Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Kami telah memilih tajuk Guru Sebagai Satu Profesion dalam


melaksanakan Kerja Kursus Berdasarkan Individu bagi subjek Kemahiran
Belajar ini. Kami membuat keputusan untuk memilih tajuk ini mengambil kira
faktor berkaitan dengan kerjaya kami pada masa hadapan. Secara tidak
langsung, aplikasi teknik yang digunakan sepanjang melaksanakan tugasan
ini dapat dimanfaatkan oleh kami kelak apabila bergelar sebagai seorang
guru. Sesungguhnya kami berasa bangga untuk menjadi seorang guru yang
merupakan sebuah kerjaya yang berprofil tinggi dalam tangga sosial
masyarakat, bukan berdasarkan kepada status sosioekonomi, sebaliknya
faktor penerimaan umum dan perspektif massa mutakhir ini. Hal ini kerana
kerjaya sebagai seorang guru dipandang tinggi dan disanjung mulia disisi
masyarakat. Sebagai analogi, walaupun seseorang individu tersebut menjadi
seorang perdana menteri sekalipun, beliau tetap akur kepada seorang guru
yang telah mencurahkan bakti ilmu kepadanya.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, kami semakin sedar akan tuntutan
terkini masyarakat terhadap kerjaya ini yang merupakan fakta yang semakin
menjadi hakikat. Justeru, kami telah cuba sedaya upaya untuk menyerapkan
sebanyak mungkin ilmu yang mungkin diperolehi sepanjang melaksanakan
tugasan ini. Tidak dapat dinafikan lagi, sinergi antara kaedah kemahiran
belajar yang mengikut sukatan yang sistematik ini antara ketetapan kerjaya
sebagai seorang guru merupakan medium terbaik sebagai wasilah bagi
memupuk manifestasi generasi yang mampan dan mempunyai wahana yang
ampuh dalam menongkah arus globalisasi yang bertali arus pada zaman
modenisasi ini. Kaedah-kaedah kemahiran belajar sebagai ketetapan untuk
memacu kearah proses pembelajaran yang proaktif didapati amat berkesan
terutamanya bagi golongan remaja seperti kami yang baru sahaja hendak
meniti pelayaran diatas bahtera kebebasan di samudera kehidupan. Ironinya,
jikalau ilmu ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya, kami mungkin tersadai
dan seterusnya tenggelam didasar kekecewaan dan terus lemas dalam
lumpur noda dan dosa. Justeru, kami sekali lagi ingin berterima kasi kepada
puensyarah kami, En. Mokhtar Nawi kerana telah bertungkus-lumus untuk
membanting tulang bagi membantu kami berlabuh di pulau kejayaan.

Antara pendekatan ataupun strategi dalam kaedah ini sebagai satu
platform bagi kami sebelum menjejaki kejayaan ialah kaedah pencarian
sumber maklumat. Kaedah ini melibatkan tatatertib dalam mengeksplorasi
data-data berkaitan tajuk tugasan yang ditetapkan. Kaedah ini mungkin
banyak membantu kami nanti dalam penyediaan bahan proses pembelajaran
setelah bergelar guru nanti. Selain itu, kaedah persembahan data dalam
bentuk penyampaian grafik yang sistematik dan universal seperti carta pai
dan sebagainya juga turut membantu dalam proses menginterpretasi data
yang perlu dikemukakan. Lambakan maklumat seperti hasil kajian soal selidik
untuk responden-responden dalam jumlah yang tertentu sudah tentu
merumitkan jikalau tidak dengan kaedah drastik ini. Disamping itu, langkah
untuk merekodkan bibiliografi bagi makumat juga dilihat mampu memacu
kami kearah kualiti kerja yang terbaik pada masa hadapan setelah bergelar
guru nanti selain untuk mempunyai akauntabiliti berpatutan.