Anda di halaman 1dari 13

T

T
o
o
p
p
i
i
k
k
2
2

Asas Statistik
dalam
Pengukuran
dan Penilaian
dalam
Pendidikan
Jasmani
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan istilah asas dalam statistik;
2. Mengaplikasi jenis-jenis ukuran kecenderungan memusat di dalam
pendidikan jasmani; dan
3. Mengaplikasi jenisjenis ukuran pembolehubah.
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
20
PENGENALAN
Kita mengetahui bahawa sebagai seorang pendidik dalam pendidikan jasmani,
kita akan selalu membuat ujian ke atas individu atau kumpulan. Banyak ujian
yang akan dijalankan semasa proses pengajaran seperti ujian kecergasan fizikal,
ujian kemahiran sukan dan pengetahuan pelajar dalam subjek pendidikan
jasmani. Mengapakah kita memerlukan pengetahuan tentang statistik? Setelah
selesai ujian dijalankan, anda dikehendaki untuk menganalisa keputusan ujian
yang dijalankan. Segala analisis berkaitan dengan markah ujian adalah
diklasifikasi sebagai statistik. Melalui proses ini, kita akan dapat membuat
perbandingan dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi meningkatkan
prestasi. Terlebih dahulu, marilah kita memahami tentang apa itu statistik. Rajah
2.1 menunjukkan contoh statistik yang boleh digunakan untuk menganalisa
keputusan ujian.
Rajah 2.1: Contoh statistik
AKTIVITI 2.1
Sebelum anda meneruskan pembacaan, nyatakan apa yang anda fahami
tentang statistik. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang
dibincangkan seterusnya di bawah.
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
21
ISTILAH ASAS DALAM STATISTIK
Sebelum anda mula mendalami dengan lebih lanjut tentang stastistik, mari kita
mengenal istilah-istilah asas dalam statistik. Pemahaman istilah-istilah ini penting
sebelum anda mangaplikasinya pada keputusan ujian. Untuk memahami apa itu
statistik, adalah wajar bagi kita untuk meninjau beberapa definisi yang
dikemukakan seperti berikut:
(a) Populasi
Populasi adalah pengumpulan semua unsur-unsur yang dikaji dan yang cuba
kita menarik kesimpulan tentangnya. Populasi ini perlu ditakrifkan supaya ia
jelas, sama ada sesuatu unsur adalah ahli populasi atau tidak. Semua subjek
mestilah memiliki sesuatu karekter yang boleh diukur atau diperhati. Sebagai
contoh, jika anda mahu mengenal pasti tahap kecergasan fizikal murid tahun
dua di sekolah, populasi mestilah meliputi kesemua murid tahun dua.
(b) Sampel
Sampel ialah pengumpulan sebahagian tetapi bukan kesemua unsur-unsur
populasi yang dikaji. Ia digunakan untuk menghurai populasi.
(c) Sampel rawak
Sampel rawak adalah keadaan di mana setiap subjek di dalam populasi
mempunyai peluang yang sama rata, termasuk di dalam sampel.
Sejarah statistik
Statistik berasal dari perkataan Itali yang bermaksud orang berpangkat. Ia ulung kali
digunakan oleh Gottfried Achenwall (1719-1772),seorang professor di Malborough dan
Gottingen. Penggunaan statistik di popularkan oleh Sir John Sinclair dalam
penulisannya Statistical Account of Scotland 1791-1799. namun dipercayai Statistik
mula digunakan sejak sebelum abad ke lapan belas untuk merekod data. Kerajaan
purba Babylonia, Mesir dan Rom telah mula mengumpul rekod terperinci tentang
populasi dan sumber. Raja Hendry VII England juga mula merekod kematian apabila
wabak menyerang England pada tahun 1532. Pada tahun 1662 Kapten John Graunt
telah menggunakan jadual yang dikumpul sepanjang 30 tahun orang yang akan mati
akibat penyakit dan kadar kelahiran bayi lelaki dan perempuan. Kerja-kerja ini
merupakan satu usaha yang terulung dalam analisis statistik. Beliau dilantik menjadi
ahli Persatuan Agung setelah kejayaannya dalam meramal kejadian yang akan berlaku.
Ramai yang telah terlibat dalam bidang statistik dan membawa pembaharuan kepada
statistik pada masa kini.
2.1
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
22
(d) Taburan kekerapan
Taburan kekerapan ialah satu cara untuk menyusun data dalam bentuk yang
lebih bersesuaian dan praktikal. Ia menunjukan kekerapan bagi sesuatu skor
atau markah yang diperoleh oleh sebuah kumpulan. Semua data hendaklah
disusun bagi memudahkan untuk kita mencari taburan kekerapan. Untuk
memahami dengan lebih lanjut, mari kita lihat contoh yang diberikan:
Jadual 2.1 di bawah menunjukkan taburan kekerapan bagi ujian bangkit tubi
bagi 23 orang murid kelas 3 Dahlia:
Jadual 2.1: Taburan kekerapan
x t f
29 1 1
28 1 1
27 11 2
26 111 3
25 11 2
24 111 3
23 1 1
22 1111 5
21 1111 4
20 1 1
N = 23
(e) Data
Data adalah pengumpulan sebarang jumlah cerapan yang berkait. Terma data
juga bermaksud keputusan yang ditunjukkan secara bernombor di dalam
pengukuran. Ia juga boleh bermaksud maklumat verbal di dalam
kecenderungan memusat. Terdapat banyak cara dalam menyusun data. Apa
yang penting ialah data boleh dikumpul dan disusun mengikut tertib.
Penyusunan data membolehkan kita melihat dengan segera sebahagian ciri-
ciri data yang telah dikumpul. Data boleh membantu pembuat keputusan
untuk membuat tekaan berasaskan pengetahuan tentang sebab-musabab dan
seterusnya kesan-kesan yang mungkin. Contoh data adalah seperti Jadual 2.2
berikut:
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
23
Jadual 2.2: Contoh data
NAMA JANTINA UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3
AMRAN OMAR LELAKI 50 70 90
BENNY LELAKI 60 70 80
CANNY PEREMPUAN 50 40 70
DANIAL FAZLI LELAKI 80 70 90
UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT
Jenis-jenis ukuran kecenderungan memusat terdiri daripada Min, Median dan
Mod. Penerangan tentang jenis-jenis ukuran tersebut adalah seperti berikut:
2.2.1 Min
Sebagai guru, kita tidak boleh lari daripada pertanyaan pelajar, terutama dalam
hal ujian. Soalan yang selalu keluar dari mulut pelajar ialah Apakah markah
purata dalam ujian?. Min adalah kaedah yang selalu digunakan untuk
mengukur kecenderungan memusat yang mewakili purata aritmatik suatu set
pencerapan. Ia dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan
dengan jumlah bilangan skor. Formula mencari Min adalah seperti berikut:
2.2
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
24
Contoh mencari Min:
M = X/N
x mewakili jumlah semua skor
N pula mewakili jumlah bilangan skor
Mari kita lihat contoh di bawah bagi memahami dengan lebih lanjut tentang min;
Cuba cari min bagi data di bawah:
5, 15, 10, 15, 5, 10, 10, 20, 25, 15
Data hendaklah disusun terlebih dahulu sebelum mencari min
skor kekerapan
5 2
10 3
15 3
20 1
25 1
Min bersamaan 130 dibahagikan dengan 10 bersamaan dengan 13; atau dalam
persamaan
Min 130 = 13
10
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
25
2.2.2 Median
Median adalah satu nilai tunggal daripada set data yang mengukur item memusat
di dalam data. Item tunggal ini ialah yang paling tengah atau paling memusat
dalam sesuatu set nombor. Median juga yang membahagikan set data kepada dua
bahagian yang sama besar.
Median mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan Min. Nilai-
nilai ekstrim tidak dapat menpengaruhi median. Kita boleh mencari median
walaupun data bersifat perihalan kualitatif. Median juga mudah difahami dan
boleh dikira dengan sebarang jenis data. Ia juga mempunyai kelemahan di mana
sesetengah prosedur statistik yang menggunakan median adalah lebih kompleks
daripada menggunakan min. Selain itu, oleh kerana median ialah nilai yang
berada pada kedudukan purata, kita mesti susun data sebelum melakukan
pengiraan. Ini akan mengambil masa bagi set yang mengandungi bilangan unsur
yang besar.
2.2.3 Mod
Mod ialah satu ukuran kecenderungan memusat yang berbeza daripada Min,
tetapi agak menyerupai Median kerana ia bukanlah dikira melalui proses
aritmatik biasa. Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Ia
diwakili oleh titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data. Sebelum
mengenalpasti Mod, data hendaklah disusun secara sistematik bagi memudahkan
Contoh mencari Median:
5, 10, 10, 10, 15, 15, 20, 20, 25
Cuba anda cari Median bagi bilangan pelajar di atas.
Mencari median dapat dilakukan dengan menyusun data bagi memudahkan
pencarian Median. Kemudian, cuba cari Median dengan mengambil nombor yang
berada di tengah-tengah set nombor. Dalam contoh ini, 15 adalah median kerana ia
berada di tengah set nombor.
Jika bilangan set nombor genap, ia dapat dilakukan dengan menambah bilangan set
nombor yang berada di tengah dan dibahagikan dengan dua. Sebagai contoh;
2, 2, 4, 6, 7, 9, 10, 12
Median = 6 + 7
2
= 6.5
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
26
proses pencarian. Mari kita lihat contoh yang diberikan bagi memahami dengan
lebih lanjut tentang Mod.
Sepertimana juga Median, Mod tidak mudah dipengaruhi oleh nilai-nilai ekstrim.
Kita boleh menggunakan Mod tanpa menghiraukan besar mana, kecil mana, atau
bagaimana tersebarnya nilai-nilai dalam suatu set data yang ada. Ini kerana kita
hanya memilih set data yang berlaku paling kerap sebagai nilai Mod. Walaupun
terdapat kebaikan, Mod tidak boleh digunakan sekerap Min dan Median untuk
mengukur kecenderungan memusat. Kerapkali, nilai Mod tidak ada kerana tidak
berlaku pengulangan di dalam set data atau set data mengandungi dua, tiga atau
lebih Mod. Ini menyebabkan ia agak sukar untuk ditafsir dan membuat
perbandingan.
UKURAN PEMBOLEHUBAH
2.3.1 Julat
Julat ialah perbezaan antara nilai tercerap paling tinggi dan paling rendah. Dalam
persamaan, kita boleh nyatakan seperti berikut:
JULAT
Julat = nilai pencerapan tertinggi - nilai pencerapan
terendah
2.3
Contoh mencari Mod:
Masalah: Data di bawah mewakili bilangan pelajar yang menjadi ahli di dalam
Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad.
1, 2, 3, 3, 5, 5, 7, 7, 7, 7, 8, 9
Cuba anda cari Mod bagi bilangan pelajar diatas.
Mod dapat dikenalpasti dengan melihat nombor yang kerap berulang di atas data.
Oleh itu, Mod bagi contoh diatas ialah 7 kerana ia menunjukkan empat kali
pengulangan.
AKTIVITI 2.2
Cuba anda cari Min, Median dan Mod bagi data yang diberi:
55, 45, 50, 45, 45, 50, 60, 70, 85, 55.
Anda dikehendaki untuk menyusun data yang diberikan.
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
27
Menggunakan persamaan ini, mari kita bandingkan julat bayaran tahunan yang
diterima oleh sebuah pusat tuisyen Nazri yang ditunjukkan dalam Jadual 2.3
berikut.
Jadual 2.3: Julat bayaran tahunan
Sesi Awal tahun Pertengahan tahun Akhir tahun
Jumlah bayaran RM 1000 RM 1200 RM 1900
Julat bayaran tahunan pusat tuisyen Nazri ialah 1900 1000 = 900.
Julat mudah difahami dan dicari, tetapi kegunaannya sebagai ukuran serakan
adalah terhad. Julat hanya menpertimbangkan nilai tertinggi dan nilai terendah
tetapi mengabaikan pencerapan lain di dalam set data. Oleh kerana ia mengukur
dua nilai sahaja, julat lebih berkemungkinan untuk berubah dengan ketara
daripada satu sampel kepada sampel yang lain dalam populasi yang diberi,
walaupun nilai-nilai yang berada diantara nilai tertinggi dan nilai terendah
mungkin hampir sama.
2.3.2 Sisihan Lazim
Sisihan lazim ialah satu teknik pengukuran pembolehubah yang popular. Sisihan
lazim mengira berapa banyak penaklukan dibezakan daripada min kumpulan. Ia
juga adalah satu kaedah yang terbaik untuk melihat perbezaan skor di dalam
taburan kecenderungan memusat.
Mari kita lihat contoh dalam Jadual 2.4 berikut bagi memudahkan pemahaman
tentang sisihan lazim dengan lebih jelas.
Formula untuk mengira sisihan lazim adalah seperti berikut:
S = ( X M ) ]/ N-1
S = ?
Dimana:
S = sisihan lazim
X = skor
M = min
N = jumlah bilangan skor
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
28
Jadual 2.4: Contoh sisihan lazim
X M X - M ( X - M )
7
6
7
8
2
6
6
6
6
6
1
0
1
2
-4
1
0
1
4
16
30 0 22
S = ( X M ) ]/N-1
S = 22/( 5-1)
S = 5.5
S = 2.35
2.3.3 Varian
Varian dianalisis bagi membuat inferen tentang sama ada sampel yang diambil
daripada populasi mempunyai min yang sama atau tidak. Dengan ini, kita dapat
membandingkan min lebih daripada dua sampel. Ia juga adalah cara yang baik
untuk menentukan ketepatan min. Formula untuk mencari varian adalah seperti
berikut:
S = ( X M )
N
Dimana:
S = varian
X = skor
M = min
N = jumlah bilangan skor
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
29
Berikut adalah contoh untuk mencari varian bagi dua kumpulan:
Kumpulan 1 Kumpulan 2
X X-M ( X M ) X X-M ( X M )
7 2 4 9 4 16
6 1 1 7 2 4
5 0 0 5 0 0
4 -1 1 3 -2 4
3 -2 4 1 -4 16
( X M ) = 10 ( X M ) = 40
X = 25 X = 25
N = 5 N = 5
M = 5 M = 5


S = ( X M ) S = ( X M )
N N
S = 10/5 S = 40/5

S = 2 S = 2
2.3.4 Lengkok Norma
Ia adalah sukar bagi kita menggambarkan taburan markah ujian dengan lebih
jelas. Oleh itu, lengkok norma dicipta bagi membantu para pendidik untuk
memudahkan cara perbandingan markah atau skor seseorang pelajar dengan
pelajar yang lain. Lengkok norma mempunyai kualiti yang menarik minat untuk
digunakan. Kebanyakan lengkok norma mempunyai bentuk menyerupai sebuah
loceng. Segala keputusan yang berasaskan lengkok norma lebih konsisten dan
amat sesuai untuk menilai prestasi pelajar daripada berlainan kumpulan.
Lengkok norma dapat menjelaskan kepada kita min, median dan mod secara
serentak. Rajah 2.2 dibawah menunjukkan lengkok norma.
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
30
Rajah 2.2: Lengkok norma
Statistik adalah satu alat yang digunakan untuk menganalisis data
pengukuran yang digunakan bagi tujuan menilai prestasi murid.
Istilah asas dalam statistik bertujuan untuk memudahkan pemahaman
seseorang tentang statistik sebelum mendalaminya dengan lebih lanjut.
Min adalah kaedah yang digunakan untuk mengukur kecenderungan
memusat yang mewakili purata aritmatik suatu set data. Ia dikira dengan
mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor.
Median item tunggal yang paling tengah atau paling memusat dalam sesuatu
set nombor. Median juga yang membahagikan set data kepada dua bahagian
yang sama besar.
Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Ia diwakili oleh
titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data. Data hendaklah disusun
secara sistematik bagi memudahkan proses pencarian.
Dalam ukuran pembolehubah, Julat ialah perbezaan antara nilai tercerap
paling tinggi dan paling rendah. Manakala, sisihan lazim mengira berapa
banyak penaklukan dibezakan daripada min kumpulan. Ia juga adalah satu
kaedah yang terbaik untuk melihat perbezaan skor di dalam taburan
kecenderungan memusat.
Varian pula digunakan bagi membuat inferen, sama ada sampel yang diambil
daripada populasi mempunyai min yang sama atau tidak. Dengan ini, kita
dapat membandingkan min lebih daripada dua sampel.
Lengkok norma dicipta bagi membantu para pendidik untuk memudahkan
cara perbandingan markah atau skor seseorang pelajar dengan pelajar yang
lain. Segala keputusan yang berasaskan lengkok norma lebih konsisten dan
amat sesuai untuk menilai prestasi pelajar dari berlainan kumpulan.
TOPIK 2 ASAS STATISTIK DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
31
Statistik
Populasi
Sampel
Sampel Rawak
Taburan Kekerapan
Data
Ukuran Kecenderungan Memusat
Min
Median
Mod
Ukuran Pembolehubah
Julat
Sisihan Lazim
Varian
Lengkok Norma
Kekerapan
Skor
James, P,W. (2000). Modern Eduational Measurement: Practical Guidelines
For Educational Leaders. USA: A Pearson Education, Co. Bab: Statistical
Concepts Needed to Evaluate and Use Educational Tests.
Miller, D,K. (2006). Measurement by the Physical Educator:Why and How.
University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill International
Edition. Bab 3: Statistical Tool for the Physical Educator.
Sullivan, M. (2005). Fundamentals of statistics. Upper Saddle River, NJ: Merrill
Prentice Hall. Bab 3: Numerically Summarizing Data.

Anda mungkin juga menyukai