Anda di halaman 1dari 14

KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL

(MPW 1153)
PENDERAAN
KANAK-KANAK
NAMA:
PAREMELA THANGAVELOO
DNU12011142
TEH SHUEN YHEE
DNU12011095
(BATCH 01/12)
NAMA PENSYARAH:
PN.NORMAZILA



Isi kandungan

Bil Pekara m/s
1. Pengenalan 1
2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN
PENDERAAN KANAK-KANAK
2,3
3. KESAN-KESAN YANG MENGAKIBATKAN
PENDERAAN KANAK-KANAK
4
4. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH
PENDERAAN KANAK-KANAK
5,6
5. Kesimpulan 7
6. Senarai rujukan 8
7. Lampiran 9,10,11













PENGENALAN
Penderaan kanak-kanak dikategorikan sama
ada dari segi fizikal mahupun dari
segi mental.Penderaan dari segi fizikal ialah
penderaan yang meninggalkan kesan-kesan
di tubuh,seperti luka,parut atau lebam
sebagai akibat dipukul atau dikenakan
benda-benda panas. Manakala penderaan
dari segi mental berlaku sebagai akibat
dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.




1

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENDERAAN KANAK-
KANAK
Tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban
kerja mereka.
Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan
mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak
berdosa.
Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka
kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang
tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin
akan memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.

Masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu.
Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul
atau menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat
menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan
sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan
perlindungan.




2


Pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan
pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini.
Suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya
pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak
pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama.
Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa
dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu
kesalahan.
Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh
memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga.
Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh
setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya
dalam melayan kerenah anak-anak.





3


KESAN-KESAN YANG MENGAKIBATKAN PENDERAAN KANAK-KANAK
FIZIKAL
Mengalami kecederaan serius seperti patah anggota badan, cacat
dan sebagainya.Mangsa akan menanggung kesakitan dan kecacatan
yang berpanjangan.


EMOSI DAN MENTAL
Hilang keyakinan diri, rasa takut yang keterlaluan dalam diri mangsa,
menjadi murung dan suka mengasingkan diri.
Mangsa juga mungkin akan menyimpan perasaan dendam kepada
orang yang melakukan keganasan terhadap mereka.


NAMA BAIK NEGARA TERJEJAS
Negara kita terkenal dengan budaya dan nilai yang murni iaitu
penduduknya mengamalkan sikap tolak ansur,bertimbang rasa,dan
hormat-menghormati.
Jika keganasan rumah semakin menular,sudah tentu imej murni ini
akan pupus dan kita kehilangan jati diri yang selama ini kita
banggakan.
4

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENDERAAN KANAK-
KANAK
Ibu bapa haruslah mengikuti kursus perkahwinan sebelum berkahwin
supaya masing-masing sedar akan tanggungjawab sendiri terhadap
keluarga dan anak-anak apabila berkeluarga nanti.
Mereka juga perlu mempunyai kesederan keibubapaan supaya lebih
mengatahui peranan mereka sebagai ibu bapa dalam keluarga bagi
melahirkan unit keluarga yang sejahtera dan bahagai.
Ibu bapa juga harus mempunyai pegangan ajaran agama yang kuat
sebagai benteng keimanan yang dapat menghindarkan mereka
daripada melaluikan perkara yang tidak bermoral atau yang tidak
berperikemanusiaan.
Dengan adanya ajaran agama yang betul sebagai pedoman hidup,
nescaya setiap orang tidak akan melakukan perkara kejam seperti
penderaan kanak-kanak.
Jiran tetangga juga harus memainkan peranan apabila mendapati
terdapat kes penderaan kanak-kanak di sekitar tempat kediaman
mereka dengan melaporkannya kepada pihak polis.
kita harus mengambil berat terhadap kejadian yang berlaku di
sekeliling tempat kediaman kita dan bukan melarikan diri daripada
tanggungjawab apabila terdapat masalah seperti penderaan kanak-
kanak timbul.
Kerajaan perlu mengambil tindakan menguatkuasakan undang-
undang dan mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas pesalah-
pesalah kes penderaan kanak-kanak
5
Dengan ini, diharapkan orang ramai akan sedar akan keseriusan
perbuatan mendera kanak-kanak dan takut akan hukuman berat
yang bakal dijatuhkan kepada pesalah.
Mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu
bapa tentang tanggungjawab mereka.
Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana
keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta
hidup pasti tidak bermakna.
Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping
kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh
mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak.
Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas
bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap
pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.
Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi
menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul
setelah berumah tangga.
Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-
anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik.
Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.



6

KESIMPULAN
Jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama
daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini
daripada berleluasa.
Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya
pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara
psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka.
Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika
terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan
dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes
penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana
pihak.










7

Senarai rujukan

>http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/punca-punca-
berlakunya-penderaan-kanak-kanak/

>http://ms.wikipedia.org/wiki/Penderaan_kanak-kanak

>https://www.google.com.my/#hl=en&sugexp=les%3B&gs_nf=3&t
ok=Dl0oZRldboMICfm10M5gyg&cp=18&gs_id=24&xhr=t&q=pender
aan+kanak+kanak&pf=p&biw=1366&bih=643&sclient=psy-
ab&oq=penderaan+kanak+ka&gs_l=&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_p
w.r_cp.r_qf.&fp=3b60e522c1944c9&bpcl=37189454

>buku teks STPM







8
CONTOH-CONTOH GAMBAR PENDERAAN KANAK-KANAK











9












10






11

Anda mungkin juga menyukai