Anda di halaman 1dari 35

Pendidikan Muzik...

Nak Ajar Apa?



Sebuah kompilasi oleh-
GurDat SKTT






Konsep Muzik

Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi


1. Irama
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.

a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.
b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.
c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter.
d. Beat-beat mempunyai tekanan.
e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.

Simbol Verbal :
Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama, ostinato, rentak.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik
2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama.
3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu.
4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama.
5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar.



Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi


2. Melodi

Susunan pic secara melintang.

a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.
b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.
e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
f. Pic boleh disusun secara berurutan.
g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Simbol Verbal :
Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan :
1. Antara melodi dan iringan.
2. Pic tinggi,tengah dan mendatar.
3. Skel yang dimainkan.
4. Pic yang melompat dan berulang.
5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan.
Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi


3. Warna Ton

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu
dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.

Simbol Verbal:

Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll. perkataan deskriptif ton - gelap ,
cerah , padat , garau, kasar suara - soprano ,alto ,tenor dan bes Keluarga alat muzik - membranofon,
aerofon , kordofon dan idiofon.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka.
2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen dll.
3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut, kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll.
4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram, trumpet, gong, violin dll.


Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi


4. Bentuk

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.
a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.
c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

Simbol Verbal :
Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang, kontras intro, koda

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti :
1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan.
2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya.
3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.


Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi


5. Harmoni.

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

Simbol Verbal :
Harmoni jeda triad tonik/kord round, polifoni, deskan,kaunter melodi kord iringan homofoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan).
2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara.
3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.



Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi


6. Ekspresi

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik.
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Simbol Verbal :
Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain, legato, staccato cepat, lambat
mud - riang, tenang, cemas, cergas.


Objektif P & P :

Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut.
2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi
kuat atau perlahan.
3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek, lembut, panjang, terputus-
putus dan lain-lain lagi.



Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi


7. Tekstur / Jalinan

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

Simbol Verbal

Solo duet trio quartet orkestra monofoni homofoni polifoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih.
2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni.





Asas teori muzik
1. Carta Nama Not, Jenis-jenis Not, Simbol Not dan Nilai Not.






Huraian Persamaan Nilai Not.



Tanda-tanda Rehat (Rest)








Meter / Tandamasa dan Garis Bar.



Baluk.

Baluk terdiri dari lima garis selari dan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not muzik.






Garisan-garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garisan paling bawah dipanggil garisan pertama, begitu juga dengan ruang yang
paling bawah disebut sebagai ruang yang pertama. Not-not muzik ditulis pada garis dan ruang.

Klef

Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G).

Klef Treble

Klef ditulis pada awal baluk.


Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel




Not-not pada Ruang.




Not-not pada Garisan




Not-not pada Ruang dan Garisan


Klef Bes (Bass)



Klef ditulis pada awal baluk.
Klef bass menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F

Notasi Pada baluk Dalam Klef Bass



Not-not pada Ruang.




Not-not pada Garisan.






Not-not pada Ruang dan Garisan


Garisan Leger. ( Garisan Bayangan @ Tambahan )





Garisan Leger. ( Garisan Bayangan @ Tambahan )




Garisan leger bagi klef treble




Garisan leger bagi klef bass


Tanda Kromat










Nyanyian Harmoni

Harmoni merupakan salah satu elemen muzik yang penting di dalam nyanyian koir. Kadang kala kita
dapati kumpulan hanya menyanyikan lagu dalam satu suara atau unison. Ini tidak menjadi satu
kesalahan namun sekiranya frasa-frasa di dalam lagu itu diharmonikan supaya lagu tersebut menjadi
lebih menarik dan sedap didengar. Terdapat pelbagai jenis harmoni yang boleh digubah. Jenis-jenis
harmoni ini bergantung kepada lagu dan kebolehan murid dan pembimbing sendiri. Ahli-ahli koir perlu
mengenali dan dapat menyanyikan melodi atau sesuatu lagu itu dengan baik dahulu sebelum harmoni
dilaksanakan. Ini untuk memastikan mereka mampu menyanyikan melodi lagu dengan yakin tanpa
menjadi penumpang di dalam kumpulan koir tersebut. Untuk membantu membina keyakinan dalam
menyanyi tanpa menjadi penumpang beberapa aspek perlu diambil kira :
Tidak terlalu bergantung kepad iringan piano
Fokus kepada ketepatan pic dan kualiti pic dan suara dalam nyanyian unison
Menjalankan latihan nyanyian dalam kumpulan kecil dan kadang kala secara berpasangan atau
solo
Membimbing mereka dalam menyanyi secara serta merta ( kemahiran membaca not)
Menggalakkan mendengar sambil menyanyi

Seetelah mereka mahir dalam menghasilkan ketepatan pic dan yakin dengan kebolehan
mereka barulah lagu-lagu yang mengandungi harmoni diperkenalkan. Di dalam pengajaran harmoni
pembimbing boleh memulakan dengan suara harmoni dahulu atau melodi lagu tersebut. Ini
bergantung kepada kebolehan ahli dan kesukaran lagu yang dipilih. Ada sesetengah kumpulan mudah
mempelajari harmoni dahulu sebelum melodi. Antara beberapa jenis harmoni untuk nyanyian koir
adalah seperti berikut :

Pembahagian suara- ostinato melodi dan Lagu Pusingan
Lagu Bertalun
Kaunter Melodi
Lagu Berkembar
Laagu 2-4 suara harmoni menegak



Klasifikasi Suara

Setiap orang mempunyai suara yang unik. Suara wanita dan lelaki, sama ada dewasa atau remaja
boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan renj not yang boleh dinyanyikan. Ada wanita yang
mempunyai suara yang tinggi dikenalkan sebagai penyanyi soprano, sesetengah lelaki mempunyai
suara yang dalam dan rendah digelar bes. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah : soprano atau
treble, mezzo soprano, alto, contralto atau counter-tenor, tenor, baritone dan bes.
Biasanya di dalam kumpulan koir hanya empat suara yang kerap digunakan iaitu soprano, alto, tenor
dan bes atau untuk koir yang terdiri dari wanita ialah soprano, mezzo soprano dan alto.
Di dalam koir sekolah rendah yang terdiri dari kanak-kanak lelaki dan perempuan selalunya
suara mereka tiada perbezaan sehinggalah kanak-kanak lelaki mencecah umur dari 11 hingga 14
tahun suara mereka bertukar menjadi lebih rendah dan dalam atau lebih dikenalai sebagai pecah
suara. Suara kanak-kanak wanita tidak mengalami pecah suara seperti kanak-kanak lelaki Cuma
suara mereka menjadi lebih matang apabila meningkat dewasa. Kanak-kanak lelaki yang mengalami
transisi vocal ini perlu diawasi dengna teliti dan digalakkan untuk bernafas lebih dengan kerap dan
mengekalkan postur nyanyian yang selesa dan baik.


Prinsip Dalam Bidang Nyanyian

Sebelum seseorang mempelajari nyanyian ia perlu mengamalkan prinsip di bawah :


1. Sentiasa bersikap positif
2. Bijak dan kerap berlatih
3. Mengamalkan postur yang baik
4. Pengawal pernafasan (costal epigastrum) yang baik
5. Pengeluaran suara atau ton yang ekspresif,rata,bersemangat,ringan kaya dan bergema
6. Penguasan dalam sebutan dan artikulasi yang jelas,tepat dan cantik
7. Penguasan teknik legato
8. Penguasan teknik yang tangkas dan fleksibel
9. Penampilan persembahan fisikal yang bersahaja-natural,bersopan dan bersikap tenang
dan yakin
10. sensitif, bijak dalam membuat intertretasi yang ekspresif


Aspek penting bagi seorang penyanyi

Sebelum seseorang mempelajari nyanyian ia perlu mempunyai perkara-perkara seperti di bawah :

1. Suka muzik dan seronok menyanyi
2. Mempunyai deria dan rasa pic dan irama yang tepat
3. Berimaginasi dan daya interpretasi yang tinggi
4. Sihat dan bersemangat dan mempunyai tabii dari kesihatan yang baik
5. Bijak
6. Personaliti yang disenangi
7. Daya usaha yang tinggi untuk mempertingkatkan kebolehan
8. Kebolehan menyanyi semerta dan memainkan iringan yang mudah
9. Alat suara yang baik
10. Koordinasi fisikal yang baik penguasaan dan pengawalan nafas dan otot fonasi
Posted by Jane Cheah at 23:19 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Nyanyian

Kenapa belajar menyanyi?
Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan sebab-sebab penting dalam
mempelajari nyanyian adalah seperti berikut :

1. Dapat memperluaskan budaya dan memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat
2. Memperkayakan imaginasi
3. Mempertingkatkan daya pemikiran
4. Memberi kegembiraan dan keseronokan
5. Memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul
6. Memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan
7. Memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi
8. Melepaskan perasaan yang kurang senang
9. Membina keyakinan diri
10. Membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti kepimpinan
11. Aset warisan budaya
12. Memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain

Alat-alat muzik Tradisional Melayu
Gambus

Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia.
Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua.
Gambus tergolong dalam alat muzik jenis petik yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai
12 tali.

Gendang

Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau
lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.
Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.
Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu.
Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau
pertabalan Diraja.

Gong

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia
Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi
mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan
sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan
dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak
untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh
semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan
persembahan muzik tradisional.

Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu
Buruuk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan
merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil
pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi
dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan
Terengganu menggunakan nama Gong.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang
agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow
rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan
penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar
oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan
dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.


Kompang


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu
bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung
plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika
zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh
pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada
sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah
tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak
tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-
upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di
perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi
dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif.
Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi
Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan
dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk
memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.


Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-
lagu budaya.

Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya
di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi
lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari
keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana
Ubi.
Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu.
Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara
memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi
mengeluarkan bunyi yang baik.


Alat-alat muzik Tradisional Cina
Guzheng

Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia dicipta
berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba.
Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas
kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat
(tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya
bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan sejak tahun 1970 hingga sekarang ini,
mempunyai 21 utas tali.
Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai dimainkan
untuk menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan perasaan yang seni.
Cara Memainkannya:
Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya, alat bantu berupa kuku palsu yang
diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari pemainnya. Ketika
membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan jari kiri
menekan tali untuk mengawal melodi.


Yangqin


YangQin ialah sebuah alat muzik Cina jenis kordofon.
YangQin merupakan jenis zither dan mempunyai banyak tali. badannya dibuat dari kayu dalam bentuk
rama-rama. tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. tali logam sejumlah beberapa
oktof semuanya, 2-6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. pemulas selaras dari logam didapati
dikedua belah kotak suaranya.
digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

PiPa


Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan
belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu
dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4
pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.


Alat-alat muzik Barat
Piano

Piano iaitu alat muzik yang dimain melalui keyboardnya.
Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt.
Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi
resonansnya.Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya.
Biola

Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan mengunakan penggesek
biola (bow). Biola mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret.
Ia dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain.
Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola, contohnya viola dan selo.
Bezanya adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun cara bermain adalah
sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan pic yang paling tinggi.
Biola dibuat oleh tukang lut (luthier).
Gitar

Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik,
dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues,
desa, flamenco, rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang
panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada
kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada
dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan,
sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan
secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada
secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan
yang mendalam pada budaya popular.
Jenis-jenis Rekoder



Rekorder adalah instrumen muzik woodwind keluarga yang dikenali
sebagai flutes fippleatau instrumen dalaman salur flutes seperti wisel yang termasuk wisel timah.
Rekorder akhir-besaran dan mulut instrumen adalah sempit oleh palam kayu, yangdikenali
sebagai blok atau fipple.

Ia dibezakan daripada ahli-
ahli keluarga yang lain dengan mempunyai lubanguntuk tujuh jari (satu yang lebih rendah atau
dua yang sering dua kali ganda untukmemudahkan pengeluaran semitones) dan satu untuk ibu
jari tangan yang menang. Jara perakam tirus sedikit, yang seluas-luasnya pada akhir pelekap
mulutdan sempit ke arah kaki pada perakam Baroque, atau dibakar hampir sepertisangkakala di bahagian
bawah ke atas surat cara Renaissance.

Rekorder popular di zaman pertengahan melalui era barok, tetapi merosot padaabad ke-18 memihak
kepada instrumen woodwind orkestra, seperti flute, oboe,dan klarinet. Dalam masa
kejayaannya, perakam tradisinya dikaitkan denganadegan bimbingan dan nasihat, peristiwa ajaib,
pengkebumian, perkahwinan danadegan amorous. Imej daripada perakam boleh didapati dalam sastera
dan karya seni yang berkaitan
dengan semua ini. Purcell, Bach, Telemann dan Vivaldimenggunakan perakam untuk mencadangkan gembala
dan meniru burung dalam muzik, tema yang berterusan dalam abad ke-20 muzik.

Rekorder telah dihidupkan semula pada abad ke-20, sebahagiannya dalam usaha
mencapai prestasi sejarah dimaklumkan mengenai muzik awal, tetapi
juga keranakesesuaian sebagai instrumen mudah untuk muzik pengajaran
dan rayuan kepadapemain amatur. Hari ini, ia sering dianggap sebagai instrumen kanak-kanak,
tetapiterdapat ramai
pemain profesional yang menunjukkan bunyi range.The solo penuhalat perakam adalah amat jelas dan
manis, sebahagiannya kerana kekuranganharmonik atas dan penguasaan harmonik ganjil bunyi.



REKODER ALTO



REKODER BASS



REKODER SOPRANINO


REKODER SOPRANO



REKODER TENOR


Jenis-jenis alat perkusi
KERINCING

Kerincing diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek
yang diikat pada bucunya.Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk kerincing
menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
Cara memegang dan memainkan kerincing:
Pegang pada tali kerincing pada sebelah tangan dan pengetuk di sebelah tangan lain. Pastikan tangan
yang memegang tali tidak menyentuh kerincing.
Kerincing boleh dimainkan dengan mengetuk pada besi berbentuk segitiga dengan pengetuk besi.
Ketukan boleh dibuat di dalam atau di sebelah luarnya.

Tamborin

Tamborin adalah alat muzik perkusi yang dimainkan dengan
cara ditabuh dandigoyangkan. Tamborin menghasilkan suara gemerincing yang
boleh digabungkandengan suara tabuhan dari bahagian membrannya.

Tamborin diperbuat daripada bingkai kayu bulat yang dilengkapi dengan membran pelapisdari
kulit lembu atau plastikTamborin mempunyai beberapa simbal atau kerincinganlogam kecil
di sekeliling bingkainya yang akan mengeluarkan bunyi bergemerincing bilaalat muzik
ini digoyangkan. Tamborin biasanya dimainkan dengan cara dipegang secaramenegak
dan digoyang dengan salah satu tangan disertai tabuhan pada membran kulit
dengan menggunakan tangan yang lain.

Tamborin berasal dari Eropah, tetapi mempunyai persamaan dengan alat muzik sejenisyang ditemui di
China dan Asia
Tengah (Diere), India (daph), Peru (Chil Chil), danGreenland (Aelyau). Tamborin tradisional mula-
mula dimainkan oleh kumpulan muzik yang berasal dari tentera Turki, yang dikenali dengan
nama Janissaries.Mozart pertama kali menggunakan tamborin sebagai salah satu instrumen
dalam muziknya pada tahun1782.Tamborin moden menyumbang besar
dalam pelbagai orkestra. Alat muzik ini telah banyak digunakan untuk menambah variasi warna suara
dalam pertunjukkan muzik sejakabad ke-19 dan terus dimainkan dalam
band mahupun ensembel muzik klasik atau popular.

Kastanet

Kastenyet instrumen perkusi (idiophone), yang digunakan dalam Moor, Uthmaniyah,muzik purba Rom,
Itali, Sepanyol dan Portugis. Instrumen tersebut terdiri
daripadasepasang cengkerang cekung menyertai pada satu kelebihan oleh rentetan. Mereka telahdiad
akan di tangan dan digunakan untuk menghasilkan klik untuk aksen berirama ataubunyi yang sangat
bagus atau suara ketuk-ketuk yang terdiri daripada satu siri pesat klik.Mereka tradisional yang
dibuat daripada kayu keras, walaupun gentian kaca menjadi semakin popular.

Dalam
amalan pemain biasanya menggunakan dua pasang kastenyet. Satu pasanganyang dipegang di
tangan masing-masing, dengan tali yang bercangkuk ke atas ibu jaridan kastenyet berehat di tapak
tangan dengan jari yang bengkok untuk menyokong pihak yang satu lagi. Setiap
pasangan akan membuat bunyi padang yang sedikit berbeza.

Kayu Tik- Tok



Tik-Tok diberbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-Tok
menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi di bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi di
bahagian kirinya.
Cara memegang dan memainkan tik-tok:
Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pemegangnya dengan tangan kanan.
Ketuk tik-tok pada bahagian kanan dan kirinya secara bergilir-gilir.

Drum


Drum ahli kumpulan perkusi instrumen muzik, yang secara
teknikalnya dikelaskansebagai membranophones. Gendang terdiri daripada sekurang-kurangnya
satumembran, yang dikenali sebagai kulit di atas
dram atau kulit dram, yang diregangkan diatas cangkerang dan melanda, sama ada secara
langsung dengan tangan pemain, ataudengan tongkat pemukul dram, untuk
menghasilkan bunyi. Terdapat biasanya "kepalaresonans"
di bawah dram, ini biasanya ditala ke padang yang sedikit lebih rendahdaripada kulit di atas
dram atas. Teknik-teknik lain telah digunakan untuk menyebabkangendang untuk
membuat bunyi, seperti roll ibu jari.Gendang adalah instrumen yang tertuadan yang paling mana-
mana muzik di dunia, dan reka bentuk asas kekal hampir tidakberubah selama beribu-ribu tahun.

Tarian-tarian Tradisional Malaysia

Tarian Makyung

Makyung ialah sebuah drama tari iaitu drama yang diselangi dengan tarian dan nyanyian. Penari-penari
makyung terdiri daripada gadis-gadis. Mereka diketuai seorang ketua. Penari-penari ini duduk di sekeliling
pentas ketika pakyung melakonkan cerita.
Apabila sampai masa menari dan meyanyi, ketua dan penari-penari itu bangun menari dan menyanyi.
Nyanyian dan tarian ini diiringi muzik yang dimainkan oleh sekumpulan orang lelaki.
Tarian dan nyanyian ini diselangi pula dengan lawak jenaka. Lawak jenaka ini dilakonkan oleh dua orang
lelaki.


Tarian Kuda Kepang

Penari-penari kuda kepang menggunakan patung kuda dan berlagak seperti menunggang kuda. Mereka
menari dalam satu kumpulan. Setiap penari menunggang patung kuda. Tarian ini diiringi muzik.
Kuda kepang berasal daripada tarian yang menggunakan kuda sebenar pada suatu masa dahulu. Pada
masa itu, pendakwa hendak menyebarkan agama Islam. Kumpulan itu menari-nari sambil menunggang
kuda untuk menarik perhatian penduduk kampung. Lama-kelamaan kuda yang sebenar ditukar kepada
patung kuda yang dinamakan kuda kepang.

Tarian Joget

Joget ialah tarian Melayu yang paling popular pada suatu masa dahulu. Penari-penari tarian ini
terdiri daripada lelaki dan perempuan. Mereka menari berpasangan pada majlis perkahwinan.
Kadang-kadang tarian joget ditarikan beramai-ramai di halaman rumah dan disebut joget lambak.

Tarian Sumazau

Tarian Sumazau terkenal di Sabah. Tarian ini sangat menarik kerana penari-penarinya memakai
pakaian tradisional Kadazan. Penari-penari wanita memakai pakaian daripada kain baldu berwarna
hitam. Penari-penari lelaki pula memakai seluar dan jaket hitam serta kain diikat pada kepala.
Ketika menari tangan mereka bergerak ke atas dan baewah seperti burung sedang terbang.
Tarian Ngajat

Tarian Ngajat adalah tarian kaum Iban, Kayun, Dayak Darat dan Bidayuh di Sarawak. Pada zaman
dahulu, tarian ini ditarikan selepas kembali daripada berperang.
Penari-penari Ngajat memmakai kain merah yang diikat dari pinggang hingga ke lulut. Mereka juga
memakai topi yang dihias dengan bulu burung. Penari-penari memegang perisai pada tangan kiri dan
pedang pada tangan kanan. Tarian ini diiringi muzik.

Tarian Singa

Tarian Singa ditarikan pada Tahun Baru Cina atau perayaan-perayaan kaum Cina yang lain. Penari-
penari tarian ini menggunakan pakaian yang berbentuk seekor singa. Dua orang pemuda akan
menarikan tarian ini. Seorang di hadapan dan seorang lagi di belakang. Kaki-kaki mereka menjadi
kaki-kaki Singa.
Ketika menari Singa melompat dan berguling di atas lantai. Kadang-kadang Singa melompat ke atas
bangku yang tinggi atau tiang-tiang yang dibuat khas. Gerak tarian ini bergantung kepada rentak
muzik yang dibunyikan. Alat-alat muzik yang digunakan ialah gendang dan simbal serta gong.

Tarian Bhangra

Tarian ini ditarikan oleh orang Sikh atau Punjabi pada masa musim menuai. Tarian ini menunjukkan
rasa gembira kerana hasil ladang mereka telah menjadi. Selain itu, mereka bersyukur kepada Tuhan
kerana memberi hasil yang lumayan. Pada hari ini, tarian ini ditarikan pada hari-hari perayaan yang
tidak lagi ada hubungan dengan hasil tani.
Tokoh Muzik Tanah air dan Barat



TAN SRI P.RAMLEE

LATAR BELAKANG
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak
Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal
dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang
Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light.
Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke
Penang Free School apabila tamat perang.
PERMULAAN KERJAYA SENI
Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin
(pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertaiOrkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran
Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih
sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di
awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan
nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun
1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L.
Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya
itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaituMGR dan Sivaji Ganesan. Filem
terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer
Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.



RIWAYAT HIDUP SUDIRMAN HAJI ARSHAD
Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak
kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.


Di zaman persekolahan
Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat
Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika
Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh
(Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh,Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan
Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.
Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil,
Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato,
berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan
setiap waktu di perpustakaan.
Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah
Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau
menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling
Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di
sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara
menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang
(LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf
sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang
seni sebagai kerjayanya.


The Singing Lawyer


Bintang RTM 1976
Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang
RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling
Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila
disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang
berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya
memang unik.




Datuk Johari Salleh


NAMA SEBENAR: Datuk Johari Salleh

TEMPAT LAHIR: 9 Februari 1940

TEMPAT LAHIR: Geylang, Singapura

PENDIDIKAN: Berklee College of Music di Boston (1968)

PROFESION: Pemuzik Tetap Radio Malaya (1961), Pengarah Muzik RTM (1976), Pengarah Muzik DBKL (1988 - 2004)

STATUS: Berkahwin

ISTERI: Datin Zarina Zabid

ANAK: Enam orang: Johanna, Ahmad Nazari, dan Nahar Lutfi (hasil perkahwinan dengan isteri pertama Norazah
Aziz), Mohd Wira Asyraf, Iryani dan Elyana

ANTARA LAGU: Rayuan Hasratku, Duniaku, Keikhlasan Hati, Hati Yang Terusik, Tom Tom Bak, Gadis Ayu, Cinta
Kejam, Mahligai Idaman, Jangan,Jangan, Jangan serta Gadis dan Bunga.

PENCAPAIAN: - Lagu korporat Umno `Bersatu Bersedia Berkhidmat' (1986), Gubah lagu komersial untuk penyanyi
popular era 70-an dan 80-an seperti Tan Sri SM Salim, Suhaili Shamsuddin, Frankie Cheah, M Rizal,Yasmin Yusuff,
Herman Tino, Hanafiah Yunus, Shidee dan Rahimah Rahim.

Ludwig van Beethoven
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Potret Beethoven dilukis oleh Joseph Karl Stieler1820
Ludwig Van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 1770 26 Mac 1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga
seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik terpenting dalam tempoh
peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik barat. Muzik dan reputasinya banyak memberi
inspirasi dan juga memberi tekanan dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya,
begitu juga kepada ahli-ahli muzik dan para pendengar.
[1]
Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai
seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.
Beethoven berpindah ke Vienna, Austria, ketika berumur awal 20-an, dan menetap di situ. Beliau belajar muzik di bawah
bimbinganpenggubah ternama, Joseph Haydn dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain
piano yang amat cemerlang.
Walaupun pendengaran beliau mula beransur-ansur hilang pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-
karya agung di sepanjang hidupnya. Karya beliau terus dibuat walaupun setelah pendengaran beliau telah hilang sama
sekali dan menjadikan beliau pekak.
Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual
gubahanmuziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan
kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik
atau penggubah lain.

Wolfgang Amadeus Mozart
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Wolfgang Amadeus Mozart (27 Januari 1756 - 5 Disember 1791), dibaptiskan sebagai Johannes Chrysostomus
Wolfgangus Theophilus Mozart adalah seorang penggubah muzik klasikal Eropah dari Austria yang terkemuka dan amat
berpengaruh dari era klasikal. Beliau telah menggubah lebih dari 600 hasil karya termasuk kerja-kerja yang diakui secara
meluas sebagai kemuncak kepada muzik simfoni orkestra, muzik kamar, piano, opera dan juga muzik koral.
Mozart adalah di antara penggubah Eropah yang amat terkenal dan banyak daripada hasil karya beliau telah menjadi
sebahagian dari standard untuk repertoir konsert-konsert simfoni orkestra.

Johann Sebastian Bach
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Johann Sebastian Bach
J ohann Sebastian Bach (21 Mac 168528 Julai 1750) adalah seorang penggubah dan pemain organ Jerman yang prolifik.
Karyakeagamaan dan sekularnya untuk alat-alat muzik koir, orkestra dan solo menggabungkan elemen-elemen muzik era
barok dan membawamuzik era tersebut ke peringkat kematangan muktamad. Walaupun beliau tidak memperkenalkan
sebarang bentuk yang baru, beliau memperkayakan gaya Jerman yang lazim dengan teknik gaya gerak imbang,
pengawalan penyusunan harmonik dan motivik dari skala terkecil sehingga ke terbesar, dan pemadanan irama dan jalinan
dari luar negeri, khususnya dari Itali dan Perancis. Ramai orang menganggap Bach sebagai penggubah Barok yang
terutama, serta salah seorang penggubah yang terutama dalam sejarah. Bersama-sama dengan tokoh-tokoh
seperti George Frideric Handel, beliau merupakan salah satu tokoh yang terkemuka dalam peralihan daripadamuzik era
barok ke muzik era klasikal.
Karya-karya Bach yang dihormati kerana mempunyai sifat intelektual yang mendalam, penguasaan teknik, dan keindahan
seni, telah mengilhami kesemua ahli muzik dalam tradisi Eropah, daripada Mozart sehingga ke Arnold Schoenberg. Antara
karya-karyanya ialah:
Konserto Brandenburg
Suit papan nada dan ragam lagu
Mass dalam nada B Minor
Keghairahan St. Matthew
Penawaran Muzik
Seni Fiug
serta sebilangan besar kantata yang mana kira-kira 220 masih wujud.
KLASIFIKASI ALAT MUZIK
Kiriman oleh SPARK
Beberapa jenis klasifikasi telah digunakan bagi mengkelaskan alat-alat muzik berdasarkan ciri-ciri
tertentu. Dalam tamadun China purba, semua alat muzik dapat diklasifikasikan mengikut bahan
utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut. Antara bahan tersebut ialah logam,
batu, tanah, belulang, sutera, labu, buluh dan kayu.Tamadun India purba pula mengumpulkan alat
muzik mengikut klasifikasi gong / simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup. .
Digunakan khusus bagi alat muzik orkestra barat. Terdapat 4 klasifikasi alat iaitu percussions,
strings, brass dan woodwind.
Percussions / perkusi
Alat muzik yang dimainkan secara pukulan, paluan, ketukan atau goncangan.
Antara alat muzik ini termasuklah timpani, pelbagai jenis dram, simbal, kerincing, tamborin dan
lain-lain. Alat muzik berpic pula termasuklah zailofon, metalofon, glokenspil dan bellyre.
Strings / alat muzik bertali
Digunakan untuk mengklasifikasikan semua jenis alat muzik bertali iaitu violin, viola, violoncello,
double bass, harps dan lain-lain.
Brass
Klasifikasi alat tiupan yang dibuat daripada logam.
Contoh brass ialah trumpet, trombon, french horn, tuba dan sausafon.
Woodwind
Alat muzik tiupan yang pada masa dahulunya dibuat dari bahan kayu. Kebanyakan alat ini
menggunakan reed bagi menghasilkan bunyi. Reed dibuat daripada buluh yang diraut nipis.
Antara alat muzik woodwind ialah klarinet, saksofon, flut, pikolo, oboe dan basun. Hari ini adalah
juga alat muzik woodwind yang dibuat daripada logam, plastik dan bahan gentian kaca.

Klasifikasi Sachs - Hornbostel
Klasifikasi ini diperkenalkan oleh Curts Sachs dan Eric Von Hornbostelpada 1914. Ia bertujuan
mengklasifikasi pelbagai alat muzik etnik dari seluruh dunia yang tidak termasuk dalam klafikasi
alat muzik orkestra barat.
Sachs-Hornbostel mengklasifikasikan alat muzik berdasarkan kasifikasi yang terdapat dalam kitab
catatan India puba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.
Idiofon
Alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung termasuk dalam
klasifikasi idiofon. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan
ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan)
bonang (caklemlong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain..
Erofon
Alat muzik yang ditiup termasuk dalam klasifikasi erofon. Contoh alat ialah serunai dan bangsi
(caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.
Kordofon
Alat muzik bertali, contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi.
Membranofon
Mengambil nama dari perkataan membran (kulit) pula ialah klasifikasi untuk alat muzik yang
diperbuat daripada kulit yang diregang. Antaranya ialah gendang, kompang, geduk, daiko, tabla
dan gedombak.
Elektrofon
Alat muzik yang menggunakan elektrik. Pembesaran suara penggunaan sirkit-sirkit elektronik bagi tujuan
mengubah bunyinya.
Sebagai contoh : Gitar elektrik, kibod, digital piano.



RECORDER FAMILY
Instruments in C Range Instruments in F Range
garklein

sopranino



descant (soprano)



treble (alto)




tenor

bass
(bass in F)

great bass
(bass in C)

contra bass

subcontra bass/ contra great
bass

sub-subcontrabass/double contra
bass
(octocontrabass)

Anda mungkin juga menyukai