Anda di halaman 1dari 2

Bilangan jurnal : Pertama

Minggu praktikum : Pertama


Tarikh peristiwa/ kejadian : 29 Januari 2014
Tajuk jurnal : Masalah Pengurusan Diri Dan Komunikasi
1. Masalah/ peristiwa
29 Januari 2014, saya mengalami masalah menguruskan diri iaitu untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah yang baru. Saya
tidak pandai untuk berinteraksi dengan warga sekolah, menyesuaikan diri
dengan bahasa pertuturan murid dan kesukaran untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan untuk praktikum daripada pengurusan sekolah.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana sikap malu dan rendah diri yang ada pada diri saya.
Saya malu untuk bertanya kerana saya tidak memahami bahasa pertuturan di
sekolah yang menggunakan bahasa setempat untuk berkomunikasi. Selain
itu, ramai guru yang bertugas di luar sekolah juga menjadikan saya berasa
segan untuk memulakan interaksi dengan warga sekolah terutamanya guru-
guru. Masalah bahasa komunikasi dan sikap malu menjadi kekangan untuk
saya menguruskan dan menyesuaikan diri di sekolah. Tambahan lagi, saya
masih tidak dapat jadual kelas memandangkan saya masih baru di sekolah
ini. Banyak yang perlu disusun kembali.

3. Cadangan tindakan susulan
a) Saya patut merujuk bergaul dengan semua guru dan kakitangan
sekolah untuk mengetahui cara menguruskan diri dan mengetahui
keadaan persekitaran.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan
hubungan interpersonal dan intrapersonal.
d) Saya harus membuang perasaan negatif dalam diri saya dan
mengelakkan prasangka untuk mengatasi masalah pengurusan diri
dan komunikasi.

4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
6 Februari 2014. Pengurusan diri dan komunikasi berkesan adalah penting
untuk memastikan keselesaan dan wujudnya hubungan baik dengan warga
sekolah.







Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan:
Nama:
Tarikh:
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan:
Nama:
Tarikh: