Anda di halaman 1dari 1

TB 15816, LRG 3/4

BANDAR SRI INDAH,


91000 TAWAU
SABAH.


PENGETUA
SMK KINABUTAN
91000 TAWAU
SABAH.


Tuan,
MEMOHON KEBENARAN CUTI SEMASA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Arbiah bt. Lambertus, ibu kepada Muhammad Hazfarshah b. Mohamad Arifin dari
kelas 5 Efektif memohon agar anak saya dapat diberikan cuti pada 9 dan 10 Mei 2014 kerana kami
akan bertolak ke Kota Kinabalu pada pagi 9 Mei 2014.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami terpaksa ke Kota Kinabalu kerana saya perlu
menjalankan pemeriksaan kesihatan di sana. Maka, tiada sesiapa di rumah untuk menemani anak
saya.

4. Oleh itu, saya memohon jasa baik dan budi bicara pihak tuan untuk membenarkan anak saya
mengambil peperiksaan selepas kami pulang dari Kota Kinabalu. Sekiranya tiada halangan, kami akan
bertolak balik pada 11 Mei 2014. Maka anak saya akan ke sekolah semula seperti biasa pada 12 Mei
2014.

5. Pertimbangan dan budi bicara pihak tuan amat saya harapkan dan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.


Yang benar,

(ARBIAH LAMBERTUS)