Anda di halaman 1dari 3

Resipi mufin coklat chip:

Masa:
Penyediaan: 10 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 40
minit
Jumlah Hidangan : 12 cup
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung(plain flour)
1/2 cawan gula kastor
3 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu dutch lady full cream
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayur
3/4 cawan coklat cip(semi sweet)
2 sudu kecil essence vanilla
Cara Membuat:
1. Panaskan oven kepada 200 darjah Celsius
2. Dalam Mangkuk satukan tepung gula baking powder
coklat cip dan garam, kacau rata
3. Dalam mangkuk berasingan satukan susu, minyak, telur
dan essence vanilla. Tuang kedalam mangkuk bahan kering
sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.
Adunan akan menjadi sedikit pekat dan berketul-ketul.
4. Isikan adunan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar
selama 20-25 minit.
Tips
Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk
kedalam muffin menggunakan bilah pencungkil
gigi(toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan
bersih(tidak melekat).
Resipi mufin jam bluberi:
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35
minit
Jumlah Hidangan : 12 cawan muffin
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour)
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu, full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur, saiz besar
1/2 cawan minyak sayur
Jem blueberry secukupnya
Gula perang secukupnya, untuk ditabur
Cara Membuat:
1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen
vanilla dan kemudian masukkan minyak sayur. Kacau
sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan
adunan kering di dalam mangkuk dan kacau sebati.
4. Menggunakan kaedah selang seli, sudukan adunan ke
dalam acuan muffin 1/2 penuh, kemudian masukkan 1 sudu
jem blueberry di atas adunan dan tuang lagi adunan
supaya menjadi 3/4 penuh. Hiaskan dengan taburan gula
perang dan bakar selama 20 minit atau sehunga masak
sepenuhnya
Resipi mufin vanila ala Kenny Rogers
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35
minit
Jumlah Hidangan : 10 cup
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose
flour)
3/4 cawan gula castor
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu, full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur, saiz besar
1/2 cawan butter, cairkan
hirisan kacang badam, untuk hiasan
Cara Membuat:
1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen
vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau
sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan
adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati.
Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
4. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan
hirisan badam dan bakar selama 20 minit.
Tips
Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur
tidak menjadi masak semasa proses mengadun.

Anda mungkin juga menyukai