Anda di halaman 1dari 2

TEKS PIDATO

GURU BERKUALITI TRANSFORMASI DIREALISASI


Oleh: Muhammad Faris bin Mustafa

Bismillahirahmanirahim.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang saya hormati Encik Zulkarnain bin
Hassan, pensyarah EDU 3109, penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak
jamnya dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Assalamualaikum W.B.H, salam perpaduan dan salam sayang buat semua.
Guru Berkualiti Transformasi Direalisasi. Itulah mauduk pidato saya pada hari ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, guru bermaksud orang yang mengajar,
pendidik, pengajar atau pengasuh. Berkualiti membawa maksud mempunyai kualiti atau
bermutu manakala transformasi pula membawa maksud perubahan bentuk sama ada
sifat, rupa, keadaan dan lain-lain. Direalisasi pula ditakrifkan sebagai sesuatu perihal
yang telah menjadi kenyataan. Jadi, definisi mauduk pidato saya ini ialah guru perlulah
mempunyai kualiti agar perubahan ke arah kebaikan menjadi kenyataan.
Hadirin yang saya hormati,
Guru selalu dikaitkan dengan lilin dan sering kita dengar ungkapan guru itu
umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi semua. Namun bukan semua guru
mampu untuk menjadi seperti lilin. Hanya guru yang benar-benar berkualiti sahaja yang
mampu mencontohi falsafah lilin. Jadi, bagaimana kita hendak tingkatkan kualiti atau
mutu seseorang guru itu agar perubahan yang lebih baik dapat direalisasikan? Oleh
itu, saya akan lontarkan beberapa indikator bagi menjawab persoalan itu.
Indikator saya yang pertama, peningkatan saiz tenaga kerja keguruan bagi
mengecilkan nisbah interaksi antara murid dengan guru. Hasilnya, nisbah terkini berada
pada kadar 13:1 iaitu lebih rendah daripada kadar nisbah di negara Singapura dan
Korea Selatan. Ini menjadikan sistem pendidikan negara mempunyai nisbah murid
dengan guru yang palin kecil di dunia. Namun ini mampu meningkatkan kualiti guru
terutamanya dalam proses pembelajaran kerana kini guru boleh memberi fokus yang
lebih dekat kepada murid.
Sidang hadirin yang bervisi,
Indikator saya yang kedua pula ialah peningkatan kualiti pengajaran dengan
meningkatkan kemahiran pedagogi yang sedia ada. Ini perlu agar setiap apa yang
disampaikan oleh guru dapat menarik minat murid untuk belajar dan pengajaran itu
diterima oleh murid. Hal ini adalah kerana kajian sebelumini mendapati 50% daripada
dapatan menunjukkan bahawa pengajaran yang disampaikan tidak memuaskan dan
gagal menarik minat murid sepenuhnya. Jadi, amat penting untuk guru meningkatkan
kemahiran pedagoginya.
Indikator ketiga saya ialah pengenalan laluan Guru Cemerlang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ganjaran dan pengurusan prestasi bagi seseorang guru haruslah
menepati standard kualiti mereka. Dengan pengenalan laluan ini, mudahlah bagi guru
dinaikkan gred dengan cepat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti
guru tersebut. Ini merupakan salah satu cara untuk menambahbaik kualiti sebagai guru.
Sidang penonton yang berkarisma,
Secara konklusinya, transformasi amat penting dalam sistem pendidikan negara
kita dan untuk merealisasikannya, salah satu usahanya ialah dengan meningkatkan
kualiti guru. Ini kerana apabila guru itu berkualiti barulah transformasi dapat
direalisasikan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai