Anda di halaman 1dari 11

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

106

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN
AKHIRAN -KAN DAN -AN BAGI MURID TAHUN EMPAT
MENGGUNAKAN PRINTEIM KANAN

Oleh:
Shaifullah Bin Hasan Basri & YM Tengku Nor Faizul Bin Tengku Embong
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato Razali Ismail
coordy90_affull@yahoo.com & tfaizul60@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji keberkesanan penggunaan
PRINTEIM KANAN dalam meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan
akhiran -kan dan -an bagi kata dasar yang berakhir huruf k bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah (SKKT).
Seramai 22 orang peserta kajian dalam kelas 4 Ibnu Sina yang terlibat dalam
kajian ini. Kemahiran imbuhan akhiran merupakan salah satu komponen
kemahiran pengimbuhan yang tidak boleh diabaikan. Dalam bahasa Melayu,
hanya terdapat tiga sahaja komponen imbuhan akhiran iaitu -kan dan -i
mewakili golongan kata kerja dan -an mewakili golongan kata nama.
Penggunaan imbuhan yang salah akan membawa tafsiran makna yang salah.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, latih tubi ujian
pra dan pos, temu bual dan soal selidik dalam mengenal pasti penguasaan
penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an bagi kata dasar berakhir huruf
k. Murid- murid telah didedahkan dengan PRINTEIM KANAN selama
empat minggu. Ujian pos dijalankan setelah PdP dilaksanakan dengan
menggunakan PRINTEIM KANAN. Markah setiap murid dikumpul untuk
dianalisis serta dibandingkan dengan markah sebelumnya (ujian pra).
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi peserta kajian.
Dapatan pemerhatian pula menunjukkan penguasaan peserta kajian terhadap
penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an bagi kata dasar akhir huruf k
semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid- murid juga lebih
seronok dan lebih yakin dalam menggunakan imbuhan akhiran -kan dan -
an berdasarkan teknik dan kaedah yang terdapat dalam setiap proses
PRINTEIM KANAN.

Kata kunci: meningkatkan, penguasaan, imbuhan akhiran, PRINTEIM
KANAN


PENDAHULUAN

Sewaktu mengajar menggunakan tajuk Tahniah Abang pengkaji secara tidak sengaja dapat
mengesan satu masalah bahasa. Pengkaji melihat murid- murid tidak dapat menguasai
penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an apabila berimbuh dengan kata dasar yang
berakhir dengan huruf k. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang berimbuh
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


107

dengan imbuhan akhiran -kan dan -an akan mengalami dua proses pengimbuhan dalam
bahasa Melayu. Proses tersebut adalah imbuhan akhiran dan imbuhan apitan.

Setelah bersoal jawab secara rawak dengan murid, pengkaji melihat ramai murid
tidak dapat membezakan imbuhan akhiran -kan dan -an bagi kata dasar yang berakhir
dengan huruf k. Selain itu, apabila pengkaji bertanya kepada murid secara individu setelah
habis waktu mengajar, mereka mengatakan bahawa jawapan yang diberikan hanya mengikut
pandangan dan tekaan sahaja. Mereka keliru untuk mengeja dan menulis satu k atau dua
k bagi perkataan yang diberikan pengimbuhan kata dasar yang berakhir dengan huruf k.

Hal ini terjadi kerana murid- murid tidak menguasai penggunaan imbuhan akhiran -
kan dan -an. Masalah ini merupakan cabang daripada proses pengimbuhan yang perlu
dikuasai oleh murid untuk kegunaan seharian sama ada secara lisan atau tulisan. Penggunaan
imbuhan akhiran -kan dan -an begitu banyak sekali digunakan dalam penulisan ayat
bahasa Melayu dan pertuturan harian yang merujuk kepada golongan kata kerja dan kata
nama. Justeru itu, pengkaji merasakan masalah penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -
an bagi kata dasar yang berakhir dengan huruf k ini perlu diperbetulkan segera pada
peringkat awal lagi. Berdasarkan masalah ini pengkaji berpendapat satu kajian tindakan perlu
dilakukan oleh guru. Sesungguhnya, kajian tindakan ini akan memberi peluang kepada guru
untuk lebih bertanggungjawab terhadap pengajarannya. Manakala sebagai penyelidik mereka
dapat merenung dan membuat pertimbangan terhadap isu pengajaran yang dihadapi, mencari
punca masalah, merancang bentuk kajian, melaksanakan kajian dan menganalisis data serta
membuat refleksi.


FOKUS KAJIAN

Tinjauan Masalah

Fokus kajian untuk kajian tindakan ini adalah tertumpu kepada masalah penguasaan
penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an bagi kata dasar yang berakhir dengan huruf
k. Perkara pertama yang pengkaji lihat melalui hasil pemerhatian iaitu penggunaan teknik
yang kurang sesuai untuk murid memahami konsep imbuhan. Murid- murid perlu diberi
penekanan tentang konsep imbuhan kerana ianya merupakan teknik asas dalam membina
ayat dan menghasilkan penulisan atau karangan. Makanya, jika konsep imbuhan telah
dikuasai terlebih dahulu oleh murid, barulah mudah untuk guru menyelesaikan masalah
penguasaan penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an bagi kata dasar yang berakhir
dengan huruf k dan masalah- masalah yang lain juga.

Pemerhatian.

Pengkaji secara kebetulan, mengajar sistem tatabahasa kata imbuhan. Kemudiannya meminta
murid- murid untuk menyalin semula kata imbuhan di dalam buku tulis. Pengkaji melihat
terdapat tiga orang murid tersalah menulis imbuhan apitan yang kata dasarnya berakhir huruf
k sedangkan ketika itu, mereka hanya dikehendaki menyalin semula kata imbuhan yang
terdapat dalam petikan. Kemudiannya pengkaji bertanya pengejaan mana yang betul bagi
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


108

perkataan menyendukan atau menyendukkan, kebanyakan atau kebanyakkan,
pergerakan atau pergerakkan. Pengkaji terkejut hasil jawapan daripada murid, ramai
memberikan jawapan yang salah dan ada juga antara mereka sekadar meneka sahaja dan
tidak menunjukkan keyakinan dengan jawapan yang diberikan.

Ujian Pra.

Soalan ujian dibina berdasarkan sumber buku Koleksi Pedoman Bahasa Bil 1 cetakan Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Pengkaji menyediakan 40 item perkataan imbuhan apitan yang kata
dasarnya berakhir huruf k kesemuanya. Ujian pra ini dinamakan sebagai Ujian Pra 1 dan
Ujian Pra 2.

Analisis Tinjauan Masalah.

Fokus kajian ini adalah bagi mengatasi masalah penguasaan penggunaan imbuhan akhiran -
kan dan -an bagi kata dasar yang berakhir dengan huruf k. Hal ini supaya murid- murid
dapat menulis ayat atau karangan dengan tiada kesalahan pengejaan melibatkan perkataan
kata dasarnya yang berakhir dengan huruf k apabila diimbuhkan dengan imbuhan akhiran
-kan dan -an.

Jadual 2.3 : Analisis Banding Beza Antara Keputusan Ujian Pra 1 Dan Ujian Pra 2.

Kategori Status
Soalan Yang
Salah
Jumlah
Murid
Ujian Pra
1
Jumlah
Murid
Ujian Pra
2
Cemerlang * 0 5
Baik 1- 10 1 11
Sederhana 11- 20 27 16
Lemah 21- 30 10 3
Pemulihan 31- 40 0 3




Rajah 2.3: Banding Beza Jumlah Murid Antara Ujian Pra 1 Dan Ujian Pra 2.
0
1
27
10
0
5
11
16
3 3
CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH PEMULIHAN
UJIAN PRA 1 UJIAN PRA 2 Column1
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


109

Jika dilihat dari segi banding beza antara keputusan Ujian Pra 1 dan Ujian Pra 2
pastinya murid yang berada dalam kategori pemulihan ini akan diberi perhatian yang serius.
Namun begitu hasil dapatan pengkaji semasa menanda kertas Ujian Pra 2 ketiga- tiga orang
murid yang berada pada kategori pemulihan ini mereka seolah- olah tidak faham dengan
kehendak soalan yang terdapat dalam kertas soalan Ujian Pra 2 ini. Hal ini kerana mereka
menandakan kedua- dua jawapan perkataan yang ditulis betul, sedangkan arahan soalan
meminta mereka menandakan salah satu perkataan yang dirasakan betul sahaja bagi setiap
satu soalan. Soalan Ujian Pra 2 ini adalah berbentuk pilihan jawapan yang setiap soalannya
berada dalam dua pilihan jawapan yang harus dipilih dan hanya satu sahaja jawapan yang
betul bagi setiap soalan.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:
Meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an bagi
kata dasar yang berakhir huruf k.

Objektif Khusus:
Meningkatkan penguasaan menulis imbuhan akhiran -kan dan -an bagi kata dasar
yang berakhir huruf k menggunakan PRINTEIM KANAN
Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam membezakan penggunaan imbuhan
akhiran -kan dan -an bagi kata dasar yang berakhir huruf k
Membantu murid mengenali perkataan- perkataan berimbuhan akhiran -kan dan -
an bagi kata dasar yang berakhir huruf k.


KUMPULAN SASARAN

Latar Belakang Sekolah.

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah di daearah Kuala Terengganu Utara, Terengganu
Darul Iman dan terletak di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Manir. Sekolah ini dinamakan
Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Manir, 21200 Kuala Terengganu. Asal usul nama
sekolah ini diambil sempena kedudukan sekolah ini ditengah- tengah yang satu ketika dahulu
dikelilingi oleh kampung- kampung sekitarnya, makanya sekolah ini dinamakan Sekolah
Kebangsaan Kampong Tengah.

Latar Belakang Murid.

Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik latar belakang peserta kajian (Lampiran E)
dan meminta murid- murid mengisi borang tersebut dan menghantarkannya semula setelah
diisi kepada pengkaji.Apabila pengkaji telah menganalisis latar belakang keluarga, peserta
kajian terdiri daripada keluarga yang susah, sederhana dan golongan berada. Pengkaji telah
membahagikan murid kepada lima kategori mengikut keputusan Ujian Pra 2. Kategori
tersebut adalah cemerlang, baik, sederhana, lemah dan pemulihan. Pengkaji hanya memilih
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


110

murid yang berada di kategori sederhana, lemah dan pemulihan sahaja iaitu sebanyak 22
orang (Lampiran F) untuk kitaran satu Model Kajian Stephen Kemmis.


TINDAKAN

Prosedur Pelaksanaan Tindakan.

Pengkaji menggunakan Model Gelung Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart
(1988).











Rajah 5.1.1: Kitaran Kajian Menurut Stephen Kemmis dan Mc Taggart.


Mereflek

Berdasarkan pemerhatian, peserta kajian masih tidak mengetahui konsep imbuhan secara
jelas. Keduanya, peserta kajian juga tidak mengetahui hubungkaitan antara imbuhan dengan
golongan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sekaligus mengelirukan mereka daripada
menguasai penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an apabila berimbuh dengan kata
dasar akhir huruf k. Hal ini di mana mereka terkeliru menulis imbuhan apitan kata dasar
akhir huruf k dengan menulis satu k atau dua k.

Merancang

Bagi menyelesaikan isu utama dalam kajian ini satu intervensi telah dibentuk oleh pengkaji
yang dinamakan Program Intervensi Ejaan Imbuhan -kan dan -an (PRINTEIM
KANAN). Menekankan PdP secara deduktif iaitu penerangan secara umum atau besar
kepada penerangan secara spesifik atau kecil.







Mereflek
Merancang
Bertindak
Memerhati
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


111













Rajah 5.1.2: Empat Proses Yang Terdapat Dalam PRIENTEIM KANAN.


Bertindak

Pengkaji menggunakan kaedah rawatan PRINTEIM KANAN yang terdapat empat proses
pelaksanaan dalam program ini. Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian
ini pula adalah pemerhatian, ujian pos, temu bual dan soal selidik. Kumpulan sasaran yang
telah dikenal pasti adalah seramai 22 orang selepas menjalankan Ujian Pra 2.

Memerhati

Pada peringkat pemerhatian dan refleksi ini, pengkaji telah meneliti dan membuat penilaian
kendiri mengenai kajian yang telah dijalankan. Pengkaji melakukan analisis secara manual
dan kesemua keputusan ujian pra dan pos direkodkan dalam bentuk jadual dan dipindahkan
dalam bentuk graf.


Prosedur Pengumpulan Data.

Pemerhatian.

Pengkaji telah menggunakan senarai semak pemerhatian bagi mengesan perilaku dan minat
murid terhadap tajuk yang diajarkan oleh guru.

Ujian Pra Dan Pos.

Proses mengumpul maklumat dan data yang paling ketara boleh dilihat oleh pengkaji melalui
ujian pra dan ujian pos.

Temu Bual.

Pengkaji akan bertanyakan soalan- soalan berkaitan minat atau tanggapan peserta kajian
terhadap konsep kata terbitan atau proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu dan juga
Proses 1:
Jadual Berkala Imbuhan
(Jabeim)

Proses 2:
Kad Golongan Kata
(Kagoka)


Proses 3:
Kata Dasar
Akhir Huruf K
Vs PRINTEIM KANAN


Proses 4:
Tengok Awalnya,
Nanti Tahu Akhirnya!
(Tanta!)

Program Intervensi
Ejaan Imbuhan "-Kan"
Dan "-An"
(PRINTEIM KANAN)
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


112

pengejaan dan penulisan imbuhan akhiran -kan dan -an yang berimbuh dengan kata
dasar berakhir huruf k.

Soal Selidik.

Borang soal selidik setelah kesemua ujian pos dilakukan. Berfokus kepada penyoalan tentang
minat dan kefahaman peserta kajian terhadap Program Intervensi Ejaan Imbuhan -kan dan
-an (PRINTEIM KANAN).



ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA


Apakah PRINTEIM KANAN Dapat Meningkatkan Penguasaan Menulis Imbuhan
Akhiran -Kan Dan -An Bagi Kata Dasar Yang Berakhir Huruf K?

Bagi menjawab soalan kajian ini, pertamanya pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian bagi mendapatkan maklumat. Kemudian pengkaji melaksanakan intervensi
dengan menerangkan empat proses yang terdapat dalam PRINTEIM KANAN. Seterusnya,
pengkaji memberi ujian imlak. Ujian ini dinamakan Ujian Pos 1. Hasil analisis Ujian Pos 1
mendapati seramai 22 peserta kajian terdapat enam orang berada dalam kategori cemerlang,
tujuh orang lagi berada dalam kategori baik dan sembilan orang peserta kajian berada dalam
kategori sederhana. Manakala tiada seorang pun lagi yang berada dalam kategori lemah dan
pemulihan. Peningkatan dalam Ujian Pos 1 cukup ketara jika dibandingkan dengan ujian
sebelumnya iaitu Ujian Pra 1 di mana tiada seorang pun peserta kajian berada dalam kategori
cemerlang dan baik. Hampir 91% peserta kajian berada dalam kategori sederhana dengan
jumlah 20 orang dan selebihnya iaitu 9% berada dalam kategori lemah dengan jumlah dua
orang peserta kajian. Kejayaan utama yang boleh dinilai dalam Ujian Pos 1 untuk
dibandingkan dengan Ujian Pra 1 ialah tiada seorang pun peserta kajian yang berada dalam
kategori lemah dan pemulihan.

Oleh yang demikian pengkaji telah melakukan penambahbaikan dalam intervensi
PRINTEIM KANAN dengan menghasilkan Kad Tunjuk Arah PRINTEIM KANAN (KTA
PRINTEIM KANAN). Kad ini dihasilkan bagi membantu sembilan orang peserta kajian
yang berada dalam kategori sederhana kepada kategori baik ataupun cemerlang. Ciri- ciri kad
ini masih sama iaitu dengan menggabungkan proses ketiga dan keempat dalam PRINTEIM
KANAN iaitu Kata Dasar Akhir Huruf K Vs PRINTEIM KANAN dan TANTA!. Namun
begitu, terdapat beberapa inovasi yang dilakukan pada KTA PRINTEIM KANAN bagi
membantu meningkatkan kefahaman sembilan orang peserta kajian tersebut tentang
penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an menggunakan PRINTEIM KANAN.


Adakah PRINTEIM KANAN Dapat Mengenal Pasti Tahap Penguasaan Murid Dalam
Membezakan Penggunaan Imbuhan Akhiran -Kan Dan -An Bagi Kata Dasar
Yang Berakhir Huruf K
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


113

KTA PRINTEIM KANAN telah dilaksanakan oleh pengkaji kepada sembilan orang murid
yang berada pada tahap sederhana semasa Ujian Pos 1. Kemudiannya pengkaji menguji
keberkesanan penambahbaikan intervensi ini dengan melaksanakan Ujian Pos 2 yang
berbentuk Ujian Pilih Yang Betul. Ujian Pos 2 ini adalah pengulangan Ujian Pra 2 yang telah
dilaksanakan oleh pengkaji semasa praktikum 3 yang lalu. Hasil analisis Ujian Pos 2
mendapati seramai 14 orang murid berada dalam kategori cemerlang dengan dapat menjawab
kesemua soalan dengan betul. Tiga orang berada dalam kategori baik dan lima orang berada
dalam kategori sederhana. Manakala tiada seorang pun lagi yang berada dalam kategori
lemah dan pemulihan. Peningkatan dalam Ujian Pos 2 cukup ketara jika dibandingkan
dengan ujian sebelumnya iaitu Ujian Pra 2 di mana tiada seorang pun peserta kajian berada
dalam kategori cemerlang dan baik. Hampir 78% peserta kajian berada dalam kategori
sederhana dengan jumlah 17 orang, 9% peserta kajian berada dalam kategori lemah dengan
jumlah dua orang dan selebihnya iaitu 13% berada dalam kategori pemulihan dengan jumlah
tiga orang peserta kajian. Kejayaan utama yang boleh dinilai dalam Ujian Pos 2 untuk
dibandingkan dengan Ujian Pra 2 ialah tiada seorang pun peserta kajian yang berada dalam
kategori lemah dan pemulihan.

Manakala merujuk kepada perbandingan antara Ujian Pos 1 dengan Ujian Pos 2
terdapat pengurangan bilangan peserta kajian dalam kategori sederhana daripada sembilan
orang kepada lima orang. Manakala peserta kajian yang berada dalam kategori cemerlang
berlaku peningkatan yang tinggi daripada enam orang semasa Ujian Pos 1 kepada 14 orang
semasa Ujian Pos 2. Dalam kategori baik pula telah berlaku pengurangan peserta kajian
daripada tujuh orang kepada tiga orang peserta kajian. Perkara ini menjelaskan lagi tentang
keupayaan intervensi PRINTEIM KANAN dalam menyelesaikan masalah utama kajian ini.
Kemudiannya pengkaji telah melakukan kaedah kutipan data melalui temu bual bersama
empat orang peserta kajian yang terdiri daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan.
Peserta kajian yang ditemu bual ini dipilih berdasarkan markah Ujian Pos 2. Merujuk kepada
hasil temu bual, pengkaji mendapati hampir keseluruhan peserta kajian mengetahui konsep
imbuhan dan golongan kata. Mereka juga mengetahui kaedah bagaimana membezakan
penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an menggunakan teknik Tanta! di mana dengan
melihat huruf depan sesuatu perkataan imbuhan apitan tersebut disamping menyatakan
golongan kata yang terlibat.


Bagaimanakah PRINTEIM KANAN Dapat Membantu Murid Mengenali Perkataan-
Perkataan Berimbuhan Akhiran -Kan Dan -An Bagi Kata Dasar Yang Berakhir
Huruf K?

Pengkaji masih cuba menguji keberkesanan intervensi PRINTEIM KANAN ini dengan
menggubal soalan Ujian Pos 3. Ujian ini dilakukan bagi melihat kefahaman murid tentang
penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an mengikut situasi ayat atau konteks. Ujian ini
berbentuk pengujian Isi Tempat Kosong di mana peserta kajian perlu membaca soalan
dengan betul dan memilih perkataan yang terdapat imbuhan akhiran -kan dan -an yang
tepat mengikut ayat yang terdapat dalam soalan. Berdasarkan keputusan Ujian Pos 3,
pengkaji secara keseluruhannya berpuas hati kerana seramai 20 orang peserta kajian berjaya
menjawab kesemua soalan dengan betul dan berada dalam kategori cemerlang. Hanya dua
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


114

orang sahaja yang berada dalam kategori sederhana dan tiada seorangpun peserta kajian yang
berada dalam kategori baik, lemah dan pemulihan. Pengkaji menambah satu lagi koleksi
kaedah pengumpulan data dalam bentuk ujian sebagai bukti kesahan dan kebolehpercayaan
keberkesanan intervensi PRIENTEIM KANAN.

Ujian ini dinamakan Ujian Pos 4 atau ujian berbentuk Aneka Pilihan dan merupakan
pengujian yang terakhir dalam pelaksanaan kajian tindakan ini. Dalam Ujian Pos 4 ini
pengkaji membina soalan yang dapat mencabar tahap pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
murid terhadap penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an bagi kata dasar akhir huruf
k menggunakan PRIENTEIM KANAN. Hasil daripada analisis Ujian Pos 4 ini tidaklah
sebaik Ujian Pos 3 kerana hanya tiga orang sahaja yang berada dalam kategori cemerlang.
Manakala 14 orang pula berada dalam kategori baik dan lima orang peserta kajian berada
dalam kategori sederhana. Pengkaji berasa sedikit kecewa dengan keputusan Ujian Pos 4 ini
kerana tidaklah sebaik keputusan Ujian Pos 3, tetapi pengkaji harus akur bahawasanya ujian
ini merupakan ujian yang berada dalam aras yang agak tinggi berbanding ujian- ujian pos
sebelum ini yang hanya menawarkan dua pilihan jawapan sahaja berbanding Ujian Pos 4
yang menawarkan empat pilihan jawapan bagi setiap soalan. Oleh yang demikian, pengkaji
telah mengulangi proses penambahbaikan intervensi PRINTEIM KANAN iaitu KTA
PRINTEIM KANAN kepada lima orang peserta kajian yang berada dalam kategori
sederhana.

Setelah menjalankan KTA PRINTEIM KANAN, pengkaji melaksanakan Ujian Pos
4-1 ulangan semula kepada kesemua peserta kajian. Namun begitu, terdapat sedikit
perubahan soalan dari segi ayat, dan peletakan nombor soalan yang dilakukan oleh pengkaji
dalam ujian ulangan ini.Hasil analisis dapatan data Ujian Pos 4-1 ulangan menunjukkan
peserta kajian yang berada dalam kategori cemerlang meningkat kepada seorang iaitu
daripada tiga orang semasa Ujian Pos 4 kepada empat orang semasa Ujian Pos 4-1 ulangan.
Begitu juga bagi kategori baik terdapat peningkatan seorang peserta kajian daripada 14 orang
semasa Ujian Pos 4 kepada 15 orang semasa Ujian Pos 4-1 ulangan. Manakala terdapat
pengurangan seramai dua orang dalam kategori sederhana daripada lima orang semasa Ujian
Pos 4 kepada tiga orang semasa Ujian Pos 4-1 ulangan. Kesimpulan yang boleh dibuat oleh
pengkaji berdasarkan Ujian Pos 4-1 ulangan, KTA PRINTEIM KANAN berjaya
memulihkan masalah peserta kajian kategori sederhana daripada lima orang berkurang
kepada tiga orang peserta kajian sahaja. Perkara ini menunjukkan keberkesanan PRINTEIM
KANAN tidak boleh diragui lagi dalam menyelesaikan masalah penggunaan imbuhan
akhiran -kan dan -an yang berimbuh dengan kata dasar akhir huruf k.

Selain itu, ujian- ujian pos yang sebelum ini juga menunjukkan peningkatan prestasi
kesemua peserta kajian setelah dilakukan intervensi PRINTEIM KANAN dapat menguatkan
lagi keberkesanan program ini dalam menyelesaikan masalah kajian (Lampiran W). Hasil
daripada analisis perbandingan jumlah peserta kajian bagi kesemua ujian pos item Ujian Pos
3 merupakan item yang paling ramai peserta kajian memperolehi kategori cemerlang iaitu
seramai 20 orang. Manakala item Ujian Pos 4-1 Ulangan merupakan item yang paling ramai
peserta kajian memperolehi kategori baik iaitu seramai 15 orang. Seterusnya item Ujian Pos
1 merupakan item ujian yang paling ramai peserta kajian memperolehi kategori sederhana
iaitu seramai sembilan orang. Secara keseluruhannya, berdasarkan analisis soal selidik
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


115

seramai 22 orang peserta kajian dapat menerima kaedah PRIENTEIM KANAN dalam
menyelesaikan masalah penggunaan imbuhan akhiran -kan dan -an. Hal ini kerana
hampir semua jawapan item soal selidik yang dijawab peserta kajian menunjukkan 80%
memberikan jawapan ya. Selebihnya memberikan jawapan tidak.


PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Setelah selesai menjalankan intervensi, pengkaji dapat melihat perubahan positif ke atas
peserta kajian dan diri pengkaji sendiri. Aktiviti yang melibatkan empat proses dalam
PRINTEIM KANAN telah berjalan dengan lancar dan keyakinan diri peserta kajian juga
menunjukkan perubahan yang positif. Berdasarkan pemerhatian sepanjang aktiviti
dijalankan, pengkaji dapat merumuskan bahawa sikap kurang berminat, malas, kurang
memberi tumpuan dan tidak memiliki kemahiran menggunakan imbuhan nampak
berkurangan dalam kalangan peserta kajian. Secara tidak langsung, peserta kajian lebih dapat
mengenali imbuhan kerana intervensi PRINTEIM KANAN ini dilaksanakan secara
pengajaran deduktif iaitu konsep pengimbuhan dalam bahasa Melayu diterangkan secara
umum dan luas terlebih dahulu dan barulah diajar mengikut bahagian- bahagiannya satu
persatu. Hal ini menjadikan kefahaman peserta kajian turut bertambah kerana mereka telah
mengetahui terlebih dahulu bahagian- bahagian besar yang terdapat dalam konsep
pengimbuhan dan dapat mengaitkannya dengan bahagian- bahagian kecil pula yang terdapat
dalam pengimbuhan bahasa Melayu.

Selain itu, pengkaji mendapati peserta kajian amat berminat dan memberi respon
yang agak baik semasa aktiviti dijalankan. Hal ini kerana setiap kali proses intervensi dan
penambahbaikan dijalankan, setelah murid telah menguasai kemahiran pengkaji akan
melaksanakan latih tubi set ujian pos dan meminta mereka memberi respon secara terbuka
tentang apa yang dipelajari ketika itu. Peserta kajian bebas untuk menyatakan pendapat
berkaitan proses intervensi tersebut dan dibincangkan secara bersama dengan rakan kelas
yang lain. Manakala pengkaji pula bertindak sebagai pemudahcara terhadap perbincangan
terbuka yang dilakukan oleh murid di dalam kelas. Banyak perubahan yang ditonjolkan oleh
peserta kajian sepanjang pelaksanaan intervensi terutama semangat inkuiri mereka dalam
memahami konsep imbuhan menggunakan jadual dan ada antara mereka didapati lebih
memberi tumpuan ketika proses pembelajaran berlaku akibat rasa ingin tahu dan kesedaran
untuk memperbaiki kelemahan. Oleh yang demikian, teknik penyoalan dan kemahiran dalam
menimbulkan minat murid terhadap sesuatu pengajaran bergantung kepada keupayaan guru
mengaplikasikannya dalam PdP.









Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


116

RUJUKAN

Azami Bin Ismail. (2012). Aplikasi Penggunaan Perkataan Berimbuhan MeN- Menggunakan
Teknik PIM Bagi Murid Tahun Tiga. Jurnal Kajian Tindakan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, KualaTerengganu.

Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu. (2000). Pedoman Bahasa Melayu, Koleksi Pedoman Bahasa 1,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hameelah Adnan. (2006). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Awalan,
Akhiran dan Apitan Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Menggunakan
Kaedah Imlak, Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor.

Lee Chai Chuen. (2007). Analisis Kesilapan Sintaksis Di Kalangan Pelajar Melayu Dalam
Pembelajaran Bahasa Mandarin. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Rohani Binti Wan Khalid (2010). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Dalam
Penguasaan Imbuhan Awalan Bahasa Melayu. Jurnal Kajian Tindakan. Fakulti
Pendidikan Dan Bahasa: Open University Malaysia..

Rosnah Edinin (PhD). (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan Edisi Kediua, Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Rain Shaari. (2006). Siri Pengajian Dan
Pendidikan Utusan Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

W. Nor Aini Binti Ton Salleh (2012). Meningkatkan Penguasaan Imbuhan Apitan Bagi
Murid Tahun Enam Melalui Kaedah Imlak Dan Latih Tubi. Jurnal Kajian Tindakan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu.

Wan Rahimah Binti Wan Abdullah. (2012). Intervensi Membaca Perkataan Dua Suku
Kata Terbuka Dan Tertutup Murid- Murid Linus Menggunakan Teknik Baca
Nyaring. Jurnal Kajian Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato
Razali Ismail, Kuala Terengganu.

Zaridah Binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid
Tahun 2 Pandaimenggunakan Teknik Warna. Jurnal Kajian Tindakan. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai