Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Kita mengetahui bahawa sebagai guru pendidikan jasmani, tujuan ujian


dijalankan adalah bagi menguji tahap kecergasan murid. Banyak kaedah yang
digunakan untuk membuat penilaian bagi tujuan mengukur tahap kelembutan,
daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kepantasan muridmurid. Setiap
ujian yang dijalankan akan diberi gred untuk menentukan tahap kecergasan
murid. Gredgred ini akan dinilai berdasarkan kebolehan dan kemampuan
seseorang pelajar.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
4
4

Penggredan
dalam
Pendidikan
Jasmani
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan definisi dan konsep penggredan dalam pendidikan
jasmani;
2. Menjelaskan matlamat dan objektif pendidikan jasmani;
3. mengenalpasti prinsip-prinsip penggredan dalam pendidikan
jasmani;
4. Menentukan jenis gred yang akan digunakan dalam pendidikan
jasmani;
5. Mengenalpasti kriteria dalam pemilihan gred; dan
6. Menerangkan tentang penggredan mutlak.
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
54
Untuk pengetahuan anda, sistem penggredan diwujudkan untuk memenuhi
keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pengajaran dalam pendidikan
jasmani perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini bukan saja dapat
memberi maklum balas terhadap pembelajaran dan kecergasan murid, tetapi ia
juga dapat menentukan keberkesanan pengajaran guru pendidikan jasmani.
Dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang konsep asas kepada
penggredan dengan melihat pelbagai definisi yang dikemukakan. Selanjutnya,
kita akan memberi tumpuan kepada matlamat gred dalam pendidikan jasmani di
Malaysia.
KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT
Kita boleh mendefinisikan gred sebagai satu simbol yang melambangkan
perkembangan dan kemajuan, di mana ia bertindak sebagai satu rekod kekal bagi
menunjukkan pencapaian pelajar. Proses pengukuran dan penilaian akan lebih
bermakna jika gred mencapai matlamat yang diingini. Sebagai guru, kita mesti
mengaitkan objektif pembelajaran dengan gred yang akan diberi. Pelbagai kaedah
boleh digunakan untuk menentukan gred, dan pilihan ada di tangan guru itu
sendiri. Guru hendaklah konsisten dan adil dalam memberi gred kepada pelajar.
Dalam erti kata lain, gred bertujuan mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Gred penilaian dapat digunakan untuk
tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki
pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi
maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
Di Malaysia, sistem penggredan diwujudkan pada tahun 1989, dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), di mana penilaian formal telah
diperkenalkan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan
Satu. Pada tahun ini, markah atau gred bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani
telah dimasukkan dalam buku laporan pelajar. Ia bertujuan menilai tahap
kecergasan fizikal pelajar yang diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA).
4.1
AKTIVITI 4.1
Sebelum anda meneruskan pembacaan, nyatakan apa yang anda fahami
dengan istilah ujian, pengukuran dan penilaian. Bandingkan jawapan
awal anda dengan apa yang dibincangkan seterusnya di bawah.
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
55
4.1.1 Kepentingan Penggredan
Dalam bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberi
laporan tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi infomasi kepada
beberapa kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibubapa. Mari kita lihat
dengan lebih lanjut kegunaan gred kepada kumpulan yang disebutkan berikut:
4.1.2 Pelajar
Gred memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut.
Sesetengah pelajar menganggap bahawa melalui gred, mereka akan lebih berusaha
dan bekerja keras untuk mencapai markah yang terbaik dan tertinggi. Ini
merupakan satu cara untuk memotivasi palajar untuk lebih berdaya saing.
4.1.3 Ibubapa
Gred itu sendiri memberi maklumat kepada ibubapa tentang pencapaian anak
mereka di sekolah. Dengan ini, masalah pembelajaran anak-anak dapat dipantau
oleh ibubapa di rumah. Ibubapa juga dapat mengenalpasti punca kemerosotan
anak-anak mereka dalam matapelajaran tersebut. Melalui gred juga, ibubapa dapat
membuat rancangan untuk pendidikan anak-anak mereka di masa harapan.
4.1.4 Guru
Guru haruslah menentukan gred penilaian kepada pelajar. Dengan membuat
penilaian, guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan seseorang pelajar
itu. Ia juga boleh menilai tahap pengajaran guru itu sendiri, sama ada ianya efektif
dan program pembelajaran adalah efisien. Perubahan dapat dilakukan jika terdapat
banyak pelajar yang gagal mendapat gred yang baik. Apa yang perlu diingat ialah
pemahaman murid dalam satu-satu matapelajaran melambangkan keberkesanan
guru mengajar.
4.1.5 Pentadbir
Pihak pentadbir menggunakan gred untuk menentukan sama ada pelajar telah
memenuhi kehendak objektif pembelajaran yang dibuat. Ia juga dapat digunakan
sebagai rujukan untuk melihat rekod pelajar. Dengan ini, penganugerahan dapat
diberi kepada pelajar yang telah berjaya mendapat gred yang baik.
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
56
4.1.6 Prinsip-prinsip Penggredan dalam Pendidikan
Jasmani ialah:
Prinsip-prinsip penggredan dalam pendidikan jasmani adalah seperti berikut:
(a) Penggredan boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan
memberi maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa,
guru, pentadbir dan pelajar itu sendiri. Ia dikenali sebagai satu proses
penilaian yang mudah difahami oleh semua orang. Seperti yang kita
maklum, setiap orang pelajar adalah unik. Hasil penggredan ini dapat
memberi maklumat dengan lebih lanjut tentang kelebihan dan kelemahan
seseorang murid.
(b) Gred adalah penilaian berterusan di mana ia boleh dijadikan sebagai
panduan pendidik untuk menunjukkan pencapaian pelajar. Penggredan
juga digunakan untuk menentukan status semasa murid. Seperti yang
diperkatakan oleh Kirkendal, Grubel dan Johnson (1987), penentuan status
semasa murid ini merangkumi pemberian gred dan memberi maklum balas
untuk meningkatkan prestasi.
(c) Dengan menggunakan gred, matapelajaran pendidikan jasmani akan dapat
mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. Dengan
menggunakan gred secara berterusan, ia menjadi penyebut kepada pecahan
untuk semua kelas.
(d) Menjadi kelaziman untuk ukuran/kriteria rujukan kepada ujian, yang mana
gred menentukan prestasi secara tepat dan khusus. Seorang murid lebih
suka menunjukkan skil dan kecekapan daripada memilih satu jawapan
daripada beberapa soalan dalam ujian bertulis. Jenis penilaian ini boleh
menyebabkan diskriminasi di antara murid dan peluang untuk menentukan
gred sewajarnya.
(e) Sejarah menunjukkan bahawa pendidikan jasmani telah dikritik kerana
tidak menghiraukan cara, bahasa dan ujian yang dijalankan. Ujian yang
digunakan sering kali tidak tepat, kurang matlamat dan tiada piawaian
yang diperlukan untuk mencari ketepatan dalam pengukuran. Dengan
menggunakan gred kritikan ini, ia dapat ditepis dan telah berjaya
menyakinkan orang ramai.
(f) Melalui gred juga, para guru boleh menggunakan maklumat bagi memilih
pelajar yang terbaik untuk mewakili sekolah. Dengan menggunakan
kriteria-kriteria tertentu, gred dapat menunjukkan sama ada pelajar dapat
bersaing dengan lebih baik dan proses pemilihan dapat dilaksanakan
dengan lebih saksama tanpa unsur biasa.
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
57
PENENTUAN GRED DALAM PENDIDIKAN
JASMANI
Guru pendidikan jasmani seharusnya dapat menentukan cara yang hendak
digunakan untuk menentukan gred di dalam pendidikan jasmani. Di bawah
adalah senarai asas penggredan dalam pendidikan jasmani. Gred mestilah
berdasarkan faktor pengukuran yang dapat menunjukkan pencapaian murid
dalam tiga domain pembelajaran. Menjadi tanggungjawab guru untuk mereka
bentuk teknik ujian yang bersesuaian bagi menentukan perkembangan murid
dalam psikomotor, kognitif dan afektif domain. Banyak faktor digunakan oleh
guru pendidikan jasmani dalam pemilihan gred. Ia selalunya berdasarkan tiga
domain; iaitu faktor psikomotor, faktor kognitif dan faktor afektif seperti yang
diterangkan seterusnya. Lihat Rajah 4.1.
Rajah 4.1: Faktor dalam pemilihan gred pendidikan jasmani
4.2.1 Faktor Psikomotor
Faktor psikomotor banyak digunakan oleh guru pendidikan jasmani bagi menilai
kebolehan dan kecekapan fizikal murid. Ia melibatkan kemahiran otot-otot kecil
dan otot-otot besar. Antara aktiviti yang digunakan untuk penggredan ialah
kemahiran dalam aktiviti, kecergasan dan prestasi dalam permainan. Mari kita
lihat Jadual 4.1 untuk mengetahui bagaimana gred digunakan untuk menilai
aktiviti.
4.2
Faktor dalam Pemilihan Gred Pendidikan Jasmani
Faktor Psikomotor Faktor Kognitif Faktor Afektif
AKTIVITI 4.2
Senarai dan terangkan matlamat penggredan di dalam pendidikan
jasmani?
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
58
Jadual 4.1: Penggunaan gred dalam menilai aktiviti
Penggunaan Gred dalam Menilai Aktiviti Penerangan
(a) Kemahiran dalam aktiviti Dua aspek yang digunakan untuk memberi
gred dalam penilaian kemahiran dalam
aktiviti adalah pencapaian dan
peningkatan. Gred bagi pencapaian diberi
selepas selesai proses pembelajaran,
manakala gred bagi peningkatan diberi
pada permulaan dan setelah selesai
sesuatu pengajaran.
(b) Kecergasan Untuk makluman anda di Malaysia, gred
untuk kecergasan diberi berdasarkan
pencapaian pelajar yang diukur melalui
Ujian Daya Tenaga Asas. Gred kecergasan
diberi berdasarkan norma-norma yang
ditetapkan untuk menentukan sama ada
pelajar itu cergas atau tidak cergas. Ianya
banyak dilakukan oleh guru-guru kerana
ia mudah diurus dan tidak memerlukan
banyak alat.
(c) Prestasi dalam permainan Bagi prestasi dalam permainan pula, gred
akan diberi berdasarkan kemuncak
kemajuan di dalam permainan. Ia boleh
dilakukan dengan mengadakan permainan
kecil selepas pembelajaran atau guru itu
mengadakan pertandingan. Anda
memerlukan tahap pemerhatian yang baik
bagi memberi gred yang sesuai kepada
murid semasa permainan berlangsung.
4.2.2 Faktor Kognitif
Seperti yang anda ketahui, ujian kognitif adalah untuk mengukur pengetahuan
dan kepintaran pelajar. Dalam faktor kognitif, gred diberi berdasarkan
pengetahuan murid dalam bidang pendidikan jasmani. Sebagai contoh, penilaian
mestilah berdasarkan pengetahuan murid dalam undang-undang permainan,
sejarah dan teknik-teknik yang digunakan. Tetapi, seringkali penilaian ini
diabaikan oleh para guru kerana mereka lebih menitikberatkan tentang praktikal
sesuatu permainan.
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
59
4.2.3 Faktor Afektif
Gred untuk faktor afektif pula merangkumi penilaian daripada segi perasaan,
nilai-nilai dan emosi individu. Gred boleh diberi oleh guru melalui pemerhatian
dan interaksi secara langsung dengan murid. Kebanyakan guru pendidikan
jasmani merasakan gred yang diberi berdasarkan faktor kognitif ini tidak begitu
efektif untuk digunakan kerana penilaiannya tidak begitu jelas. Mereka lebih
cenderung menitikberatkan pemberian gred dalam faktor psikomotor dan
kognitif. Ada juga yang berpendapat sebaliknya bagi ujian ini. Gred dalam faktor
kognitif boleh diberi berdasarkan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh
murid semasa berlakunya permainan. Kedatangan murid juga boleh digunakan
dalam pemberian gred bagi matapelajaran pendidikan jasmani.
JENIS-JENIS GRED
Gred terbahagi kepada tiga jenis, iaitu sistem gred tradisional, sistem lulusgagal
dan sistem pemerian atau gambaran. Ketiga-tiga sistem gred ini digunakan secara
meluas di mana-mana sistem pendidikan di dunia. Mari kita lihat jenis gred yang
digunakan dengan lebih lanjut. Sila rujuk Rajah 4.2.
Rajah 4.2: Jenis-jenis gred
Jenis-jenis
Gred
Gred Tradisional Sistem Pemerian atau
Gambaran
Sistem Lulusgagal
4.3
AKTIVITI 4.3
Sebelum anda meneruskan pembacaan, senaraikan tiga faktor yang diberi
gred dalam pendidikan jasmani dan bincang faktor manakah yang lebih
berkesan dalam pemberian gred kepada pelajar.
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
60
Sistem gred tradisional merupakan sistem di mana gred diberi menggunakan
huruf ( A, B ,C, D, E ). Sebagai contoh, PMR, atau dalam sesetengah kes, ianya
diberi berdasarkan nombor seperti ( 1, 2, 3, 4, 5, 6 ), sebagaimana yang digunakan
untuk menentukan gred untuk MUET. Sistem ini amat mudah, tepat dan
memberi banyak informasi selain dapat digunakan untuk meramal pencapaian
masa hadapan.
Sistem lulus-gagal pula menjelaskan sama ada murid dapat melengkapkan
objektif kursus secara berjaya atau tidak berjaya. Gred yang diberi adalah lulus
atau gagal. Ia mudah digunakan tetapi hanya menjelaskan sedikit maklumat
tentang pencapaian pelajar jika dibandingkan dengan sistem gred tradisional.
Sistem ini sesuai digunakan untuk kursus yang menggunakan teknik pendekatan
penguasaan dalam pembelajaran.
Sistem pemerian atau gambaran pula menggunakan ayat dan ungkapan untuk
menggambarkan prestasi pelajar. Contoh ayat yang digunakan ialah cemerlang,
sederhana, memuaskan dan kurang memuaskan. Sistem ini membolehkan murid
menilai tahap sebenar dalam pemahaman tentang pendidikan jasmani. Sistem ini
juga kadangkala digabungkan dengan sistem gred tradisional bagi memberi
informasi dengan lebih mendalam tentang pencapaian murid.
Kriteria pemilihan gred mestilah berdasarkan beberapa faktor, sebelum menilai
murid. Barrow dan McGee (1979) telah menyenaraikan beberapa faktor kriteria
untuk pemilihan gred bagi mendapat gred yang adil dan saksama di kalangan
pelajar. Mari kita lihat kriteria-kriteria yang disenaraikan:
(a) Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran. Jika faktor ini
tidak dimasukkan dalam objektif pengajaran, gred tidak boleh digunakan.
(b) Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti.
Sistem gred yang digunakan hendaklah konsisten dan harus menunjukkan
faktor pencapaian yang telah murid lakukan.
(c) Pemberat (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah
difahami oleh murid dan ibubapa. Teknik untuk menentukan gred juga
tidak harus dirahsiakan dikalangan murid dan ibubapa dan tidak terlalu
sukar sehingga kurang difahami oleh mereka.
(d) Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria, guru haruslah
mendiskriminasi antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah. Pelajar
yang beraksi dengan tahap yang lebih tinggi mestilah mendapat gred yang
terbaik daripada pelajar yang beraksi pada tahap yang buruk.
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
61
(e) Gred mestilah ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan hendaklah
dilaksanakan secara berkesan, terutama yang melibatkan masa, kos dan
personal. Dalam era ini, penggunaan komputer dilihat lebih berkesan dan
memberi guru lebih masa untuk persediaan di dalam kelas.
PENGGREDAN MUTLAK
Ada satu pendekatan yang berhubung antara satu sama lain. Rujukan norma
ialah satu cara untuk membentuk kriteria, di mana guru dapat mengasingkan
kelas kepada beberapa kumpulan berdasarkan kemampuan mereka. Kaedah ini
sesuai untuk guru yang baru mula mengajar dan guru yang masih kurang
pengalaman dalam kaedah rujukan kriteria bagi menilai skil, tahap kecergasan
kesihatan, tingkahlaku atau kognitif.
Rujukan kriteria boleh digunakan untuk menilai prestasi atau tingkahlaku dalam
kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, psikomotor, efektif dan
kognitif. Pendekatan ini digunakan sebagai penilaian kepada pengukuran yang
dibandingkan dengan piawaian yang ditetapkan sebagai contoh markah,
percubaaan yang berjaya dilengkapkan dan percubaan yang berjaya dan tidak
berjaya. Kadangkala, ia juga boleh dirujuk sebagai gred penguasaan. Berjaya
atau tidak pendekatan ini bergantung kepada kebolehan guru untuk
menyediakan piawaian yang bersesuaian. Ia banyak digunakan sebagai min bagi
penilaian dan pengukuran. Kelebihan rujukan kriteria ialah gred tidak
dipengaruhi oleh tahap kemahiran murid, sama ada ia tinggi atau rendah.
Gred adalah satu simbol yang melambangkan perkembangan dan kemajuan,
di mana ia bertindak sebagai satu rekod kekal bagi menunjukkan pencapaian
pelajar.
Di Malaysia, sistem penggredan diwujudkan pada tahun 1989 dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), dimana penilaian formal
telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar
Tingkatan Satu. Pada tahun ini, markah atau gred bagi matapelajaran
Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam buku laporan pelajar.
4.4
Cuba anda senarai dan terangkan kriteriakriteria untuk pemilihan gred.
SEMAK KENDIRI 4.1
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
62
Kepentingan gred juga dapat memberi maklumat kepada beberapa kumpulan
seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibubapa. Dengan ini, perkembangan
prestasi pelajar dapat diawasi dengan lebih baik dan berkesan.
Matlamat dan objektif penggredan dalam Pendidikan Jasmani ialah ianya dapat
digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi maklumat tentang
pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan pelajar itu
sendiri. Dengan menggunakan gred, matapelajaran pendidikan jasmani akan
dapat mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. Gred juga
membolehkan para guru menggunakan maklumat bagi memilih pelajar yang
terbaik untuk mewakili sekolah.
Faktor yang digunakan oleh guru pendidikan jasmani dalam pemilihan gred
selalunya berdasarkan tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.
Gred terbahagi kepada tiga jenis; iaitu sistem gred tradisional, sistem lulus-
gagal dan sistem pemerian atau gambaran.
Kriteria pemilihan gred mestilah berdasarkan beberapa faktor iaitu gred
mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran, dan gred mestilah
mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti.
Penggredan mutlak digunakan untuk menilai prestasi atau tingkahlaku di
dalam kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, psikomotor, efektif
dan kognitif.
Penggredan
Faktor Psikomotor
Faktor Kognitif
Faktor Afektif
Sistem Gred Tradisional
Sistem Lulus-gagal
Sistem Pemerian atau Gambaran
Penggredan Mutlak
TOPIK 4 PENGGREDAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
63
Douglas, N, H. & Alan, C, L. (2003). Measurement for Evaluation in Physical
Education & Exercise Science. Massachusetts, US: A Viacom Company. Bab
9: Grading.
James, P,W. (2000). Modern Eduational Measurement: Practical Guidelines for
Educational Leaders. USA: A Pearson Education, Co. Bab 14:
Administering Educational Tests And Using Results.
Miller, D,K. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How.
University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill International
Edition. Bab 7: Grading The Students.