0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
39 tayangan11 halaman
Deskripsi:
Di tanah Melayu, masjid memainkan peranan yang amat penting dalam
pemupukan dan pengukuhan akidah.Umumnya, kajian ini dirangka untuk
mengkaji perhubungan di antara kepimpinan organisasi masjid, prestasi masjid,
aspek-aspek situasi yang berkaitan dengan institusi masjid, dan juga
pembangunan komuniti setempat di sekitar masjid (ahli qaryah) di Malaysia.
Pembangunan komuniti diukur menerusi sikap keterikatan ahli qaryah kepada
institusi masjid dan juga komuniti. Bagi kajian ini, di dalam konteks institusi
masjid di Malaysia, masih terdapat ruang teoretikal dan empirikal yang perlu diisi
bagi membolehkan kita memahami bagaimana perkaitan di antara proses
kepimpinan pemimpin masjid atau imam, prestasi kepimpinannya, aspek-aspek
situasi berkaitan insitusi masjid, dan juga pembangunan komuniti atau ahli qaryah
di sekitar masjid berlaku. Dalam mengkaji isu di atas, kajian ini akan
menggunakan pendekatan induktif dan juga deduktif dengan berdasarkan
kerangka Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia yang dibina
menerusi dapatan-dapatan kajian terdahulu. Model tersebut seterusnya akan
dinilai menerusi proses temubual bersama pakar. Set pengukuran pembolehubah
berkaitan akan dibina dan diedarkan kepada tiga kategori sampel atau pemimpin
masjid, pegawai masjid, dan ahli qaryah yang konsisten menghadiri aktiviti
kerohanian di masjid. Dapatan kajian dijangka dapat mengisi ruang-ruang
teoretikal mengenai perhubungan kepimpinan institusi agama dan pembangunan
komuniti di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dijangka dapat diaplikasikan bagi
membentuk modul khusus kepimpinan efektif pegawai-pegawai institusi agama
terutamanya masjid dan pembangunan komuniti di Malaysia.
Judul Asli
MODEL PENGIMARAHAN DAN PRESTASI MASJID DI MALAYSIA: SATU PENGENALAN AWAL KAJIAN
Di tanah Melayu, masjid memainkan peranan yang amat penting dalam
pemupukan dan pengukuhan akidah.Umumnya, kajian ini dirangka untuk
mengkaji perhubungan di antara kepimpinan organisasi masjid, prestasi masjid,
aspek-aspek situasi yang berkaitan dengan institusi masjid, dan juga
pembangunan komuniti setempat di sekitar masjid (ahli qaryah) di Malaysia.
Pembangunan komuniti diukur menerusi sikap keterikatan ahli qaryah kepada
institusi masjid dan juga komuniti. Bagi kajian ini, di dalam konteks institusi
masjid di Malaysia, masih terdapat ruang teoretikal dan empirikal yang perlu diisi
bagi membolehkan kita memahami bagaimana perkaitan di antara proses
kepimpinan pemimpin masjid atau imam, prestasi kepimpinannya, aspek-aspek
situasi berkaitan insitusi masjid, dan juga pembangunan komuniti atau ahli qaryah
di sekitar masjid berlaku. Dalam mengkaji isu di atas, kajian ini akan
menggunakan pendekatan induktif dan juga deduktif dengan berdasarkan
kerangka Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia yang dibina
menerusi dapatan-dapatan kajian terdahulu. Model tersebut seterusnya akan
dinilai menerusi proses temubual bersama pakar. Set pengukuran pembolehubah
berkaitan akan dibina dan diedarkan kepada tiga kategori sampel atau pemimpin
masjid, pegawai masjid, dan ahli qaryah yang konsisten menghadiri aktiviti
kerohanian di masjid. Dapatan kajian dijangka dapat mengisi ruang-ruang
teoretikal mengenai perhubungan kepimpinan institusi agama dan pembangunan
komuniti di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dijangka dapat diaplikasikan bagi
membentuk modul khusus kepimpinan efektif pegawai-pegawai institusi agama
terutamanya masjid dan pembangunan komuniti di Malaysia.
Di tanah Melayu, masjid memainkan peranan yang amat penting dalam
pemupukan dan pengukuhan akidah.Umumnya, kajian ini dirangka untuk
mengkaji perhubungan di antara kepimpinan organisasi masjid, prestasi masjid,
aspek-aspek situasi yang berkaitan dengan institusi masjid, dan juga
pembangunan komuniti setempat di sekitar masjid (ahli qaryah) di Malaysia.
Pembangunan komuniti diukur menerusi sikap keterikatan ahli qaryah kepada
institusi masjid dan juga komuniti. Bagi kajian ini, di dalam konteks institusi
masjid di Malaysia, masih terdapat ruang teoretikal dan empirikal yang perlu diisi
bagi membolehkan kita memahami bagaimana perkaitan di antara proses
kepimpinan pemimpin masjid atau imam, prestasi kepimpinannya, aspek-aspek
situasi berkaitan insitusi masjid, dan juga pembangunan komuniti atau ahli qaryah
di sekitar masjid berlaku. Dalam mengkaji isu di atas, kajian ini akan
menggunakan pendekatan induktif dan juga deduktif dengan berdasarkan
kerangka Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia yang dibina
menerusi dapatan-dapatan kajian terdahulu. Model tersebut seterusnya akan
dinilai menerusi proses temubual bersama pakar. Set pengukuran pembolehubah
berkaitan akan dibina dan diedarkan kepada tiga kategori sampel atau pemimpin
masjid, pegawai masjid, dan ahli qaryah yang konsisten menghadiri aktiviti
kerohanian di masjid. Dapatan kajian dijangka dapat mengisi ruang-ruang
teoretikal mengenai perhubungan kepimpinan institusi agama dan pembangunan
komuniti di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dijangka dapat diaplikasikan bagi
membentuk modul khusus kepimpinan efektif pegawai-pegawai institusi agama
terutamanya masjid dan pembangunan komuniti di Malaysia.
MODEL PENGIMARAHAN DAN PRESTASI MASJID DI MALAYSIA: SATU
PENGENALAN AWAL KAJIAN 1
Mahazan Abdul Mutalib 2
Wan Mohd. Fazrul Azdi Wan Razali 3
ABSTRAK Di tanah Melayu, masjid memainkan peranan yang amat penting dalam pemupukan dan pengukuhan akidah.Umumnya, kajian ini dirangka untuk mengkaji perhubungan di antara kepimpinan organisasi masjid, prestasi masjid, aspek-aspek situasi yang berkaitan dengan institusi masjid, dan juga pembangunan komuniti setempat di sekitar masjid (ahli qaryah) di Malaysia. Pembangunan komuniti diukur menerusi sikap keterikatan ahli qaryah kepada institusi masjid dan juga komuniti. Bagi kajian ini, di dalam konteks institusi masjid di Malaysia, masih terdapat ruang teoretikal dan empirikal yang perlu diisi bagi membolehkan kita memahami bagaimana perkaitan di antara proses kepimpinan pemimpin masjid atau imam, prestasi kepimpinannya, aspek-aspek situasi berkaitan insitusi masjid, dan juga pembangunan komuniti atau ahli qaryah di sekitar masjid berlaku. Dalam mengkaji isu di atas, kajian ini akan menggunakan pendekatan induktif dan juga deduktif dengan berdasarkan kerangka Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia yang dibina menerusi dapatan-dapatan kajian terdahulu. Model tersebut seterusnya akan dinilai menerusi proses temubual bersama pakar. Set pengukuran pembolehubah berkaitan akan dibina dan diedarkan kepada tiga kategori sampel atau pemimpin masjid, pegawai masjid, dan ahli qaryah yang konsisten menghadiri aktiviti kerohanian di masjid. Dapatan kajian dijangka dapat mengisi ruang-ruang teoretikal mengenai perhubungan kepimpinan institusi agama dan pembangunan komuniti di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dijangka dapat diaplikasikan bagi membentuk modul khusus kepimpinan efektif pegawai-pegawai institusi agama terutamanya masjid dan pembangunan komuniti di Malaysia.
Kata Kunci : Pengurusan Masjid, Kepimpinan Masjid, Pemupukan Akidah
PENDAHULUAN DAN LATAR-BELAKANG KAJIAN Masjid menduduki tempat yang mulia dalam Islam kerana mempunyai fungsi utama sebagai tempat ibadat(Al-Jaziri, 2004, p. 152). Masjid juga dilihat sebagai pusat utama bagi masyarakat Islam di seluruh dunia mengamalkan Islam secara menyeluruh sebagai proses untuk kemantapan akidah seseorang Muslim. Perkaitan di antara kemantapan akidah dan
1 Kertas ini dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia, 23 Ogos 2013. 2 Merupakan Pensyarah Kanan Program Dawah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. E-mail : mahazan@usim.edu.my. 3 Merupakan Pensyarah Program Pengajian Aqidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. E-mail: wmfazrul@usim.edu.my.
2
pengimarahan masjid sangat penting untuk dikaji secara mendalam. Ini kerana secara umumnya masyarakat Islam, khususnya di Malaysia melihat kehadiran ke masjid secara berkala sebagai perkara ritual dan budaya semata dan tidak memberi apa-apa kesan kepada kemantapan akidah seseorang Muslim. Dalam surah Al-Jin 72: ayat 18, Allah SWT pernah berfirman yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah. Dalam mentafsirkan ayat ini, Al-Zuhaili menjelaskan: disandarkan masjid kepada- Nya menandakan pemuliaan dan pengagungan terhadap masjid. (1418H, Jilid. 29, p. 175- 176) Masjid pada zaman Rasulullah SAW merupakan pusat bagi pelbagai kegiatan masyarakat Islam. Objektif utama institusi masjid yang ditunjukkan Rasulullah SAW ialah sebagai pusat untuk menghasilkan Muslim yang kukuh akidah dan jelas pekertinya sebagai Muslim. Berdasarkan kepada tujuan ini, fungsi masjidseharusnya tidak terhad setakat tempat ibadat khas seperti solat, bahkan merangkumi tempat ibadat umum seperti pusat perbincangan masyarakat, pendidikan, pentadbiran, penyatuan ummah, siasah, sosial dan sebagainya.
Oleh itu, analisis pengimarahan masjid perlu dilaksanakan bagi memastikan fungsi masjid seperti yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW dapat terus dilestarikan. Malah usaha ini patut dipergiatkan untuk menjadikan masjid sebagai pusat kemajuan ummah sejagat. Firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah 9: ayat 18 menjelaskan dengan terperinci perkaitan di Antara memakmurkan masjid dengan ketaqwaan dan keimanan seseorang Muslim. Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Usaha pengimarahan masjid ini tidaklah terhad kepada melihat kuantiti kehadiran jemaah ke majlis-majlis ilmu dan sambutan perayaan-perayaan khusus dalam Islam. (Fakhrul Adabi, 2007, p. 74) Malah, hal ini turut tertakluk kepada pelbagai elemen-elemen maddi, maknawi dan ijtimai lain seperti kemudahan fizikal masjid, kecekapan dan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan masjid, tahap kefahaman agama masyarakat sekeliling masjid, kedudukan geografi masjid dan banyak lagi. (Nubi, 2002, p. 20)
Antara isu yang selalu ditimbulkan dalam kalangan masyarakat yang cakna agama adalah berkenaan kedudukan masjid-masjid yang kurang atau tidak lagi diimarahkandi Negara Malaysia (Mahazan & Abdullah, 2013). Terdapat pelbagai kaedah atau prosedur yang dapat digunakan dalam konteks Malaysia hari ini untuk menangani masalah tersebut, seperti:
3
melaporkan kepada pihak ulul amri iaitu ketua masyarakat atau bahagian takmir di pejabat agama berkaitan, berbincang dengan pihak jawatankuasa masjid untuk menggalakkan aktiviti pengimarahan masjid dan adakalanya melalui pelaksanaan istibdal. Isu kewajaran istibdal tanah wakaf masjid, atau memindahkan tapak wakaf masjid ke tapak yang baru akan dibincangkan dibawah memandangkan ianya agak baru dan sering diperbincangkan di media massa hari ini.
Dalam konteks mazhab Shafii, istibdal adalah tidak dibenarkan kerana masjid yang kurang atau tidak lagi diimarahkan ini merupakan hak Allah SWT yang tidak boleh ditukar ganti (Luqman, 2010, p. 77). Namun begitu, dalam Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Berhubung Dengan Isu-isu Muamalat, istibdal telah dibenarkan tapi perlulah dilaksanakan secara berhati-hati. Perkara ini dinyatakan seperti berikut:
Selaras dengan perubahan zaman di mana pembangunan sedang berjalan dengan pesat, maka sudah sampai masa segala amalan wakaf dan urusan-urusan tentangnya diubahsuai dengan tidak terikat kepada Mazhab Syafie sahaja. Kaedah-kaedah pengurusan wakaf perlulah didasarkan kepada Mazhab Hanafi atau mana-mana mazhab yang lebih sesuai dengan keadaan dan masa. Namun demikian, amalan tersebut hendaklah dibuat dengan berhati-hati supaya tidak dipergunakan sewenang-wenangnya. (JAKIM, 2009, p. 85)
Jelasnya, terdapat keperluan utama untuk disyaratkan agar sebuah kajian yang terperinci dilaksanakan, sebelum sesebuah masjid itu dapat disahkan supaya melalui istibdal. Ini dalam erti kata yang lain, merupakan jalan yang pertengahan dalam meraikan pandangan jumhur Syafiiyyah yang sangat berhati-hati sehingga tidak membenarkan istibdal dan pandangan Hanafiyyah yang membenarkan istibdal atas dasar maslahah.
Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, secara umumnya, terdapat pelbagai kemungkinan yang dapat difahami boleh menjadi penyebab utama bahawa satu-satu masjid itu kurang atau tidak lagi diimarahkan. Melalui kajian yang terperinci, dapatlah diketahui punca-punca yang menjadi penghambat kepada pengimarahan masjid dan dicadangkan langkah-langkah untuk mengatasi punca-punca ini.
PERMASALAHAN KAJIAN
4
Artikel ini melihat, satu kajian harus dirangka untuk mengkaji faktor-faktor fenomena pengimarahan masjid di Malaysia. Antara pemboleh-ubah utama yang perlu dikaji bagi tujuan di atas adalah prestasi masjid. Prestasi masjid perlu dikaji menerusi aspek pengimarahan masjid, maklum-balas jamaah, pencapaian masjid menerusi aktiviti yang dijalankan, pembangunan masjid secara berterusan, dan lain-lain aspek berkaitan. Pemboleh-ubah ke dua yang perlu juga dikaji adalah kepimpinan dan pengurusan organisasi masjid.Contoh-contoh dimensi bagi pemboleh-ubah ini ialah keberkesanan organisasi pengurusan masjid, maklumat tugasan para pegawai masjid, pengurusan fizikal dan kewangan masjid, pembiayaan dan penyelenggaraan masjid , pengurusan aktiviti masjid, dan lain-lain. Pemboleh-ubah terakhir yang perlu dilibatkan di dalam kajian ini adalah aspek-aspek situasi yang berkaitan dengan institusi masjid. Contohnya lokasi dan persekitaran masjid, bantuan pentadbiran masjid, polisi dan garis-panduan pentadbiran masjid, kriteria masyarakat atau ahli qaryah masjid khususnya tahap kecenderungan keagamaan seseorang, tahap keterikatan ahli qaryah kepada masjid, serta lain-lain perkara. Secara khusus, kajian pengimarahan masjid ini akan melihat sejauh mana pengaruh pemboleh-ubah kepimpinan dan pengurusan masjid juga pemboleh-ubah aspek-aspek situasi masjid terhadap prestasi dan pengimarahan masjid di Malaysia. Rajah 1 menggariskan ke semua pemboleh-ubah di atas dengan terperinci.
Dalam mengkaji isu di atas, kajian seharusnyabermula dengan menggunakan pendekatan induktif bagi menggariskan Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia. Alat pengukuran model masjid cemerlang terbabit seterusnya akan dikaji secara hipotetika- deduktif. Ini bagi membolehkan data-data yang dikutip dapat dibandingkan dengan Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid di Malaysia terbabit. Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia tersebut seharusnya dibina berdasarkan dapatan-dapatan kajian lampau di sekitar Malaysia dan lain-lain negara, objektif dan sasaran kerajaan Malaysia, analisis isu dan komentar dari ahli akademik, professional, dan mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi masjid. Seterusnya model tersebut perludinilai menerusi proses temubual bersama pakar. Set pengukuran Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia yang dibina perlu diedarkan kepada tiga kategori sampel kajian atau pertama pemimpin masjid, ke dua pegawai masjid, dan ke tiga ahli qaryah yang konsisten menghadiri aktiviti kerohanian di masjid. Dapatan kajian dapat digunakan bagi mengisi ruang-ruang teoretikal mengenai isu pengimarahan dan prestasi masjid di Malaysia. Dapatan kajian juga dijangka dapat diaplikasikan bagi membentuk model khusus pengimarahan dan prestasi masjid di Malaysia dengan mengambil-kira pengalaman masjid-masjid di Malaysia.
5
Di dalam aspek kepimpinan dan pengurusan masjid, artikel ini melihat pemimpin masjid, khususnya para imam dan pemimpinmasjid, seharusnya tidak dianggap sebagai penyumbang utama kepada masalah kekurangan jemaah dan prestasi masjid di negara ini. Sebagai contoh, berdasarkan kepada beberapa tinjauan yang telah dijalankan ke atas para imam masjid (e.g. Mokhtar, 2003; Wall & Callister, 1999; Ahmad Kamil, 1991; Rogers, 1975), kita dapat fahami bahawa peranan imam terhadap prestasi organisasi masjid dan pembangunan masyarakat adalah amat penting, baik di negara-negara Islam seperti Malaysia mahupun di negara-negara yang komuniti Islam adalah minoriti. Namun, sebagaimana digariskan Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid di Malaysia ini, kita dapat fahami bahawa terdapat pelbagai factor yang bileh dikaitkan dengan prestasi pengimarahan masjid di Malaysia. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada kajian lampau yang telah menekankan bahawa para imam dan pemimpin masjid amat penting kepada institusi terbabit, artikel ini melihat penilaian kualiti kepimpinan imam dan pengerusi masjid, proses kepimpinan di masjid, prestasi masjid di Malaysia, dan hubungannya dengan pembangunan ahli qaryah harus juga diberikan perhatian.
Kajian yang dicadangkan menerusi Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid di Malaysia ini dijangka dapat menyumbang kepada pembangunan ilmu sekurang-kurangnya menerusi tiga aspek. Pertama, menerusi kajian ini, kita dapat memahami bagaimana teori-teori serta model- model kepimpinan mahupun pengurusan moden dapat diaplikasikan untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pegawai masjid, terutamanya imam, serta institusi masjid itu sendiri. Ke dua, sebagaimana diterangkan di atas, kajian ini dijangka dapat memberikan maklumat mengenai isu atau faktor situasi kepimpinan imam di Malaysia berdasarkan data perlu dikutip dari pelbagai peringkat masjid di Negara ini samada di desa mahupun di Bandar. Ke tiga, secara keseluruhannya, kajian ini dijangka mampu memberikan maklumat tambahan mengenai fenomena kepimpinan keagamaan dan pembangunan komuniti di Malaysia. Berikut adalah persoalan kajian ini:
(a) Persoalan Penyelidikan 1. Bagaimanakah aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan masjid (i.e. keberkesanan organisasi pengurusan masjid, maklumat tugasan para pegawai masjid, pengurusan fizikal dan kewangan masjid, pembiayaan dan penyelenggaraan masjid, pengurusan
6
aktiviti masjid, dan lain-lain)mempengaruhi prestasi dan pengimarahan masjid di Malaysia? 2. Bagaimanakah aspek-aspek persekitaran masjid (i.e. contoh lokasi dan persekitaran masjid, bantuan pentadbiran masjid, polisi dan garis-panduan pentadbiran masjid, kriteria masyarakat atau ahli qaryah masjid, tahap keterikatan ahli qaryah kepada masjid, serta lain-lain perkara) mempengaruhi prestasi dan pengimarahan masjid? 3. Bagaimanakah faktor-faktor aspek-aspek persekitaran masjid bertindak sebagai penyederhana terhadap perhubungan kepimpinan dan pengurusan masjid dengan prestasi dan pengimarahan masjid di Malaysia. 4. Bagaimanakah faktor pembiayaan dan penyelenggaraan masjid dan juga pengurusan aktiviti pengimarahan masjid bertindak sebagai faktor-faktor perantara bagi perhubungan prestasi pegawai masjid dan prestasi masjid?
(b) Objektif Penyelidikan 1. Untuk mengkaji pengaruh aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan masjid (i.e. keberkesanan organisasi pengurusan masjid, maklumat tugasan para pegawai masjid, pengurusan fizikal dan kewangan masjid, pembiayaan dan penyelenggaraan masjid , pengurusan aktiviti masjid, dan lain-lain) terhadap prestasi dan pengimarahan masjid di Malaysia. 2. Untuk mengkaji pengaruh aspek-aspek persekitaran masjid (i.e. contoh lokasi dan persekitaran masjid, bantuan pentadbiran masjid, polisi dan garis-panduan pentadbiran masjid, kriteria masyarakat atau ahli qaryah masjid, tahap keterikatan ahli qaryah kepada masjid, serta lain-lain perkara) terhadap prestasi dan pengimarahan masjid. 3. Untuk mengkaji interaksi aspek-aspek persekitaran masjid sebagai penyederhana terhadap hubungan kepimpinan dan pengurusan masjid dengan prestasi dan pengimarahan masjid di Malaysia. 4. Untuk mengkaji pengaruh perantara faktor pembiayaan dan penyelenggaraan masjid dan juga pengurusan aktiviti pengimarahan masjid terhadap perhubungan prestasi pegawai masjid dan prestasi masjid.
KAEDAH PENYELIDIKAN Bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian atau (a) Pendekatan Kajian, (b) Prosedur Kutipan Data, dan (c) Prosedur Analisis Data.
7
A. Pendekatan Kajian Kajian ini adalah berbentuk induktif dan juga hipotetiko-deduktif. Kajian ini berbentuk induktif atas dasar ianya akan menjelaskan Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia berdasarkan kepada kajian-kajian lampau, sumber-sumber akademik berkaitan yang lain, dan juga dasar-dasar kerajaan Malaysia terhadap aspek pembangunan dan pengimarahan masjid di negeri terbabit. Kajian ini juga berbentuk hipotetiko-deduktif kerana model terbabit akan digunakan bagi menguji beberapa hipotesis yang akan digariskan berdasarkan kepada persoanlan dan objektif kajian.
B. Prosedur Kutipan Data Memandangkan kajian ini akan bertumpu di institusi masjid di Malaysia, sebagaimana digambarkan di atas, kajian ini akan mendapatkan data yang berkaitan dengan menggunakan dua kaedah utama. Pertama, bagi prosedur induktif, kajian ini akan bersandarkan kajian- kajian lampau mengenai model masjid cemerlang dan juga literatur yang berkaitan terutamanya polisi kerajaan Malaysia terhadap isu pembangunan dan pengimarahan masjid. Kajian ini juga akan menjalankan temuduga dengan pakar-pakar model masjid cemerlang dan juga pegawai-pegawai kerajaan Malaysia yang berkaitan. Bagi kaedah hipotetiko-deduktif atau untuk menjawab hipotesis kajian, borang soal-selidik (questionnaire)akan digunakan. Borang soal-selidik akan diedarkan kepada beberapa kumpulan utama di dalam institusi masjid iaitu para pemimpin masjid (Nazir dan Imam), para pegawai masjid yang lain (Bilal, Siak, dan Ahli Jawatankuasa Masjid), serta jemaah lain yang sangat konsisten menghadiri aktiviti kerohanian dan agama di masjid. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada senarai daftar masjid dan surau Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM dan juga Majlis Agama Islam Malaysia.
C. Prosedur Analisis Data Dapatan-dapatan secara penelitian teks dan temubual pakar akan digunakan bagi menghasilkan Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia. Manakala, borang soal- selidik akan digunakan bagi mengukur pembolehubah-pembolehubah berkaitan bagi menguji hipotesis yang akan dibina berdasarkan kepada model masjid tersebut. Data-data yang dikutip menerusi borang soal-selidik akan diproses menggunakan prosedur kajian kuantitatif. Dengan kata lain, pembolehubah-pembolehubah utama kajian ini akan diukur menggunakan skala.
8
Data-data yang dianalisis adalah sangat penting bagi menguji hipotesis yang telah digariskan. Sementara itu, di dalam peringkat pra-kajian, sejumlah maklum-balas akan juga dikutip daripada sebilangan kecil responden yang dipilih bagi menguji kesahihan dan keboleh- percayaan alatan kajian (Soal-selidik). Di dalam proses kutipan data yang lebih menyeluruh, analisis kesahihan dan keboleh-percayaan alatan kajian akan juga dijalankan bersama-sama dengan prosedur-prosedur utama statistik di dalam kajian kuantitatif (cth Ujian normaliti, lineariti, homoscedasticiti, dan lain-lain). Ini bagi membolehkan data atau Maklumat yang dikutip daripada sampel atau responden dapat digeneralisasikan pada populasi institusi masjid di Malaysia, menguji hipotesis yang telah digariskan, dan juga menguji model yang telah dibentuk menerusi analisis literatur.
KESIMPULAN Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan ilmu menerusi beberapa aspek. Pertama, menerusi kajian ini, kita dapat memahami bagaimana teori-teori serta model-model kepimpinan dan pengurusan dapat diaplikasikan untuk meningkatkan kualiti dan prestasi institusi masjid di Malaysia. Ke dua, kajian ini juga dijangka mampu memberikan maklumat tambahan mengenai fenomena pengimarahan dan prestasi masjid di Malaysia. Ke tiga, kajian ini juga dijangka dapat meneruskan kajian-kajian pengurusan masjid dengan membentuk perkaitan teoretikal di antara konsep kepimpinan dan pengurusan organisasi, prestasi dan pengimarahan masjid, dan penglibatan ahli qaryah serta pembangunan mereka. Organisasi yang disasarkan di dalam kajian ini adalah institusi masjid di Malaysia dan memang sudah sedia maklum bahawa institusi agama diseluruh dunia termasuk masjid seharusnya mampu memberikan impak positif dan keagamaan yang maksimum kepada komuniti setempat. Atas daripada itu, kajian ini dijangka dapat membawa maklumat-maklumat empirikal yang dikutip dari masyarkat Islam dan masjid-masjid di sekitar Malaysia dan menguji data-data tersebut dengan menggunakan Model Pengimarahan dan Prestasi Masjid Malaysia yang dibina untuk kajian ini. Dapatan-dapatan kajian secara keseluruhan dapat membantu kerajaan Malaysia dalam mengenal-pasti aspek-aspek utama pengimarahan dan prestasi masjid di Malaysia. Perkara ini dilihat sebagai sangat penting untuk membantu kerajaan Malaysia mencari-ruang penambah-baikan prestasi masjid di Malaysia. Dapatan kajian seharusnya juga digunakan bagi membantu kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan mengenai proses istibdal waqaf bagi institusi masjid untuk memastikan apa jua keputusan yang diambil adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian yang terperinci terhadap institusi terbabit.
9
RUJUKAN Abdullah, A.G. (2009). Penjanaan dan Pengurusan Kewangan Masjid. Paper presented at the Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Asean 2009, EDC Hotel, Sintok, Kedah Darul Aman.
Ahmad Kamil, A.M. (1991). Peranan Imam dalam Masyarakat [Electronic Version]. Pengasuh, 516.
Al-Jaziri, A.R. (2004). Kitab Al-Fiqh Ala Al-Madhahib Al-Arbaah. Beirut: Dar Al-Kutub Al- Ilmiyyah.
Al-Zuhaili, W.M. (1418H). Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Shariah Wa Al-Manhaj. Damsyik: Dar Al-Fikr Al-Muasir.
Azman, Z. (2008). Peranan masjid perlu dipelbagai: Abdullah. Berita Harian.
Bow, V. & Buys, L. (2003). Sense of community and place attachment: the natural environment plays a vital role in developing a sense of community, Paper presented to the Social Change in the 21 st Century Conference, Queensland University of Technology, 21 November 2003.
Derue, D.S., Nahrgang, J.D., Wellman, N., & Humphrey, S.E. (2011). Trait and Behavioral Theories of Leadership: An Integration and Meta-Analytic Test of their Relative Validity, Personnel Psychology, 64, 7-52.
Fakhrul Adabi, A.K. (2007). Keberkesanan Kelas Agama Di Masjid Daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Usuluddin. Bil. 25. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2009. Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Berhubung Dengan Isu-isu Muamalat. Putrajaya: JAKIM.
Hasni, O. & Abdullah, A.G. (2004). Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di Perak. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004, Universiti Utara Malaysia.
House, R. J., & Aditya, R. N. (1997). The Social Scientific Study of Leadership : Quo Vadis? Journal of Management, 23(3), 409-473. Hunt, J. G. (1991). Leadership : A new synthesis. London: SAGE Publications.
Idris, A., Ismail, M.S., Abdul Rashid, S.A., Ismail, Y., & Abdul Rahman,S. (1997). Satu Kajian Awal: Kedudukan Masjid di Negeri Perlis. Shah Alam: Biro Penyelidikan dan Perundingan ITM.
Luqman, A. 2010. Istibdal Harta Wakaf Dari Perspektif Mazhab Syafie. Jurnal Fiqh. No. 7. Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
10
Mahazan, A.M. & Abdullah, A.G. (2013). Leadership Traits, Leadership Behavior, and Job Autonomy of Imams : A Moderated Mediation Analysis, International Journal of Business and Society, 14 (1), p. 17-40.
Mokhtar, S. (2003). Status Imam di Malaysia. In Norrodzoh Siren & Yusmini Yusoff (Eds.), Membangun Institusi Masjid. Petaling Jaya : Selangor: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, APIUM.
Nubi, M.H. 2002. Imarah Al-Masjid Fi Dhaw Al-Quran Wa Al-Sunnah. Kaherah: Dar Nahdah Al-Sharq.
Rogers, M. L. (1975). Patterns of Leadership in Rural Malay Community. Asian Survey, 15(5), 407-421.
Roslan, M. (2004). Memperkasa Masjid Sebagai Institusi Pembangunan Insan. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004, Universiti Utara Malaysia.
Wall & Callister, R. R. (1999). Malaysian Community Mediation. The Journal of Conflict Resolution, 43(3), 343-365.
Wan Mohamad, A.A. (2008). Pendekatan Baru dalam Pengimarahan Masjid. Paper presented at the Multaqa Imam-Imam Masjid Seluruh Negara 15 April 2008 at Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Yukl, G. (1989). Managerial Leadership : A Review of Theory and Research. Journal of Management, 15(2), 251-289.
Yukl, G. (2006). Leadership in Organizations (Vol. 6). New Jersey: Pearson Education.
Yukl, G. (2011). Leadership in Organizations (Vol. 8). New Jersey: Pearson Education.
Zaccaro, S. J., Kemp, C., & Bader, P. (2004). Leader Traits and Attributes. In J. Antonakis, A. T. Cianciolo & R. J. Sternberg (Eds.), The Nature of Leadership (pp. 101-124). Thousand Oaks, CA: Sage.
Zaccaro, S. J. (2007). Trait-Based Perspectives of Leadership. American Psychologist, 62(1), 6-16.
11
RAJAH 1 : KERANGKA KAJIAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN DAN GELAGAT KEPIMPINAN PEGAWAI MASJID DALAM MEMPENGARUHI PRESTASI MASJID
CIRI-CIRI KEPIMPINAN PEGAWAI MASJID GELAGAT KEPIMPINAN PEGAWAI MASJID
PRESTA SI MASJID (KEHAD IRAN JEMAA H) PENYELENGGARAAN DAN PEMBIAYAAN MASJID ORGANISASI AKTIVITI MASJID FAKTOR FAKTOR LUARAN (LOKASI MASJID, PERSEPSI MASYARAKAT, PERINCIAN KERJA PEGAWAI, DLL.) ORIENTASI KERJA ORIENTASI PERHUBUNGAN ORIENTASI PERUBAHAN KEMAMPUAN KOGNITIF PERSONALITI KEAGAMAAN PENGALAMAN MEMIMPIN MOTIVASI UNTUK MEMIMPIN
SOC (TAHAP KETERI KATAN JEMAA H KEPADA MASJID DAN KOMUN ITI)