Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2,

JALAN HAJI ABDULLAH,


84100 MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM.

TAJUK:
PERTANDINGAN KUIZ SAINS TAHAP 1 DAN TAHAP 2

TEMPAT:
SK BAKRI BATU 2, MUAR.


TARIKH :
17 JULAI 2014
(KHAMIS)


KENDALIAN :


GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP) SAINS, IPG KPM.




1.0 PENGENALAN

Pertandingan Kuiz berbentuk Ilmiah dapat mengembangkan potensi pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek , rohani, emosi dan jasmani sebagaimana matlamat yang ingin
direalisasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran
Pertandingan Kuiz Sains bagi Tahap 1 dan Tahap 2 ini, para murid dapat menukar
persepsi mereka yang salah terhadap subjek sains dan matematik yang mereka tanam
sekian lama. Aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap
mata pelajaran sains dalam kalangan murid. Minat murid harus ditanam sejak awal lagi
kerana mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan
murid-murid kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Pertandingan Kuiz Sains berbentuk ilmiah ini adalah untuk menyemai minat
murid-murid terhadap mata pelajaran Sains dan memberi asas pengetahuan dan
kemahiran kepada mereka. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan prestasi murid ke arah minda cemerlang.
Pertandingan sebegini juga dapat menguji sejauh mana pengetahuan murid dalam
mata pelajaran Sains.

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1) Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid.
2) Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan soalan.
3) Meningkatkan penguasaan murid terhadap istilah Sains.
4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh program : 17 Julai 2014 (Khamis)
Tempoh Pelaksanaan : 20 minit (waktu rehat)

5.0 LOKASI PROGRAM
Bilik Sains Tahap 1, SK Bakri Batu 2, Muar.

6.0 KUMPULAN SASARAN
Tahap 1 : Tahun 2 Muallim
Tahap 2 : Tahun 5 Muallim

7.0 ANJURAN
Guru Pelatih PISMP Sains Januari 2011, IPGK Perempuan Melayu Melaka dengan
kerjasama Panitia Sains SK Bakri Batu 2, Muar.







8.0 JAWATANKUASA KERJA
8.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK



8.2 AHLI JAWATANKUASA KECIL
AJK Peralatan Dan Bahan : Cik Siti Nur Zulaikha Binti Draman @ Zulkifli
AJK Hadiah : Cik Suriati Binti Johari


Penaung:
Puan Jamilah Binti Abdullah (Guru Besar)
Penasihat:
Puan Mastura Binti Rahmat (GPK 1)
Puan Aida Binti Abdullah (GPK Hem)
Encik Hamidi Bin Mohd Jadi (GPK Koko)
Pengerusi:
Puan Suzilfalilla Binti Samik (Ketua Panitia Sains)
Penyelaras:
Cik Siti Nur Zulaikha Binti Draman @ Zulkifli
Pen. Penyelaras:
Cik Suriati Binti Johari
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA ANGGARAN KOS
Bahan-bahan
-kertas A4 (1 rim)

RM 10.00
Photostat (40 keping) RM 5.00
Hadiah RM 10.00
Jumlah RM 25.00

10.0 PENUTUP
Pertandingan kuiz berbentuk ilmiah ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan
penguasaan para pelajar serta menarik minat mereka dalam mempelajari ilmu dengan
lebih baik. Pertandingan ini dirangka untuk mengurangkan jurang yang terdapat dalam
kalangan para pelajar.


Disediakan oleh:


.......................................................
(Siti Nur Zulaikha Binti Draman)
Pengerusi,
Program Science Show,
SK Bakri Batu 2, Muar,
Johor Darul Takzim.
Diluluskan oleh:


.....................................................
(Jamilah Binti Abdullah)
Guru Besar,
SK Bakri Batu 2, Muar,
Johor Darul Takzim.