Anda di halaman 1dari 2

Bilangan jurnal: Kedua

Minggu praktikum: Kedua


Tarikh peristiwa/ kejadian: 6 Februari 2014
Tajuk jurnal: Masalah pengurusan masa
1. Masalah/ peristiwa
Pada 6 Februari 2014, saya mengalami masalah menguruskan masa semasa
mengajar mata pelajaran Sains bagi tahun 4. Pengurusan masa yang perlu
saya lakukan adalah perlunya saya mengambil kira mengenai aras murid
yang terdapat di dalam kelas tersebut. Saya juga perlu peka kepada keadaan
sekeliling yang perlu saya hubung kaitkan dengan perancangan PdP.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana terdapatnya pelbagai aras murid di dalam kelas
tersebut. Apa yang boleh saya cirikan dalam kelas tersebut adalah
terdapatnya murid yang pandai, sederhana pandai, lemah dan sangat lemah.
Selain itu juga, kepekaan saya terhadap situasi yang berlaku disekeliling.
Saya perlu peka pada masa yang telah dirancang. Saya juga perlu lebih
bersedia awal lagi bahan-bahan yang saya ingin mengajar dalam kelas
tersebut dengan mengambil kira ramalan yang akan berlaku jika TIDAK.
Saya perlu berfikir dengan lebih jauh, meramal dengan baik serta membuat
tindakan yang bijak andai kata ada masalah pada PdP pada hari tersebut.

3. Cadangan tindakan susulan
a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara
menguruskan masa dan mengetahui keadaan murid-murid.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan
hubungan interpersonal dan intrapersonal.
d) Perlu lebih bersedia awal dan meramal apa yang akan berlaku jika
perancangan sedikit tidak mampu berjalan dengan baik.

4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
13 Februari 2014. Pengurusan masa yang sistematik adalah penting untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.







Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan:
Nama:
Tarikh:
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan:
Nama:
Tarikh: