Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2,

JALAN HAJI ABDULLAH,


84100 MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM.

TAJUK:
PROGRAM SCIENCE SHOW

TEMPAT:
BILIK SAINS TAHAP 1, SK BAKRI BATU 2, MUAR.


TARIKH :
22 JULAI 2014
(SELASA)


KENDALIAN :


GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP) SAINS, IPG KPM.




1.0 PENGENALAN

Ledakan kemajuan sains dan teknologi hari ini menjadikan mata pelajaran Sains sebagai salah
satu mata pelajaran penting di sekolah. Sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) untuk melahirkan generasi celik sains, kami mengambil inisiatif untuk
merencanakan program Science Show sebagai pemangkin dalam membina generasi yang
cemerlang dan terbilang. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi
pendedahan yang lebih global kepada murid-murid berkaitan dengan dunia sains. Di samping
itu, ia juga merupakan satu medium untuk melahirkan murid-murid yang mencintai dunia sains
serta menghargai sumbangan sains.

2.0 RASIONAL
Program ini dikendalikan oleh guru-guru praktikum semester 8 di SK Bakri Batu 2
sebagai pendedahan awal kepada bakal guru tentang aspek pengurusan sesuatu
aktiviti. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan juga diharapkan akan
membuka ruang dan peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan pengetahuan
serta menjadi landasan terbaik dalam menarik minat mereka terhadap dunia sains dan
teknologi.

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1) Melahirkan murid-murid yang cenderung untuk meminati dunia sains.
2) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains dan teknologi.
3) Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai kemajuan sains dan teknologi
seterusnya menyemai kesedaran tentang kepentingannya kepada masyarakat.
4) Melahirkan murid yang menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia.


4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh program : 22 Julai 2014 (Selasa)
Tempoh Pelaksanaan : 20 minit (waktu rehat)

5.0 LOKASI PROGRAM
Bilik Sains Tahap 1, SK Bakri Batu 2, Muar.

6.0 KUMPULAN SASARAN
Tahap 1 : Tahun 2 Muaddib
Tahap 2 : Tahun 5 Muaddib

7.0 ANJURAN
Guru Pelatih PISMP Sains Januari 2011, IPGK Perempuan Melayu Melaka dengan
kerjasama Panitia Sains SK Bakri Batu 2, Muar.







8.0 JAWATANKUASA KERJA
8.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK



8.2 AHLI JAWATANKUASA KECIL
AJK Peralatan Dan Bahan : Cik Siti Nur Zulaikha Binti Draman @ Zulkifli
AJK Kawalan Murid : Cik Suriati Binti Johari


Penaung:
Puan Jamilah Binti Abdullah (Guru Besar)
Penasihat:
Puan Mastura Binti Rahmat (GPK 1)
Puan Aida Binti Abdullah (GPK Hem)
Encik Hamidi Bin Mohd Jadi (GPK Koko)
Pengerusi:
Puan Suzilfalilla Binti Samik (Ketua Panitia Sains)
Penyelaras:
Cik Siti Nur Zulaikha Binti Draman @ Zulkifli
Pen. Penyelaras:
Cik Suriati Binti Johari
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA ANGGARAN KOS
Yis RM 1.00
Belon RM 2.00
Soda RM 1.50
Kismis ( 1 kotak kecil) RM 2.00
Jumlah RM 6.50

10.0 PENUTUP
Kesimpulannya, diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga program Science Show
ini memberikan hasil yang positif kepada murid-murid. Kalungan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksana dan
menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.


Disediakan oleh:


.......................................................
(Siti Nur Zulaikha Binti Draman)
Pengerusi,
Program Science Show,
SK Bakri Batu 2, Muar,
Johor Darul Takzim.
Diluluskan oleh:


.....................................................
(Jamilah Binti Abdullah)
Guru Besar,
SK Bakri Batu 2, Muar,
Johor Darul Takzim.

Anda mungkin juga menyukai