Anda di halaman 1dari 1

BAB 14 SABTU MALAM

SINOPSIS
Aim membawa Sukma , Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan
Abang Aim . Menurut Rafiq , Abang Aim tinggal di sebuah pondok di
belakang rumah Tuk Siak . Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan
kepadanya tetapi dia menolaknya . Ketika Abang Aim berjumpa dengan
ayah Rafiq , dia telah memberikan wang sebanyak RM500 walaupun Abang
Aim menolak . Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana
dikatakan menghidap AIDS . Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-
hati dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya .
Tiba-tiba , Iskandar datang untuk menjelaskan ruang sepi kepada Sukma .
Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan
Jerry . Iskandar sendiri tidak tahu kemana Jerry menghilang sebaliknya dia
menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup . Sukma
beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan
bukannya yang menghancurkan hidup sendiri . Sukma meninggalkan rumah
Abang Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya . Sukma meminta maaf
daripada neneknya kerana terlambat menghantar Aim pulang . Nenek
seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu . Nenek
menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia
sendiri menjaga Sukma selama dua bulan . Nenek juga memberitahu
tentang cucunya yang hamper seusia Sukma meninggal dunia kerana
demam panas . Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusia
empat bulan ada tergantung di rumah nenek itu . Semua yang diceritakan
oleh nenek dan jam 6.20 menjadi tanda tanya kepada Sukma .

Anda mungkin juga menyukai