Ujian ini menilai daya tahan otot abdomen dan dijalankan selama satu minit. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, tilam latihan, pembantu. Prosedur : i) Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 90 o . ii) Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan. Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian dijalankan. iii) Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal. iv) Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan skapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula. v) Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali semula ke kedudukan asal.
b) Ujian Tekan Tubi Tanpa Henti Ujian ini menilai daya tahan otot trisep dan otot deltoid dan ujian ini memerlukan peserta melakukan tekan tubi sehingga peserta tersebut sendiri berhenti. Peralatan dan kemudahan : Kawasan lapang. Prosedur : i) Mula dengan kedudukan meniarap dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. ii) Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada hampir mencecah lantai. iii) Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun ke bawah dan naik semula ke kedudukan asal. iv) Ujian tamat apabila peserta berhenti atau rehat seketika. v) Ulangan tidak dikira jika peserta tidak turun sehingga dada mencecah lantai.
c) Ujian Wall Sit Ujian ini menilai ketahanan otot bahagian bawah tubuh terutamanya otot kuadrisep. Peralatan dan kemudahan : Dinding, jam randik. Kelebihan : Ujian yang kurang menggunakan peralatan, mudah dijalankan dan boleh dijalankan dalam bilangan peserta yang banyak. Prosedur : i) Berdiri dalam keadaan yang selesa dengan kaki dibuka seluas bahu dan berdiri membelakangkan dinding. ii) Secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah dengan keadaan lutut dibengkokkan dan berada dalam sudut 90 o . iii) Masa dimulakan apabila salah satu kaki diangkat naik sedikit dan bertahan selama yang boleh. iv) Masa akan dihentikan apabila peserta tidak dapat kekal dalam posisinya dan kaki telah dijatuhkan ke atas lantai. v) Peserta diberi rehat seketika dan diuji dengan kaki yang sebelah lagi. vi) Dua kali percubaan diberikan dan catatan masa terbaik akan diambil.
d) Ujian Gayut Tangan Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian atas tubuh. Peralatan : Jam randik, horizontal overhead bar. Kelebihan : Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan serta dapat dibuat dalam masa yang singkat. Kekurangan : Berat badan peserta mempunyai kesan yang mendalam terhadap keputusan ujian ini. Prosedur : i) Genggam dan bergayut pada bar sama ada secara overhand grip (tapak tangan menghala ke luar badan) atau underhand grip (tapak tangan menghala ke arah badan). ii) Badan dibiarkan dalam posisi dengan tangan dalam keadaan fleksi dan dagu berada di bahagian atas bar. iii) Bahagian dada peserta perlulah hampir kepada bar dan kaki dibiarkan dalam keadaan lurus. iv) Peserta perlu bergayut dalam posisi ini seberapa lama yang terdaya dan masa akan dihentikan apabila dagu peserta menyentuh atau berada di bawah paras bar. Jenis genggaman yang digunakan perlu direkod juga. v) Tiga kali percubaan diberi kepada peserta dan catatan masa yang paling lama akan diambil.
IMBANGAN
a) Ujian Dirian Bangau (Stork Stand Test) Ujian ini mengukur kebolehan peserta mengimbang diri atas sebelah kaki secara statik. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pencatat. Prosedur : i) Peserta berdiri atas sebelah kaki dominan dan sebelah lagi diletakkan pada bahagian lutut yang dominan (dirian bangau). Kedua-dua tangan diletakkan atas pinggang. ii) Atas arahan mula, peserta angkat tumit kaki dominannya dan imbangkan diri seberapa lama yang mampu. iii) Masa akan dihentikan apabila peserta melepaskan tangan dari pinggangnya, menurunkan tumit kakinya, kaki yang bukan dominan tidak menyentuh lututnya, bergerak atau terlompat-lompat. iv) Tiga percubaan diberikan dengan percubaan masa terbaik diambil kira.
b) Ujian Imbangan Dinamik Ujian ini mengukur keupayaan mengekalkan imbangan semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pita lekat, pita penanda lebar 2cm, pencatat. Prosedur : i) 11 keping (1 x ) pita lekat dipotong dan dilekatkan pada lantai. ii) Peserta berdiri atas kaki kanan pada garisan permulaan dan melompat ke tanda kedua, mendarat dengan bebola kaki kiri dan kekal dalam kedudukan tersebut seberapa lama yang boleh (maksimum 5 saat) dengan tapak kaki kiri itu menutup sepenuhnya tanda pita penanda. iii) Lompatan diteruskan ke tanda-tanda yang ditetapkan dengan mendarat pada kaki yang berlainan. iv) Pengiraan : Setiap lompatan yang berjaya=5 mata Setiap saat yang dikekal atas tanda=1 mata hinggalah maksimum 5 mata Mata maksimum setiap tanda=10 mata v) Penalti : Satu mata ditolak setiap saat apabila kesalahan tidak mendarat dengan sempurna atas tanda dilakukan. vi) Kesalahan mendarat : Tidak dapat berhenti apabila mendarat. Tumit mendarat atau mana-mana anggota badan lain terkena lantai. Tidak menutup sepenuhnya tanda semasa mendarat.
c) Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test) Ujian ini menguji keseimbangan seseorang individu semasa berjalan di sepanjang batang titian yang ditinggikan. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, batang titian gimnastik, pencatat, juri (pemberi skor). Kelebihan : Keseimbangan aktif seseorang individu dapat diketahui. Kekurangan : Pemberian skor oleh juri yang kadang-kalanya kurang memuaskan hati individu yang diuji. Prosedur : i) Peserta bersedia di satu hujung dengan berdiri dalam keadaan yang seimbang dan mula berjalan sehingga ke hujung yang satu lagi tanpa jatuh. ii) Peserta diberi tiga kali percubaan di mana peserta yang diuji akan diberikan skor oleh beberapa orang juri . Skor daripada beberapa orang juri akan diambil purata skornya dan skor tersebut adalah skor untuk satu kali percubaan. Skor keseluruhan adalah purata skor daripada ketiga-tiga percubaan. iii) Berikut adalah skor yang diberi : 5=Berjalan di atas batang titian dengan lancar tanpa berhenti dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang. 4=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang. 3=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil, berhenti sekali atau lebih dan dilakukan dalam masa lebih daripada 6 saat. 2=Berjalan di atas batang titian tetapi sangat tidak stabil sehingga hamper jatuh, berhenti sekali atau lebih dan/atu ambil masa lebih daripada 6 saat. 1=Jatuh dari batang titian sebelum dapat selesai berjalan. 0=Jatuh dari batang titian serta-merta.