Anda di halaman 1dari 16

DR KHALID BIN IBRAHIM

PENGARAH
HOSPITAL SUNGAI BULOH
Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi
daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek
pemikiran, pengurusan emosi dan
dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan,
dan cara bekerja yang penuh integriti serta
dapat memuaskan kehendak pelanggan.
FOKUS BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA
KOMPONEN
PRINSIP
ELEMEN
ELEMEN HURAIAN ELEMEN
CARA BERFIKIR
& PEMIKIRAN
Proses bagaimana seseorang melihat, menilai,
menganalisis, dan menjelaskan sesuatu perkara
sebelummembuat sesuatu tindakan atau
keputusan.
CARA MERASA
& MENGHAYATI
Proses memahami, mengurus, dan mengawal
perasaan diri sendiri dan orang lain.
CARA
BERTINDAK &
BERPERILAKU
Hasil gandingan pemikiran dan perasaan atau
salah satu daripadanya. Pemikiran dan perasaan
selari akan mengukuhkan sesuatu tingkah laku.
Jadi, pemikiran dan perasaan yang positif akan
menghasilkan tingkah laku yang positif.
P= PANTAS DAN POSITIF
E= EMPATI
R= RELEVAN
D= DAYA SAING
A= AMANAH, ADIL DAN INTEGRITI
N= NILAI TAMBAH DAN KELAINAN
A= ARIF DAN BERILMU
Mempunyai hasrat untuk melakukan
sesuatu dengan cepat, responsif, dan
sentiasa memikirkan langkah-langkah
memajukan dan meningkatkan kualiti
diri sendiri, perkhidmatan, dan
organisasi.
Mempunyai kebolehan memahami
bagaimana orang lain melihat dan
merasa terhadap sesuatu perkara.
Perkhidmatan yang terbaik dapat
diberikan sekiranya kita berupaya
menghayati kehendak orang lain
sebagaimana kita hendak orang lain
melakukannya terhadap diri kita.
Memastikan supaya tindakan dan
perkhidmatan yang diberikan
sentiasa diperbaharui.
Penambahbaikan perlu berterusan
supaya sesuai dengan kehendak
semasa.
Mempunyai kelebihan dan keunikan
tertentu dalammenyampaikan
perkhidmatan agar sentiasa diingati,
dihargai, dan mampu bersaing
sehingga bertaraf dunia.
Melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan dengan
amanah, adil, dan berintegriti. Ia
dapat direalisasikan melalui
pembinaan akhlak, moral, dan budi
pekerti mulia menerusi pengamalan
kerohanian, etika serta nilai murni.
Sentiasa mencipta kelainan dan
memberi nilai tambah dalamdiri
individu, kumpulan, dan organisasi
yang turut diperlihatkan ketika
menyampaikan perkhidmatan.
Melakukan sesuatu tindakan atau
keputusan yang bijaksana dan
mengamalkan pembelajaran
berterusan bagi memastikan
kecemerlangan perkhidmatan.
ORGANISASI
(Perangsang
untuk
membudayakan
BKKP)
SISTEM
(Sistemyang
efisien &
berkualiti)
INDIVIDU
(Penjana
perkhidmatan
berwibawa)
BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA
PERLAKUAN
PENYEDARAN
PEMIKIRAN
PEMBAHARUAN
IMEJ
PENGEKALAN

Anda mungkin juga menyukai