Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan, Kelemahan dan Cadangan penambahbaikan perancangan

Kekuatan kaedah perbincangan ini dapat merangsang minda murid-murid. Melalui


kaedah ini, murid akan berusaha untuk memberikan idea dan pandangan serta melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran. Dengan kata lain, kaedah ini dapat mengubah diri
murid daripada pasif kepada lebih aktif. Penglibatan murid-murid secara aktif dalam proses
pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang.

Selain itu, kaedah perbincangan membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman
dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana murid-murid akan
cuba membuat perbincangan yang rapi dalam kumpulan mereka. Apabila semua murid
memberikan pandangan, maka pemahaman mereka terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan akan meningkat dan memudahkan untuk mereka meyelesaikan sesuatu
masalah.

Kaedah perbincangan ini dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama dan
hubungan yang erat antara murid. Murid-murid mengajar sesama sendiri dan bantu-
membantu antara satu sama lain dalam kumpulan dan seterusnya kaedah ini dapat
mengukuhkan hubungan persahabatan antara murid-murid.

Kelemahan kaedah ini adalah disiplin sesetengah murid menjadi tidak terkawal
semasa sesi perbincangan. Terdapat beberapa orang murid tidak menumpukan perhatian
semasa perbincangan diadakan walaupun saya bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan lain. Hal ini dapat mengganggu murid-murid yang lain yang memberi fokus
kepada isi perbincangan.

Untuk menambahbaikan kelemahan ini, saya haruslah lebih memberikan perhatian
kepada murid yang nakal dan tidak menumpukan perhatian. Saya juga perlu meletakkan
murid yang tidak memberi perhatian dalam kumpulan yang mempunyai pengawas, ketua
darjah dan penolong ketua darjah supaya mereka dapat membantu saya mengawal disiplin
murid. Saya harus memberi arahan dan peraturan sebelum perbincangan dimulakan untuk
mengelakkan keadaan disiplin berlaku.

Selain itu, Bahan Bantu Belajar yang saya gunakan dalam perbincangan tidak begitu
menarik minat dan menarik perhatian murid. Saya menggunakan gambar alat elektrik
semasa berbincang jawapan dengan murid. Murid yang lebih lemah tidak mengenal nama
alat yang diberikan dalam sampul surat. Mereka berasa bosan kerana tidak memahami alat
elektrik itu.

Untuk menambahbaikan kelemahan ini, saya boleh membawa alat elektrik ke
sekolah. Saya berasa jika membawa bahan maujud akan dapat menarik perhatian dan
minat murid terhadap pengajaran saya. Selain itu, saya haruslah menambahkan gambar alat
elektrik dalam sampul surat kepada setiap kumpulan. Ini dapat membantu murid yang lemah
dapat mengenal alat elektrik serta meningkatkan rasa seronok melalui menggunting gambar
dan nama alat serta menampal dalam kertas disediakan.