Anda di halaman 1dari 5

1 Teori perkembangan sosia-emosional

Diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 1994 ) yang merupakan ahli


neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Teori perkembangan
psikososial Erik Erikson adalah salah satu daripada teori teori yang paling terkenal
dalam psikologi. Seperti Sigmund Freud, Erik Erikson percaya bahawa personaliti yang
terbentuk dalam satu siri peringkat. Berbeza dengan teori Freud peringkat psikoseksual,
teori Erikson menerangkan kesan pengalaman merentasi seluruh jangka hayat, dari
lahir hingga kematian.

Salah satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah
perkembangan identiti ego. Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui interaksi
sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita sentiasa berubah ubah disebabkan oleh
pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi harian kita dengan
orang lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa kecekapan juga
mendorong tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk, orang itu akan
merasai perasaan yang tidak mencukupi.

Beliau juga menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial. Teori Erikson adalah
berdasarkan lima prinsip iaitu:

i. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama
ii. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-
keperluan asas
iii. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu
iv. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat
berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya .
v. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap yang berikut

Walau bagaimanapun, beliau telah menambah baikkan gambaran
dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada
lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau
menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan
timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Berikut adalah jadual konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenalpasti oleh Erikson
dari peringkat bayi hingga tua :


Peringkat konflik Ciri-ciri perkembangan
emosi
Contoh / huraian



0 - 1 tahun(bayi)

- Kepercayaan
lawan ketidakpercayaan
Rasa kepercayaan dibina
dalam tahun pertama

membina rasa kepercayaan
secara peringkat

membina rasa
ketidakpercayaan jika
keperluannya tidak dapat
dipenuhi

ketidakpercayaan akan
membentuk tingkah laku
negatif

Bayi mestilah menjalinkan
hubungan kasih sayang serta
kepercayaan dengan
pengasuh atau sebaliknya
membentuk perasaan tidak
percaya. Hal ini demikian
bermakna, jika tidak diberi
penjagaan yang sepatutnya
seperti penyusuan, tidak
dijaga atau lampin tidak
bertukar, ketidakpercayaan
kepada orang lain timbul
dalam diri bayi yang akan
menimbulkan ketakutan dan
berprasangka




1 -3 tahun
(awal kanak-kanak)

- Autonomi Lawan
Malu/Ragu
Keinginan memiliki kuasa

keinginan membuat sesuatu
dengan daya usaha sendiri


merasa malu jika tidak diberi
kuasa


Perkembangan kanak-kanak
pada tahap ini tertumpu
kepada perkembangan
kemahiran fizikal seperti
berjalan dan pelbagai lagi.
Rasa percaya kepada
keupayaan diri timbul jika
berjaya dan menerima



merasa malu didepan orang


merasa takut melakukan
kesalahan.

sokongan. Sekiranya gagal
mereka akan ragu-ragu
terhadap keupayaan diri



3-6 tahun
( awal kanak
kanak tadika )

- Inisiatif lawan serba
salah
belajar cepat

bergerak cepat

peka kepada yang betul dan
salah

merasa serba salah jika
ketawa

membina sikap negatif jika
merasa serba salah

Kanak-kanak pada tahap ini
akan cuba berdikari
melakukan sesuatu dan jika
gagal perasaan bersalah akan
timbul. Mereka meneroka
persekitaran dan mencuba
kemahiran-kemahiran baru.
Mereka juga suka bertanya
dan meminta penjelasan dan
rasa bersalah terhadap diri
sendiri akan timbul apabila
kanak-kanak dihukum atau
tidak diberi peluang semasa
mencuba kemahiran





6-11 tahun
( kanak-kanak)

- kerajinan lawan rasa
rendah diri.
keinginan menguasai sesuatu

keinginan berjaya

menguasai kemahiran asas
fizikal dan sosial


memerlukan peneguhan
positif/ penghargaan terhadap
tugas yang disempurnakannya

merasa komplek rendah diri
jika dikritik.


Kanak-kanak mesti
menghadapi pembelajaran
kemahiran baru atau
sebaliknya menghadapi risiko
perasaan rendah diri,
kegagalan dan tidak cekap.
Kemahiran yang diperoleh
berkisar di alam
persekolahan.Kanak-kanak
yang gagal dalam peringkat ini
akan merasa rendah diri dan
tiada keupayaan bukan sahaja
terhadap pencapaian
akademik tetapi juga dalam
hubungan sosial dengan
individu di persekitaran
mereka




12-20 tahun
(remaja)

- Identiti lawan keliruan
identiti
Cuba memahami diri

menghadapi krisis identiti

sensitif kepada perubahan
badan dan imej diri

membentuk konsep kendiri
positif dan juga negatif

perkembangan emosi
berlandaskan emosi dari
peringkat peringkat dahulu.

Remaja mesti berjaya mencari
identiti dalam pelbagai aspek
seperti pekerjaan, peranan
jantina, social, dan sebagainya
jika tidak perasaan rendah diri
akan timbul. Mereka akan
meniru identiti orang lain di
persekitaran. Sekiranya gagal,
akan timbul kecelaruan identiti,
rasa tidak selamat, ragu- ragu,
dan akan mengalami pelbagai
masalah di peringkat
seterusnya




21-25 tahun
(Awal Dewasa)

- Kemesraan lawan
keterasingan
berusaha terus mencari
identity

berusaha membentuk ikatan
kemesraan

sesetengah individu yang
gagal kerana pengalaman
kecewaan, terus keterasingan
Pada tahap ini manusia akan
membentuk keintiman dalam
perhubungan menuju ke alam
perkahwinan serta membina
kerjaya, sekiranya gagal akan
merasa terasing dan tersisih.
Individu pada peringkat ini
sudah berupaya menjaga dan
melindungi individu lain
(suami/isteri dan anak) tanpa
hilang identiti diri




26-60 tahun
Generativiti bermaksud
memberi sumbangan kepada
generasi berikutnya atau
melakukan aktiviti produktiviti

individu akan merasa
Kehidupan berkeluarga dan
kerjaya yang baik dapat
memuaskan hati, atau
sebaliknya akan membawa
kepada perasaan
mementingkan diri serta
kecewaan kerana gagal dalam
pencapaian yang bermakna.
hanya memusatkan kepada
perkembangan atau aktiviti
diri. Mereka yang tidak dapat
membentuk keintiman akan
rasa terasing dan akan
menghindari perhubungan
dengan orang lain

61 ke atas tahun

Integriti adalah hasil
kebangaan terhadap
kehidupan yang berharga

orang tua yang kurang puas
hati dengan kehidupannya
akan takut mati.
Merupakan kemuncak
perkembangan iaitu berkaitan
dengan kejayaan hidup
berkeluarga dan karier akan
menimbulkan kepuasan dalam
diri. Perkara sebaliknya jika
gagal akan membawa kepada
kedukaan dan kekecewaan di
hari tua dan berputus asa
dengan kehidupannya.