Anda di halaman 1dari 16

1

BAHAGIAN A
B1DT1E1/B1DT1E2

Soalan 1 hingga soalan 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 . Pada papan iklan itu tertulis Belilah Sijil Simpanan Premium untuk Menjamin
Masa Depan __________.

A kamu
B kami
C anda
D awak

2 . Azam bercakap __________ lantang dan penuh bersemangat __________
mesyuarat agung semalam.

A hingga dalam
B dengan dalam
C hingga di
D dengan di
Soalan 3 dan 4 berdasarkan gambar di bawah.

3 Esah __________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.

A menuang

B mencurah

C meletak

D menyenduk
2

4 . Esah menggunakan __________ yang diperbuat daripada tembaga.

A acuan
B talam
C periuk
D bekas

5 . Khairul terpesona melihat sepasang burung merak yang __________ di Zoo
Negara.

A lawa
B cantik
C anggun
D jelita

6 . Pilih mana-mana yang awak suka__________ awak ingin yang mahal __________
yang murah.

A waima ataupun
B biarpun mahu pun
C sungguhpun namun
D bukan sahaja malahan juga

7. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya __________ sauh yang berat itu di
muara sungai.

A menghulurkan
B melontarkan
C meletakkan
D melabuhkan
8. Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah
maksiat.
A terjerumus

B terperosok

C termusnah

D terikut

3

9. Kawasan pedalaman di Sabah hanya boleh ___________ melalui jalan sungai sahaja.

A dilalui

B dihubungi

C disusun

D direntas

10. ___________ Ustaz Wan Sulaiman dalam bidang agama memang diakui dan disegani
oleh masyarakat tempatan.

A Kebolehan
B Kecekapan
C Kegigihan
D Kearifan

11. Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi ___________
generasi terdahulu.

A kehebatan

B kesukaran

C kebanggaan

D kesenangan

12. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan rakyat masih belum mencapai ___________ yang membanggakan.

A tahap

B aras

C paras

D tingkat

13. Sampah sarap ___________ di Stadium Bukit Jalil setelah sambutan malam tahun baru
berlangsung malam tadi.

A berterbangan

B bergelimpangan

C berhamburan

D bertaburan
4

14. ___________ siapakah hadiah yang awak balut itu?

A Bagi
B Untuk
C Demi
D Kepada

15 . Kebiasaannya tikar dibentangkan oleh orang-orang kampung, sebagai tanda ______________
duduk kepada tetamu yang hadir.

A sila
B mari
C harap
D tolong

16. Keadaan ekonomi negara yang ___________ amat merunsingkan barisan pemimpin negara
kita.

A mundur maju
B tinggi rendah
C jatuh bangun
D turun naik

17 Melisa berusaha menjejaki _________ setelah berpisah dengan suaminya 20 tahun yang lalu.

A anak kandungnya
B anak buahnya
C anak saudaranya
D anak tirinya

18. Yang Berhormat Datuk Kamil selalu ___________ fakir miskin di kawasan Kampung Bahagia.

A menyedekahkan
B menyedekahi
C menyedekah
D sedekahi

5

Soalan 19 hingga Soalan 25
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

19. Berdasarkan laporan, kebanyakan kes-kes penderaan kanak-kanak dilakukan oleh
A B C
Ibu bapa yang menghadapi masalah rumah tangga. Tiada kesalahan
D
20. Para peniaga diminta menyimpan barang secukupnya untuk memenuhi keperluan
A B
orang ramai bila menjelang musim perayaan. Tiada kesalahan
C D
21. Rakyat jelata dari seluruh pelusuk negeri itu berkumpul di hadapan istana untuk
A B C
menyambut Hari Kemerdekaan. Tiada kesalahan
D
22. Para peserta yang menyertai kem asuhan dikehendaki berada di pekarangan
A B C
sekolah sebelum pukul lapan pagi. Tiada kesalahan
D
23. Pasukan Dayana bertepuk tangan sambil melompat keriangan sebaik saja mereka
A B
diumumkan sebagai johan pertandingan drama. Tiada kesalahan
C D
24. Kerajaan merancang hendak membina klinik di seluruh kawasan pendalaman
A B C
negeri Sabah. Tiada kesalahan
D
25. Masyarakat di zaman ini perlu mengubah sikap agar lebih maju dalam semua
A B C
bidang. Tiada kesalahan
D

Soalan 26 hingga Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa
anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

26. I Semasa saya dirawat di hospital, jururawat selalu datang untuk mengambil
suhu badan saya.
II Keletah budak kecil itu telah berjaya mengambil hati tetamu yang datang itu.
III Saya akan mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga MSSM.
IV Shirley telah mengambil kawannya yang baru pulang dari India di lapangan terbang.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
6

27 I Lembaga hitam itu telah meresap di dalam kegelapan malam.
II Pandangannya meresap ke dalam pemikirannya kerana dia pantas berfikir.
III Dakwat pen yang tumpah itu telah meresap ke permaidani biru.
IV Budaya kuning mudah meresap ke dalam fikiran remaja yang tiada panduan hidup

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

28 I Ribut yang melanda kawasan itu mulai tenang.
II Sikap Murshed yang sentiasa tenang menyebabkan dia sangat disegani oleh kawan-
kawannya.
III Air di kolam itu kelihatan tenang kerana tidak dicemari.
IV Lariannya yang tenang itu membolehkannya memenangi pertandingan jogathon

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 29 hingga 33
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap
bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan
A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
29 Ibu bapa wajib mengajar anak-anak mereka cara menghormat orang lain walau sesibuk mana
sekalipun mereka.
A mengajar anak-anak mereka cara menghormati
B mendidik anak mereka-mereka cara menghormati
C mendidik anak-anak mereka cara menghormati
D mengajar anak-anak mereka cara menghormat

7

30 Polis berjaya menangkap pencuri itu setelah mengintai tindak-tanduk mereka.
A sebelum memberkas kaki tangan
B setelah mengintip tindak-tanduk
C sebelum mendakwa gerak-geri
D setelah mengintai tindak-tanduk

31 Sampah sarap yang bertaburan di kaki lima restoran itu boleh meloyakan pengunjung-
pengunjung restoran tersebut.
A tetamu-tetamu restoran
B pendatang-pendatang restoran
C pengusaha-pengusaha restoran
D pengunjung-pengunjung restoran

32 Taman Tumbina di Bintulu kini semakin dikenali dengan kejayaannya membangunkan
sebuah taman memulihara kehidupan liar dan tumbuhan terbesar serta pertama seumpamanya
di Sarawak.
A membangunkan sebuah taman memulihara kehidupan liar
B membinakan sebuah taman pemeliharaan hidupan liar
C memajukan sebuah lokasi memelihara kehidupan liar
D membangunkan sebuah taman pemuliharaan hidupan liar

33 Ikan goreng kembung amat enak dinikmati ketika masih panas.
A Ikan goreng amat enak
B Ikan kembung goreng amat enak
C Ikan kembung dan digoreng amat enak
D Ikan goreng kembung amat enak

8

Soalan 34 hingga soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah.

34

Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan perbualan di atas ialah

A jauhari jua yang mengenal manikam.
B alah membeli menang memakai.
C biar papa asal bergaya.
D bagai cincin dengan permata.

35

Peribahasa yang tepat dengan situasi di atas ialah
A berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-
senang kemudian.
B berjagung-jagung dahulu, sementara menunggu padi masak.
C berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
D malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.

36

Berdasarkan pernyataan di atas, peribahasa yang sesuai ialah

A indah khabar daripada rupa.
B biar titik jangan tumpah.
C bagai kelip-kelip terbang malam.
D seperti gunting makan di hujung.

Minah : Mahalnya baju ni.
Jurujual : Puan, walaupun baju ini mahal, tetapi kainnya berkualiti
Murni bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajarannya menjelang
peperiksaan agar dia mendapat keputusan yang cemerlang.
Ibu menasihati kakak agar meneliti latar belakang kolej itu sebelum
membuat keputusan untuk menerima tawaran yang diberikan agar
tidak kecewa di kemudian hari.
9

Soalan 37 hingga soalan 40

Pilih ayat-ayat yang betul.

37. I Tubuhnya yang kurus seperti buluh itu sering menjadi bahan ketawa orang ramai.
II Penduduk kampung itu masih memerlukan bantuan pihak kerajaan untuk membina
masjid.
III Perbuatan sumbang segelintir remaja dikutuk oleh penduduk setempat.
IV Kepada siapa-siapa pelajar yang tidak hadir semalam sila keluar.

A I dan II sahaja.
B II dan III sahaja.
C I, II dan IV sahaja.
D II, III dan IV sahaja.

38 I Kesesakan lalu lintas di kawasan bandar semakin meningkat.
II Beliau banyak menghasilkan karya yang berunsurkan sejarah.
III Jambangan bunga itu dibentuk oleh Puan Jamilah.
IV Pemakaian lencana sememangnya menjadi kewajiban para pelajar.

A I, II dan III sahaja.
B I, II dan IV sahaja.
C I, III dan IV sahaja.
D II, III dan IV sahaja.

39 I Kami berlari di tengah padang sambil mengejar rama-rama.
II Kira-kira 15 000 orang pembantu rumah dari Indonesia bekerja di negara ini.
III Adakah ini beg tangan saudari? tanya Kareena kepada wanita tua itu.
IV Pakar forensik telah menemui tompokan darah di atas lantai rumah mangsa.

A I dan II sahaja.
B III dan IV sahaja.
C I, II dan IV sahaja.
D II, III dan IV sahaja

10

40. I Hasan lulus ujian itu, malahan adiknya gagal.
II Helen mengemas rumah, malahan ibunya membasuh kain.
III Bukan aku yang mengkhianatinya, malahan aku yang membantunya.
IV Cuaca yang mendung tadi bertukar menjadi cerah, malahan semakin terik
sekarang.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

11

BAHAGIAN B ( i )

RINGKASAN
( 20 MARKAH )

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan amalan disiplin dalam kalangan pelajar. Panjangn ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
andasendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Disiplin merupakan perkara penting yang perlu ada pada setiap individu. Secara lebih
terperinci, disiplin merupakan kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan sama
adadalam aspek keagamaan, etika sosial atau dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks
sekolah, disiplin merupakan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk memastikan
para pelajar betingkah laku baik dan mengamalkan nilai murni.

Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan? Hal ini demikian kerana, disiplin penting
untuk rnenjamin kejayaan seseorang pelajar. Selain itu, disiplin juga merupakan kawalan
dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan
peraturan. Seandainya seseorang pelajar berdisiplin atau mengikut peraturan, hal ini
menunjukkan sudah ada ciri kejayaan dalam dirinya. Pelajar yang berdisiplin dapat mengawal
diri di dalam kelas dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Di
samping itu, mereka juga tidak akan mudah terjebak dalam gejala negatif yang boleh
menjejaskan tumpuan terhadap pembelajaran.

Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada
masanya bertujuan untuk melatih pelajar aspek pengurusan masa. Pelajar yang dapat
menepati masa biasanya akan menjadi pelajar yang baik kerana mereka tahu mengurus dan
menghargai masa. Begitu juga dengan peraturan sekolah yang menetapkan supaya pelajar
berpakaian kemas. Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berkeperibadian tinggi dan
berketerampilan. Pelajar yang mempunyai personaliti yang baik, lazimnya akan disenangi
oleh guru-guru.

Penghormatan terhadap guru juga merupakan amalan disiplin yang mustahak. Hal ini
demikian kerana dalam menimba ilmu pengetahuan, pelajar tidak dapat lari daripada
mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru walaupun pelajar mempunyai buku atau
bahan rujukan yang mencukupi. Hubungan yang baik dan harmonis antara guru dengan
pelajar akan dapat menjamin keberkesanan dalam pembelajaran. Jelaslah bahawa disiplin
memainkan peranan utama yang menentukan kejayaan pelajar dalam pelajarannya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada'Pembudayaan
Disiplin Dalam Kalangan Pelajar' ,Izati Hj. Daud,
Dewan Siswa,, Julai 20I1)

12

JAWAPAN B2DB1E1

Pendahuluan

....................................................................................................................................................................

Isi

1.)...............................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................

2.)...............................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................

3.)...............................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................

4.)...............................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................

5.)...............................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................

Penutup

13

B2DB1E1
BAHAGIAN B ( ii )
[ 10 Markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian B (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata menghargai masa. [ 2 markah ]

2. Mengapakah amalan menghormati guru penting kepada seseorang pelajar? [ 4 markah ]

3. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan pelanggaran disiplin

dalarn kalangan pelajar di sekolah? [4 markah]

JAWAPAN.

1.________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

2.________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

3.________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

14

Bahagian B ( iii )
[ 20 markah ]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan
jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesesakan Jalan Raya
(Cara Mengatasinya)

15

JAWAPAN B3DT1E1
BAHAGIAN B ( ii )
___________________________________________________________________________

16

B3DB1E1
BAHAGIAN C
[ 10 markah ]

Novel Cempaka Putih UntukMu

Sila isikan tempat kosong berdasarkan novel Cempaka Putih Untukmu

Bab 1 Akur Akan Perintah
.... Kenaikan pangkat menyebabkan papa dikehendaki bertukar ke tempat baharu. Sepatutnya kami
seronok. Suasana baharu tentu akan memberikan mood baharu namun apa-apa yang terjadi
sebaliknya.
Papa sebagai wakil kerajaan melalui Jabatan......................... ditugaskan untuk membangunkan
[ 1 markah ]
pengeluaran pertanian masyarakat ........................... Dia kena bertukar ke daerah pendalaman
[ 1 markah]
di..........................
[ 1 markah ]

Bab 2 Tersalah Duga

... rumah kami papa dibiarkan kosong. Dia tidak menyewakannya kerana bimbang kami tidak ada
tempat bermalam kalau sekali-sekala kami pulang ke ....................................
[ 1 markah ]
...kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul ................................Perjalanan agak perlahan
[ 1 markah ]
dan kami sampai ke Kampung ............................. pada pukul 5.00 petang. Semuanya berada dalam
[ 1 markah ]
keadaan letih.

Bab 3 Sekolah Baharu dan Kawan Baharu

Aku memulakan hari pertama di sekolah baharu dalam suasana yang baharu juga. Selepas papa
membawa aku berjumpa dengan Pengetua ..................................................................., aku di
[ 1 markah ]
perkenalkan pula dengan guru Tingkatan ...................................... . Cikgu Malik, ini
[ 1 markah ]
........................., murid baharu dari bandar. Dia akan dimasukkan ke kelas cikgu, kata pengetua
[ 1 markah ]
sekolah..

..Murid-murid dalam tingkatan .................................hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15
[ 1 markah ]
orang murid perempuan dan 10 orang lelaki.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai