Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang pengukuran dalam


kecergasan fizikal. Terlebih dahulu, kita harus memahami konsep, matlamat dan
objektif dalam pengukuran kelenturan, kekuatan otot dan daya tahan otot. Dalam
tajuk ini juga, kita akan mempelajari fungsi-fungsi terhadap ujian kelenturan,
kekuatan dan daya tahan otot. Setiap ujian pengukuran yang dilakukan
hendaklah mengikut bateri dan prosedur yang akan diterangkan dalam topik ini.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
5
5

Pengukuran
Kecergasan
Fizikal 1
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami konsep, matlamat dan objektif ujian kelenturan, kekuatan
dan daya tahan otot;
2. Membezakan fungsi ujian kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot;
3. Menjelaskan bateri dan prosedur ujian kelenturan, kekuatan dan
daya tahan otot; dan
4. Mengaplikasikan bateri dan prosedur dalam pengukuran kecergasan
fizikal.
AKTIVITI 5.1
Anda akan mempelajari tentang ujian dan pengukuran kelenturan dalam
tajuk ini. Setelah mempelajari tajuk ini, cuba anda terangkan bateri dan
prosedur yang terdapat dalam tajuk ini.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
65
PENGUKURAN KELENTURAN
Kelenturan adalah kebolehan pergerakan sendi badan melalui ketegangan
pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian. Apabila menilai atau menerangkan
kelenturan, terma fleksi (kedudukan sendi berkurangan) dan tambahan
extension (kedudukan sendi bertambah) selalu digunakan. Kelenturan bukanlah
faktor-faktor umum, tetapi ia khusus untuk sendi, sukan-sukan tertentu atau
aktiviti fizikal. Seseorang yang mempunyai kelenturan bahu yang bagus mungkin
tidak mempunyai kelenturan belakang badan dan bahagian atas kaki.
Kelenturan lebih bergantung kepada tisu lembut (ligamen, tendon dan otot) di
sendi lebih daripada struktur tulang di bahagian sendi itu sendiri. Walau
bagaimanpun, struktur tulang di sesetengah sendi hanya mempunyai had tertentu
terhadap kelenturan. Misalnya melalui extension di siku atau lutut,
hyperextension dan abduction terhadap bahagian trunk.
Kelenturan juga selalu berkait dengan saiz badan, jantina, usia, dan fizikal aktiviti.
Sebarang pertambahan berat badan selalunya akan mengurangkan kelenturan.
Secara amnya, perempuan lebih kelenturan dari lelaki. Perbezaan anatomi dalam
aktiviti fizikal boleh di kira melalui perbezaan kelenturan. Semasa zaman sekolah
kelenturan meningkat, tetapi tahap kelenturan tersebut akan menurun apabila
masuk peringkat remaja. Penurunan secara mendadak dalam kelenturan semasa
usia meningkat di sebabkan kegagalan dalam mengekalkan pergerakan aktif.
Secara amnya, individu aktif lebih bagus kelenturannya daripada individu yang
kurang aktif. Tisu lembut dan sendi akan mengecut, hilang pertambahan apabila
otot mengekalkan dalam kedudukan pendek. Tabiat posisi badan dan membuat
kerja-kerja berat yang menyekat pergerakan juga boleh menyebabkan otot akan
menjadi pendek. Fizikal aktiviti yang mempunyai pergerakan badan yang banyak
akan menolong kurangnya extensibility. Secara amnya, kelenturan lebih berkait-
rapat dengan tabiat corak pergerakan bagi setiap individu, dan setiap sendi lebih
kepada usia dan jantina.
5.1.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian dan
Pengukuran Kelenturan
(a) Konsep
Kelenturan adalah bahagian terpenting dalam kecergasan berhubung dengan
kesihatan. Kekurangan dalam bahagian ini boleh menyebabkan masalah
fungsi atau kekacauan bagi kebanyakan individu. Rekod perubatan
menunjukkan bahawa sakit belakang adalah salah satu masalah kesihatan di
Amerika Syarikat, dan kebanyakan kekacauan fungsi disebabkan oleh bentuk
otot, kekurangan kelenturan di bahagian belakang, dan kurang bentuk otot di
bahagian abdomen.
5.1
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
66
(b) Matlamat
Ini kerana individu yang mempunyai kelenturan juga akan menyebabkan
pergerakan yang mudah, kurang otot yang keras, peningkatan kemahiran dan
kurang peluang kecederaan semasa pergerakan. Ini sepatutnya dimasukkan
dalam pendidikan jasmani dan kesihatan program. Individu yang
mempunyai kelenturan yang teruk sepatutnya dikenalpasti dengan senaman
dan aktiviti yang bersesuaian untuk mereka.
(c) Objektif
Sesiapa yang mempunyai tulang belakang yang keras adalah kelemahan
dalam kebanyakan fizikal aktiviti dan juga kegagalan untuk mendapatkan
nilai penuh dari susunan penerapan seperti kejutan terhadap tulang belakang
apabila berjalan, berlari atau melompat. Kekurangan kelenturan di belakang
boleh disebabkan kedudukan yang tidak betul, kemampatan terhadap saraf
periferal, kesakitan datang haid dan lain-lain kesakitan. Selain itu, otot yang
pendek menyebabkan had kerja yang berkesan. Ia akan menyebabkan
kesakitan apabila melakukan keupayaan fizikal. Tanpa pergerakan yang
bagus, individu lebih banyak menyebabkan ligamen dan juga otot terkoyak
semasa aktiviti fizikal.
5.1.2 Fungsi Ujian dan Pengukuran Kelenturan
Ujian kelenturan selalunya dilakukan untuk mengenalpasti individu yang
mempunyai sedikit pergerakan sendi. Walau bagaimanapun, mereka juga
melakukannya untuk mengenalpasti jika individu tersebut mempunyai kelenturan
yang lebih di sesetengah sendi. Terlalu banyak jarak pergerakan boleh
menyebabkan hilang imbangan dalam sendi dan boleh meningkatkan
kebarangkalian kecederaan.
Kelenturan juga selalunya digunakan untuk mengukur tujuan diagnostik. Ramai
guru pendidikan jasmani percaya bahawa persembahan kelenturan boleh diukur
dengan menggunakan gred. Walau bagaimanapun, darjah kelenturan tidak
selalunya digunakan untuk tujuan kesihatan kerana pemberian gred dalam
kelenturan dipersoalkan. Jika persembahan kelenturan diberi gred, tarafnya
sepatutnya munasabah dan pelajar sepatutnya diberitahu tarafnya di permulaan
unit.
5.1.3 Bateri, Prosedur Ujian dan Pengukuran Kelenturan
Untuk tujuan klinikal penilaian kelenturan, alat seperti Leighton Flexometer,
elektrogoniometer dan goniometer digunakan. Alat ini menyediakan ukuran
berputar, di mana darjah putaran sekitar 360 lengkungan ditentukan. Ia juga sah.
Ujian praktikal yang digunakan dalam program pendidikan jasmani dan kesihatan
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
67
juga di lakukan terhadap kedua-dua jantina. Ujian ini menyediakan ukuran lurus
dan menggunakan pita pengukur, pembaris dan kayu pengukur.
Terdapat dua jenis ujian kelenturan lurus. Ujian kelenturan relatif dilakukan
berhubung dengan kepanjangan dan keluasan di sesetengah bahagian badan.
Dalam ujian ini juga; pergerakan, kepanjangan atau keluasan mempengaruhi
bahagian badan yang diukur. Ujian kelenturan mutlak dilakukan hanya untuk
mengukur pergerakan dan bertujuan untuk persembahan mutlak.
Sebelum melakukan sebarang ujian kelenturan, anda haruslah mengarah semua
pengambil ujian melakukan perkara-perkara berikut:
Melakukan 5 hingga 10 minit senaman aerobik yang ringan untuk
meningkatkan kadar nadi dan otot;
Lakukan dengan perlahan, menahan regangan statik terhadap sendi-sendi yang
terlibat; dan
Maklumkan jika mereka mempunyai masalah belakang. Jika pengambil ujian
mempunyai masalah belakang, benarkan mereka untuk berlatih dengan alat-
alat ujian yang diberikan. Jika mereka rasa tidak selesa, suruh mereka berhenti
melakukan ujian.
(a) Prosedur, bateri ujian dan pengukuran kelenturan
(i) Tak tahu Ujian jangkauan melunjur
Tujuan ujian: Untuk mengukur kelenturan di bahagian bawah belakang
dan bahagian atas paha.
Had umur : 5 hingga remaja.
Peralatan: Rajah 5.1 berikut menunjukkan spesifikasi tehadap kotak
yang digunakan untuk ujian tersebut. Ujian kelenturan dan kotak ini
termasuklah dalam kebanyakan ujian kecergasan. Walau
bagaimanapun, bagi sesetengah ujian, laporan ujian markah adalah
dalam bentuk sentimeter (cm). Jika sentimeter digunakan, garisan 23
sentimeter seharusnya dalam garisan lurus dengan jalur-jalur kayu
berada dalam kedudukan menegak bertentangan di mana kaki para
peserta diletakkan.
Kesahan : Kesahan logikal telah digunakan. Dalam ujian jangkauan
melunjur mengesahkan bertentangan daripada sesetengah ujian,
jarak koefisien adalah di antara 0.80 dan 0.90.
Kebolehpercayaan: 70 atau lebih.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
68
Pentadbiran dan arahan: Alat ujian haruslah dielakkan dalam keadaan
licin, dan pengambil ujian tidak boleh memakai kasut. Pengambil ujian
(1) duduk di alat ujian, lutut diluruskan, dan dada dan badan tegak
berhadapan dengan hujung papan; (2) dengan bawah tapak tangan dan
tangan diletakkan sama antara satu lain, panjangkan ke hadapan yang
mampu; dan (3) lakukan sebanyak empat percubaan dan tahan di mana
kedudukan yang maksimum boleh dicapai di percubaan yang keempat
untuk satu saat. Pentadbir ujian hendaklah meletakkan tangan di atas
lutut pengambil ujian untuk memastikan lutut lurus, tetapi lutut tidak
boleh terlebih lurus.
Permarkahan: Permarkahan diberikan berdasarkan berapa jarak yang
boleh dilakukan oleh para pengambil ujian di percubaan keempat, ukur
kepada yang hampir inci atau yang hampir sentimeter (cm). Pentadbir
ujian haruslah berkedudukan bertentangan untuk mencatat jarak yang
mampu dicapai oleh para pengambil ujian di antara kedua-dua tangan.
Jika tangan tidak sama dan para pengambil ujian tidak menahan dalam
masa satu saat, atau lutut tidak lurus, ujian haruslah dilakukan semula.
Anda haruslah tahu bahawa adalah menjadi kebiasaan jika untuk
budak-budak lelaki dan perempuan, tidak mencapai tahap 9-inci semasa
pra-remaja dan dalam peningkatan usia ke remaja (di antara umur 10
hingga 14 tahun). Ia adalah tidak selalu untuk kaki berada dalam kadar
kepanjangan trunk semasa tahap ini. Senaman kelenturan dijelaskan
untuk individu, siapa yang memperoleh markah di bawah P50, di mana
di antara markah di bawah peratusan ini adalah dikategorikan dalam
golongan kelenturan yang tidak memuaskan dalam keadaan belakang
peha, bahagian bawah belakang atau belakang pinggang. Sesiapa yang
mendapat markah di bawah P25 diketegorikan mempunyai masalah
kelenturan yang kritikal.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
69


Rajah 5.1: Contoh ujian dilakukan dan spesifikasi kotak untuk ujian jangkauan melunjur
(ii) Ujian extension kepanjangan trunk dan tengkuk (Johnson dan
Nelson 1986)
Objektif ujian: Untuk mengukur kebolehan untuk memanjangkan
trunk (kelenturan relatif).
Had umur: 6 hingga umur kolej.
Peralatan: Tikar, dan kayu pengukur, atau pita pengukur.
Kesahan: Kesahan paras.
Kebolehpercayaan: 90 melalui ujian semula.
Objektiviti: 99
Pentadbiran dan arahan: Pengambil ujian hendaklah duduk di kerusi
keras, dan pentadbir ujian hendaklah mengukur jarak yang hampir inci
daripada hujung hidung kepada tempat duduk di mana para peserta
duduk. (Dagu hendaklah sama rata apabila jarak di ukur.) Pengambil
ujian akan menganggapkan dalam keadaan meniarap di atas tikar,
letakkan kedua-dua tangan di bahagian belakang. Dengan berpasangan
menahan pinggang bertentangan tikar, pengambil ujian mengangkat
trunk dengan perlahan-lahan dan mengawal kelakuan tersebut
setinggi yang mampu daripada tikar. Jarak di kira daripada hujung
hidung hingga ke tikar akan di ukur (lihat Rajah 5.2). Jika rasa kurang
selesa di bahagian belakang, ujian haruslah diberhentikan serta-merta.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
70
Permarkahan: Tiga angkatan yang terbaik ditolak dengan trunk dan
kepanjangan tengkuk diukur. Tulang belakang yang paling hampir
dengan kepanjangan trunk dan tengkuk, adalah markah yang terbaik.
Rajah 5.2: Ujian extension kepanjangan trunk dan tengkuk (Johnson and
Nelson, 1986)
(iii) Ujian angkatan bahu (Miller dan Alien 1990)
Ujian angkatan bahu hampir sama dengan pengangkatan bahu dan
pergelangan tangan, tetapi ia hanya mengukur kelenturan bahu sahaja.
Ia mengukur kelenturan yang mutlak berbanding kelenturan relatif.
Had umur : 6 hingga umur kolej.
Peralatan: Tikar dan dua kayu pengukur, atau satu kayu pengukuhan
dan pita pengukur.
Kesahan: Kesahan paras.
Kebolehpercayaan dan objektiviti: Pengambil ujian meniarap di tikar
dengan dagu di tikar dan tangan dipanjangkan ke hadapan secara terus
di hadapan bahu. Kayu pengukur ditahan dengan tangan untuk
bahagian keluasan bahu. Kayu pengukur pergelangan tangan dan siku
diluruskan dan kayu pengukur diangkat di atas sejauh yang boleh,
dengan dagu bersentuh dengan tukar. Jarak diukur dalam inci daripada
bawah kayu pengukur hingga tikar (lihat Rajah 5.3).
Permarkahan: Tiga markah yang terbaik dikira. Tiada permarkahan
dilaporkan, tetapi pengukuran adalah untuk mengenalpasti individu
yang mempunyai kelenturan yang tidak mencukupi.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
71

Rajah 5.3: Ujian angkatan bahu (Miller dan Alien 1990)
PENGUKURAN KEKUATAN OTOT
5.2.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian dan
Pengukuran Kekuatan Otot
(a) Konsep
Kekuatan adalah mustahak dalam persembahan tahap tertinggi dalam
kebanyakan sukan dan meskipun ia tidak sama tahapnya, ia juga mustahak
untuk kesihatan yang bagus. Otot yang kuat menolong melindungi sendi,
membuat ia kurang mengalami tergeliat, ketegangan dan kecederaan yang
lain.
(b) Matlamat
Kekuatan adalah keperluan untuk posisi badan yang bagus. Masalah posisi
badan seperti otot abdomen melendut, bahu yang bulat dan sakit belakang
boleh dihindarkan jika kekuatan yang cukup dikekalkan.
5.2
(a) Terangkan konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran
kekuatan otot.
(b) Bincangkan bateri dan prosedur bagi ujian dan pengukuran
tersebut.
SEMAK KENDIRI 5.1
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
72
(c) Objektif
Kekuatan akan menolong anda untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih
berkesan dan merasai pengalaman dan kepuasan dengan menyertai sukan
regangan.
5.2.2 Fungsi Ujian dan Pengukuran Kekuatan Otot
Program latihan fizikal yang dilakukan adalah berbeza untuk meningkatkan
kekuatan otot dan daya tahan otot. Kekuatan otot memerlukan jumlah bebanan
yang berlebihan, manakala program latihan daya tahan otot memerlukan jumlah
yang berlebihan terhadap latihan yang berulang. Kekuatan otot adalah kebolehan
otot atau kumpulan otot yang berupaya membuat daya yang maksimum.
Kekuatan dinamik adalah daya yang digunakan daripada kumpulan otot sebagai
setengah daripada pergerakan badan. Kekuatan dinamik juga boleh dirujuk
sebagai kekuatan isotonik. Kekuatan statik adalah daya yang ditimbulkan bagi
melawan objek yang tidak dapat bergerak, di mana tiada pergerakan yang
berlaku. Jenis kekuatan ini juga dirujuk sebagai kekuatan isometrik. Kedua-dua
jenis kekuatan ini adalah yang terbaik untuk diukur daripada ujian yang
memerlukan satu usaha maksimum.
5.2.3 Bateri, Prosedur Ujian dan Pengukuran Kekuatan
Otot
(a) Bangun tubi dengan lutut membengkok
Tujuan: Tujuan ujian ini adalah untuk mengukur kekuatan terhadap otot
abdomen.
Arahan: Pelajar dalam kedudukan belakang dengan kaki dibengkokkan di
lutut, tapak kaki lurus di lantai, dan tumit berkedudukan 12 hingga 18 inci
daripada punggung. Tangan hendaklah bersilang dan bersentuhan dengan
dada dan kedudukan tangan dalam keadaan bertentangan dengan bahu.
Tangan juga hendaklah selalu bersentuh dengan bahu semasa membuat
pintalan yang lengkap. Dagu hendaklah sentiasa bersentuhan dengan dada.
Pasangan anda akan menahan kaki di atas lantai dan mengira bangkit tubi
yang lengkap. Pelajar hendaklah melakukan bangkit tubi dalam masa 60 saat.
Sila lihat Rajah 5.4.
Kesahan: Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini.
Kebolehpercayaan: A Pearson r merekodkan .94 untuk ujian ini (Johnson &
Nelson, 1986). Berger (1966) melaporakan hubung-kait .71 di antara masa
bangun tubi dan tiada had untuk ujian bangun tubi.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
73
Had umur: 10 hingga dewasa.
Kawasan ujian: Di kawasan yang mempunyai kawasan yang rata.
Peralatan di perlukan: Tikar senaman.
Prosedur permakahan: Nombor bangkit tubi yang lengkap dalam seminit
direkodkan sebagai markah. Perbezaan ujian ini membolehkan masa seminit
atau dua minit diberikan.

Rajah 5.4: Ujian bangkit tubi
(b) Gantung bengkok siku
Tujuan: Untuk mengukur kekuatan otot di tangan dan bahu.
Arahan: Pelajar mengenggam besi dengan tapak tangan berarah kehadapan
(jauh daripada badan). Pelajar mengangkat badan dari lantai sehingga dagu
melebihi besi dan tangan bengkok di bahu. Kaki hendaklah tidak jejak lantai
dengan kedua-dua kaki lurus. Badan hendaklah ditahan sehingga tempoh
ujian. Pelajar menahan selama yang boleh. Sila lihat Rajah 5.5.
Kesahan: Paras kesahan diterima dalam ujian ini.
Kebolehpercayaan: Hubung-kait koefisien, jaraknya di antara .74 hingga .90
telah dilaporkan bagi ujian ini (Cotton & Marwitz, 1971; Johnson & Nelson,
1986).
Peralatan diperlukan: Bar melintang sekurangnya 1.5 inci dalam diameter. Bar
ini hendaklah cukup untuk ketinggian atau boleh diubah suai kepada
individu yang tinggi untuk mengambil ujian ini.
Prosedur permarkahan: Markah adalah bilangan dalam saat (dalam saat
terdekat) para pelajar menahan dalam kedudukan gantung, dalam satu
percubaan.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
74
Rajah 5.5: Ujian Gantung Bengkok Siku
(c) Dynamometer
Tujuan: Dynamometer adalah peralatan yang digunakan untuk mengukur
kekuatan statik. Lihat contoh alat dynamometer dalam Rajah 5.6.
Arahan: Dynamometer hendaklah diubah supaya bersesuaian dengan
genggaman tangan pelajar. Dalam keadaan berdiri, pelajar menahan
dynamometer di sebelah tepi dan memicit genggaman sekuat yang boleh
tanpa menggerakkan tangan. Tiga percubaan dicadangkan, dengan rehat
diberikan selama seminit di antara percubaan. Daya dilaporkan dalam
kilogram (kg) setiap 10 saat.
Kesahan: Tidak dilaporkan.
Kebolehpercayaan: Koefisien kebolehpercayaan adalah .90 dan lebih
dilaporkan.
Had umur: Permulaan sekolah hingga dewasa.
Peralatan di perlukan: Dynamometer.
Prosedur permakahan: Permarkahan diukur dalam kilogram (0-100). Jika
lebih daripada satu percubaan diberikan, permarkahan dikira daripada
purata nombor percubaan yang dilakukan.
Rajah 5.6: Alat Dynamometer
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
75
PENGUKURAN DAYA TAHAN OTOT
5.3.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian dan
Pengukuran Daya Tahan Otot
(a) Konsep
Keperluan daya tahan otot dilakukan dalam kebanyakan aktiviti seharian.
Adakah anda pernah merasakan ketika di mana ia diperlukan untuk di
teruskan, meskipun tangan, kaki, atau keseluruhan badan merasakan terlalu
penat untuk melakukan sedemikian? Contohnya, meskipun tangan anda
merasakan sedemikian ketika membawa hadiah dari kereta ke dalam rumah.
Anda merasakan kekuatan untuk mengangkat hadiah tersebut, tetapi mereka
merasakan keberatan yang lebih jauh dari yang anda rasakan.
(b) Matlamat
Untuk menghindari kepenatan di malam hari, anda memerlukan daya tahan
otot.
(c) Objektif
Daya tahan otot membolehkan anda mengekalkan bentuk badan, dan
mengurangkan pengalaman sakit belakang dan kecederaan otot ketika
melakukan aktiviti harian anda.
5.3.2 Fungsi Ujian dan Pengukuran Daya Tahan Otot
Daya tahan otot adalah kebolehan dalam fizikal aktiviti atau untuk melawan
keletihan otot. Ujian daya tahan boleh diukur dengan daya tahan mutlak di mana
bebanan berat digerakkan untuk keletihan adalah sama, atau daya tahan
pengukuran relatif di mana berat berbeza dengan subjek yang diberikan ujian.
Kebolehan daya tahan otot yang diterangkan di sini adalah termasuk
menggerakkan dan mengekalkan berat badan sendiri kepada keletihan. Oleh
kerana berat badan di antara subjek adalah berbeza, ini adalah ujian daya tahan
relatif. Tiga asas kebolehan daya tahan telah dikenalpasti sebagai:
(a) daya tahan otot tanagan dan sekitar bahu;
(b) daya tahan otot abdomen; dan
(c) daya tahan pernafasan kardio.
Ujian dilakukan untuk mengukur kebolehan daya tahan. Ini termasuklah dalam
kecergasan motor dan ujian kesihatan berhubung kecergasan.
5.3
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
76
5.3.3 Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran Daya
Tahan Otot
(a) American Allience for Health, Physical Education, Recreation and Dance
(AAHPERD) pengubahsuaian bangun tubi (AAHPERD, 1980)
Tujuan: Tujuan ujian ini adalah untuk mengukur daya terhadap otot
abdomen.
Arahan: Pelajar dalam kedudukan belakang dengan kaki dibengkokkan di
lutut, tapak kaki lurus di lantai, dan tumit berkedudukan 12 hingga 18 inci
dari punggung. Tangan hendaklah bersilang dan bersentuhan dengan dada
dan kedudukan tangan dalam bertentangan dengan bahu. Tangan hendaklah
selalu bersentuh dengan bahu semasa membuat pintalan yang lengkap. Dagu
hendaklah sentiasa bersentuhan dengan dada. Pasangan anda akan menahan
kaki di atas lantai dan mengira bangkit tubi yang lengkap. Pelajar hendaklah
melakukan bangkit tubi dalam masa 60 saat.
Kesahan: Asas kesahan, pengubahsuaian seminit untuk bangkit tubi adalah
diterima selagi ujian itu adalah untuk mengukur kekuatan otot di bahagian
abdomen.
Kebolehpercayaan: Kebolehpercayaan untuk ujian bangkit tubi boleh
dianggap diterima. Hubung-kait koefisien ujian semula adalah di antara .68
hingga .94. Penyelidikan yang lanjut diperlukan terhadap ujian ini apabila
melakukannya untuk kanak-kanak di awal permulaan dan pertengahan
sekolah (AAHPERD, 1984).
Had umur: 6 hingga dewasa.
Kawasan ujian: Di kawasan yang mempunyai kawasan yang rata.
Peralatan diperlukan: Jam randik dan tikar senaman.
Prosedur permarkahan: Nombor bangkit tubi yang lengkap dalam seminit
direkodkan sebagai markah.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
77

Rajah 5.7: Pengubahsuaian bangun tubi (AAHPERD, 1980)
(b) Ujian pull-ups
Tujuan: Untuk mengukur daya tahan otot tangan dan sekitar bahu.
Arahan: Pelajar bergantung dari bar melintang dan kaki lurus sepenuhnya.
Kaki hendaklah tidak menjejak lantai dengan tangan mengenggam bar
tersebut, dan tangan hendaklah jauh daripada badan. Pelajar menarik badan
ke atas dengan tangan, hingga dagu melebihi bahagian atas bar tersebut.
Selepas itu, badan kembali dalam keadaan asal. Senaman ini boleh dilakukan
sebanyak yang boleh. Rajah 5.8 berikut menggambarkan ujian pull-ups.
Kesahan: Kesahan paras digunakan dalam ujian ini.
Kebolehpercayaan: Keputusan protokol ujian semula adalah dalam r setinggi
.87 (Johnson dan Nelson, 1986).
Had umur : 6 dewasa.
Peralatan di perlukan : Bar melintang sekurangnya 1.5 inci dalam diameter.
Bar ini hendaklah cukup untuk ketinggian atau boleh diubahsuai kepada
individu yang tinggi untuk mengambil ujian ini.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
78
Prosedur permarkahan: Bilangan pull-ups yang lengkap direkodkan
sebagai markah pelajar.

Rajah 5.8: Ujian PullUps
(c) Ujian tekan tubi
Objektif ujian: Untuk mengukur daya tahan tangan dan sekitar bahu.
Had umur: 10 dewasa.
Perlatan: Tikar.
Kesahan: Kesahan paras.
Objektiviti: .99.
Pentadbiran dan arahan: (1) muka pelajar menghadap tikar di atas lantai
dengan badan lurus, bengkokkan tangan, dan tapak tangan rapat lurus ke
bawah dengan bahu. (2) Menggunakan jari kaki sebagai penahan dan
luruskan tangan ke keadaan awal. (3) Turunkan badan sehingga dada
mencecah lantai. (4) Ulangi ujian ini sebanyak yang boleh, tanpa rehat.
Permarkahan: Bilangan tekan tubi yang sempurna sepenuhnya. Rajah 5.9
menunjukkan tekan tubi untuk wanita dan Rajah 5.10 menunjukkan tekan
tubi untuk lelaki.
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
79

Rajah 5.9: Tekan tubi untuk wanita
Rajah 5.10: Tekan tubi untuk lelaki
Kelenturan adalah kebolehan pergerakan sendi badan melalui ketegangan
pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian.
Ujian kelenturan selalunya dilakukan untuk mengenalpasti individu yang
mempunyai sedikit pergerakan sendi. Mereka juga melakukannya untuk
mengenalpasti jika individu tersebut mempunyai kelentutran yang lebih di
sesetengah sendi.
Melalui kelenturan juga selalunya digunakan untuk mengukur tujuan
diagnostik. Ramai guru pendidikan jasmani percaya bahawa persembahan
kelenturan boleh diukur dengan menggunakan gred.
Ujian jangkauan melunjur adalah untuk mengukur kelenturan dibahagian
bawah belakang dan bahagian atas paha.
Ujian extension kepanjangan trunk dan tengkuk adalah untuk mengukur
kebolehan untuk memanjangkan trunk (kelenturan relatif).
Kekuatan otot adalah mustahak dalam persembahan tahap tertinggi dalam
kebanyakan sukan, dan meskipun ia tidak sama tahapnya, ia juga mustahak
untuk kesihatan yang bagus.
(a) Apakah fungsi ujian dan pengukuran daya tahan otot?
(b) Terangkan salah satu bateri dan prosedur dalam ujian dan
pengukuran daya tahan otot.
SEMAK KENDIRI 5.2
TOPIK 5 PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL 1
80
Program latihan fizikal yang dilakukan adalah berbeza untuk meningkatkan
kekuatan otot dan daya tahan otot.
Ujian daya tahan boleh diukur dengan daya tahan mutlak di mana bebanan
berat digerakkan untuk keletihan adalah sama.
American Allience for Health, Physical Education, Recreation and Dance
(AAHPERD) pengubahsuaian bangun tubi (AAHPERD,1980) adalah untuk
mengukur daya terhadap otot abdomen.
Kelenturan
Pengukuran Kelenturan
Extension
Extensibility
Hyperextension
Abduction
Trunk
Bateri
Prosedur Ujian
Kekuatan Otot
Ujian extension Kepanjangan
Trunk dan Tengkuk
Ujian Angkatan Bahu
Ujian Bangkit/Bangun Tubi
Ujian Gantung Bengkok Siku
Ujian Pull-ups
Ujian Tekan Tubi
Dynamometer
Pengukuran Daya Tahan Otot
Baumgartner, A, T. & Jackson, S, A & Mahar, T, M & Rowe,A, D. (2003).
Measurement for Evaluation in Physical Education & Exercise Science. New
York, US: Mc Graw Hill, Co. Bab 6: The Nature of Tests and Their
Administration, with Application to Individuals with Disabilities
David, K, M. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How.
New York, US: Mc Graw Hill, Co. Bab 5: What Is a Good Test?
Popham, W, J. (2000). Modern Educational Measurement: Practica Guidelines
for Educational Leaders. Gould Street, Needham, MA: A Pearson
Education, Co. Bab 7: HighQuality Comparative Data.