Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH - PROGRAM 4S -

SENYUM, SALAM, SAPA DAN SYUKUR



PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH
(PROGRAM 4S SENYUM, SALAM, SAPA DAN SYUKUR )


Pengenalan

Pendidikan membentuk, membangun dan meningkatkan
pengetahuan dalam peradaban kehidupan seharian merupakan proses
berperingkat-peringkat yang amat penting dilalui oleh setiap pelajar.
Untuk melahirkan pelajar yang beradab ini, memerlukan latihan dan
tunjuk ajar daripada ibu bapa, atau penjaga di rumah pada usia awal
kanak-kanak. Akan tetapi, disebabkan pelajar ini di besarkan dari latar
belakang keluarga yang berbeza-beza dan budaya yang berlainan telah
mengakibatkan kurangnya mereka memberi senyuman, bertegur sapa
dan memberi ucap salam.

Senyum, Sapa, Salam dan Syukur atau 4S adalah usaha memupuk
adab berbudi bahasa dan nilai-nilai murni yang kemudiannya dibudayakan
dalam kehidupan seharian pelajar. Diharapkan pelajar dan warga SK Seri
Jaya akan memanfaatkan dengan sebaiknya program yang telaah
disediakan ini untuk mendidik mereka bakal menjadi modal insan berilmu
dan berbudi bahasa.


Matlamat:
Membudayakan peradaban SENYUM, SALAM, SAPA dan SYUKUR sebagai
cara hidup seharian pelajar dan warga SK Seri Jaya.


Objektif:
Memberi kefahaman dan keyakinan kepada pelajar untuk
meningkatkan nilai dan kualiti peradaban mereka dalam kehidupan
seharian

Mewujudkan hubungan baik sesama pelajar dengan pelajar dan guru
dengan pelajar demi mewujudkan keharmonian dalam kehidupan
seharian.
Membudayakan peradaban berbudi bahasa dan niali-nilai murni dalam
kehidupan seharian sehinggalah pelajar ini dewasa.



Tarikh Pelancaran Program:
12 Februari 2013
Tapak Perhimpunan



ATUR CARA MAJLIS

7.30 pagi : Pelajar dan guru mengambil tempat.

7.40 pagi : Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah

: Laporan guru bertugas mingguan

: Ucapan alu-aluan oleh En Basar Salihin, PK HEM

: Nyanyian lagu Negaraku

: Bacaan Doa


8.00 pagi : Perasmian Pelancaran Program 4Soleh En Azhar b
Yaacob, GPK 1 SK Seri Jaya

: Bersurai

Anda mungkin juga menyukai