Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan pembentukan masyarakat majmuk di

negeri-negeri Melayu pada abad ke-19. Apakah kesan-


kesan kewujudan masyarakat tersebut di Tanah


Sebelum abad ke-19, majority masyarakat di negeri-negeri Melayu berbangsa Melayu
yang berasal dari Kepulauan Melayu. Komposisi masyarakat berubah dengan kedatangan
imigran dari negeri China danIndia yang bermustatin di negeri-negeri Melayu. Kedatangan
mereka disebabkan berbagai-bagai factor menolak di Negara asal dan factor menarik di Tanah
Melayu.

Perkembangan ekonomi yang pesat pada abad ke-19 mendorong British membawa masuk
imigran luar seperti Cina, India dan Sikh untuk menjadi buruh dalam sector ekonomi dan
pembangunan infrastruktur. Kehadiran berbilang bangsa telah membentuk masyarakat
majmuk. Anggota masyarakat majmuk terdiri daripada berbilang kaum yang bercampur gaul,
tetapi membentuk kelompok yang berasingan di bawah sistem politik yang sama. Mereka
mengamalkan adat isitiadat dan kepercayaan yang berlainan di antara satu kaum dengan kaum
lain.

Pedagang dan pelabur British mahu mencari buruh murah dan rajin untuk mengerjakan
sector ekonomi di Tanah Melayu yang pesat membangun. British mahu buruh-buruh tersebut
benar-benar setia kepada mereka. British memperkenalkan sistem membawa masuk buruh-
buruh asing seperti sistem tiket kredit, sistem kangany, sistem buruh kontrak, dan sistem buruh
bebas.

Di Negara China beberapa factor penolak seperti tekanan yang berlaku di antara tahun
1751 1851. Beberapa pemberontakan anti-Manchu telah berlaku terutamanya di
kawasan Kwangtung dan Kwangsi. Jumlah penduduk semakin banyak sedangkan pengeluaran
makanan lambat bertambah. Ini mengakibatkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para
petani. Selain itu, berlaku berbagai-bagai bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa
bumi. Maka, kejadian ini mendorong mereka menjelajah dan meneroka ke laur Negara untuk
mencari rezeki dan keselesaan.

Di Negara India beberapa factor penolak seperti factor kawasan tanah pertanian dan
peluang-peluang pekerjaan adalah terhad akibat pertambahan penduduk yang pesat. Sistem kasta
yang menghadkan mobility social dan ekonomi. Keadaan politik juga tidak stabil. Ini ditambah
pula dengan berlakunya bencana alam seperti banjir dan kemarau.

Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu juga telah mendorong kemasuk imigran Cina
dan India. Kemasukan buruh-buruh Cina berkait dengan perkembangan perlombongan bijih
timah di Tanah Melayu. Kawasan yang menjadi tumpuan seperti Lukut, Lembah Kinta, Klang,
dan Sungai Ujong. Orang-orang Cina mewujudkan institusi sosisla dan amalan adat istiadat
tersendiri berdasarkan puak-puak seperti Hakka, Hailam, dan Kwantung. Sistem Kangchu ialah
cara berkesan yang digunakan untuk mentadbir orang Cina di Johor.

Kemasukan buruh India pula berkait rapat dengan perkembangan penanaman kopi dan
getah. Orang India terdiri daripada etnik Tamil, Malbari, Pelikat, Telegu dan Punjabi. Mereka
berkerja di jabatan-jabatan kerajaan, membina jalan raya dan landasan kereta api. Sebahagian
kecil menjadi guru, peguam dan doctor.

Kesan-kesan kewujudan masyarakat majmjuk yang terbentuk oleh
masyarakat Cina, India dan Sikh yang masing-masing mengamalkan sistem social dan budaya
sendiri. Sebahagian orang Cina menyertai pertubuhan social digelar Kongsi Gelap. Pada
mulanya untuk kepentingan kemasyarakatan kerana merantau kemudiannya bertukar menjadi
radikal, subversive, mengamalkan perjudian, pelacuran dan pergaduhan besar seperti Perang
Larut. Petempatan dan Bandar-bandar baru dibina di kawasan perlombongan timah yang terdiri
daripada orang Cina seperti Ipoh, Taiping, dan Kuala Lumpur. Kemajuan dalam sistem
perhubungan seperti pembinaan jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan dan
telegraf. Kemudahan ini dibina untuk memudahkan penghantaran seperti bijih timah, getah, dan
sebagainya terus ke pelabuhan. Buruh India tertumpu penempatan mereka di lading getah dan
kawasan pembinaan jalan raya dan kereta api. Sebahagian buruh India berkerja di rumah-rumah
kerajaan bagai kakitangan pangkat rendah seperti kerani.

Ini membentuk polarisasi kaum yang dikenal pasti penempatan dan akitiviti ekonomi
akibat dasar pecah dan perintah penjajah British. Wujud persaingan di antara ketiga-tiga kaum
iaitu orangMelayu, China dan India. Perhubungan mereka hambar dan sebahagiannya penuh
perjudis. British tidak pernah menjalankan dasar asimilasi di antara kaum. Wujud sistem
pendidikan yang berbeza berdasarkan kaum terbesar termasuk sistem pendidikan
Inggeris. Perbezaan sistem ini mengakibatkan jurang antara kaum semakin jauh.

Terbina juga pelbagai insitusi sosial yang berperanan untuk fungsi kaum tertentu
termasuklah agama dan kepercayaan. Contohnya masjid dan surau untuk orang beragama
Islam. Wujud masalah perpaduan nasional kerana setiap kaum mahu mengamal dan
mempertahan budaya dan adat istiadat yang berbeza mengikut Negara asal mereka.

Wujud juga masalah kesihatan seperti malaria, cirit-birit, beri-beri, disenteri, deman cacar
mengakibatkan kematian di kalangan mereka.

Sebagai kesimpulan, kemasukan orang Cina dan Indiamenyebabkan terbentuknya
masyarakat majmuk di negeri-negeri Melayu. Perbuhungan dengan pribumi amat
terhad. Mereka tinggal di tempat berasingan dan mengamalkan aktiviti kehidupan yang
berbeza. Keadaan sedemikian menimbulkan banyak masalah social, ekonomi dan pentadbiran
hinggalah Negara mencapai kemerdekaan.