Anda di halaman 1dari 7

1

TUGASAN A





Pendidikan merupakan satu
proses terancang untuk
mewujudkan suasana
proses pengajaran dan
pembelajaran antara guru
pendidikan
Isu keganasan antarabangsa
Isu pemerdagangan manusia
Kemiskinan Dunia Ketiga
Isu pemakanan dan kesihatan
Isu alam sekitar
ISU KONFLIK DUNIA
2

TUGASAN B
Impak Konflik Dunia terhadap Peluang Pendididkan
1. Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan
suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya
proses tersebut menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-
masing yang memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang
itu maju ke hadapan.Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di
dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat
beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat telah mentafsirkan konflik
bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu. Konflik dunia pula
bermakna pertentangan antara Negara. Terdapat beberapa isu goblal yang telah
menyebabkan konflik dunia pada masa kini. Contohnya, isu keganasan
antarabangsa, isu pemerdagangan manusia, kemiskinan Dunia Ketiga, isu
pemakanan dan kesihatan, dan isu alam sekitar. Isu-isu global yang beraku
secara giat ini telah mendatangkan kesan-kesan yang negatif terhadap sistem
pendidikan. Persoalan di sini, apakah implikasi konflik dunia terhadap sistem
pendidikan? Tepuk dada tanya selera.







3

2. Isu-isu konflik dunia
2.1 Isu keganasan antarabangsa
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti
pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik
daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan
ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak
membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir
kehancuran.

Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan. Pergolakan politik
akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ini juga menyebabkan
peperangan selalu berlaku. Kadang kali, banyak sekolah akan diroboh akibat
berlakunya peperangan. Hal ini juga bermakna banyak pelajar tidak dapat pergi
ke sekolah untuk menerima pendidikan. Apabila peperangan berlaku, suasana di
sekeliling akan menjadi huru-hara dan bising. Suasana yang sebegini tidak
sesuai untuk belajar. Jadi, jelaslah bahawa berlakunya isu keganasan
antarabangsa telah menyebabkan penurunan peluang pendidikan.

2.2 Isu pemerdagangan manusia
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang
melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti
buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih
sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan,
pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi
tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan
hutang).
Pada masa kini, banyak kanak telah diculik. Banyak daripada mereka
diculik untuk tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa. Ini telah
4

menjejaskan masa depan mereka kerena mereka tidak mendapat peluang
pendidikan sejak kecil lagi. Ini juga menyebabkan berlakunya masalah
kekurangan murid atau dipanggil SKM(sekolah yang kurang daripada 250 orang).
Banyak sekolah telah dipaksa ditutup kerana kekurangan murid. Hal ini
bermakna peluang pendidikan akan merosot.

2.3 Kemiskinan Dunia Ketiga
Dunia ketiga ialah Negara yang mundur dan tidak maju. Negara-negara
tersebut lemah dari segi politik, sosial dan ekonomi. Umumnya kemiskinan
dirujuk kepada tingkat pendapatan mutlak rendah. Kemiskinan merupakan
problematika kemanusiaan yang telah mendunia dan hingga kini masih menjadi
isu sentral di belahan bumi manapun. Selain bersifat laten dan aktual,
kemiskinan adalah penyakit sosial ekonomi yang tidak hanya dialami oleh
Negara-negara berkembang melainkan negara maju sepeti Inggeris dan Amerika
Serikat.
Oleh sebab Negara yang mundur dan tidak maju, masyarakat di situ
biasanya terdiri daripada keluarga yang miskin. Ibu bapa tidak berupaya
membayar yuran pembelajaran anak-anak mereka. Pihak kerajaan juga tidak
berupaya mengupah banyak guru di sekolah dan menyebabkan kekurangan
guru di sekolah. Pihak sekolah juga tidak berupaya membekalkan kemudahan
asas untuk pendidikan kerana kekurangan wang. Oleh itu, masyarakat tidak
dapat mempunyai peluang pendidikan yang tinggi.

2.4 Isu pemakanan dan kesihatan
Hari ini, banyak kes kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan
masyarakat. Beberapa jenis penyakit atau masalah kesihatan utama yang
dihadapi masyarakat masa kini termasuklah masalah jantung, diabetes atau
kencing manis dan tekanan.
5

Isu pemakanan dan kesihatan telah menjejaskan tahap kesihatan
masyarakat. Masyarakat yang kurang sihat tidak dapat pergi ke sekolah untuk
belaar kerana mereka perlu menerima rawatan di hospital pada masa yang
singkat atau panjang. Oleh hal demikian, mereka tidak dapat melibatkan diri
dalam apa-apa yang dianjurkan oleh pihak sekolah, seperti bidang sukan.
Peluang pendidikan juga berkurangan.

2.5 Isu alam sekitar
Alam sekitar bermaksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Dalam
usaha mengejar kemodenan negara, mengabaikan masalah-masalah alam
sekitar ini telah mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar. Pencemaran
alam sekitar akan menyebabkan kesan yg negetif kepada kesihatan manusia
dan juga sistem pendidikan negara. Banyak negara maju dan membangun
mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat,
namun sedikit demi sedikit telah merosakkan alam sekitar.
Pancaran matahari yang terik telah menyebabkan pemanasan global.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida
yang terkumpul di dalam udara. Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pelajaran dalam suasana tang terlalu panas. Selain itu, pencemaran
bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan
kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Pencemaran bunyi
menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga
secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada
120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang
kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Ini akan
menjejaskan pendidikan mereka.



6

REFLEKSI
Secara keseluruhannya, tugasan ini amat memberikan impak yang positif dan
membina kepada diri saya mahupun rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sebagai
bakal guru, pengetahuan dalam isu semasa pada peringkat tempatan mahupun global
perlu dan wajar diketahui untuk dijadikan nilai tambah kepada diri sendiri. Hal ini
demikian kerana, banyak kemajuan yang positif yang telah dicapai oleh negara-negara
yang lain di dunia ini, dan masyarakat Malaysia khususnya warga pendidik harus
mengambil iktibar daripada perkara berikut demi untuk menstransformasikan agenda
pendidikan negara kearah yang lebih efektif.
Sebelum saya menerima kerja kursus GCI 1022, saya amat bimbang kerana
ilmu pengetahuan saya tentang subjek ini adalah sedikit. Namun begitu, saya selalu
meminta ajar daripada pensyarah saya dan rakan-rakan saya.
Sesungguhnya, banyak input-input penting yang perlu diberi perhatian khusus
daripada tugasan ini. Walaupun mengalami kekangan dari aspek masa semasa
menyiapkan tugasan ini, namun perkara ini telah mendidik saya supaya berkebolehan
untuk mengurus masa dengan baik. Selain itu, kekangan yang lain seperti kesukaran
untuk mendapatkan bahan rujukan telah mengajar saya dan rakan-rakan untuk
berusaha mencari alternative yang lain. Kesimpulannya, tugasan ini telah
menggerakkan saya untuk menjadi seorang individu yang multifungsi dan berfikiran
kritikal.
Selepas melaksanakan tugasan ini, saya lebih yakin kepada subjek ini dan
saya percaya semangat kerjasama antara rakan-rakan adalah penting dalam
menghasilkan sesuatu projek.





7

RUJUKAN
Internet
Isu keganasan antarabangsa, turun 12 SEPT 2013,dari http://stpm-
pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.html
Isu pemerdagangan manusia, turun 12 SEPT 2013,dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusia
Kemiskinan Dunia Ketiga, turun 12 SEPT 2013,dari
http://lasonearth.wordpress.com/makalah/makalah-kewarganegaraan-kemiskinan/
Isu alam sekitar, turun 12 SEPT 2013,dari http://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htm
Kausar kreatif (2009) . Nasihat Online Untuk Masalah Kesihatan Anda. Muat turun 12 SEPT 2013,
dari http://kausarkreatif-kp.blogspot.com/2009/10/nasihat-online-untuk-masalah-kesihatan.html
SYED AZWAN SYED ALI (2011). 15 Jenis Makanan dijual di sekolah. Muat turun 12 SEPT 2013, dari
http://www.smktebobon.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=127&Itemid=82

Buku
Mohmadisa Hashim. (1998). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Perak Darul
Ridzuan,Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Anda mungkin juga menyukai