Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Kita mulakan dahulu dengan perbincangan tentang konsep asas dalam ujian dan
penilaian. Dalam konsep asas ujian dan penilaian, terdapat empat konsep yang
penting iaitu kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti dan normanorma.
Kemudian, tumpuan kita ialah kriteriakriteria pemilihan ujian dalam penilaian.
Kriteriakriteria tersebut akan memudahkan kita untuk membuat pemilihan ujian
dan penilaian terhadap pelajar. Konsep dan kriteria adalah dua unsur yang amat
penting ketika hendak melakukan ujian dan penilaian. Selepas anda memahami
konsep dan kriteria dalam ujian, anda akan belajar tentang cara-cara pengurusan
dan pentadbiran ujian dan penilaian. Persediaan pra-ujian, pelaksanaan ujian dan
penilaian, dan pelaporan adalah antara yang akan dibincangkan dalam topik ini.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
3
3

Pembinaan dan
Pentadbiran
Ujian dan
Penilaian
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep asas dalam ujian dan penilaian;
2. Menghuraikan kriteria-kriteria pemilihan ujian dalam penilaian;
3. Menjelaskan pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian;
4. Menghuraikan hubungkait antara kesahan, kebolehpercayaan,
objektiviti dan norma-norma; dan
5. Merumuskan kriteria pemilihan ujian dalam penilaian.
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
33
KONSEP ASAS DALAM UJIAN DAN PENILAIAN
Sebelum anda melakukan ujian, anda haruslah mengetahui akan konsep-konsep
yang perlu ada dalam ujian dan penilaian. Tajuk ini akan menerangkan secara
mendalam tentang makna-makna konsep dalam ujian dan penilaian. Konsep-
konsep yang ada dalam ujian dan penilaian adalah kesahan, kebolehpercayaan,
objektiviti dan norma-norma. Ini digambarkan dalam Rajah 3.1.
Rajah 3.1: Konsep asas ujian dan penilaian
Huraian konsep-kosep asas dalam ujian dan penilaian adalah seperti berikut.
3.1.1 Kesahan
Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan
penilaian dalam ujian. Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang
hendak dinilai dalam ujian. Contohnya, jika ujian dilakukan untuk menilai
kecergasan pernafasan kardio, anda mesti yakin dengan ujian tersebut. Walaupun
makna yang diberi selalu digunakan, kesahan lebih merujuk kepada ujian
pengukuran dan persembahan, kemahiran atau kelakuan terhadap ujian yang
hendak dinilai. Ini bermakna kesahan lebih khusus atau menjurus kepada
sesetengah kegunaan dan kumpulan. Contohnya, mengenal pasti di antara
3.1
AKTIVITI 3.1
Sebelum meneruskan pembelajaran dalam topik ini, cuba anda
terangkan konsep-konsep asas dalam ujian dan penilan yang anda
ketahui. Bandingkan jawapan anda dengan apa yang akan di bincangkan
dalam topik ini.
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
34
kecergasan pernafasan kardio dan kebolehan dalam permainan tenis. Walaupun
kecergasan pernafasan kardio mungkin menjadi faktor utama dalam permainan
tenis yang mengambil masa agak lama, ujian kecergasan tidak boleh digunakan
untuk menentukan kemahiran dalam permainan tersebut. Mungkin ujian itu sah
untuk satu kumpulan umur, tetapi tidak sah untuk penilaian terhadap perbezaan
kumpulan umur.
Oleh kerana ujian kesahan berbeza-beza, pemilihan untuk lebih daripada satu ujian
mungkin bergantung kepada ujian yang mempunyai keterangan yang kukuh
untuk menguatkan kesahan tersebut. Koefisien kesahan adalah untuk menentukan
di antara teknik hubung-kait.
Berikut adalah penerangan jenis-jenis ujian kesahan yang berkaitan norma-norma
dan kriteria. Dijelaskan juga faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan:
(a) Ujian kesahan berkaitan norma-norma
Kesahan merujuk kepada kadar ujian yang hendak diukur dan apa yang
hendak diukur. Untuk ujian kesahan berkaitan norma-norma, tiga jenis ujian
keterangan kesahan diterangkan. Ujian kesahan akan menjadi lebih kukuh
jika terdapat lebih daripada satu ciri-ciri kesahan yang kukuh diterangkan
untuk ujian tersebut. Walau bagaimanapun, jika ada perbezaan di antara ciri-
ciri yang diterangkan, ia juga akan memberi perbezaan dalam kesahan
koefisien. Tiga jenis keterangan kesahan untuk ujian berkaitan norma adalah
isi kandungan kesahan, kriteria-kriteria kesahan dan bentuk kesahan. Ini
diterangkan dengan lebih lanjut seperti berikut.
(i) Isi kandungan kesahan
Bukti atau keterangan isi kandungan kesahan adalah berkaitan
bagaimana ujian tersebut mengukur semua jenis kemahiran dan subjek
yang akan ditunjukkan oleh pengambil ujian. Untuk mempunyai isi
kandungan kesahan, ujian tersebut mestilah mengukur objektif untuk
pengambil ujian yang bertanggungjawab. Sebagai pentadbir ujian,
anda haruslah mentadbir ujian yang mempunyai subjek-subjek
tertentu atau kemahiran yang membolehkan pengambil ujian
memahirkan diri. Ini bermakna sama ada ujian tersebut mengambil
masa yang lama atau singkat, ia hendaklah menyatakan objektif ujian
tersebut.
Anda mungkin tiada masalah untuk melaksanakan 150 jenis ujian
terhadap pengetahuan kumpulan-kumpulan tertentu yang di
nyatakan, tetapi ujian tersebut akan mengambil masa untuk para
pengambil ujian menyiapkannya. Untuk mempunyai isi kandungan
kesahan, ujian tersebut hendaklah mengurangkan nombor perkara
yang lebih kepada realistik tetapi tetap mengekalkan jumlah
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
35
kandungan ujian yang berpanjangan. Keterangan isi kandungan
kesahan juga melaksanakan ujian persembahan. Ujian persembahan
haruslah mengukur kemahiran atau kebolehan yang menitikberatkan
kumpulan-kumpulan tertentu.
Keterangan isi kandungan kesahan untuk ujian diri sendiri adalah
penilaian subjektif, tetapi melalui pertanyaan terhadap diri sendiri,
Adakah ujian tersebut mengukur apa yang telah diarahkan kepada
pengambil ujian? Anda akan diberikan positif anggaran tentang isi
kandungan kesahan. Isi kandungan kesahan juga akan menyediakan
kepakaran dalam ujian yang anda lakukan. Contohnya adalah pakar
dalam permainan tenis akan mengenalpasti asas kemahiran tenis dan
mengenalpasti jenis-jenis ujian yang hendak di ukur dalam kemahiran
tersebut.
Isi kandungan kesahan juga dipanggil logikal keterangan kesahan.
Ujin tersebut akan menimbangkan keterangan kesahan apabila ia
wujud dalam sifat, kemahiran, atau kebolehan logikal.
(ii) Kriteria kesahan
Keterangan kriteria kesahan menandakan bagaimana ujian tersebut
berkait dengan kriteria-kriteria tertentu. Koefisien yang berhubung-kait
akan lebih hampir jika ia +1.00, dan ujian tersebut akan menjadi lebih
sah. Kriteria-kriteria yang tertentu mungkin adalah persembahan masa
depan atau persembahan terkini.
Berikut adalah penerangan tentang ramalan kesahan, kesahan selaras
dan kriteria-kriteria yang hendak diukur:
Ramalan kesahan
Apabila anda hendak meramalkan persembahan masa depan, anda
akan menitikberatkan keterangan ramalan kesahan. Secara amnya,
ramalan kesahan diperolehi dengan memberi ujian ramalan yang
berkait dengan kriteria yang hendak diukur. Dalam pengajaran,
tarikh berikutnya adalah selepas unit arahan dalam persembahan
fizikal, masa berikutnya mungkin kemajuan tahun selepas itu. Ujian
ramalan kesahan adalah alat yang digunakan untuk mengukur sifat
atau kebolehan individu tertentu. Ujian kemahiran sukan, atau jenis-
jenis yang lain dalam persembahan fizikal adalah contoh yang boleh
digunakan.
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
36
Kesahan selaras
Keterangan kesahan selaras boleh juga dipanggil ramalan kesahan
segera. Ia menunjukkan bagaiman berkesannya ujian tersebut
mengukur tahap semasa kemahiran atau pengetahuan individu.
Keterangan kesahan selaras ditentukan oleh keputusan ujian
berhubung dengan mengukur kriteria semasa melebihi daripada
maklumat masa depan; ujian dan mengukur kriteria adalah ditadbir
dalam masa-masa tertentu. Proses ini selalunya digunakan untuk
mentaksir kesahan tersebut (bagaimana dan apa yang hendak
diukur dalam ujian tersebut).
Kriteria-kriteria yang hendak diukur
Pertimbangan yang perlu diambil kira dalam menganggar
keterangan kriteria kesahan (ramalan atau selaras) adalah pemilihan
kriteria yang hendak diukur. Tiga kriteria yang sering digunakan
untuk mengukur adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3.1
berikut:
Jadual 3.1: Kriteria mengukur
Kriteria untuk Mengukur Keterangan
1. Anggaran pakar Dengan mengikut prosedur, panel pakar akan memastikan
persembahan yang berjaya. Sebagai contoh adalah ujian
kemahiran dalam sukan. Jurulatih bola tampar berharap dapat
meramal jika sesetengah ujian kemahiran dapat memberi
tanggapan awal terhadap pemainnya di masa depan. Jurulatih
akan mengadakan ujian di awal musim dan meminta pakar
dalam permainan bola tampar untuk memerhatikan
pasukannya ketika perlawanan di musim tersebut. Ini termasuk
kedudukan atau anggaran persembahan terhadap pemain.
Melalui prosedur anggaran, skala markah di gunakan.
Anggaran atau kedudukan pakar digunakan untuk mengagak
kesahan kriteria pertalian koefisien untuk ujian tertentu.
2. Pertandingan
permainan
Jika ujian tersebut adalah untuk mengukur kemahiran sukan,
jumlah kiraan markah akan berkait dengan persembahan dalam
pertandingan. Ia akan lebih berkesan jika digunakan dalam
pertandingan round-robin kerana ia akan memberi peluang
kepada pemain menggunakan kemahiran yang lebih untuk
menang. Jika ujian tersebut sah, para pemain yang mendapat
jumlah mata yang tertinggi dalam pertandingan tersebut akan
di letakkan di tempat yang tinggi, dan siapa yang mendapat
markah yang rendah akan berada di tempat yang rendah dalam
pertandingan tersebut.
3. Ujian pengesahan Markah terhadap ujian yang baru boleh dikaitkan dengan
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
37
sebelumnya markah ujian pengesahan yang sebelumnya. Prosedur ini
selalunya digunakan untuk menyediakan keterangan kesahan
bagi ujian yang kekurangan peralatan atau masa daripada ujian
yang lain.
(iii) Bentuk kesahan
Keterangan bentuk kesahan merujuk kepada kadar individu tersebut
terdedah terhadap sifat (bentuk), yang digambarkan dalam ujian
persembahan. Kebimbangan, kebijaksanaan dan motivasi adalah
bentuk-bentuk kesahan. Qualiti ini tidak dapat dilihat dengan mata
kasar, walaupun seseorang tededah dengan salah satu karakter tersebut,
walaupun ia berkelakuan dalam cara yang berlainan. Keterangan
bentuk kesahan ini dilaksanakan penilaiannya oleh pengajar fizikal.
Terma-terma seperti kecergasan pernafasan kardio mungkin
diklasifikasikan sebagai bentuk kesahan. Keterangan bentuk kesahan
boleh diberikan dengan perbezaan kemahiran individu tertinggi dengan
kemahiran terendah individu.
(b) Ujian kesahan berkaitan kriteria
Ujian kesahan berkaitan kriteria berhubung secara langsung dalam
menentukan kelakuan objektif. Objektif hendaklah dinyatakan dengan jelas,
gaya yang tepat dan terhad dalam unit arahan. Untuk menganggarkan
kesahan ujian pengetahuan, anda hendaklah membentuk perkara-perkara
yang selari dengan sifat objektif tersebut, dan ia hendaklah meletakkan
sedikit perkara-perkara untuk setiap objektif.
Keberkesanan penilaian kesahan terhadap kriteria bergantung kepada
mengenalpasti tahap kejayaan tersebut. Tahap untuk kejayaan tersebut
haruslah wajar tetapi tinggi supaya individu tersebut bersedia untuk arahan
tahap yang seterusnya. Jika individu tersebut berjaya melaksanakan tahap
yang seterusnya, anda boleh merasa yakin dengan kesahan ujian tersebut.
(c) Faktor-faktor mempengaruhi kesahan
Ujian kesahan mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor. Empat faktor
yang mempengaruhi kesahan adalah seperti berikut:
(i) Sifat pengambil ujian ujian akan sah jika individu tersebut adalah
sama daripada segi umur, jantina, pengalaman dan untuk siapa ujian
tersebut menjadi sah.
(ii) Pemilihan kriteria yang hendak diukur beberapa pengukuran yang
wujud untuk menganggarkan keterangan kesahan untuk ujian
tersebut. Jika kesemua pengukuran adalah berkaitan sama dengan set
markah, perbezaan koefisien akan diperolehi.
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
38
(iii) Kebolehpercayaan ujian tersebut haruslah boleh dipercayai untuk
menjadi sah.
(iv) Prosedur pentadbiran jika arahan yang tidak jelas diberikan, atau
jika pengambil ujian tidak melaksanakan ujian dalam arahan yang
diberikan, ia akan mempengaruhi kesahan. Contohnya, faktor
sekeliling (kepanasan dan kelembapan) juga boleh mempengaruhi
kesahan.
3.1.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten. Ujian yang boleh
dipercayai hendaklah memperoleh anggaran yang mempunyai keputusan yang
sama, bergantung kepada masa yang diberikan. Ujian yang diberikan kepada
kumpulan individu tertentu dalam sehari sepatutnya menghasilkan keputusan
yang sama jika ujian tersebut diberikan kepada kumpulan yang sama di hari yang
berikutnya. Mungkin sesetengah individu tidak mempunyai keputusan yang
sama terhadap pengurusan ujian yang kedua kerana kepenatan, motivasi,
keadaan sekeliling dan kesilapan mengukur boleh mempengaruhi keputusan.
Walau bagaimanapun, ia boleh menghasilkan susunan keputusan yang sama jika
ujian tersebut mempunyai kebolehpercayaan.
Untuk ujian yang mempunyai kadar kesahan yang tepat, ia hendaklah
mempunyai kadar kebolehpercayaan yang tinggi. Jika keputusan ujian tidak
boleh dipercayai, kesahan terhadap ujian adalah terhad. Bayangkan anda
mentadbir ujian untuk mengukur kebolehan memukul golf untuk jarak yang jauh
sebagai permulaan kelas golf. Munkin ramai individu akan mendapat keputusan
yang bagus dalam percubaan yang pertama tetapi keputusan yang terus teruk
untuk percubaan yang berikutnya. Kekurangan konsistensi akan mempengaruhi
kesahan ujian tersebut, meskipun kebolehpercayaan yang tinggi tidak diperlukan.
Ini bermakna ujian kesahan adalah tinggi.
Sesetengah ujian akan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi daripada yang
lain. Ujian fizikal terhadap larian, lompatan, dan balingan keseluruhannya
mempunyai kebolehpercayaan yang koefisien. Sebaliknya, ujian seperti membuat
servis dalam permainan tenis, badminton dan chip sho(dalam golf) selalunya
mempunyai kebolehpercayaan koefisien yang rendah.
(a) Ujian kebolehpercayaan berkaitan norma-norma.
Empat kaedah untuk menganggarkan kebolehpercayaan terhadap ujian
berkaitan norma diterangkan di sini. Ia adalah kaedah ujian-semula, bentuk
selari, pembahagian setengah, dan Kuder-Richardson Formula 21. Sila lihat
Rajah 3.2.
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
39
Rajah 3.2: Ujian kebolehpercayaan berkaitan norma-norma
Penerangan bagi ujian-ujian kebolehpercayaan berkaitan norma-norma
adalah seperti berikut:
(i) Kaedah ujian- semula
Kaedah ujian semula memerlukan dua pentadbiran ujian yang sama
terhadap individu kumpulan yang sama, dengan pengiraan terhadap
pertalian koefisien di antara dua set markah. Kaedah penghasilan
pertalian atau analisis perbezaan mungkin digunakan untuk mengira
koefisien. Dalam persekitaran sekolah, sumber kesilapan yang terbaik
dalam kebolehpercayaan ujian semula adalah disebabkan perubahan
terhadap pelajar itu sendiri. Jika ujian pengetahuan dilakukan, mereka
akan sentiasa sedar akan soalan yang akan ditanyakan dalam ujian
semula dan jawapan mereka berikan adalah jawapan pada ujian yang
pertama.
(ii) Kaedah bentuk selari
Kaedah ini memerlukan pentadbiran yang selari atau sama banyak
terhadap ujian yang diberikan kepada kumpulan yang sama dan
pengiraan berkaitan koefisien di antara dua set markah. Walaupun
kedua-dua bentuk dilakukan semasa waktu ujian yang sama atau
dalam dua waktu yang berlainan dengan masa yang terhad. Masalah
yang selalu timbul dengan kaedah ini adalah menganggarkan
kesukaran kebolehpercayaan dalam membentuk dua set yang selari
dalam isi kandungan dan ciri-ciri sifat tersebut.
Jika ujian ini dilakukan dalam masa yang singkat; pembelajaran,
motivasi dan keadaan penilaian tidak akan mempengaruhi pertalian
Ujian Kebolehpercayaan berkaitan Norma-norma
Kaedah Ujian-semula
Bentuk Selari
Pembahagian Setengah
Kuder-Richardson Formula 21
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
40
koefisien. Ujian kebolehpercayaan yang dilakukan dalam pendidikan
selalunya menggunakan kaedah ini.
(iii) Kaedah pembahagian setengah(split-half)
Apabila kaedah ini digunakan, ujian akan dibahagikan kepada
setengah dan markah di antara kedua-duanya berkait rapat. Kaedah
ini memerlukan satu perlaksana terhadap ujian tersebut dan tidak
memerlukan pembentukan ujian kedua. Melalui kaedah ini, ia
mungkin akan membentuk satu perkembangan pertalian koefisien. Ia
selalunya digunakan untuk menganggar kebolehpercayaan koefisien
untuk ujian pengetahuan. Ia juga boleh digunakan terhadap ujian
kemahiran yang berhubung-kait.
Koefisien kebolehpercayaan boleh dikira melalui keadah ini bagi ujian
adalah hanya setengah dari ujian asal. Ini adalah kerana
kebolehpercayaan selalunya akan meningkat dalam bentuk
berpanjangan dan kebolehpercayaan untuk ujian ini memerlukan
anggaran. Formula Spearman-Brown selalunya digunakan untuk
kaedah ini. Formulanya adalah:-
Ujian penuh kebolehpercayaan = 2 x setengah ujian kebolehpercayaan
1 + setengah ujian kebolehpercayaan
Jika kebolehpercayaan di antara dua setengah ialah +.80,
kebolehpercayaan terhadap ujian penuh akan didapati seperti berikut:
Ujian penuh kebolehpercayaan = 2 x .80 = 1.60 = .89
1 + .80 = 1.80
Kaedah ini selalunya digunakan untuk menganggarkan koefisien
kebolehpercayaan bagi ujian pengetahuan. Ia juga boleh digunakan
bagi sesetengah ujian kemahiran di mana ia mempunyai hubungan
dengan keganjilan dan percubaan.
(iv) Kaedah Kuder-Richardson Formula 21
Kuder dan Richardson telah membentuk satu formula untuk mengira
half test. Untuk setiap pembahagian, ia mempunyai koefisien
kebolehpercayaan yang berlainan. K-R 20 menganggarkan pertalian
yang sama yang mungkin wujud jika kombinasi pembahagian
setengah berhubung-kait. Dua asas andaian dalam kaedah ini iaitu:
(1) jenis ujian boleh di kira 1 untuk betul dan 0 untuk salah; dan
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
41
(2) jumlah markah adalah sama jumlah terhadap markah jenis ujian.
Seperti mana yang di terangkan dalam kaedah pembahagian setengah,
formula Kunder-Richardson sepatutnya digunakan dalam ujian faktor
kepantasan yang penuh. Sejak K-R 20 memerlukan pengiraan, ia
adalah formula yang mudah, K-R 21, selalunya digunakan untuk
menyediakan anggaran kasar dari K-R 20. Formula untuk K-R 21
adalah:
r
KR
= n 1 X (n X )
n-1 n(s
2
)
n = nombor item
X = purata ujian
s
2
= kekerapan ujian ( kekerapan jawapan dengan betul)
n = 50, X = 40, dan s
2
= 25
r
KR
= 50 1- 40 ( 50 40 )
49 50 ( 25 )

= 50 1- 40 ( 10 )
49 1000

= 1.02 ( 1- .40 )
r
KR
= 1.02 ( .60 ) = .61
Melalui formula K-R, ia memberikan kebolehpercayaan anggaran
konservatif yang digunakan ketika bentuk ujian di mana
kesukarannya berbeza.
(b) Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria.
Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten,
atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau
tidak mahir. Ebel (1979) menegaskan bahawa ujian kebolehpercayaan
berkaitan kriteria boleh dikenalpasti dalam bentuk yang sama dengan ujian
kebolehpercayaan berkaitan norma-norma; iaitu, ujian semula, bentuk selari,
pembahagian setengah atau Kunder-Richardson formula.
Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria mungkin dianggarkan melalui
pembahagian persetujuan koefisien. Melalui prosedur ini, ujian ini
dilakukan dalam kumpulan dalam asas keputusan dalam markah ujian,
setiap individu di klasifikasikan sebagai mahir atau tidak mahir. Begitu juga
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
42
untuk hari berikutnya. Pembahagian persetujuan di kenalpasti melalui
berapa banyak ahli kumpulan diklasifikasikan sebagai mahir atau tidak
mahir dalam kedua ujian yang dilakukan. Sesetengah klasifikasi di antara
ujian dalam dua hari mungkin di sebabkan peluang.
(c) Faktor-faktor mempengaruhi kebolehpercayaan.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ujian kebolehpercayaan,
iaitu:
(i) Kaedah permarkahan lebih banyak objektif dalam ujian, lebih tinggi
kebolehpercayaan.
(ii) Kumpulan yang pelbagai koefisien berdasarkan jumlah markah
daripada yang berumur lima belas tahun, kemungkinan akan menjadi
lebih kecil daripada markah ujian yang berdasarkan kumpulan saiz
yang sama. Ini termasuklah empatbelas, limabelas, enambelas tahun.
Oleh yang demikian, apabila koefisien kebolehpercayaan terhadap
ujian tersebut berdasarkan permarkahan ujian daripada kumpulan
yang tinggi kebolehannya, ia akan menjadi anggaran yang berlebihan.
(iii) Tempoh masa ujian lebih lama ujian tersebut, lebih bagus
kebolehpercayaan. Hubungkait ini adalah benar dalam persembahan
fizikal dan ujian pengetahuan.
(iv) Kaedah prosedur arahan mestilah jelas, semua pengambil ujian
hendaklah bersedia untuk diberi ujian, bermotivasi dan melakukan
ujian dengan cara yang sama dan penilaian persekitaran seharusnya
menjadi pendorong dalam persembahan yang bagus.
3.1.3 Objektiviti
Ujian mempunyai objektiviti yang tinggi apabila dua atau lebih individu yang
melakukan ujian yang sama dengan kumpulan yang sama dan menganggarkan
akan memperolehi keputusan yang sama. Objektiviti adalah tertumpu kepada
bentuk kebolehpercayaan dan boleh ditentukan melalui ujian semula (dengan
individu yang berbeza melakukan ujian) dengan prosedur yang berkaitan.
Sesetengah bentuk pengukuran mempunyai lebih objektif daripada yang lain.
Ujian betul-salah, pilihan jawapan dan padankan mempunyai objektiviti yang
tinggi apabila kunci jawapan diberikan, manakala ujian esei pula mempunyai
objektiviti yang rendah. Pengukuran terhadap kebolehan lompatan, balingan
bebas, balingan jarak jauh, dan berjaya dalam memanah adalah objektif, tetapi
tidak dalam sukan pengadilan terhadap kualiti persembahan dalam gimnastik,
terjunan, dan meluncur.
Objektiviti boleh ditentukan apabila sesetengah faktor wujud iaitu:
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
43
(a) Arahan yang lengkap dan jelas untuk dilakukan dan markah ujian
diberikan.
(b) Melatih penguji melakukan ujian. Semua penguji hendaklah mentadbir
ujian dengan cara yang sama.
(c) Contoh prosedur pengukuran diikuti. Jika pengukuran tersebut sukar,
banyak kesilapan yang akan timbul.
(d) Bahan mekanikal dalam pengukuran adalah sesuai. Dengan menggunakan
bahan yang sesuai akan merendahkan kadar kesilapan dalam pengukuran.
(e) Keputusan dinyatakan dalam nombor. Markah dinyatakan dalam frasa atau
terma-terma akan memberi impak terhadap objektiviti.
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi objektiviti. Ia adalah:
(a) Kejelasan sistem permarkahan; dan
(b) Kadar di mana hakim dapat memberi markah dengan tepat.
3.1.4 Norma-norma
Norma-norma adalah sekumpulan peserta, yang mana keputusan tersebut
digunakan untuk membuat tafsiran di antara peserta lain. Norma-norma adalah
nilai yang berhubung-kait dengan keputusan seseorang dalam masyarakat
umum. Sesetengah jawatankuasa mencadangkan nombor peserta yang minimum
untuk membuktikan norma-norma adalah seratus orang untuk setiap kategori.
Sebagai contoh, nombor populasi penduduk adalah kurang daripada seratus, atau
contoh di antara populasi penduduk (contoh: kumpulan-kumpulan tertentu)
adalah kurang daripada seratus, ia selalunya lebih tepat untuk merujuk kepada
data sebagai keputusan secara perbandingan dan lebih tepat daripada norma-
norma.
Peratusan daripada norma-norma yang menjelaskan dengan menghuraikan
kategori-kategori seperti teruk, kurang memuaskan, memuaskan, dan cemerlang.
Norma-norma selalunya diterjemahkan dalam populasi yang besar, seperti
pelajar sesebuah negara sebagai keseluruhannya.
KRITERIA PEMILIHAN UJIAN DALAM PENILAIAN
Kriteria-kritera pemilihan ujian dalam penilaian kesahan, kebolehpercayaan dan
objektiviti hendaklah di ambil kira apabila memilih atau membentuk ujian. Jika
3.2
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
44
dua ujian bersamaan dengan kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti, kriteria
di bawah boleh menolong anda mengenalpasti ujian mana yang boleh dipilih. Sila
rujuk Rajah 3.3.
Rajah 3.3: Kriteria pemilihan ujian dalam penilaian
Penerangan bagi kriteria-kriteria tersebut:
(a) Mudah ditadbir
(i) Adakah anda memerlukan pembantu untuk melakukan ujian? Jika
perlu, adakah anda melatih pembantu anda atau bertanyakan pengajar
lain untuk membantu anda? Pelatih penguji pelajar memerlukan masa
yang banyak, tetapi memerlukan pentadbir ujian yang berkelayakan
untuk melakukannya.
(ii) Adakah arahan senang untuk diikuti? Pengambil ujian hendaklah
memahami arahan dan tidak kiralah siapa yang mentadbir ujian
tersebut, keputusan hendaklah sama.
(iii) Adakah ujian bersesuaian dengan kehendak pengambil ujian? Mereka
hendaklah tidak sakit selepas mengambil ujian.
(b) Kos pentadbiran ujian
Adakah ujian tersebut memerlukan peralatan yang mahal di mana anda
tidak mampu untuk membeli? Ujian yang hendak dilakukan hendaklah
berpatutan dan mudah dengan peralatan yang sedia ada. Tidak perlu
melakukan ujian sekiranya anda tidak mampu dengan kos yang diperlukan.
Kriteria Pemilihan Ujian dalam Penilaian
Mudah ditadbir
Kos Pentadbiran Ujian
Sumber Manusia dan Peralatan
Memenuhi Objektif
Mencabar dan Bermakna
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
45
(c) Sumber manusia dan peralatan
Sumber manusia dan peralatan adalah amat penting untuk melakukan
sesuatu ujian. Sekiranya sumber manusia dan peralatan tidak mencukupi, ia
akan menyukarkan anda untuk melakukan ujian tersebut.
(d) Memenuhi objektif
Objektif amat penting dalam melakukan sesuatu ujian. Ia merupakan asas
dalam apa jua ujian yang hendak kita lakukan. Objektif dan matlamat akan
menentukan apa yang hendak kita lakukan dan apa keputusan yang kita
dapat. Dalam apa jua ujian yang hendak dilakukan, objektif adalah akar
atau asas dalam ujian. Dengan keputusan yang anda dapat, ia akan memberi
kesan terhadap ujian yang dilakukan. Sekiranya ujian dilakukan tanpa
objektif yang kukuh, ia akan menjadi sia-sia kerana anda tidak tahu apa
yang hendak dinilai.
(e) Mencabar dan bermakna
Ujian yang hendak dilakukan hendaklah bermakna dan mencabar. Ini
kerana ia amat penting demi tujuan ujian yang hendak dilakukan. Sekiranya
ia tidak mencabar dan bermakna, ia akan mengurangkan keberkesanan
terhadap ujian tersebut.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UJIAN
DAN PENILAIAN
Kunci untuk penilaian adalah merancang sebelum ujian itu diberikan. Ini diikuti
semasa perancangan tersebut dan selepas pentadbiran ujian dilakukan.
3.3.1 Persediaan Pra-ujian
Anda merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang
anda lakukan adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan
lancar. Persediaan pra-ujian adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud
sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia termasuklah beberapa tugasan iaitu
3.3
Terangkan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pemilihan ujian dan
penilaian.
SEMAK KENDIRI 3.1
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
46
memahami ujian tersebut, memajukan prosedur ujian, memajukan arahan, pra-
perancangan terhadap individu yang hendak dilakukan ujian, merancangkan
ujian percubaan dan pemanasan, menyediakan peralatan dan kemudahan untuk
ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian yang
diperlukan, dan memberi ujian. Ini dijelaskan dengan terperinci di bawah:
(a) Memahami ujian
Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk
pertama kali, baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang
ujian yang kamu baca. Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas
pandang segelintir prosedur , dimensi dan bentuk ujian tersebut.
(b) Memajukan prosedur ujian
Apabila anda dah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan dengan
memajukan prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini termasuklah
pemilihan prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan sama ada untuk
melakukan ujian secara serentak terhadap semua individu atau dalam
berkumpulan dan memastikan sama ada seorang sahaja melakukan ujian
tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama sendiri.
Jika anda merancang untuk mentadbir beberapa ujian dalam hari yang
sama, maka kepenatan mereka akan membataskan. Jangan beri ujian yang
melibatkan kumpulan otot yang sama. Juga, jangan rancang untuk
mentadbir acara yang memenatkan, seperti marathon atau ujian
kesungguhan yang maksimum. Langkah yang seterusnya adalah mengenal
pasti keperluan markah dan unit pengukur. Sebagai contoh, dalam ujian
curl-up, anda mungkin memerlukan individu tersebut memulakan dalam
keadaan telentang, dengan keadaan bahu rapat dengan lantai dan lutut
lurus. Kemudian, dengan lengan bersilang dan tangan diletakkan dalam
keadaan bertentangan untuk bangkit sampai kedua-dua siku menyentuh
peha, dan akhir sekali, balik kepada keadaan permulaan. Semua dikira satu
jika ia dilakukan dengan betul.
Di sini juga, apabila diperlukan, anda hendaklah memilih unit dalam
pengukuran bagaimana anda hendak masukkan markah. Sebagai contoh,
adakah anda hendak mengira jarak dalam kaki atau inci atau kedua-duanya
sekali; masa dalam minit atau saat atau kedua-duanya sekali? Untuk
memastikan markah boleh dianalisa dengan cepat dalam matematiknya,
anda hendaklah menggunakan salah satu unit pengukuran dan selalunya
dalam ukuran kecil.
Di tahap ini juga, anda haruslah memutuskan apa yang hendak dilakukan
sekiranya individu tersebut melakukan kesilapan semasa ujian dilakukan.
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
47
Sama ada anda mengabaikan kesalahan tersebut, memberi amaran dan terus
mengira ujian tersebut, atau memberi potongan markah, anda perlulah
pastikan ia dilakukan terhadap semua individu.
Akhir sekali, prosedur keselamatan amat penting. Selalulah rancang untuk
menggunakan tindakan yang segera dalam ujian di mana individu boleh
mendapat kecederaan atau semasa melakukan ujian kepada individu yang
berumur. Jika anda tidak pernah melakukan ujian-ujian yang tertentu sebelum
ini, cubalah satu atau dua percubaan pentadbiran sebelum ujian yang sebenar. Ini
adalah ujian yang terbaik, bukan sahaja dalam perubahan dan penambahan
dalam prosedur yang hendak dilakukan, tetapi juga untuk melatih pentadbiran
secara peribadi.
(c) Memajukan arahan
Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memajukan tujuan.
Ia bertepatan penerimaan untuk membaca arahan kepada kumpulan
sebelum melakukan ujian tersebut terhadap mereka. Arahan tersebut
hendaklah mudah untuk difahami dan mestilah diikuti dengan perkara-
perkara berikut:
Prosedur pentadbiran;
Arahan terhadap persembahan;
Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan yang salah;
dan
Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.
(d) Menyediakan pelajar atau prosedur program
Memberitahu ujian yang akan dilakukan, maka mereka boleh berlatih. Ia
akan meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau kumpulan tersebut
tidak biasa dengan ujian yang diberikan, lebihkan masa kepada mereka
untuk menerangkan, sehari sebelum ujian tersebut dilakukan. Ini
termasuklah teknik-teknik untuk meningkatkan markah ujian, dan
memerhati latihan pra ujian tersebut.
Walaupun seseorang itu telah didedahkan terhadap ujian tersebut, mereka
juga memerlukan masa untuk mengingati teknik-teknik yang diperlukan.
Dengan tanggapan beberapa pengkaji keadaan, individu tersebut haruslah
di beritahu ujian apa yang akan dilakukan dan apa yang terlibat. Ini
membolehkan mereka bersedia daripada segi fizikal dan minda.
(e) Merancangkan ujian percubaan dan pemanasan
Sebelum ini, anda mempelajari bahawa kebolehpercayaan meningkatkan
pemanasan pra ujian. Sifat terhadap pemanasan hendaklah dirancang.
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
48
Pemanasan hendaklah dilakukan secara terperinci terhadap kemahiran yang
hendak dilakukan.
(f) Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian
Anda hendaklah mempunyai semua peralatan yang diperlukan dan
persediaan kemudahan tempat sehari sebelum ujian dilakukan. Mempunyai
kesemua peralatan yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda
tempat yang betul apabila para pengambil ujian sampai pada waktunya dan
menghindarkan masalah yang akan timbul apabila para pengambil ujian
menunggu giliran mereka.
(g) Membuat kertas permarkahan
Menyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli
kumpulan atau individu kad permarkahan. Masukkan kesemua nama
peserta dalam kertas atau kad permarkahan sebelum ujian dilakukan.
Terdapat banyak kelebihan menggunakan kertas permarkahan. Kad
permarkahan membolehkan peserta untuk bergilir ketika melakukan ujian
di stesen-stesen dan memudahkan mengisi markah dengan cepat selepas
melakukan ujian tersebut. Apabila seseorang melakukan ujian sambil
merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan, masa boleh dijimatkan.
(h) Menganggarkan masa ujian yang di perlukan
Apabila ujian tidak mengambil keseluruhan kelas atau waktu program atau
apabila setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu,
anda haruslah merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi masa yang
terluang. Jika ujian program kecergasan dilakukan terhadap agensi atau
syarikat, perancangan yang sama diperlukan. Menganggarkan masa yang
diperlukan dalam mentadbir ujian boleh minimumkan kekeliruan dan
maksimumkan penggunaan masa yang ada.
3.3.2 Perlaksanaan Ujian
Jika anda merancang dengan teliti, penilaian yang dilakukan akan berjalan
dengan lancar. Walaupun anda mengambil berat sewaktu hari ujian itu
dilaksanakan, anda juga haruslah lengkap dengan persediaan para pengambil
ujian, motivasi dan keselamatan. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 3.4 yang berikut.
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
49
Rajah 3.4: Perlaksanaan ujian
Sila baca penerangan berikut untuk memahami perlaksanaan ujian dengan lebih
jelas:
(a) Persediaan
Para pengambil ujian seharusnya mengetahui ujian apa yang akan
dilakukan dan mengapa ujian itu di laksanakan. Perkara pertama sekali
yang perlu diambil kira adalah latihan. Selepas itu, terangkan arahan dan
prosedur tersebut. Jika perlu, lakukan persembahan sebagai contoh. Selain
itu, bertanyakan ujian sebelum dan selepas persembahan itu dilakukan.
Bagaimanapun, ini boleh mengurangkan ketepatan ujian, kerana bagi
setengah ujian, pengambil ujian tidak harus tahu dengan mendalam. Ini
boleh meningkatkan ketidakbolehpercayaan ujian tersebut.
(b) Motivasi
Berikan kepada semua pengambil ujian yang sama tahap motivasi dan
galakan. Walaupun kita semua memberikan galakan terhadap pengambil
ujian yang lemah, kita seharusnya memberikan layanan yang sama terhadap
semua pengambil ujian. Jika perlu, nyatakan markah ketika para pengambil
ujian melakukan percubaan yang pertama. Ini akan memberikan motivasi
kepada mereka untuk lakukan yang terbaik untuk percubaan yang kedua.
Elakkan memaklumkan markah yang boleh memalukan para pengambil
ujian.
(c) Keselamatan
Semasa sesi penilaian dilakukan, perhatikan masalah keselamatan yang
timbul. Para pengambil ujian akan mengabaikan keselamatan jika mereka
tidak mengikut arahan.
Perlaksanaan
Ujian
Persediaan Keselamatan Motivasi
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
50
3.3.3 Penilaian dan Pelaporan
Rasionalnya melakukan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat para
peserta dan hal yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya
boleh digunakan selepas ujian itu dilakukan. Keputusan ujian hendaklah
dipulangkan kepada para peserta kerana ia akan lebih bermakna untuk mereka
dalam proses penilaian. Penilaian dan pelaporan termasuk dalam prosedur
selepas ujian. Menilai markah ujian dan menyimpan serta melaporkan keputusan
ujian diterangkan seperti berikut:
(a) Menilai markah ujian
Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-
teknik yang tertentu. Ini memerlukan memasukkan data dalam komputer
untuk dinilai, menyimpan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis
adalah untuk mendedahkan ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses
pengajaran atau melaksanakan program dan memberi maklumat terhadap
kumpulan pengambil ujian dan menyediakan data untuk permarkahan atau
tujuan yang lain. Sesetengah individu tertarik dengan markah mereka
sendiri. Pelaporan keputusan ujian kepada peserta adalah cara motivasi
yang berkesan.
(b) Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian
Menyimpan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan
kertas permarkahan dan menganalisis mereka dalam fail yang tertentu.
Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan di antara kelas dan
kumpulan di antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan
pembangunan norma-norma. Untuk pengetahuan bahawa kumpulan atau
taraf kelas, selalunya berdasarkan keputusan ujain dan analisis anda.
Walaupun tidak penting untuk mengenalpasti markah, selalunya dalam
situasi di mana rekod kad yang tetap untuk setiap pelajar atau pengambil
ujian itu disimpan. Ia melalui kad yang disimpan, di mana mengikuti
perkembangan para pelajar daripada satu tahap ke satu tahap dan para
peserta dari tahun ke tahun, di mana anda boleh mengenalpasti
peningkatan dari masa ke semasa.
AKTIVITI 3.2
Kesempurnaan terhadap program penilaian bergantung kepada
keberkesanan perancangan persediaan pra-ujian. Apakah jenis-jenis
perancangan dan prosedur yang patut anda gunakan untuk mentadbir
ujian tersebut?
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
51
Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu d pertimbangkan apabila
melakukan penilaian dalam ujian.
Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam
ujian.
Tiga jenis keterangan kesahan untuk ujian berkaitan norma adalah isi
kandungan kesahan, kriteria-kriteria kesahan, dan bentuk kesahan.
Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara langsung dalam
menentukan kelakuan objektif.
Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten.
Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten,
atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau
tidak mahir.
Objektiviti adalah tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh
menentukan melalui ujian semula (dengan individu yang berbeza melakukan
ujian) melalui prosedur yang berkaitan.
Norma-norma adalah sekumpulan peserta, yang mana keputusan tersebut
digunakan untuk membuat tafsiran di antara peserta lain.
Kriteria-kritera pemilihan ujian dalam penilaian kesahan, kebolehpercayaan
dan objektiviti adalah mudah di tadbir, kos pentadbiran ujian, sumber
manusia dan peralatan, memenuhi objektif, mencabar dan bermakna.
Terdapat tiga faktor dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian
iaitu persediaan pra ujian, perlaksanaan ujian dan penilaian dan pelaporan.
Norma-norma
Kesahan
Kriteria
Kebolehpercayaan
Objektiviti
Perlaksanaan Ujian
Penilaian dan Pelaporan
TOPIK 3 PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
52
Baumgartner, A, T. & Jackson, S, A & Mahar, T, M & Rowe,A, D. (2003).
Measurement for Evaluation in Physical Education & Exercise Science. New
York, US: Mc Graw Hill, Co. Bab 6: The Nature of Tests and Their
Administration, with Application to Individuals with Disabilities.
David, K, M. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How.
New York, US: Mc Graw Hill, Co. Bab 5: What Is a Good Test?
Popham, W, J. (2000). Modern Educational Measurement: Practica Guidelines
for Educational Leaders. Gould Street, Needham, MA: A Pearson
Education, Co. Bab 7: High-Quality Comparative Data.