Anda di halaman 1dari 20

SEJARAH TARANNUM

NAHAWAND
AHLI KUMPULAN:
AZALELA BINTI SALLEH
ASMAWATIE BINTI JUNUS
AZLIZAWATI BINTI
AZALINA BINTI ABD RAGHANI
SURIATI BINTI HAMDAN
AISHAH
NAEMAH
ERRAZNIDA
AZLINA BINTI MOKHTAR


SEJARAH TARANNUM
Tarannum Al Quran merupakan satu kaedah
yang menggunakan kelunakan suara dalam
membacakan ayat-ayat suci Al Quran Al Karim.
Suara adalah suatu getaran bunyi yang
diproses oleh udara dari paru-paru melalui
selaput suara ke rongga-rongga mulut atau
hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh
alat pertuturan yang lain mengikut kehendak
yang tertentu.
SEJARAH TARANNUM
Kedatangan Islam telah mengubah budaya
tersebut kepada membudayakan bacaan Al
Quran dalam kehidupan seharian masyarakat
Arab silam dengan bacaan yang lebih baik dan
lunak.
Rasulullah S.A.W. telah memberi tunjuk ajar
berhubung dengan bacaan Al Quran yang
terbaik,sehingga lahirlah para Qurra daripada
kalangan sahabat yang mempunyai kepakaran
dalam pembacaan al Quran.
DEFINISI NAHAWAND
Dari sudut bahasa mendapati bahawa
perkataan Nahawand adalah nama tempat
yang terletak di daerah Hamadan,Parsi.
Dari sudut istilah pula, Nahawand
bermaksud nama khusus bagi suatu jenis
alunan tarannum atau maqamat yang boleh
dipopularkan oleh para Qari dari daerah
tersebut mengikut citarasa dan
sosiobudayanya yang tersendiri.
SEJARAH PERKEMBANGANNYA
Menurut sejarah,Nahawand ini adalah
merupakan suatu nama tempat di Daerah
Hamadan yang terletak di negara Parsi atau
sekarang dikenali sebagai Iran.
Sebagaimana berlaku perubahan dan
pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang
mengubahnya mengikut selera budaya
mereka.Walaupun begitu identiti asalnya iaitu
alunan rentak irama Nahawand masih lagi
dikekalkan.

Mempunyai gerak ringan dan berkesan
Mempunyai kelembutan yang penuh kesopanan
Mempunyai unsur kesederhanaan yang mampu memikat jiwa
Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah yang sederhana
Mempunyai kehalusan seni yang mempersonakan
Mempunyai kesesuaian dengan ayat yang menggambarkan permohonan dan
penceritaan
SIFAT-SIFAT ALUNAN NAHAWAND
PERANAN NAHAWAND
Mampu melembutkan bacaan Al Quran
Mampu menenangkan jiwa pembaca dan
pendengar
Mampu menggambarkan suasana
kegembiraan,permohonan dan penceritaan
Mampu memantapkan kefasihan sebutan
huruf-huruf Al Quran
Mampu melahirkan kemukjizatan Al Quran
dari sudut bacaan
Tatbiq Tarannum Nahawand
Dalam Al Quran
1.Surah yang ber Mad Aridh Lissukun
Surah Al Mukminun,23: 8 13


Tatbiq Tarannum Nahawand
Dalam Al Quran
2.Surah yang ber Mad Iwad
Surah Al Furqan,25: 4 6



Tatbiq Tarannum Nahawand
Dalam Al Quran
3.Surah yang tiada ber Mad di kepala ayat
Surah Al Qamar,54: 8 12



Tarannum Yang Diwaslahkan
Dengan Nahawand
Sebagaimana keadaannya dengan tarannum yang
diwaslahkan dengan Bayyati,Nahawand juga tidak
terkecuali daripada berlakunya susunan yang
mempunyai dua tempat sambungan yang
bersambung pada satu tempat.
Dalam erti kata lain,mana-mana tarannum yang
mempunyai angin yang hampir sama dengan
bacaan Nahawand seperti bacaan
Ajam,Rast,Kurdi dan Iraqi.


Jelasnya ,jika berlaku :
(a) Ketegangan pada persembahannya,maka
ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum
Kurdi atau Iraqi.
(b) Kelemahan pada persembahannya,maka
ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum
Ajam atau Rast.
Ajam : Pengertian Dan Peranannya
Dari sudut bahasa menunjukkan perkataan Ajam
adalah berasal dari bahasa Arab yang bermakdud
diam,senyap atau individu yang bukan dari kelompok
bahasa sesuatu bangsa,kaum atau puak.
Dari sudut istilah ilmu tarannum pula,Ajam atau Ajami
bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan
tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para
Qari dari Hijaz (Makkah) dengan sedikit
pengubahsuaian mengikut suasana budayanya.Kini
tarannum ini dipopularkan oleh kebanyakan Qurra dari
Mesir.Namun identiti asalnya masih lagi dikekalkan.
Sifat-Sifat Alunan Tarannum Ajam
Mempunyai pergerakan yang lambat dan
berkesan
Mempunyai penyesuaian dengan tabaqah yang
tinggi
Mempunyai unsur-unsur kehangatan yang
menyemarakkan
Mempunyai unsur-unsur ketegasan yang
menyakinkan
Mempunyai gambaran ayat-ayat berunsur
pertanyaan,perintah,tegah,larangan,herdik dan
sebagainya.

Peranan Persembahan Tarranum Ajam
Menghangatkan persembahan bacaan
Menyemarakkan jiwa pembaca dan
pendengar
Menegaskan mesej ayat yang dibaca
Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf
Al Quran
Melahirkan kemukjizatan Al Quran dari sudut
bacaan
Nawa Asar dan Ushshaq :
Pengertian dan Peranannya
Tarannum Nawa Asar dan Ushshaq
mempunyai angin yang hampir sama dengan
bacaan Nahawand.Jadual berikut
menerangkan kedua-dua tarannum ini yang
diwaslahkan kepada tarannum Nahawand.
BIL TARANNUM CATATAN
1 NAWA ASAR BAHASA Perkataan Nawa berasal dari Bahasa Arab yang
bermaksud biji benih kejadian.
ISTILAH Nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum
atau maqamat yang dipopularkan oleh para
Qari dari Tanah Arab.
CATATAN Ia diterima daripada Shaykh Taha al-Fashni
(pakar tarannum berasal dari Mesir) dan diambil
oleh Tuan Guru Haji Ahmad Bin Maksum Pergau
(suatu tempat di Kelantan).
2 USHSHAQ BAHASA Perkataan Ushshaq juga berasal dari bahasa
Arab yang bermaksud rindu atau cinta.
ISTILAH Nama khusus bgi suatu jenis alunan tarrannum
atau maqamat yang dipopularkan oleh para
Qari dari Tanah Arab.
CATATAN Ia diterima daripada Shaykh Abdul Hamid
Musal (seorang profesor muzik Arabi berasal
dari Mesir).
RUMUSAN
Tarannum Nahawand mempunyai sifat
kesederhanaan dalam mengalunkan minat serta
dekat di hati para Qari.
Tarannum Nahawand dari segi bahasa merujuk
kepada nama bagi tempat yang terletak di daerah
Hamadan,Parsi (sekarang Iran).
Manakala dari sudut istilah pula bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau
maqamat yang dipopularkan oleh para qari dari
daerah tersebut mengikut citarasa dan sosio-
budayanya yang tersendiri.
Tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada
perubahan dalam rentak dan iramanya yang berlaku
hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir
yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka
tanpa menukar identiti asalnya iaitu alunan irama
Nahawand.
Tarannum diwaslahkan (susunan yang mempunyai dua
tempat sambungan yang bersambung pada satu
tempat) dengan Nahawand bermaksud mana-mana
tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama
dengan bacaan Nahawand seperti bacaan
Ajam,Rast,Kurdi dan Iraqi.
RUMUSAN
CONTOH BACAAN TARANUM
NAHWAN

Anda mungkin juga menyukai