Anda di halaman 1dari 22

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


42700 BANTING
SELANGOR DARUL EHSAN



KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR



2
1. Pengenalan

Taekwondo merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu aktiviti
yang sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya para pelajar di Kolej
Matrikulasi Selangor (KMS). Justeru, untuk mengisi masa lapang pelajar, satu cadangan
penubuhan Kelab TaekwondoKMS telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini
maka pelajar-pelajar boleh mengenali permainan ini secara lebih dekat dan dapat
menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan dalam kolej atau dengan kolej-kolej
lain bagi mengeratkan silaturahim. Selain itu, kelab ini juga akan mendedahkan kepada
pelajar dengan beberapa kemahiran seperti kemahiran kepimpinan, teknik
mempertahankan diri, ilmu pertolongan cemas dan sebagainya. Penyertaan kelab ini akan
dibuka kepada semua pelajar KMS yang berminat untuk menyertainya.

2. Rasional
Penubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkansukan Taekwondo
kepada para pelajar supaya pelajar-pelajar lebih berani menghadapi situasi yang lebih
mencabar. Semua pelajar KMS yang berminat bolehlah menyertai kelab ini.

Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk:
I. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan Taekwondo kepada pelajar
Kolej Matrikulasi Selangor.
II. Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan
kelab.
III. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi.
IV. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur.
V. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar.
VI. Meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan para pelajar.
VII. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar
yang berbilang kaum.


3
3. Matlamat

Matlamat utama penubuhan Kelab Taekwondo KMS ialah untuk memperkenalkan
kepada para pelajar sukan riadah ini. Selain itu, dengan adanya kelab ini, diharapkan
hubungan silaturahim sesama pelajar KMSdiperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan
dan pertandingan. Masa yang terluang juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan
sepenuhnya oleh pelajar dengan aktiviti yang sihat dan tidak terbuang begitu sahaja. Ia juga
akan dapat mengasah bakat para pelajar dalam sukan ini memandangkan sukan ini
memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi. Di samping itu, para pelajar juga dilatih untuk
lebih berdisiplin dalam kelab ini. Matlamat terakhir adalah agar guru-guru pelatih dapat
menguasai permainan ini untuk diajar pada murid-murid apabila menjadi guru kelak.


4. Objektif

Objektif penubuhan Kelab TaekwondoKMS ialah:

i. Memperkenalkan/mempopularkan sukan Taekwondo kepada warga KMS.
ii. Menggunakan ilmu yang ada untuk melatih para pelajar apabila menjadi
pendidik kelak.
iii. Melahirkan pelajar yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
iv. Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga.
v. Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.
vi. Meningkatkan tahap disiplin di kalangan pelajar.
vii. Mengisi masa lapang pelajar pada waktu petang.
viii. Memperkenalkan seni mempertahankan diri.
ix. Mencungkil bakat pelajar dalam sukan Taekwondo.



4
5. Jawatankuasa Penaja Kelab Taekwondo KMS.

Penasihat :
Pengerusi : Nabilah Natasha Bt Mohd Arif (MA1323546124)
Naib Pengerusi : Chow Yee Suen (MS1323605530)
Setiausaha : Ng Zhi Heng (MS 1323605140)
Penolong Setiausaha : Tong Boon Choon (MS 1312504915)
Bendahari : Aaron Michael A/L Anthony (MS 1323542141)
Penolong Bendahari : Harith Hazwan Bin Ruzaidi (MS 1323544006)

AJK Promosi : Yap Eng Sam
: Ng Yang Zhen
AJK Aktiviti : Kuganeshwaran A/L Ganesan
: Muhammad Syafiq Bin Mohd Johar
AJK Disiplin : Robin Kok Zhen Liang (MS1324546604)
: Wong Chin Wooi















5

6. Kaedah Pemilihan Jawatankuasa tetap Persatuan Taekwando

i. Jawatankuasa Tertinggi Penaja akan disahkan dan dikekalkan sebagai Ahli
Jawatankuasa Tertinggi dalam persatuan manakala ajli jawatankuasa lain akan
dilantik semasa Mesyuarat Agung.
ii. Ahli yang hadir sahaja yang layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
iii. Pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.
iv. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat peletakkan jawatan kepada pensyarah penasihat.

Ahli Jawatankuasa Kelab terdiri daripada :

Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari

AJK
1. Pendaftaran & Keahlian
2. Tempat & Peralatan
3. Sosial & Kebajikan
4. Tugas-tugas Khas
5. Aktiviti
6. Penyertaan pertandingan












6




7. Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

I. Pengerusi
i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
semasa ke semasa
iv. Memantau keadaan semasa aktiviti dijalankan

II. Naib Pengerusi
i. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberikan.
ii. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari
semasa ke semasa.

III. Setiausaha
i. Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
ii. Mencatat kehadiran ahli
iii. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
iv. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari
semasa ke semasa.

IV. Penolong Setiausaha
i. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
ii. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari
semasa ke semasa.

V. Bendahari
7
i. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan sebelum aktiviti dijalankan.
iii. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
iv. Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
mesyuarat Agung.
v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari
semasa ke semasa.

VI. Penolong Bendahari
i. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari
semasa ke semasa.

VII. Ahli jawatankuasa
i. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan
ii. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari
semasa ke semasa.




















8




KELAB TAEKWONDO
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
NO. PENDAFTARAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Kelab : Kelab Taekwondo,
Kolej Matrikulasi Selangor,

b. Alamat: Kolej Matrikulasi Selangor,
Mukim Jugra
42700 Banting, Selangor.

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJ EKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai kelab dengan lebih terpimpin dalam sukan
Taekwondo yang meluas dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin
diri.

3.2 Ahli dapat meningkatkan semangat perpaduan dan mananam sikap bekerjasama
dalam menjalankan aktiviti.


PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua pelajar matrikulasi ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

4.4 Terhad kepada 80orang ahli sahaja.


PERATURAN 5 PENSYARAH PENASIHAT
5.1 Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah kolej ini.

5.2 Pensyarah Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
9

5.3 Pensyarah Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.



PERATURAN 6 AHLI J AWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa (5 hingga 10 orang)




PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJ AWAB J AWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari masa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

10
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang
diberi.

7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari semasa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari masa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab

7.5.2 Menyediakan anggaran perbelanjaan sebelum aktiviti dijalankan.

7.5.3 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.4 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.

7.5.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

11
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa


PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1 Kelab juga memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.2 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.3 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun
Amanah Kolej, sekiranya mendapat kebenaran Pengarah.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
kelab sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab.


PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.


PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan kolej adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.


PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12
12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Pensyarah Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan
Pensyarah Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa,
Pensyarah Penasihat atau pengurusan kolej secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pensyarah Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengarah

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN / KELAB

14.1 Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.






. .. .
( ) ( )
Setiausaha Pengerusi
Kelab Taekwondo Kelab Taekwondo
Tarikh: ................. Tarikh:..................



....................
( )
Pensyarah Penasihat
Kelab Taekwondo
Tarikh: ..............


13









8. Draf Aktiviti
BIL TARIKH NAMA AKTIVITI PENGLIBATAN
1 4-
10SEPTEMBE
R 2013
Pengambilan ahli-ahli baru 1 Ahli jawatankuasa penaja
2 Pensyarah penasihat
2 12
SEPTEMBER
2013
Perjumpaan pertama (Mesyurat
agung)
Sesi kenalan antara ahli
Pelantikan ahli jawatankuasa tetap
persatuan
Perancangan dan pengemaskinian
aktiviti

1 Ahli jawatankuasa penaja
2 Pensyarah penasihat
3 Ahli baru
4 26
SEPTEMBER
2013
Perjumpaan kedua
Menjalankan latihan tendangan
Menjalankan latihan tumbukan
1 Semua AJK
2 Semua Ahli kelab
3 Pensyarah
5 10 OKTOBER
2013
Perjumpaan ketiga
Menjalankan latihan pertahanan
diri
1 Semua AJK
2 Semua Ahli kelab
3 Pensyarah
7 28NOVEMBER
2013
Perjumpaan keempat
Menjalankan latihan pertandingan
Meningkatkan stamina
1 Semua AJK
2 Semua Ahli kelab
3 Pensyarah
8 5 DISEMBER
2013
Kursus Referee
Memberi taklimat sebagai refree
1 Semua AJK
2 Ahli Senior
3 Pensyarah
14


Disediakan oleh: Disahkan oleh:

________________________ ____________________________
() ()
Setiausaha JK Penaja Kelab Takwondo Pensyarah Penasihat Kelab Taekwondo
Kolej Matrikulasi Selangor Kolej Matrikulasi Selangor


Disemak oleh:

_____________________________
(EN. MOHD LUTFI BIN ABDULLAH)
Ketua Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Selangor











9 19 DISEMBER
2013
Perjumpaan kelima
Kursus Pertolongan Kecemasan
Memberi ilmu pertolongan cemas
1 Semua AJK
2 Semua Ahli kelab
3 Pensyarah
10 9 JANUARI
2014
Perjumpaan keenam
Pertandingan sparring
persahabatan antara ahli
1 Semua AJK
2 Semua Ahli kelab
3 Pensyarah
11 20 FEBRUARI
2014
Pertandingan memecah papan 1 Semua pelajar KMS

12 26 FEBRUARI
2014
Majlis perpisahan 1 Semua AJK
2 Semua Ahli kelab
3 Pensyarah
15

















9. Carta Gantt Kelab Taekwondo
Masa dan kekerapan perjumpaan Kelab Taekwando 2013/2014



















BIL AKTIVITI SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER
Minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
01 Pengambilan ahli-
ahli baru
X X
02 Mesyurat agung
X
03 Perjumpaan
X
04 Perjumpaan
X
05 Perjumpaan
X
BIL AKTIVITI DISEMBER JANUARI FEBRUARI
Minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
06 Kursus Referee
X
07 Kursus
Pertolongan
Kecemasan
X
08 Pertandingan
sparring
X
09 Pertandingan
memecah papan
X
10 Majlis perpisahan
X
16















10. Anggaran Perbelanjaan
Aktiviti RM Jumlah (RM)
Pertandingan sparring

Hadiah pertama: trophy bernilai RM 30 dan
hamper bernilai RM10
Hadiah kedua: trophy bernilai RM 20 dan
hamper bernilai RM10
Hadiah ketiga: trophy bernilai RM10 dan hamper
bernilai RM10
Hadiah cenderahati untuk 6 juri


40

30

20

30





120
Pertandingan memecah papan

Papan
Hadiah pertama: trophy bernilai RM 50 dan
hamper bernilai RM20
Hadiah kedua: trophy bernilai RM 30 dan
hamper bernilai RM20
Hadiah ketiga: trophy bernilai RM20 dan hamper
bernilai RM20
Hadiah cenderahati untuk 6 juri


150

70

50

40
50





360

JUMLAH KESELURUHAN : RM 480
17


















Penutup

Konklusinya, penubuhan Kelab Taekwondo merupakan usaha yang penting serta aset
yang bernilai kepada kolej untuk meningkat prestasi pelajar seterusnya menaikkan
nama baik kolej melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, pengetahuan,
kemahiran dan disiplin yang diterapkan melalui Kelab Taekwondo mampu melahirkan
golongan masa depan yang kualitinya melangkaui sempadan, bekerjasama, berintegrasi
dan berhemah tinggi.

Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar
mengenali dengan lebih dekat lagi sukan Taekwondo ini. Di samping itu semangat
kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga KMS
khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini mendapat pertimbangan sewajarnya
dan diluluskan oleh pihak kolej sertaakan terlaksana dengan jayanya. Sekian, terima
kasih.

18






















Contoh Laporan Aktiviti Kelab Taekwondo
Pensyarah Penasihat
1..
2..
3..

Setiausaha

Tarikh / Hari

Minggu

Tempat
19


Yang Benar



__________________________ ____________________________
( ) ( )
Setiausaha Kelab Taekwondo Pensyarah Penasihat Kelab Taekwondo
Kolej Matrikulasi Selangor. Kolej Matrikulasi Selangor.





Kelab Taekwondo,
Kolej Matrikulasi Selangor,
42700 Banting, Selangor
No. Tel : 03-31201372
___________________________________________________________________________
Ruj kami :
Tarikh : 08 Jun 2012

Pendaftar Kelab Dan Persatuan,

Jumlah Kehadiran

Laporan Kegiatan







Hal-Hal Lain








20
Kolej Matrikulasi Selangor,
42700 Banting, Selangor

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima
kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN


Saya yang menurut perintah,

............................................
()
Pensyarah Penasihat,
Kelab Taekwondo,
Kolej Matrikulasi Selangor,
42700 Banting, Selangor.



Disediakan oleh,


.....
()
Setiausaha
21
Penubuhan Kelab Taekwondo
Kolej Matrikulasi Selangor


Disemak dan disahkan oleh,


.....
()
Pensyarah Penasihat
Kelab Taekwondo
Kolej Matrikulasi Selangor



Disemak dan disahkan oleh,


.....
(EN. MOHD LUTFI BIN ABDULLAH)
Ketua Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Selangor








Disemak dan disahkan oleh,


.....
(EN. AWANG KECHIK BIN MOHAMMAD)
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
22
Kolej Matrikulasi Selangor



Disokong oleh,




.....
(EN. HUSAIN BIN HITAM)
Timbalan Pengarah
Kolej Matrikulasi Selangor



Diluluskan oleh,




.....
(TUAN HJ. MUSTAFAR BIN MUSA)
Tuan Pengarah
Kolej Matrikulasi Selangor


Ulasan :
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________