Anda di halaman 1dari 3

Peringkat oral ( 0-1 tahun) sigmund freud

Peringkat oral bermula dari kanak-kanak 0 hingga 1 tahun.


Ciri-ciri:
Memperoleh kepuasan dari belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas
umur 8 bulan.
Personaliti terbentuk daripada pengalamannya.
Kanak-kanak yang tidak mendapat kepuasan menggigit dan menghisap akan
membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejek orang lain apabila besar.

Peringkat anal (13 tahun)
Peringkat anal bermula dari kanak-kanak 1 hingga 3 tahun.
Ciri-ciri:
Memperoleh kepuasan daripada aktivti membuang najis
Kanak-kanak akan belajar cara-cara menawal pembuangan air besar dan kecil
bertujuan untuk mendapat perhatian.
Sifat bersih, kemas dan berjimat akan dapat dipupuk pada peringkat ini jika
mereka dididik dengan cara yang sesuai.
Kanak-kanak ini akan membantuk personality jenis pemarah jika diberi latihan
tandas yang tegas.
Peringkat falik ( 3-6 tahun)
Peringkat anal bermula dari kanak-kanak 3 hingga 6 tahun.
Ciri-ciri
Kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri
Keadaan ini dpat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri.
Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Kanak-
kanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya gaya
ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya.
Kanak-kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih
tertarik kepada ibunya. Kanak-kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya
untuk menarik perhatian ibunya.
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula pandai membela diri dalam
mengatasi maslah penyelesaian.
Peringkat latensi (6-11 tahun)
Peringkat latensi bermula dari kanak-kanak 6 hingga 11 tahun.
Ciri-ciri
Peringkat ini dikenali dengan nama peringkat pendaman.
Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara waktu.
Kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan mula sibuk dengan aktiviti
persekolahan
Kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial
mereka.
Kanak-kanak yang tidak diberi peluang begaul akan merasa tidak puas
berkawan apabila besar nanti dan mereka akan sukar bergaul, suka
mengasingkan diri,, suka menarik diri dan merasa diri terkongkong.

Peringkat genital ( 12 tahun ke atas)
Peringkat genital bermula dari kanak-kanak 12 tahun ke atas.
Ciri-ciri
Pada peringkat ini, kanak-kanak memasuki alam remaja.
Mereka mula menunjukkan minat rakan sebaya yang berlainan jantina.
Mereka mula memikirkan isu seperti dating, perkahwinan serta tentng kerjaya
dan keluarga.
Pada saat ini, kelenjar-kelanjar klamin sudah mula berfungsi dan alat-alat
kelamin melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber
kenikmatan dan kepuasan.