Anda di halaman 1dari 5

Mata pelajaran : Matematik

Kelas : Tahun 2 Al-Farabi


Tarikh : 14 April 2014
Masa : 08.45 pagi 09.45 pagi
Bilangan murid : 28 orang
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Bahagi
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
5.1 Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
(iii) Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti :
b) Tolak berturut-turut

(iv) Menjawab soalan pada lembaran kerja dengan betul sekurang-
kurangnya 2 daripada 4 soalan.
EMK : Kreativiti dan Inovasi
Nilai Murni : Kerjasama, tolong-menolong dan sistematik.
Bahan Bantu Mengajar : pensel, kad gambar, kad soalan, lembaran kerja.
Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1. Persediaan
Pemerhatian dan
Analisis

a) Tunjukkan lapan batang
pensel.
b) Murid diminta untuk
memerhatikan aktiviti yang
dilakukan oleh guru.
c) Letakkan dua batang pensel
di atas meja secara berturut-
turut hingga habis.

i. Berapa kumpulan yang
ada di atas meja?

Setiap kali guru meletakkan
dua batang pensel, guru
akan menyoal murid :
ii. Berapakah bilangan
pensel di tangan saya
sekarang?

iii. Bilangan pensel semakin
bertambah atau
berkurang?
iv. Apakah operasi yang
telah digunakan?


2. Imaginasi
Penjanaa Idea
Sintesis Idea

AKTIVITI 1
a) Minta murid menunjukkan 10
jari mereka.

b) Murid diarahkan untuk
menutup jari dua-dua.
c) Murid diminta menyatakan
berapa kali jari ditutup.
d) Murid dibimbing menulis ayat
matematik berdasarkan
aktiviti yang dijalankan.

e) Murid diminta mengira
berapa kali tolak 2 dalam
aktiviti tersebut.
f) Murid menulis ayat
matematik.
10 2 = 5

AKTIVITI 2

a) Tunjukkan garis nombor.

i. Tutup jari dua-dua secara
berturut-turut.
ii. Berapa kali jari ditutup?














b) Berdasarkan garis nombor,
bimbing murid untuk
menyatakan bahawa :
6-2 secara berulang-ulang
boleh dikaitkan dengan
6 2 = 3


3. Perkembangan
Penambahbaikan
Menilai

AKTIVITI BERKUMPULAN
a) Murid dibahagi kepada 5
kumpulan kecil.
b) Edarkan 12 keping kad
gambar kepada setiap
kumpulan.
c) Setiap kumpulan membaca
arahan yang dipamerkan di
papan tulis dan menulis
jawapan pada kad jawapan.
d) Ulang aktiviti dengan
mengeluarkan kad gambar
secara :
i. dua-dua
ii. empat-empat
iii. enam-enam
e) Tuliskan ayat matematik
bahagi untuk semua aktiviti
yang dilakukan.
f) Bincang hasil kerja
kumpulan bersama-sama.

I. Apakah hasil
perbincangan daripada
kumpulan anda?

4. Tindakan
Pelaksanaan

a) Murid menyelesaikan
lembaran kerja yang diberi.

Amalan
Berterusan

b) Semak jawapan lembaran
kerja bersama murid-murid.

Pentaksiran


Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab Lembaran
Kerja.

Nilai dan sikap Kerjasama, tolong-menolong dan sistematik






















NAMA :
TAHUN :
Lengkapkan jadual tersebut.