Anda di halaman 1dari 8

Rancangan Pengajaran Harian (Tajuk:Bentuk) Dan Refleksi Pengajaran

Kelas : Tahun 5
Tarikh : 3 Oktober 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 a.m. hingga 9.00 a.m.
Mata pelajaran : Matematik
Tajuk : Bentuk dan ruang
Subtajuk : Bentuk 2 matra
Objektif pembelajaran : Cari perimeter bagi bentuk 2 matra.
Hasil pembelajaran : Murid-murid dapat
i. mengira perimeter berdasarkan bentuk 2 matra
a. segiempat sama dan segiempat sama
b. segiempat tepat dan segiempat tepat
c. segitiga dan segitiga
Nilai murni : Yakin, kerjasama
Alat bantu mengajar : Kad manila, pembaris, lembaran kerja

MASA/
LANGKAH
AKTIVITI CATATAN
Set Induksi
( 5 minit )
1. Murid dikehendaki memilih bentuk-
bentuk yang ada di dalam kotak.
Murid diminta menamakan bentuk
yang diambil.
2. Murid diminta untuk mengira panjang
ukur keliling bentuk tersebut.
3. Murid dikehendaki melekat kad
bentuk mengikut nama dan menulis
berapakah panjang ukur keliling
bentuk tersebut.


Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Penutup

Aktiviti : 1. Set Induksi (5 minit)
i. Murid dikehendaki memilih bentuk-bentuk yang ada di dalam kotak. Murid diminta menamakan
bentuk yang diambil.
ii. Murid diminta untuk mengira panjang ukur keliling bentuk tersebut.
iii. Murid dikehendaki melekat kad bentuk mengikut nama dan menulis berapakah panjang ukur
keliling bentuk tersebut.
2. Langkah 1 ( 4 Minit)
i. Murid diperkenalkan dengan rumus perimeter.
ii. Perimeter = Ukur keliling
3. Langkah 2 (8 minit)
i. Murid dengar penerangan berdasarkan
contoh. Murid menjawab persoalan yang
diajukan secara spontan.
Contoh 1 :
Cari perimeter rajah berikut.

3 cm 3 cm



3 cm 3 cm 3 cm

3 cm 3 cm
Contoh 2 :
Cari perimeter rajah berikut

5 cm 5 cm



2 cm 2 cm 2 cm

5 cm 5 cm


Contoh 2 :
Cari perimeter rajah berikut.





10 cm 6 cm 10 cm


8 cm 8 cm

4. Langkah 3 (10 minit)
i. Murid menerima edaran lembaran kerja.
ii. Murid membuat latihan, murid yang lemah
dibimbing secara individu.

5. Penutup (3 minit)



i. Murid diminta mengingat semula tentang
rumus perimeter dan operasi yang
digunakan dalam pengiraan perimeter.





















Refleksi :
1. Kekuatan pengajaran

Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun
memang diakui terdapat kekurangannya. Daripada bilangan murid yang sedikit, ia telah
membantu di samping guru itu sendiri menunjukkan ketegasan dalam pengajaran telah
menjadikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna
seperti mana yang telah dirancang.
Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat
dilihat melalui teguran membina kepada murid supaya berpakaian kemas di samping
menunjukkan perwatakkan yang baik yang baik.
Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan
adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid
dalam aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam
pembelajaran tersebut. Rentetan itu, iklim kelas adalah baik di mana suasana yang
ditunjukkan oleh murid adalah ceria.
Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid.
Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru
bertindak membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka
dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan.
Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah
menyediakan kad gambar bentuk, penyediaan soalan perbincangan di dalam kertas
majong, marker, papan tulis dan menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid.
Penyediaan lembaran kerja seperti ini memang baik, kerana ia sangat menarik
kelihatan kemas berbanding daripada kita menyuruh murid-murid menyalin sendiri
soalan di papan tulis.
Ketika melaksanakan pengajaran, memang guru bergerak aktif cuba sedaya upaya
untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru telah bergerak
dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid
membuat latihan kendiri.

2. Kekurangan pengajaran
Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat
dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak
begitu lancar. Ada kalanya, seolah-olah guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan.
Di samping itu, suara ada kalanya tidak begitu begitu jelas.
Satu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan.
Tanpa guru sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap
menandakan jawapan tersebut betul. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh
menimbulkan keraguan murid. Di sini, murid-murid lain yang menydari kesilapan
tersebut pun tidak bertindak memberitahu guru untuk membetulkan apa kesilapan
tersebut.
Dari segi penggunaan papan tulis, guru dari peringkat awal sudah menunjukkan
ketidaksesuaian. Ini kerana kad gambar bentuk yang dilekat secara berturutan memang
dan menulis nama bentuk di sebelah kanan kelihatan membzair ruang. Begitu juga
dengan kertas majong yang dilekatkan di papan tulis, apa yang sudah ditulis di
hadapan tidak dipadam terlebih dahulu sebelum sebelum melekatkan hasil
perbincangan.
Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari
segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya
murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu
apabila disoal sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar.
Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam
pengajaran tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat
untuk menyelesaikan sesi pengajarannya.
Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja
tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa
berdiri ketika melakukan perbincangan.




3. Langkah mengatasi
Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan
kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan
proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau
merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan
berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang
dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya.
Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita
sudah bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan
bagi setiap soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan
seperti yang telah dibuat. Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan
tersebut, kita perlu maklumkan sekali algi kepada murid tentang jawapan yang
diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan semua murid.
Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita
dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan
berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa
yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik.
Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik
untuk penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan
mesti disusun dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut.
Seterusnya, sebelum melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang
bertugas untuk membersihkan papan tulis tersebut. Jika ia terancang, ia kelihat kemas
dan tersusun menyenangkan mata memandang. Dari segi tulisan di papan yang kurang
kemas masih boleh diperbaiki.
Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita
hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu
menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri
meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik
kepada murid-murid.

Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari
semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika
melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras
kebolehan murid menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu,
pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah
penggunaan masa denganberkesan.
Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang
sedikit. Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk
bergerak menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan
mereka bertindak.
Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang
sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan
kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita
sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat
melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat
merancang pengajaran yang dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan murid
yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh murid-murid kita memahami apa
yang diajar dengan lebih mudah.