Anda di halaman 1dari 22

5 Tips Pelaburan Dalam Saham

Secara umumnya, pelaburan dalam saham tidaklah sesukar yang seperti yang difikirkan, lebih
lebih lagi di zaman IT sekarang ini. Banyak sumber-sumber yang boleh dicari melalui Intenet dan
yang pasti, jika anda telah membuka akaun dengan mana-mana 'stockbroking company', tentunya
pihak tersebut ada menyediakan analisa saham harian kepada anda. Tetapi ia memerlukan banyak
penelitian dan pendekatan yang berdisiplin dalam memilih sebarang kaunter saham untuk dibeli
ataupon untuk dijual.

Antara sumber-sumber yang saya gunakan melalui Internet :

1) i3investor.com (Portal dan Forum Pelaburan Saham)
2) The Edge
3) Starbiz

1. Melabur dalam apa yang anda tahu.

Salah satu cara untuk memilih kaunter saham untuk dibeli, ialah dengan mengetahui tentang
'fundamental' ataupun asas kepada perniagaan company tersebut. Contohnya: TAKAFUL

(a) Apakah jenis perniagaan yang dilakukan oleh TAKAFUL? Apakah industri yang diceburinya?

(b) Bagaimanakah prestasi kewangan TAKAFUL dalam jangkamasa 1- 5 tahun (lebih lama lebih
tepat!). Adakah company itu menjana 'profit' ataupun 'loss' yang konsisten sepanjang tempoh
tersebut?

(c) Siapakah 'competitor' atau pesaing TAKAFUL dalam industri tersebut?

(d) Dapatkan nisbah atau ratio: EPS (Earning Per Share) , P/E (Price Earning Ratio) dan
NTA/share (Net Tangible Asset Per Share)

Cara membaca ratio:

P/E = Buat perbandingan PE dengan pesaing/ competitor yang lain. Pilih PE yang rendah. PE yang
rendah membuktikan company tersebut berada dalam tahap pertumbuhan / "growth" yang baik
dan dipercayai boleh jana profit lebih baik pada masa akan datang.

NTA/share = Analisa NTA dilakukan untuk mengetahui berapa banyakkah amaun yang boleh
dibiayai oleh company tersebut kepada para pemegang saham mereka sekiranya mereka
menghadapi krisis ataupun bankrupt. Lebih tinggi NTA bermakna keupayaan company adalah
lebih 'strong' dan stabil.

DY = Analisa DY pula adalah untuk mengira peratusan yang dikira sebagai dividen yang diberikan
oleh sesebuah company atas keuntungan yang mereka perolehi.

Kesimpulannya, anda mesti tahu dengan baik tentang sesuatu saham sebelum merancang untuk
membelinya . Lebih baik sekiranya anda tahu dan boleh membuat jangkaan anda sendiri (jangkaan
berapa harga target yang akan dicapai oleh saham tersebut). Oleh itu, anda perlulah belajar
bagaimana untuk membaca saham, dan membeli yang mana anda rasa berpotensi untuk naik. Ia
sememangnya adalah satu kerja keras, tetapi ia adalah suatu kemestian. Dan ingatlah, setiap
kerja keras anda nanti mungkin dibayar dengan keuntungan yang lumayan!


2. Cari kaunter saham yang membayar dividen yang bagus!

Kadang-kadang dividen dianggap tidak begitu penting bagi sesetengah pelabur muda. Hal ini
kerana golongan pelabur muda biasanya mempunyai masa yang lebih panjang untuk meningkatkan
taraf hidup ataupun taraf gaji mereka. Jadi, mereka selalunya lebih menumpukan keuntungan dari
penjualan saham dari menikamati keuntungan dividen yang kecil sebegini.

Tetapi apabila umur anda semakin meningkat dan tua, anda mula merasai kepentingan dividen
disebabkan pada masa itu, tahap pendapatan anda akan kembali berkurangan. Contonhnya seperti
pesara kerajaan ataupun pesara swasta yang hanya bergantung kepada EPF ataupun pendapatan
bulanan pesara. Jadi untuk mendapatkan kadar pendapatan yang stabil dan kukuh, ramai pelabur
akan cenderung bertumpu kepada kaunter-kaunter saham yang memberikan pulangan dividen yang
bagus. Malah, ramai pelabur bertujuan untuk hidup melalui pembayaran dividen apabila mereka
bersara.


Sebuah syarikat yang telah menjana keuntungan biasanya akan meggunakan lebihan keuntungan
mereka dengan melabur semula dalam company ataupun membayar kepada pemegang saham
melalui dividen. Jadi, memahami hasil dividen (Dividend Yield) , akan memberitahu anda berapa
banyak hasil profit company yang akan diagihkan melalui bentuk dividen saham. Cara pengiraan
ialah dengan membahagikan dividen tahunan dengan harga saham.

Dividend Yield = (Dividend Per Share/ Share Price)

Biasanya saham yang membayar dividen yang baik adalah daripada sektor pengguna / "consumer"
(contohnya: F&N, Dlady YHS) dan telekomunikasi (Digi, Maxis, Axiata), manakala sektor yang
jarang membayar dividen biasanya adalah daripada sektor teknologi kerana mereka perlu melabur
semula keuntungan mereka dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (Research &
Development).
Senarai 30 dividen saham tertinggi dalam KLCI
Nama saham

Harga

P/E EPS
Div.
PS
Tarikh Ex.
Div.
Div
Hasil

DIGI.COM



4,25

26,6 0,2 0,79 Mei 14, 2012

18.68

MALAYAN BANKING



8,70

13,3 0,7 0,68 Apr 27 2012

7.82

MAXIS



6,39

18,7 0,3 0,40 Jun 13, 2012

6.26

PETRONAS CHEMICALS



6,47

14,2 0,5 0,35 6 Jun 2012

5.41

Axiata Group



5,47

19,7 0,3 0,29 28 Mei 2012

5.30

Nama saham

Harga

P/E EPS
Div.
PS
Tarikh Ex.
Div.
Div
Hasil

BAT
MALAYSIA



56,00

21,7 2,6 2,51 Mei 10, 2012

4.48

PETRONAS MERCHANTABILITY



21,10

23,3 0,9 0,82 Jun 4, 2012

3.91

Kuala Lumpur Kepong



22,94

17,2 1,3 0,85 Feb 21 2012

3.71

PUBLIC BANK



13,76

13,4 1,0 0,48 Feb 15 2012

3.49

TELEKOM MALAYSIA



5,65

15,8 0,4 0,20 Mei 22, 2012

3.47

GAMUDA



3,50

14,1 0,2 0,12 Jan 04 2012

3.43

UMW HOLDINGS



9,13

18,7 0,5 0,31 11 Jan 2012

3.40

Nama saham

Harga

P/E EPS
Div.
PS
Tarikh Ex.
Div.
Div
Hasil

SIME DARBY



9,89

13,4 0,7 0,32 Apr 23 2012

3.24

YTL POWER INTL



1,76

10,3 0,2 0,06 8 Jun 2012

3.20

IOI CORP



5,19

17,3 0,3 0,16 14 Mac 2012

3.08

CIMB Group Holdings



7,57

13,6 0,6 0,22 MAC 9, 2012

2.91

RHB CAPITAL



7,40

11,0 0,7 0,20 Mei 10, 2012

2.68

Genting Malaysia



3,60

15,9 0,2 0,09 27 jun 2012

2.39

PETRONAS GAS



18,00

25,2 0,7 0,40 Mei 23, 2012

2.22

Nama saham

Harga

P/E EPS
Div.
PS
Tarikh Ex.
Div.
Div
Hasil

Hong Leong Bank



12,44

12,7 1,0 0,26 Mac 13, 2012

2.09

Hong LEONG FINANCAL



12,24

10,8 1,1 0,25 Jun 1, 2012

2.04

YTL Corp



2,02

17,4 0,1 0,04 8 Jun 2012

1.86

MMC Corp



2,60

24,7 0,1 0,04 Mei 30, 2012

1.54

PPB Group



15,98

21,2 0,8 0,23 25 mei 2012

1.44

GENTING



9,43

12,8 0,7 0,08 27 jun 2012

0.85

Tenaga Nasional



6,74

21,3 0,3 0,05 Mei 14, 2012

0.72

Nama saham

Harga

P/E EPS
Div.
PS
Tarikh Ex.
Div.
Div
Hasil

AMMB HOLDINGS



0,00

0,0 0,0 0,00

0.00

AIRLINE SISTEM MALAYSIA



1,09

0,0 0,0 0,00

0.00

MALAYSIA INTL PERKAPALAN



4,61

0,0 0,0 0,00

0.00

PLUS Expressways



0,00

0,0 0,0 0,00

0.00


3. Cari strategi dan ikutinya.

Saya tidak main-main apabila mengatakan yang anda perlu menjadikan diri anda seperti 'Junior
Buffett'. Salah satu daripada sebab mengapa Warren Buffett begitu dipuja adalah kerana dia
berpegang teguh kepada falsafah pelaburan yang dicipta beliau.

Buffett sentiasa mengabaikan pasaran saham dan mengatakan ianya hanyalah sekadar
pertandingan populariti (yakni imej syarikat akan bertambah baik dan popular jika disenaraikan di
Bursa). Apa yang dia suka lihat adalah syarikat yang boleh membuat wang dan keuntungan.

Malah pelabur saham yang amatur juga perlu mencipta peraturan dan strategi mereka sendiri.
Mungkin anda lain daripada Buffett yang hanya mencari syarikat yang konsisten dari segi
prestasi dan memperolehi margin keuntungan yang tinggi. Mungkin anda mempunyai strategi
tersendiri, contonhnya memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai banyak tunai
di dalam syarikat. Mungkin juga anda lebih berminat untuk memilih kaunter-kaunter 'penny
stock' yang lebih cenderung kepada spekulasi harian dan memerlukan kelebihan teknikal analisis
atau bacaan graf.

Persoalannya adalah bagaimana anda mencari strategi yang anda rasa sesuai dengan diri anda dan
dimanakah hendak mencari sumber-sumber ilmu ataupun guru yang dapat berkongsi falsafah dan
memberi manfaat kepada anda!


4. Mempelbagaikan jenis kaunter dan industri.

Sebagai contoh, tidak kiralah berapa banyak yang anda suka tentang industri teknologi, jangan
meletakkan semua wang anda ke dalam stok teknologi tersebut. Perkara utama untuk membina
portfolio pelaburan yang baik ialah dengan mempelbagaikan kaunter dan industri! (Masukkan wang
anda ke dalam saham beberapa industri yang berbeza).


Terdapat banyak cara untuk mempelbagaikan portfolio. Salah satunya, dengan melabur dalam
beberapa sektor dan tidak meletakkan semua wang anda dalam satu sektor. Hal ini sangat penting
kerana, apabila situasi tertentu berlaku seperti kenaikan kos bahan mentah (contoh: getah atau
harga minyak), rata-rata harga kaunter saham yang terlibat dengan sektor tersebut akan
cenderung untuk jatuh semuanya. Ini adalah kerana margin keuntungan bersih mereka akan
merosot akibat daripada peningkatan dalam kos operasi.

Selain melabur dalam kaunter saham, anda juga dinasihatkan untuk mempelbagaikan jenis
pelaburan anda contohnya melabur dalam 'bond' swasta atau kerajaan, atau dalam pelbagai
bentuk wang tunai, seperti 'fix deposit' atau skim 'unit trust'. Di samping itu, anda juga boleh
mencuba untuk melabur dalam emas atau perak samada dari segi pajakan (al-Rahn) ataupun dari
segi fizikal. Hal ini kerana nilai komoditi ini akan cenderung untuk naik dalam jangka masa
panjang.


5. Berdisiplin.

Ini mungkin adalah antara nasihat yang paling sukar untuk diikuti, kerana ia adalah hampir
mustahil untuk menyejukkan diri anda lebih-lebih lagi apabila stok anda berada dalam keadaan
terumbang-ambing (untung dan rugi dalam keadaan mendadak!). Cara yang terbaik ialah bagaimana
anda menetapkan harga target pada saham tersebut dan bagaimana anda mengikut strategi yang
telah anda cipta sebelum ini!


Jika anda mengikuti langkah 1-4 di atas, maka anda akan mempunyai pengetahuan dan keyakinan
untuk bertindak dengan baik di pasaran saham. Jangan biarkan emosi anda menyebabkan anda
kerugian. Fikirkan tentang betapa berdisiplinnya Warren Buffett dengan strategi beliau.
Belajar Tentang Istilah Asas Trading Saham dan Prosedur JualBeli Saham Di Malaysia



AKAUN CDS

Akaun yang didaftarkan dengan BURSA MALAYSIA, di mana semua saham yang anda miliki akan
direkod dan disimpan dalam akaun ini. Harga pendaftaran akaun CDS adalah sebanyak RM10 .
Anda akan diberikan nombor CDS yang diikuti dengan kod broker - kod cawangan - kod individu
contohnya:

056-011-xxxxxxxx (056 ialah kod OSK Investment Bank) (011 - kod cawangan) - xxx (kod
individu

TRADING AKAUN

Trading akaun pula adalah akaun yang anda buka dengan broker saham anda bertujuan untuk
melakukan dagangan iaitu untuk membeli dan menjual saham. Akaun ini dikaitkan dengan akaun
CDS anda. Semua transaksi yang berlaku serta wang yang anda masukkan akan direkod dan
disimpan dalam akaun ini. Segala kerugian dan keuntungan juga akan direkodkan dalam akaun ini.

Anda boleh membuka akaun CDS tanpa membuka akaun trading, tetapi anda tidak akan dapat
melakukan jualbeli saham. Sebaliknya, anda tidak boleh membuka akaun trading jika anda tidak
mempunyai akaun CDS. Dengan kata mudah, akaun trading adalah akaun perantaraan yang
dikendalikan oleh pihak broker saham antara anda dan pihak Bursa.

Apabila akaun CDS anda dan akaun trading dibuka, anda boleh memulakan trading. Pengaktifan
tidak diperlukan melainkan jika akaun CDS anda tidak aktif untuk tempoh lebih dari 3 tahun.
Kebiasaanya, pembukaan akaun boleh dilakukan biasanya dalam hari yang sama, jika tidak,
selewat-lewatnya pada hari bekerja yang berikutnya.

JUALBELI SAHAM

Pada hari pembelian, dalam dunia saham, ianya dipanggil sebagai hari-T atau "T-day. Selepas anda
membeli mana-mana kaunter saham. Anda akan diberi tempoh selama 3 hari untuk membuat
pembayaran / penyelesaian (sama ada untuk mengambil saham anda atau tidak), Pembayaran
adalah selewat-lewatnya pada T +3 pukul 12:30 tengahari. Saham anda akan dihantar ke akaun
CDS anda pada T +3 09:00 pagi.


PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan cek, TT atau wang tunai.



Cek

Ingat cek hanya dibuat kena dibayar kepada broker sahaja. JANGAN MEMBUAT
PEMBAYARAN CEK ATAS NAMA remisier / DEALER ANDA!

Terdapat banyak kes penipuan yang telah terjadi mengenai isu ini. Pihak broker saham telah
memberitahu dengan jelas bahawa semua cek mesti dibuat dan dibayar kepada bank broker
saham SAHAJA!

Online Fund Transfer atau TT (Telegraphic Transfer)

Anda memerlukan nombor akaun bank. Selepas anda melakukan transaksi secara Online Fund
Transfer atau TT, hubungi remisier anda untuk memaklumkan kepada mereka tentang maklumat
pembayaran anda tersebut. Anda mungkin perlu hantar bukti pembayaran secara faks / email
sebagai bukti sokongan kepada remiser anda (jika perlu).

Remisier anda kemudian akan memaklumkan department credit control untuk mengkreditkan
jumlah bayaran tersebut ke dalam akaun anda.

Tunai

Anda boleh melakukannya over-the-kaunter atau memberikan sejumlah wang tunai di pejabat
broker anda. Sesetengah remisier atau dealer juga kadang-kadang menyediakan perkhidmatan
atau servis memungut bayaran bagi pihak anda.

JUALAN

Jika anda merasakan bahawa anda sudah berpuas hati dengan kadar keuntungan yang anda
perolehi sebelum tarikh penyelesaian atau pada (T+3), anda boleh menjual saham anda dengan
serta-merta.

Terdapat 2 kaedah pembayaran kepada para pelabur iaitu dengan memasukkan hasil jualan
tersebut ke dalam akaun trust anda yang disimpan bersama broker saham, atau dengan
mengeluarkan cek dan meminta mereka membuat 'cheque deposit' ke dalam akaun bank pilihan
anda. Anda juga mungkin perlu memberitahu remisier/ dealer anda tentang kaedah pembayaran
yang anda lebih suka.

JUALAN SECARA PAKSA (FORCE SELLING)

Jika anda tidak membuat penyelesaian dan pembayaran pada T +3, broker mempunyai hak untuk
menjual saham anda pada T+4. Hasil keuntungan daripada 'kontra' itu akan diserap oleh anda,
begitu juga sebarang kerugian akan ditanggung oleh diri anda sendiri.

CARA DAGANGAN SAHAM

Terdapat 3 cara melabur atau perdagangan dalam perdagangan saham:

1 - Pick-up / Hold (Biasa)

Anda perlu membuat keputusan sama ada untuk 'mengambil' atau tidak saham yang anda beli
tidak lewat daripada T +3, yang juga merupakan hari penyelesaian (due day). Biasanya peniaga
akan mengingatkan anda dan bertanya sama ada anda mahu 'mengambil' atau tidak saham anda.

Jika anda membuat keputusan untuk 'mengambil', ia bermakna anda perlu membayar nilai kontrak
saham yang anda beli pada hari-T dulu. Saham yang telah 'diambil' dan dibayar adalah terpulang
kepada anda untuk menyimpan selama mana.

Selagi syarikat itu tidak dibuang atau di delisted dari Bursa, (tertakluk kepada pengumuman
Bursa), maka anda boleh menjual saham tersbut pada bila-bila masa di masa hadapan.

2 - Contra

Prosedur membeli saham adalah sama seperti di atas . Bermakna, anda membeli saham pada hari-
T. Perbezaan antara kes di atas, anda membeli saham pada T-hari dan anda membuat keputusan
tidak 'mengambil' pada T+3 dan menjual selewat-lewatnya pada T+4.

Masa untuk menjual bermula dari hari-T (T-day) sehingga T+4. Pada masa ini, jika terdapat mana-
mana peningkatan dalam harga saham anda semasa anda jual saham tersebut, anda akan menerima
apa yang dipanggil sebagai 'keuntungan kontra' atau 'contra gain'. Atau sebaliknya, anda perlu
membayar untuk 'kerugian kontra' atau 'contra loss' kepada broker anda.

Dalam erti kata yang mudah, anda bermain dalam jangka pendek dan anda tidak perlu membayar
nilai kontrak saham, hanya perlu membayar bagi kerugian kontra (jika ada ) atau anda akan
menerima 'keuntungan kontra' jika anda mendapat keuntungan.

3-Intraday

Intraday mempunyai banyak persamaan sama seperti kontra, iaitu anda tidak perlu untuk
membayar nilai kontrak saham dan hanya perlu mendapat keuntungan atau membayar kerugian
kontra (jika rugi). Hanya perbezaan tunggal adalah mengenai tempoh saham (tarikh membeli dan
menjual), dilakukan pada hari yang sama dalam waktu pasaran dibuka.

Walau bagaimanapun, anda akan menikmati keuntungan yang lebih baik kerana perdagangan
intraday akan mengurangkan kos brokerage fees anda berbanding dengan dua yang lain.


Belajar Perkara Asas Graf Teknikal Analisis

ISTILAH-ISTILAH DALAM PERKARA ASAS MENCARTA GRAF
Teori



Ressistance
- paras target harga (puncak harga) yang mungkin dicecah oleh saham pada trend semasa

- bila paras harga semakin mendekati 'resistance' , semakin ramai pelabur yang akan
mengambil kesempatan untuk menjual saham mereka dan mengambil keuntungan lalu
menyebabkan tekanan jualan atau jumlah penjual semakin meningkat.

- jangkaan berapa banyak harga saham akan dianggap sebagai 'puncak' bagi trend semasa
dan selepas ia sampai ke puncak, maka ia akan kembali jatuh
Support
- paras harga yang berfungsi sebagai penyokong atau 'support' kepada harga saham dan
apabila harga berada di 'support', harga saham akan cenderung untuk 'rebound' dan meningkat
kembali seterusnya dapat meningkatkan aktiviti membeli dengan serta-merta.

- ini kerana rata-rata pelabur percaya bahawa harga yang berada di atas 'support' line
adalah cukup murah pada waktu itu, jadi mereka akan membeli dengan segera. Seterusnya,
meningkatkan tekanan pembeli.

Contoh Resistance (R) dan Support (S)


Breakout - konsep di mana harga telah menembusi kawasan 'support' atau 'resistance'
dan biasanya (tetapi tidak semestinya) diiringi dengan peningkatan dalam jumlah (volume).

- dalam keadaan tertentu, pergerakan harga saham akan cuba untuk memecahkan paras puncak
harga (ressistance) atau memecahkan harga bawah (support) bersama-sama dengan volume yang
tinggi.

- ini menunjukkan bahawa tahap jangkaan ressistance atau sokongan telah patah dan mungkin
bergerak lebih tinggi atau lebih rendah (oleh itu, trend baru akan wujud)

Fakeout - merujuk kepada situasi di mana seorang pergerakan saham seolah-olah mahu
bertukar aliran (dari downtrend keuptrend) tetapi pergerakan harga kemudiannya sekan-akan
tidak menjadi dan bergerak ke arah yang bertentangan.


Contoh 'Fakeout'



Trend - Situasi di mana pergerakan harga cenderung untuk bertahan dalam satu arah
untuk tempoh masa yang panjang

Purata Pergerakan Saham (SMA)

- Purata Pergerakan Saham biasanya digunakan dalam masa 20-SMA, 50-SMA, 100-SMA,
200-SMA mengikut pilihan pelabur masing-masing.
- Semakin lama anda memilih hari untuk digunakan, semakin kuat signal yang menunjukkan
harga tersebut boleh digunakan sebagai penanda aras support (Jika SMA berada di atas garis).
Jika garis ini telah ditembusi, ianya akan menunjukkan signal harga akan menjadi lebih teruk dan
semakin jatuh lagi.
- Contoh: 50-SMA (hitam) 100 SMA (ungu)

Nisbah Fibonacci - digunakan sebagai panduan untuk menentukan 'resistance' dan
'support'
Jenis carta
Carta OHLC - carta OHLC, juga dikenali sebagai carta bar, memplotkan harga tinggi dan
rendah dalam tempoh perdagangan dengan menggunakan garis menegak, manakala harga buka
ditandakan dengan tanda di sebelah kiri dan harga penutupditandakan ke sebelah kanan.
Contoh graf OHLC

Carta Lilin / 'Candlestick' - berasal dari Jepun dan serupa dengan OHLC, cuma
candlestick adalah lebih besar dan luas serta lebih berisi bentuk badannya. Ini kerana, ianya
dibentuk untuk mempermudahkan pelabur untuk melihat harga buka dan tutup pada satu-satu
harga.
Di Barat, badan (lilin) berwarna merah atau hitam mewakili harga semakin rendah dan ditutup
jatuh, manakala lilin putih dan hijau mewakili harga semakin tinggi dan harga ditutup lebih
meningkat.
Contoh candlestick

Carta garis - Menyambungkan nilai harga penutup dengan segmen garisan.



Petunjuk Harga (Sila rujuk graf di bawah)

Petunjuk ini amnya ditunjukkan di bawah atau di atas carta harga yang utama
Kekuatan Indeks Relatif (RSI)
- penunjuk yang menunjukkan kekuatan harga, biasanya menggunakan paras 30 dan 70.
- (Paras 30 = oversold = terlebih jual ; Paras 70 = overbought = terlebih beli)
- Maksudnya:

1) Apabila garis menyentuh atau melebihi paras bawah 30, maka ia akan dianggap sebagai
'oversold'. Jika situasi ini terjadi, pelabur akan cuba untuk membeli semula saham dan menolak
kembali harga supaya lebih naik.

2) Apabila garis mencapai tahap melebihi paras 70, ia dianggap sebagai 'overbought'.
Kebiasaannya bila situasi ini berlaku, pelabur cenderung untuk menjual saham mereka untuk
mengambil keuntungan, sekali gus menurunkan kembali harga saham kepada normal.
Bollinger Band - Indicator yang digunakan dengan menganggap apa jua harga yang keluar
dari lingkungan band akan cenderung bertindak untuk kembali semula dalam lingkungan band pada
masa hadapan. Mempunyai jalur atas atau 'upper band' dan juga band bawah atau 'lower band'.
Akibatnya, mana-mana harga yang jatuh keluar dari garisan upper band ataupun lower band akan
cenderung untuk bertindak balas dan bergerak kembali ke dalam band semula.
Volume - Volume adalah salah satu elemen yang paling penting dalam carta tehcnical.
Walau bagaimanapun, ia tidak boleh berdiri sendiri kerana ia tidak akan memberi sebarang
makna. Biasanya jumlah penggunaannya digabungkan dengan RSI dan SMA untuk memastikan
tekanan yang kuat untuk buy atau sell kerana jika petunjuk RSI dan SMA tidak digunakan,
dikhuatiri harga saham yang menaik atau menurun memberikan signal palsu atau 'fakeout'
Contoh Graf Beserta Dengan Beberapa Petunjuk Asas


Bagaimana untuk Memilih Saham Yang Bagus Untuk Dibeli?

Pada masa yang lepas, saya bercakap tentang kepentingan pembelajaran analisis teknikal daripada
'Sekolah Pipsology'. Dalam artikel ini, saya akan membincangkan lima kaedah untuk melihat carta
stok yang mungkin menunjukkan harga sesuatu saham itu akan naik dan seterusnya menjadikan
ianya suatu pembelian yang baik. Saya akan memberitahu kepada anda apa yang perlu dicari dan
bila masa untuk merebut peluang!



Bagaimana untuk Memilih Saham Yang Bagus Untuk Dibeli?
Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawa semua kaunter saham yang direkomenkan oleh
mana-mana pihak tidak memberi jaminan 100%. Oleh itu, dengan melihat graf, kita sebenarnya
sedang mencari atau meningkatkan kebarangkalian dan bukannya menjamin kepastian. Tetapi
kadangkala, terdapat juga sejarah atau 'historical trend' di mana sesuatu saham itu telah
membawa kepada keuntungan yang besar kepada para pelabur dalam harga saham. Jadi,
kebarangkalian situasi itu untuk berlaku lagi di masa hadapan mungkin cerah. Apa-apapun,
sebelum anda membuat keputusan untuk membeli saham, anda perlu belajar tentang 5 perkara
yang perlu dicari dalam sesuatu saham.

Tip # 1: Pastikan Saham Dalam Keadaan Menaik (Uptrend)
Pastikan saham itu berada dalam aliran menaik (uptrend). Tiada perkara yang lebih baik untuk
dilihat selain harga saham itu sendiri! Dalam erti kata lain, harga stok itu sendiri memberitahu
anda sesuatu. Pastikan anda melihat dari kiri ke kanan pada carta graf tersebut dan pastikan
harga semakin meningkat (walaupun tidak meletup tetapi semakin tinggi).

Contoh: AIRASIA BHD (5099)

Cuba cari sudut darjah diantara 30 hingga 45 di sepanjang harga saham tersebut. Teknik
ini juga dikatakan sebagai 'analisis trend'. Dalam erti kata lain, anda perlu mencari trend
sebegini yang bergerak dalam keadaan cantik (lambat dan perlahan). Secara antonimnya, anda
mungkin tidak mahu membeli saham yang rata (flat) atau pergi ke bawah (downtrend), dan anda
juga tidak mahu membeli saham yang bergerak turun dan naik melebihi 60 atau 70 atau lebih
tinggi.

Maksud saya, berapa banyak lagi ia boleh pergi apabila bergerak secara mendadak sebegitu? Dan
kalau ianya berada dalam keadaandowntrend, berapa banyakkah harga akan jatuh mendadak
sebegitu? Jadi, perkara pertama yang anda perlu cari ialah harga saham yang selesa, tenang
dan dalam aliran meningkat (uptrend).

Petua # 2: Lihat Purata Pergerakan Saham (Simple Moving Average = SMA)
Mengesahkan harga yang ada di trend dengan melihat pada purata pergerakan saham dengan
merujuk kepada garis atau 'line'. Purata pergerakan saham bermakna purata harga saham
sepanjang tempoh tertentu yang telah ditentukan. Garis purata pergerakan saham ini hendaklah
disambung dengan satu lagi purata pergerakan saham bagi mewujudkan satu petunjuk. Bagaimana
membaca satu petunjuk itu ialah dengan melihat garis purata pergerakan saham tersebut kedua-
duanya semakin meningkat DAN kita mahu melihat harga berada melebihi garisan purata ini
bergerak.

Ramai orang lebih suka menggunakan purata pergerakan 200 hari saham atau 'SMA-200
days' yang bisanya digunakan untuk menentukan keupayaan harga saham dalam jangkamasa
yang lama (tempoh 6bulan ke atas) atau purata pergerakan 20 hari atau 'SMA-20days'
untuk jangkamasa pendek kurang dari sebulan. Secara umumnya, tidak kiralah jangka masa yang
mana anda tentukan, anda mahu purata SMA ini menghala naik dan meningkat dengan kadar yang
perlahan dan cantik.

Tip # 3: Bandingkan Purata Pergerakan Saham (SMA)
Anda boleh melihat bagaimana simple moving averages (SMA) sangat kaitan antara satu sama lain.
Ingat, idea bahawa kita mahu melihat harga berada di atas purata SMA, tetapi anda juga boleh
melihat bagaimana SMA berkaitan antara satu sama lain dengan mem'plot'kan dua atau tiga SMA
dari jangka masa yang berbeza pada carta graf yang sama.

Mari memilih satu saham dan lihat carta graf saham harian. Sekarang, mari kita pilih jangka
pendek dan jangka panjang SMA. Kita ambil 20 hari untuk jangkamasa pendek dan 200-hari untuk
jangkamasa panjang. Berdasarkan graf di atas terdapat satu kaedah atau petunjuk di mana
kita mahu melihat SMA-20 (garis hitam) melintasi/ memintas garis SMA-200 (garis ungu)
dan menghala ke atas.

Apabila keadaan sedemikian terjadi, ianya menunjukkan signal 'buy' dan begitu juga
sebaliknya jika SMA-20 melintasi SMA-200 dan menghala ke bawah., ianya ditafsirkan
sebagai 'sell'.

Salah satu lagi kaedah untuk membaca SMA, kita mahu memastikan harga berada atas pada
garisan SMA-200. Ianyamenandakan bahawa harga saham tersebut adalah stabil kerana jika
dikira harga purata 200 hari, harga semasa saham masih berada di atas harga purata 200 hari
tersebut.

Tip # 4: Lihat 'Volume'
Anda boleh mengesahkan trend menaik dengan melihat kepada volume harian. Orang yang
melihat carta suka untuk melihat jumlah dagangan, atau berapa banyak saham yang bertukar
tangan, bersama-sama dengan pergerakan harga saham. Apa yang kita mahu lihat, jika saham
bergerak dalam keadaan uptrend, ianya mestilah disertai dengan jumlah volume yang tinggi
pada ketika itu.
Gambaran yang ideal dapat dilihat apabila satu trend yang semakin meningkat (atau peningkatan
dalam harga saham) diikuti dengan jumlah yang lebih tinggi. Kita mahu melihat peningkatan dalam
aktiviti dagangan saham meningkat dengan selesa dan berterusan bersama-sama dengan harga
saham.
Maksudnya, ia menunjukkan bahawa banyak orang yang berminat untuk memiliki saham tersebut
kerana harga nilaiannya semakin meningkat.

Apa yang kita TIDAK mahu lihat ialah apabila harga saham yang semakin meningkat
tetapi volume menurun. Ianya barangkali akan menjadi tanda amaran dan kita hendaklah berhati-
hati bahawa kita mungkin akan lihat perubahan arah harga terjadi sejurus selepas kenaikan
sementara harga tersebut kerana orang dilihat kurang berminat dalam memiliki saham tersebut
walaupun harganya sedang naik. Ini juga dinamakan sebagai 'fakeout'.


Tip # 5: Pasti ada Kestabilan dalam Harga
Kelima, kita mahu memastikan terdapat kestabilan harga dan bukannya banyak jurang atau
spike di antara harga-harga saham harian. Jurang atau 'spike' berlaku di mana harga
ditutup pada harga tertentu dan kemudian dibuka keesokan harinya dengan perbezaan harga
yang banyak dan ketara.
Namun demikian, kadang-kadang terdapat pengumuman pendapatan atau pengumuman oleh Bursa
yang tidak diduga juga boleh menyebabkan sesuatu saham itu melompat lebih tinggi atau lebih
rendah berbanding harga sebelumnya. Tetapi, walau apa pun situasinya, para pelabur
dinasihatkan peka dengan pengumuman yang dibuat oleh syarikat-syarikat dan mengelakkan diri
dari menceburkan diri dalam saham-saham terbabit.

Jurang yang kecil, dan munasabah boleh diterima, tetapi lebih elok jika membeli saham yang
tidak melompat dan kurang kekerapan melompatnya. Juga, kita juga mahu mengelakkan diri
daripada saham yang terlalu tinggi kadar variasinya (harga saham yang bergerak dalam
tinggi dan rendah yang banyak dalam satu-satu masa) atau satu perkataan yang lebih baik
iaitu harga saham yang tidak menentu. Dalam erti kata lain, kita mahu melihat kestabilan
pergerakan harga, iaitu tidak terlalu turun dan naik secara liar dan mendadak dan juga
tidak mempunyai 'spike' yang banyak.




Gambaran Ideal Dalam Carta Graf Saham

Jadi apa yang akan menjadi gambaran yang ideal jika kita mahu membeli saham berdasarkan
carta graf?

Kita mahu melihat saham yang semakin meningkat walaupun tidak terlalu cepat - di mana
harganya adalah di atas purata pergerakan saham 20 hari dan dalam keadaan 'uptrend' dan
bertemu dan memintas pergerakan saham 200 hari. Jika kita lihat pada carta harian seperti di
atas, kita mahu melihat harga di atas 200-hari moving averages.

Akhirnya, kita juga mahu melihat satu peningkatan yang mantap dalam kedua-dua harga dan
jumlah yang mencerminkan perhatian dan penyertaan aktif dalam stok. Kami tidak mahu
melihat banyak jurang atau variasi harga yang tinggi dalam carta graf : kita lebih suka
kestabilan sebanyak mungkin apabila memilih saham untuk membeli.

Walau bagaimanapun, tips-tips yang diberikan ini tidaklah menjamin kejayaan, tetapi ianya akan
membantu anda dalam memberikan idea tentang stok yang anda rasa perlu beli ataupun tidak
perlu beli dalam analisa harian anda. Saya akan bercakap dengan lebih lanjut mengenai pelaburan
tips pada kemudian hari. Diharapkan anda masih setia mengikuti berita dan artikel seterusnya
daripada saya. Semoga sukses!

Anda mungkin juga menyukai