk membimbing Teri
Leigh. Barbara juga bercakap dengan Teri Leigh seperti bercakap dengan anaknya
sendiri iaitu Keshia. Perbincangan antara Barbara dengan Teri Leigh itu telah
dimulakan dengan soalan Barbara yang menanyakan kepada Teri Leigh sebabnya
memberi gambar bogel kepada dua orang budak lelaki. Teri Leigh tanpa segan malu
dan berterus terang memberitahu Barbara bahawa dia ingin mengadakan hubungan
sex dan mempunyai anak. Teri Leigh meneruskan perbincangan itu dengan
mengatakan yang dia ingin budak budak lelaki tersebut menyukainya serta ia
merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menjadi popular di kalangan mereka.
Barbara dengan perasaan penuh sabar memberi respon kepada Teri Leigh dalam
perbincangan itu, tentang kesan yang bakal dihadapi sekiranya dia mempunyai
seorang bayi. Barbara juga memberi nasihat kepada Teri Leigh dengan mengaitkan
tentang kehidupannya iaitu bagaimana kedua dua orang anaknya (Keshia dan
Shawn) bemakna kepadanya serta masa yang dapat diluangkan olehnya kepada
mereka. Barbara menambah dengan memberitahu Teri Leigh yang dia berusia 27
tahun semasa mendapat seorang bayi bukannya 12 tahun seperti Teri Leigh. Selain
itu, Barbara juga menekankan bahawa membesarkan seorang bayi bukanlah satu
perkara yang mudah serta memerlukan penumpuan dan perhatian yang sepenuhnya
untuk membentuk mereka menjadi seorang insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan juga intelek. Banyak pengorbanan juga diperlukan dalam
membesarkan seorang bayi.
Di samping itu, Barbara juga memperingatkan Teri Leigh tentang bahaya penyakit
AIDS yang boleh membawa maut jika Teri Leigh mengadakan hubungan sex
dengan sesiapa sahaja. Teri Leigh mula percaya dengan kata kata Barbara
tentang bahaya penyakit tersebut. Sekarang, Barbara menggunakan alasan itu bagi
cuba mengelakkan Teri Leigh daripada terlibat dalam perbuatan seksual. Tambahan
lagi, Berbara juga bercakap dengannya tentang penyakit penyakit yang boleh
dijangkiti atau didapati dengan mengadakan hubungan seksual ini.
Namum begitu, Teri Leigh tetap dengan pendiriannya untuk mengandung walaupun
dia telah diberi sesi kaunseling dan perbincangan oleh Berbara, Barbara sedar
bahawa perkembangan dan kematangan Teri Leigh memainkan peranan serta
mengatasi penderaan seksual yang pernah dialami olehnya. Selain itu, Barbara juga
sedar bahawa dia gagal untuk menyedarkan Teri Leigh yang usia 12 tahun bukanlah
satu usia yang sesuai untuk mendapatkan seorang bayi. Hal ini disebabkan oleh
penderaan yang dihadapi olehnya sejak kecil akibat perbuatan teman lelaki ibunya
serta perpisahannya Teri Leigh daripada keluarganya. Kekurangan perhatian dan
kasih sayang ini yang membuatkan Teri Leigh bertindak sedemikian.



I PENGENALAN
1.1 KAJIAN KES LAMPIRAN 9
1.2 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER
1.3 MODEL ASERTIF CANTER
1.4 MODEL LOGIKAL DREIKURS
1.5 MODEL KELOMPOK KOUNIN
1.6 MODEL TERAPI REALITI GLASSER
II PEMBENTANGAN ANALISIS KAJIAN KES
2.1 HURAIAN KEFAHAMAN KES
2.2 KONSEP / MODEL / TEORI UNTUK
MEMAHAMI KES YANG DIANALISA
2.3 STRATEGI DALAM
MENYELESAIKAN KES
III LAPORAN PENUH ANALISIS KES
RUJUKAN
LAMPIRAN


BAB I
PENGENALAN
1.1 KAJIAN KES LAMPIRAN 9
Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat
bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan
masyarakat itu. C.M. Charles menghuraikan bahawa terdapat 10 model disiplin yang
beliau gelarkan Model-Model Persediaan. Kesemua model adalah yang terbaik dan
boleh diterapkan dalam menguruskan kelas dan kesemuanya dicipta oleh tokoh-
tokoh ternama.
Dalam kerja kursus pendek bagi subjek Ilmu Pendidikan pelajar semestar Ketiga
Tahun Kedua, setiap kumpulan diminta menghasilkan satu laporan analisa terhadap
lampiran yang diberi dan memberi reaksi berkenaan masalah disiplin pelajar dan
bagaimana seorang guru itu mencari penyelesaian menggunakan model disiplin
yang dipelajari dari tokoh penting seperti Skinner, Canter, Dreikurs, Gassels dan
Kounin.
Setiap kumpulan mempunyai kes kajian yang berbeza dan bebas untuk membuat
strategi dalam menyelesaikan kes serta memberikan pendapat dalam memastikan
langkah yang diambil adalah tepat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kes seperti dilampirkan. Bahan kajian yang diberikan juga mempunyai
pelbagai jenis masalah yang memerlukan kreativiti pelajar dalam memilih model
yang sesuai seterusnya mencari jalan penyelesaian.
Kajian juga memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang situasi sebenar yang
akan mereka alami di sekolah. Ia juga memberi mereka peluang mengenal pasti
bagaimana menyelesaikan masalah disiplin di sekolah dengan menggunakan
pengurusan bilik darjah yang sempurna serta mengetahui kepentingan disiplin dan
jenis-jenis disiplin di samping mengaplikasikan model-model disiplin yang sesuai. Ini
semua akan membantu mereka menjadi seorang guru yang lebih bersedia dari
mental dan fizikal.


1.2 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER
B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil
karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan
tingkah laku pembentukan keinginan. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan.
Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia
akan berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi
hukuman. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar
ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dapat
dikekalkan dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan. Peneguhan
termasuklah pembekalan vokal, senyuman, gred yang tinggi, masa membaca yang
terluang, ganjaran dan token ekonomi.
Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku
kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan
contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia
akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut.
Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap.
Akan tetapi, sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-
kanak melakukannya dengan kerap dan selalu.
Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan,
maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman
dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan
pengukuhan negatif.
Semasa awal sesuatu sesi topik pembelajaran, pengukuhan yang secara terus
menerus akan menghasilakn keputusan yang bagus. Penerusan itu bermaksud
sesuatu tingkah laku itu di buat pengukuhan pada setiap masa dan terjadi.

1.3 MODEL ASERTIF CANTER
Penegasan pengurusan tingkah laku. Model ini dicipta oleh Lee Canter. Model ini
adalah salah satu model yang termashur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana
mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta sangat berkesan. Model ini juga
didapaiti jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid didalam bilik darjah.
Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian :
a) peraturan
b) pengenalan positif
c) akibat/kesan
Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun,
dan sentiasa bertanggungjawab dengan dengan tingkah laku murid-muridnya.
Seoarang murid perlu mempunyai sikap yang bersopan-santun seiring dengan
kehendak ibu bapa, comuniti dan juga proses pendidikan kini. Jika seorang guru itu
gagal, ini bermakna kelas guru tersebut juga gagal.
Seoang guru perlu mempunyai perkara-perkar asa di dalam kelasnya, ternasuk:
a) menggunakan semaksimum mungkin persekitaran pembelajaran
b) mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapakn sikap murid
yang sentiasa dapat memberikan kerjasama
c) mendapat hak dan bantu apabila guru meminta pertolongan daripada ibu bapa
mahupun penjaga murid-murid
Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu, termasuk:
a) mandapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga tahap kerjasama
mereka
b) mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka memberikan
kerjasama yang positif

1.4 MODEL LOGIKAL DREIKURS
Pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Disiplin adalah bukannya satu
bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk
mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai
sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan
kuat.
Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu
keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan .
Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar
memberikan perhatian kepadanya.
Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian,
kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati.
Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak
dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya. Sebaliknya guru perlu
mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Merujuk kepada kes di lampiran 9 The Phantom Pregnancy pelajar bernama Teri
Leigh yang mempunyai masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan
menyebabkan pelajaranya terganggu. Merujuk kapada model ini sebagai seorang
guru yang berdedikasi, Barbara Thompson harus mencari punca-punca yang
menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru beliau perlu
mengenalpasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari
jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya.

1.5 MODEL KELOMPOK KOUNIN
Pengurusan kelas, bersedia, pengurusan kumpulan , perlu betulkan pelajar lain jika
betulkan seorang, peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti, kekalkan
keadaan kunci pengurusan kumpulan efektif, pembelajaran yang optimal akan
berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan bertanggungjawab
terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan
memperlengkapkan sesi dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan
suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid.
Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu:
a) Merangkumi semua (withitness)
Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta
menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu
latar belakang murid.
b) Bertindih (overlapping)
Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada
sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas.
c) Momentum (momentum)
Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka ialah
guru-guru yang peka dan.
d) Kelancaran (smoothness)
Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksima dan
teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran.
Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
e) Fokus kumpulan (group focus)
Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu :
i) melibatkan murid secar atotal
ii) mewujudkan P & P yang lebih menarik
iii) menarik perhatian murid


1.6 MODEL TERAPI REALITI GLASSER
Perilaku/tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik/bijak.
Glasser memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud
membina disiplin kelas. William Glaser menegaskan timbang rasa akan
mendatangkan nilai yang serius/penting.
Murid-murid adalah memiliki tingkah laku yang rasional. Mereka mempunyai tingkah
laku yang sendiri dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka. Seterusnya,
pemilihan yang baik akan mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya pemilihan
pemilihan keputusan yang buruk akan mendatangkan kesan yang buruk.
Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa
membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga
sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada
kesan pemilihan tindakan mereka, sama ada baik ataupun buruk.
Akibat daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu, ia akan diikuti oleh kesan dan
akibat yang baik mahupun buruk. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atanya.
Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid-muridnya.Guru
sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh muridnya.
Seterusnya, murid-murid juga perku bertanggungjawab dan mernerima segala akibat
yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka.




BAB II
PEMBENTANGAN ANALISIS KAJIAN KES
2.1 HURAIAN KEFAHAMAN KES
Dalam kes yang diberikan kepada kumpulan kami iaitu lampiran 9, watak utama
yang diceritakan ialah Barbara Thompson dan Teri Leigh. Barbara Thompson
merupakan seorang guru perempuan yang mengajar subjek pendidikan Seks di
sekolah dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil iaitu Shawn dan Keshia.
Manakala Teri Leigh pula merupakan pelajarnya yang dirisaukan kerana mempunyai
masalah peribadi.
Teri Leigh telah dibawa ke rumah jagaan kerana telah mengalami penderaan
seksual yang dilakukan oleh teman lelaki ibunya. Adik-adiknya pula telah dihantar ke
rumah anak yatim dan dipelihara oleh keluarga angkat. Tetapi Teri merupakan
seorang pelajar yang berfikiran matang dan berkelakuan baik.
Dalam satu sesi pengajaran yang dijalankan Barbara, Barbara mengajar topik
kehamilan dan melahirkan anak. Disinilah bermulanya konflik apabila Teri
memberitahu kelas bahawa beliau akan hamil. Barbara berasa terkejut dan
mengambil keputusan berjumpa dengan Teri selepas tamat sesi pengajaran.
Selepas berbincang dan menyiasat apa yang berlaku, Barbara mengetahui bahawa
Teri ingin melahirkan anak kerana ingin mendapatkan perhatian pelajar lain. Ini amat
membimbangkan Barbara yang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya.
Barbara telah mengambil langkah menasihatkan Teri akan keburukan menjadi ibu
muda dan melahirkan anak pada usia yang awal. Beliau juga menerangkan penyakit
jangkitan Seks yang boleh dihidapi dan berjangkit kepada Teri agar Teri membuat
keputusan yang lebih baik. Barbara ingin mengelakkan Teri daripada tersilap
memilih langkah semata-mata kerana tindakan mental yang tidak rasional.


2.2 KONSEP / MODEL / TEORI UNTUK MEMAHAMI KES YANG DIANALISA
DISIPLIN
Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat
bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan
masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun seterusnya
membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang.
P.F. Olivia (1956) mengatakan bahawa disiplin ialah kawalan diri dari luar yang
patuh kepada outoriti keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang
sistematik dan cara menetapkan peraturan dan hukuman.
G.V Sheriakov F.Redi (1956) mengatakan disiplin ialah perihal ketenteraman dan
peraturan di dalam sesuatu kumpulan termasuk cara-cara mendapatkan
ketenteraman dan peraturan.
Dalam konteks pendidikan, disiplin seorang murid bukan sahaja dipengaruhi alam
sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Disiplin juga dipengaruhi oleh sikap dan
tingkah lkau rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru, dan pemimpin
masyarakat.
Di sekolah, peraturan yang dikenakan kepada murid adalah bertujuan untuk
mengawal tingkahlaku mereka melalui hukuman dan ganjaran.
Konsep/Model/Teori untuk memahami kes
Pelajar tidak perlu dihukum atau didenda. Pelajar melakukan kesalahan disiplin
kerana mereka masih belum membina kemahiran untuk bersendirian dan mengawal
diri sendiri (disiplin diri). Mereka memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan untuk
membentuk sikap mereka. Kita dapat membantu mereka dengan memerhatikan
apakah yang telah mereka lakukan dan melatih mereka kemahiran yang baik yang
berkaitan.
Model yang sesuai digunakan untuk masalah ini adalah Model Glasser.
Model Glasser.
Perilaku/tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik/bijak.
Glasser memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud
membina disiplin kelas.
William Glaser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang
serius/penting.
1. Pelajar dapat berfikir dengan rasional adakah mereka dapat mengawal tingkah
laku mereka.
2. Membantu pelajar membuat keputusan yang terbaik, kerana keputusan yang baik
akan menghasilkan tingkah laku yang baik.
3. Jangan menerima alasan kepada tingkah laku yang buruk. Tanya, Apakah pilihan
yang ada? Mengapa memilih pilihan itu? Adakah keputusannya bagus dan disukai?
Apakah yang akan dipelajari kelak?
4. Akibat yang musabah akan datang hasil daripada tingkah laku pelajar yang baik
atau buruk.
a. (Biasakan untuk menerapkan nilai-nilai/peraturan dalam perbincangan kelas),
peraturan kelas adalah jalan yang penting untuk mereka belajar dan perlu ada
penegasan.
b. Perbincangan dalam kelas adalah jalan yang terbaik untuk membina dan
meneruskan tingkah laku di dalam kelas.


2.3 STRATEGI DALAM MENYELESAIKAN KES
Untuk menyelesaikan kes tersebut, model Glasser adalah model yang sesuai
digunakan. Glasser memberi kenyataan bahawa tingkah laku yang terbaik terjadi
hasil daripada pilihan yang terbaik. Beliau turut memfokuskan kepada perbincangan
kelas untuk membina disiplin kelas.
Merujuk kepada kes yang dihadapi oleh Barbara Thompson dan Teri Leigh ini,
beberapa stretegi boleh diatur untuk menyeselesaikannya. Melihat kepada model
Glasser, pilihan yang terbaik akan menghasilkan tingkah laku yang terbaik. Ini
bermaksud, Barbara Thompson harus membantu dan meyakinkan pelajarnya, Teri
Leigh untuk membuat keputusan yang bijak sebelum melakukan sesuatu. Bagi
meyakinkan pelajarnya, Barbara Thompson perlu mempunyai bukti-bukti tentang
keburukkan kepada individu yang melahirkan anak ketika usia muda. Selain itu,
risiko untuk mendapat penyakit jangkitan seks adalah tinggi. Oleh sebab itu, untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi terhadap Teri Leigh, Barbara
Thompson bertanggungjawab untuk menyedarkannya untuk mendapatkan
keputusan yang bijak.
Strategi kedua yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kes ini adalah melalui
perbincangan bersama. Ia selari dengan apa yang difokuskan oleh Glasser iaitu
melalui perbincangan akan menghasilkan disiplin. Barbara Thompson perlu tahu
masalah utama pelajarnya, Teri Leigh. Selain itu, beliau perlu berbincang denga
dengan individu-individu lain bagi mendapatkan maklumat, nasihat dan cadangan
untuk menguruskan masalah tersebut. Individu-individu tersebut termasuklah ibu,
guru-guru yang mengajar Teri Leigh dan kauselor untuk mendapatkan khidmat
kaunseling.
Strategi lain untuk menyelesaikan kes ini ialah melalui pemerhatian. Barbara
Thompson boleh menjalankan pemerhatian terhadap Teri Leigh berkaitan dengan
hubungannya dengan rakan-rakan, hubungan dengan guru-guru, hubungan dengan
masyarakat luar serta pemerhatian terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh Teri
Leigh.Hasil pemerhatian ini dijalankan untuk direkodkan. Seperti yang dinyatakan di
dalam kes berkenaan, Teri Leigh adalah pelajar yang berfikiran matang dan
berkelakuan baik. Jadi, melalui rekod tersebut, Barbara Thompson perlu tahu
mengapa pelajarnya mengeluarkan kenyataan akan melahirkan anak serta mencari
penyelesaian. Ini menunjukkan bahawa Barbara Thompson amat mengambil berat
terhadap pelajarnya. Sudah menjadi adat seorang guru mengambil berat masalah-
masalah yang dihadapi pelajarnya. Sikap ini diharapkan dapat memberi perangsang
kepada Teri Leigh untuk membuat keputusan yang bijak.
Kaedah kaunseling merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan.
Kaunseling digunakan untuk menguatkan emosi dan psikologi Teri Leigh. Cara yang
dilakukan olehnya untuk mendapatkan perhatian orang lain merupakan langkah
yang salah.


BAB III
LAPORAN PENUH ANALISIS KES
Menurut Kamus Dewan Edisi Keenam cetakan 2000, tingkah laku ialah perbuatan
pelbagai kelakuan. Tingkah laku merujuk kepada perlakuan individu yang boleh
dilihat. Ia juga berbentuk dari segi lisan atau bukan lisan. Aspek penting dalam
tingkah laku bukan sahaj memerlukan tindakan dari manusia tetapi juga dilakukan
sebagai cara untuk berinteraksi dengan pelbagai elemen di sekeliling kita
( Maag,2004).
Masalah-masalah tingkah laku selalunya muncul dan kelihatan bukan hanya kerana
anasir luar tetapi apabila keperluan sesorang individu itu tidak dipenuhi dengan
sebaiknya. Antara keperluan-keperluan itu ialah keperluan fisiologi, keperluan
keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan keperluan
kesempurnaan kendiri. Kesemua keperluan ini mempunyai peranannya yang
tersendiri bagi mengelakkan seseorang itu menghadapi masalah tingkah laku.
Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat
bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan
masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir tersusun seterusnya
membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang. Menurut Debbie
Roswell (1999), kanak-kanak memerlukan empat perkara dalam memastikan disiplin
yang baik untuk mengelakkan tingkah laku negatif. Antaranya ialah keinginan,
persekitaran, kemampuan dan sumber yang betul.
Dalam kes yang dilampirkan, masalah disiplin tersebut berpunca dari institusi
kekeluargaan pelajar yang tidak stabil sekaligus memberi impak yang negatif
terhadap perkembangan menyeluruh pelajar. Disiplin diri yang tidak berkembang
secara positif membuatkan kawalan diri menjadi rapuh dan tidak mementingkan
peraturan. Ini sesuai dengan pendapat P.F.Olivia (1956) yang mengatakan bahawa
disiplin ialah kawalan diri dari luar yang patuh kepada autoriti keadaan bilik darjah
yang teratur, kursus pengajian yang sistematik dan cara menetapkan peraturan dan
hukuman.
Teri ialah seorang pelajar yang bermasalah tingkah laku. Antara masalah yang
sering ditimbulkannya adalah seperti mengelamun atau berkhayal, kurang tumpuan
di dalam kelas, menimbulkan konterversi untuk mendapatkan simpati, dan seorang
yang pasif di dalam bilik darjah. Masalah-masalah ini dikenal pasti oleh gurunya
melalui pemerhatian terhadap pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut.
Kecenderungan Teri dalam permasalahan ini, menimbulkan tanda tanya terhadap
gurunya apa yang sedang berlaku.
Seterusnya, Teri pelajar yang bermasalah tersebut tidak mempunyai cara
berkomunikasi yang baik walaupun digambarkan sebagai seorang yang matang. Ini
boleh dibuktikan apabila telah dia mengambil keputusan untuk hamil tanpa
berbincang dengan rakan sebaya atau orang yang lebih berpengalaman seperti guru
dan senior. Tindakannya itu mengambarkan bahawa Teri seorang pelajarmengalami
masalah disiplin iaitu tidak mampu mewujudkan tingkah laku yang baik dalam
kehidupan bermasyarakat. Masyarakat yang digambarkan di dalam kes ini adalah
masyarakat sekolah yang terdiri daripada rakan-rakan sekelas Teri dan guru kelas
Teri itu sendiri iaitu Barbara Thompson.
Tujuan sebenar Teri yang inginkan melahirkan anak adalah disebabkan untuk
mendapatkan perhatian rakan-rakan dan komuniti yang ada di sekitarnya.
Walaubagaimanapun, masalah keluarga atau penderaan yang dialaminya
menyebabkan dia hilang kemampuan untuk berfikiran secara rasional dan
berkelakuan tidak matang. Sebagai seorang guru yang berdedikasi satu langkah
yang bijak harus diambil untuk mengembalikan pelajar ini ke pangkuan jalan yang
betul. Maka gurunya iaitu Barbara telah mengambil berberapa langkah yang bijak
untuk mendekati murid berkenaan dan membantu Teri untuk menyelesaikan
masalahnya.
Antara langkah yang diambil oleh beliau adalah dengan berjumpa dengan pelajar itu
secara bersendirian dan berbincang denganya akan masalah-masalah yang
dihadapinya. Secara tidak langsung, beliau boleh memahami keadaan sebenar yang
dihadapi oleh murid sebenar. Selain itu beliau juga telah menghubungi guru kelas
lamanya dan bertanyakan akan perstasi dan tingkah lakunya di sekolah
dahulunya. Beliau mendapati bahawa segala masalah yang berlaku berpunca
daripada rumahnya. Barbara juga cubauntuk menyelesaikan masalah ini dengan
mengaturkan satu perjumpaan dengan keluarganya, tetapi gagal. Gurunya juga
mengambil anisiatif lain iaitu dengan membaca dan mengambil berta latar belakang
Teri dan keluarganya.
Seperti mana yang telah dibincangkan, Model Glasser adalah model yang sesuai
untuk diaplikasikan oleh Barbara untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan
oleh Teri. Menurut model ini, Galsser menekankan perilaku yang baik akan
mendatangkan kesan yang baik. Ini boleh kita jelaskan dengan contoh guru yang
baik akan menghasilkan murid yang baik, seperti peribahasa Melayu, kalau guru
kencing berdiri, murid kencing berlari. Ini menunjukan bahawa betapa pentingnya
peranan seorang guru dalam membimbing dan membentuk pelajar. Glasser juga
memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, dimana ia bermaksud membina
disiplin kelas.
Terdapat berberapa model yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid berkenaan dan juga boleh diterapkan dalam penyelesaian
masalah-masalah lain yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila
berhadapan dengan murid-murid bermasalah sebegini. Model-model disiplin ini
sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, bergantung kepada
keadaan situasi dan kes yang dihadapi. Namun, terdapat satu model yang selalunya
serasi dengan satu-satu kes.
Antaranya adalah seperti model logikal Dreikurs yang menekankan pengajaran
demokratik dan berdepan kesalahan. Disiplin adalan bukannya satu bentuk
hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk
menganakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai
sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan
kuat.
Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu
keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan .
Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar
memberikan perhatian kepadanya dan ianya memberikan impak kepada mereka.
Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian,
kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati.
Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak
dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya. Sebaliknya guru perlu
mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Merujuk kepada kes di lampiran 9 The Phantom Pregnancy Teri Leigh yang
mempunyai masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan
pelajarannya terganggu. Merujuk kepada model ini sebagai seorang guru yang
berdedikasi, Barbara Thompson harus mencari punca-punca yang menyebabkan
murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru, beliau perlu mengenal pasti
kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk
meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya.
Selain itu, model kelompok Kounin juga boleh digunakan kerana model ini
mementingkan pengurusan kelas yang betul. Seorang guru harus bersedia,
pengurusan kumpulan dengan baik, perlu betulkan pelajar lain jika betulkan seorang,
peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti, kekalkan keadaan kunci
pengurusan kumpulan efektif, pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru
sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan bertanggungjawab terhadap sesi
pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi dengan
bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga
dengan kemajuan murid. Merujuk kepada kes tadi, jika guru berkenaan boleh
mengubah fikiran atau menghalakan fikiran dan minat murid berkenaan kepada
jurusan pendidikan, maka murid itu tidak akan memikirkan hal-hal yang akan
memusnahkan hidupnya seterusnya membantu pelajar masalah untuk menghindari
serta memikirkan langkah yang terbaik untuk dirinya serta masa depannya.
Kesimpulannya, apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, kita perlu mencari
jalan penyelesaian, atau model-model yana sesuai agar mudah untuk mencari jalan
penyelesaian yang sempurna dan baik. Selain itu, kita juga perlu memikirkan akibat
dan kesan daripada keputusan yang dibuat. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita
harus memahami dan menyelami perasaan pelajar serta peka terhadap persekitaran
kelas demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang
kondusif.





(scribd, 2012)

Anda mungkin juga menyukai